20 Nov 2014

[VIDEO] Bung Mokhtar Belasah Astro, Mahu Saluran TV Itu Ditutup


Astro menipu kerajaan dan rakyat – Bung

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen BN-Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin mendakwa saluran televisyen berbayar, Astro telah menipu kerajaan dan rakyat dengan menyiarkan iklan.

Sehubungan itu beliau menggesa kerajaan mengambil tindakan terhadap stesen televisyen berbayar itu.

“Berdasarkan perjanjian, Astro tidak boleh menyiarkan iklan sebab ianya TV berbayar. (Ini) kalah TV3 (banyak iklan), kita tak nampak mereka dibawa ke mahkamah,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 Peringkat Jawatankuasa Kementerian Komunikasi dan Multimedia di Dewan Rakyat.

Memetik laporan BNBBC, Bung berkata, Astro mengutip iklan berbillion ringgit tetapi rakyat dan kerajaan ditipu dan menggesa, “Tutup sahaja Astro ini sebab tidak menguntungkan (rakyat dan kerajaan).”

Terdahulu, beliau mengecam tindakan syarikat tersebut menaikkan bayaran RM5 baru-baru ini namun mutu perkhidmatan masih tidak baik selain mengulang siar program sama dan lama.

Kecaman Bung Moktar terhadap Astro turut mengundang usikan daripada Timbalan Speaker Ismail Mohamad Said yang mengusik: “Kinabatangan (Bung Moktar) tak bimbang kalau ada pelakon yang tak dibenarkan masuk Astro.”

Usikan itu merujuk kepada isteri Bung Moktar, Zizie Ezette merupakan pelakon dan terdapat dramanya turut disiarkan di stesyen tersebut.

Usikan Ismail itu menyebabkan ahli-ahli parlimen turut gelak tetapi turut dijawab sambil gelak oleh Bung Moktar, katanya “rezeki ada di mana-mana”

Sementara itu, ketika menjawab persoalan berkaitan Astro, Timbalan Menteri Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata, iklan yang disiarkan hanya 10 minit untuk setiap sejam dan iklan merupakan satu yang universal bagi stesyen televisyen berbayar.-nmp


Harga Bil Bulanan Astro Naik Lagi RM5 Mulai 1 Disember 2014

Berita Terkini harga bil bulanan Astro naik lagi RM5 mulai 1 Disember 2014.

Menerusi notis rasmi yang dikeluarkan oleh pihak Astro, caj tambahan sebanyak RM5 akan dikenakan pada bil bulanan pelanggan/ pengguna Astro yang melanggan perkhidmatan siaran berdefinisi tinggi (HD) berkuatkuasa mulai 1 Disember 2014.

Tambah kenyataan Astro lagi, kenaikan itu berikutan proses naik taraf perkhidmatan Astro HD dengan tambahan 8 Saluran HD terbaru mulai 16 November 2014.

-melvister










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





7 ulasan:

wsc biolo berkata...

sayang sekali kalau di tutup

Tanpa Nama berkata...

kepala otak dia offer Kalau offer jangan lah paksa Siapa yang hendak jer lah Astro charge RM5 tu

Benda Astro tambah tu bukan tak boleh masukkan dalam channel yang dah ada Dua tahun nanti Astro akan buat channel yang khusus untuk se tiap siaran Macam Bollywood Satu channel Siri Investigation satu channel Menyanyi satu channel

Hisap darah punya orang

Tanpa Nama berkata...

Tak boleh tutup tapi bagi lesen pada pelabur lain yang berminat Jangan semua Astro yang sapu Nak kenakan GST tapi satu syarikat yang bisness

Dulu MAS saja yang ada sekarang dua tiga syarikat penerbangan Kita ada pilihan

Yang kita bayar cerita ulang ulang Kalau ambil satu siri kita letak lah harga untuk tayangan pertama Tak kan 10 kali tayang tu jugak harga Masuk 4 kali kita dah tenguk tapi ikut purata kita tetap bayar

Yang Astro bagi free masa promosi channel baru Yang black out dulu ada Astro potong bil kita?

Tanpa Nama berkata...

Hapuskan sistem monopoli

Tanpa Nama berkata...

Syabas Mr bung

Tanpa Nama berkata...

Semakin lama semakin nampak penipuan Astro, cekik darah pengguna. Harap-harap kementerian yang kawal Astro, ambil tahu sikit perkara ini. Menteri-menteri dan timbalan jangan hanya cakap berdegar-degar.

Tanpa Nama berkata...

Ala kalau bab menipu di M'sia nie bukan Astro saja lah...kerajaan lah bapak segala menipu..kalau dah bapak penipu takkan anak beramal soleh...piee dah Bung kici kici Bung...