19 Nov 2014

Haji Hadi Perlu Berundur Dari Jawatan Presiden PAS (?)


Debat di media sosial hangat sama ada Hadi perlu berundur

Persoalan sama ada Datuk Seri Abdul Hadi Awang patut terus kekal sebagai presiden PAS atau berundur makin hangat diperdebatkan di media sosial selepas beliau menentang pendirian Pakatan Rakyat (PR) dalam kemelut menteri besar Selangor.

Walaupun pemimpin utama Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) menegaskan pihaknya tidak campur tangan dalam pemilihan PAS, namun kenyataan ahli dan penggeraknya terus-menerus menunjukkan kumpulan dalam PAS itu mahu menukar Hadi.

Kempen anti-Hadi berterusan samada melalui laman sosial Facebook dan juga kumpulan perbincangan Whatsapp yang melibatkan aktivis kumpulan ini.

Semalam, salah seorang penggerak utamanya di utara, Zolkharnain Abidin yang merupakan bekas ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS di Perlis, membuat satu posting pada dinding Facebooknya, "PAS bukan sekadar memerlukan presiden baru, tetapi presiden yang berupaya membawa pembaharuan." Tulisan bekas Adun Santan yang banyak memenuhi program PasMa di bahagian utara Semenanjung ini mendapat komen pro dan kontra dari pembaca beliau.

Ada yang menyokong dan tidak kurang juga yang menentang keras cadangan beliau itu.

Seorang pembaca beliau yang menggunakan nama AyahCik Anuar menulis, "TGHH tidak sihat dari segi fizikal. Tetapi akalnya masih sihat. Mungkin ada baiknya dia undur diri untuk memulihkan kesihatannya," katanya merujuk kepada singkatan bagi Tuan Guru Haji Hadi.

"Masih ramai yang layak memimpin. Ramai yang marah apabila ramai mendesak TGHH undur diri. Tidak tahu apa sebabnya mereka marah. Kita tidak perlu taksub pada seseorang pemimpin," tambah beliau dalam nada yang agak rasional di antara yang menyokong cadangan itu dengan yang marah.

Ketika yang menyokong mula mencadangkan nama pengganti iaitu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ahmad Awang di samping Mohamad Sabu, pihak yang menentang cadangan itu mula mempertikaikan kewajarannya.

Seorang penyokong Hadi, Husnizaim Hussain menulis: "TGHH sebagai presiden mencacatkan gerak kerja partikah? Atau dia melanggar perlembagaan atau hukum Allah?

"Jangan dilayan kumpulan pendesak, mereka kebanyakan bukan jamaah PAS mereka dari orang bukan ahli PAS, sebaliknya budak hingusan sahaja."

Ada juga kalangan mereka yang tidak nampak calon pengganti Hadi yang sesuai.

Syook Salleh menulis: "Setakat ini saya tidak nampak yang betul-betul layak, berkaliber, berkarisma, berilmu tinggi, berpengaruh untuk menggantikan presiden... tidak tahulah kalau ustaz Zul ada calonnya."

Pihak yang menentang cadangan itu juga menulis, sekarang ini pihak yang tidak suka kepada presiden PAS itu sedang membina persepsi tidak baik terhadap beliau.

Fazly Zaimie Yaacob dalam tulisnnya menulis, tukar presiden tidak pelik.

"Yang peliknya sebelum muktamar lagi sudah diburukkan dulu Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Apa agenda mereka? Tidak lain ialah hendak bina dahulu persepsi yang buruk terhadap presiden," katanya.

Sementara itu, dalam kumpulan perbincangan WhatsApp yang dipelopori penggerak PasMa di Terengganu, kegagalan presiden PAS itu mempertahankan kerajaan negeri itu dijadikan modal menyerang beliau.

Buku tulisan Mohd Sayuti Omar "Inside story: Kejatuhan kerajaan PAS Kedah" dijadikan sandaran serangan kepada Hadi.

Beliau didakwa antara punca kejatuhan kerajaan Kedah pimpinan Tan Sri Azizan Razak itu.

"Baru habis baca buku itu. Rupa-rupanya Haji Abdul Hadi Awang yang menjadi punca utama menyebabkan PR ditolak oleh rakyat Kedah dalam PRU13.

"Itu belum dibongkar punca kejatuhan kerajaan PAS Terengganu tahun 2004 dulu... itu lagi memalukan," petik Othman Ismail, Ketua PasMa Kuala Terengganu dari satu tulisan Facebook oleh Awang Malaya ke dalam kumpulan WhatsApp yang dikendalikan oleh beliau itu.

Othman ketika dihubungi The Malaysian Insider kemudiannya berkata, beliau mengkritik Hadi bukan kerana bencikan peribadinya tetapi atas kepentingan PAS.

Presiden PasMa Datuk Fakhrurazi Zawawi ketika bercakap kepada wartawan selepas mesyuarat pertama PasMa selepas organisasinya lengkap dibentuk baru-baru ini berkata, pihaknya tidak akan campur tangan dalam pemilihan PAS.

"Kami tidak akan campur urusan PAS. Masalah kepimpinan dalam PR akan ditentukan sendiri oleh mereka," katanya pada satu sidang media selepas selesai mesyuarat pertama PasMa 14 November lalu di Petaling Jaya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan wartawan sama ada PasMa akan terlibat dalam pemilihan PAS yang bakal diadakan pertengahan tahun depan, ekoran pendekatannya yang mahu PAS rapat dengan Pakatan Rakyat.

PasMa mengadakan mesyuarat pertamanya 14 November lalu selepas menubuhkan jawatankuasa peringkat negerinya di seluruh negara.

Mereka mendapat kritikan panas dari kumpulan yang pro ulama dalam parti Islam itu sehingga menggelarkan pimpinannya dan juga pimpinan PAS yang pro kepada PasMa sebagai 'Jebon'.

PAS akan mengadakan mesyuarat agung yang mempunyai pemilihan yang dikatakan bakal menjadi yang paling hangat pertengahan tahun depan apabila jawatan presidennya dijangka akan dicabar.

Sebelum ini, hanya jawatan timbalan presiden yang dipertandingkan tetapi jawatan presiden biasanya dimenangi tanpa pertandingan. -TMI

ULASAN GB

Panas semula nampaknya. Sebelum ini GB sudah ulas seperti berikut. Petikan:

Sebagai seorang pemimpin yang berstatus ulamak, apakah wajar beliau terlibat misalnya di dalam soal fitnah "pil kuda" terhadap orang lain sehingga belum ada bukti yang sahih? Mungkin bukan salah beliau tetapi salah "orang sekelingnya" yang memberikan maklumat salah kepadanya, tetapi mengapa beliau menerimanya? Bagi GB ini adalah satu keadaan yang amat mencacatkan bukan sahaja nama baiknya malah nama baik Parti Islam SeMalaysia seluruhnya. Tidakkah beliau dan penyokongnya merasa berdosa kerana fitnah itu?

Akhirnya presiden dibawa ke kandang tertuduh di mahkamah di atas saman malu memfitnah calon parti rakan di dalam PR. Disamping terdedah ponteng mesyuarat PR dan ponteng parlimen tetapi masih tetap ambil gaji MP.

Sementara ahli-ahli MSU kini dipertikaikan kredibilitinya apabila seorang ahli MSU sibuk bershopping motorsikal besar di Frankfurt sementara seorang lagi memegang jawatan Setiauasaha MSU didedahkan rupa-ruoanya ada skandal besar di Terengganu dan selama ini menggunakan title "Datuk" palsu.

GB sudah ulas sebelum ini mendesak supaya peranan dan keanggotaan MSU disemak semula.


Di dalam isu ponteng mesyuarat Majlis Presiden PR, Haji Hadi dengan nada sombong dan angkuh telah menjawab:

“Saya tidak perlu diminta (hadir), (kalau) saya hendak hadir, hadirlah,”

Soal ketidak-kehadirannya di dalam mesyuarat Majlis Presiden PR diberikan jawapan angkuh sedemikian. Membelakangi keputusan yang telah dibuat oleh pimpinan PR adalah amat tidak wajar di dalam situasi dimana anda ponteng menghadiri mesyuarat. Jawapan mantan Setiausaha Agong PKR, Sdra Saifuddin adalah lebih hampir kepada kebenaran:


Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff pernah mengulas perkembangan membabitkan calon jawatan menteri besar yang dikemukakan Pas kepada istana Selangor.

“Pas kena jelas pendirian, ini tidak dalam mesyuarat PR dinyatakan lain, di media lain.

“Pas boleh berbeza pendirian dan pendapat, tapi keputusan yang dibuat oleh Pas itu mestilah jelas dan tetap pendirian, jika asyik tukar pendirian susah, hilang kepercayaan rakyat nanti," katanya lagi.


Begitu juga Dr. Mszlee Malik yang melihat isu tersebut menjadi ujian paling getir untuk menguji sejauh mana “politik baru” yang ingin dibawa oleh Pakatan, dalam keadaan tiada pihak dominan dalam gabungan mereka.

Walaupun majlis presiden sepatutnya memainkan peranan tersebut, seringkali ada sahaja pemimpin parti, terutamanya daripada PAS yang bertindak menyalahi keputusan itu.
-petikan mk (10/4/2014)

Itu hal ponteng mesyuarat Majlis Presiden PR. Bagaimana pula ponteng sebagai ahli Parlimen Marang? Di dalam satu entri bertarikh 7.10.2011 lagi GB sudah peringatkan.. Petikan:

Banyak kali kejadian di dalam undi belah-bagi, PR kalah di dalam Dewan Rakyat yang sepatutnya tidak berlaku jika kesemua ahli parlimen PR komited dan tidak ponteng.

Yang anehnya, Presiden PAS sendiri tidak hadir.

Contoh yang nyata ialah kelulusan Akta DNA, penggantungan Gobind dari Dewan Rakyat, penolakan Bajet 2010 dan kini Akta Kg. Baru. Kekalahan PR di dalam undi belah bahagi tersebut adalah kerana ramai MP PR yang ponteng.

Cakapnya berdegar-degar tetapi tidak berakhlak/berdisiplin. Mutu kerjanya tahap mediocre. Itulah hakikat yang ada pada ahli parlimen Pakatan Rakyat!

Rakyat pilih kamu sebagai wakilnya untuk bekerja melawan BN di Parlimen, bukan untuk ponteng atau tidur. Diberi gaji dan elaun beribu-ribu, buat kerja kamu tak mahu. Teruk punya ahli parlimen. Ramai YB yang ponteng ini yang kena maki dengan rakyat sebab kamu-kamu telah menghampakan rakyat yang memilih dan mengundi kamu, para blogger yang tak dikenang oleh PR juga hampa dan kecewa kerana bersusah payah para blogger PR berkempen dan "berjuang" setiap hari setiap malam sepanjang tahun melawan BN untuk memenangkan kamu. Bukankah tahap binatang apabila kamu menang tapi kini tiba-tiba kamu khianat? Sama tahapnya kamu dengan wakil rakyat katak yang melompat itu. Sesen tak guna.

Mereka ini perlu bertanggungjawab menjelaskan kepada para penyokong mereka sebelum mereka dihumban keluar dari parlimen di dalam pilihanraya akan datang. GB bagi amaran: jangan main-main dengan dengan rakyat!

Firman Allah s.w.t.


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَخُونُواْ اللّهَ وَالرَّسُولَ وَتَخُونُواْ أَمَانَاتِكُمْ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ

Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya). Al-Anfal :27

TAMBAHAN

Hadith Nabi bermaksud:

Dari Abi Hurairah Radiallahu-Anhu : Dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Tanda orang munafik itu ada tiga perkara iaitu jika ia berbicara sentiasa berdusta, dan apabila berjanji sentiasa mungkir janji, dan apabila diberi kepercayaan ia mengkhianatinya.(Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)


Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Keengganan Datuk Mohd Asri untuk berundur dari jawatan Presiden PAS satu masa dahulu telah diberikan jawapan untuk dipaksa berundur oleh Muktamar PAS ke 28 di DBP pada tahun 1982!






IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





24 ulasan:

Najwan berkata...

Jangan salahkan orang lain, tindakan tuan yang menjatuhkan diri tuan sendiri. Apa pentaksub2 ni tak dgr fitnah dan cakap tak serupa bikin mutakhir ini? Ini dah semakin mendekati ciri-ciri ulama' yang cinta dunia dan takut mati. Bukalah mata tuan-tuan, kalau salah wajib tegur.

Tanpa Nama berkata...

kenapa Tuang Presideng tak paham paham.

Orang suruh letak jawatang, letak aje lah.

Dalam Pas bersepah lagi yang boleh jadi Presideng.

Tanpa Nama berkata...

syook sendiri tulis tghh berkaliber, berkarisma. tolonglah! ust ahmad awang for pas president. ada keserupaan dgn ust fadzil noor. baru umno kecut

Mohd Sidiq Hanifa berkata...

Dah tiba masanya golongan protaz ambilnalih pas.saya sokong Dr. Mujahid Yusuf sbgai presiden pas yang baru.

Tanpa Nama berkata...

Aku dah lama berbulu dengan geng2 UG ini. Ada cadangan dari perwakilan UMNO untuk memantapkan lagi hubungan PAS dengan UMNO dalam perhimpunan mereka nanti. Kalau ini berlaku PASMA boleh ambil alih tugas PAS baru dalam Pakatan Rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Hadi adalah orang yang GAGAL.

Seorang Munafik , cari makan dengan jaja jaja ayat ayat Quran Sunnah , Hadi seorang ber tanggung jawab.

Secara waras , ahli ahli PAS wajib panggil Undi Tak Percaya dan buang Hadi dari memimpin PAS Parti Politik Bahalol.

Apa yang Hadi laku kan sekarang ialah cuba menghancurkan Pakatan Rakyat agar rakyat jadi se benggap Hadi.

Sekim Pembahalolan Bangsa yang di jaya kan UMNO dan Lord Reid 1948 berjaya dengan Mole nya dalam PAS , iaitu Hadi.

Benggap lah.

Tanpa Nama berkata...

Kita melihat Hj Hadi ini melalui prestasi beliau sebagai Presiden

Selain kesihatan beliau telah menunjukkan sikap nya yang sebenar Bukan sikap sejak beliau menjadi Presiden tetapi sikap sebenar sejak ada usaha untuk ke arah UG

KPI Hj Hadi sebagai Presiden sekarang Below Satisfaction PAS perlu kan Presiden baru Mustahil tak ada penganti yang layak kerana Parti PAS dalam keadaan lemah sebab semakin hari semakin kehilangan keyakinan dari rakyat dan apabila ada suara suara ahli PAS sendiri yang tidak puas hati maka itu lah tanda tanda beliau perlu berundur

Apa yang mampu Hj Hadi lakukan sekarang kalau mesyuarat pun dia tak larat nak hadir?

Tanpa Nama berkata...

seorang presiden parti yg penting flip flop , x tetep pndirian , x berpegang kpd kptusan mesyuarat yg parti sendiri putuskn, alangkh aibnye

Tanpa Nama berkata...

X hadir mesyuarat tapi boleh buat keputusan menentang apa yg telah diputuskan dlm mesyuarat adalah sikap ego..org yg seperti ini eloklah berehat terus dari kepimpinan..ganti dengan yg lain biar sesuatu pakatan boleh dilaksanakan dengan lancar..

Tanpa Nama berkata...

Bukan Tuang presiden sorang saja yg perlu brundur tapi geng UG dalam Whasapp yg nak sangat brgabung dgn umgokk perlu jaga di undurkan.

Tanpa Nama berkata...

Sudah sampai masanya Haji Hadi WAJIB berundur utk selamatkan PAS. Prestasi Haji Hadi semakin menurun daripada Pas memiliki Terengganu, Perak, Kedah dan Kelantan dan kini tinggal kelantan saja. Ini merupakan petanda kemerosotan style kepimpinan yg merugikan Pas ...kecuali Pas memang mau sungguh bekerjasama dgn umno...klu inilah niat sebenar Haji Hadi adalah lebih baik Kota kan sekarang tanpa menunggu pru14 supaya Haji Hadi klu kalah pun sekurang2nya telah menikmati politik sebagai pemerintah Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Selagi Hj Haji jadi presiden aku tak akan sokong pas.

Tanpa Nama berkata...

TGHH perlu berundur, dia terLALU LAMA menerajui PARTI PAS melebihi 30 tahun lama nya, nampak RIAK terserlah kini. Angkuh berbicara, tuduh sembarangan tanpa usul periksa dan mendengar sebelah pihak tanpa merujuk banyak pihak. Sepatutnya PRESIDEN PAS di had kan sekita 5 TAHUN saja, jika tidak, makin lama duduk di atas semakin terserlah banyak KESILAPAN. SAMADA LETAK JAWATAN atau MELEPASKAN SECARA SUKARELA. BAGI PELUANG orang lain pula.

Tanpa Nama berkata...

MSU = Majlis SYURA ULAMAK ni MENGAMBIL dari apa yang SYIAH buat. TAKSUB tak kena tempat. Kita kena turut perintah sekalipun dia buat ada salah. Fitnah HARTA kini merata... Waullahualam. Itu yang menjadi agak OMBONG, ANGKUH dan RIAK.

Tanpa Nama berkata...

Majoriti mahu hadi kuda berundur.harap undur segera sebelum dipaksa berundur

Tanpa Nama berkata...

Kita berbuih bagi pendapat. Ada hj. Hadi dengar. Suruh pegi mesyuarat pun dia ckp ikut suka aku. Apa nak harap nak letak jawatan? Selagi ada penyokong dia yg berkepentingan, tak maunya dia.

Ritchie Blackmore berkata...

#undur hadi

bat8 berkata...

Anon 3:48

Saya menyokong pendapat sdra.

Sebenarnya kepimpinan TGHH sebagai pemimpin politik kepada parti PAS sudah sampai kehujungnya. Maknanya kepimpinan yang cemerlang dari dulu sudah sampai limit kemampuan yang ada pada dirinya. Kepimpinan beliau yang cemerlang dulu kita jangan pandang r3ndah. Jangan kita lupa jasa-jasanya itu.

Suasana politik negara sekarang ini sudah berubah dan memerlukan kepimpinan baru yang l3bih mampu untuk menghadapi cabaran-cabaran yang sudah berubah samasekali dari politik yang kita kenal s3belum tsunami 2008. Sebenarnya tsunami 2008 adalah satu milestone penting didalam perjuangan PAS, dimana PAS memerlukan kepimpinan baru bagi m3ngantikan kepimpinan yang begitu lama menerajui PAS di d3kad-dekad s3belumnya.

Tuntutan suasana ini adalah satu proses evolusi yang pasti akan tiba, tidak ada sesiapapun holeh menahan kepada perubahan dan evolusi ini. Ini hakikat yang pemimpin dan ahli-ahli PAS pe4lu faham. Begitulah sunatullah!

Jika kita faham akan tuntutan pe4juangan yang memasuki era baru, percayalah, tidak akan timbul masaalah hendak mempertahankan TGHH atau menggunakan alasan kepimpinan PAS perlu kepada kepimpinan ulamak yang sudah out of reach dengan realiti politik baru hari ini.

S3m3mangnya PAS meme4lukan kepimpinan ulamak. Jawatan Presiden PAS perlu dari kalangan ulamak. Tiada sesiapapun menyangkalnya bukan masa ini. Tetapi kepimpinan ulamak dan batang tubuh yang akan memegang jawatan Presiden PAS itu mestilah dari kalangan ulamak yang progresif, ulamak yang mampu m3mimpin di era politik baru. Maknanya kepimpinan ulamak yang ada hari ini pe4lu diganti dengan barisan ulamak-ulamak baru yang lebih mampu menangani perubahan-perubahan yang sedang berlaku hasil dari evolusi yang sedang berlaku s3karang!

Jadi mempertahankan barisan kepimpinan ulamak yang ada sekarang yang kita s3mua tahu begitu terpisah dengan evolusi politik yang berlaku s3karang adalah merupakan satu kezaliman kepada perjuangan PAS dan Islam sekarang.

Saya pe4caya didalam PAS terdapat ramai ulamak dan para-para ustaz yang bol3h mengisi kepimpinan ulamak didalam PAS. Mungkin kerana dominasi kepimpinan ulamak yang ada sekarang sudah begitu lama, maka bakat-bakat baru untuk mengambilalih kepimpinan 7lamak tidak begitu nampak jelas seperti di dalam PKR dan DAP.

Tanpa Nama berkata...

Dgn segala hormat takzim dicadang ustaz hadi berundur dan jgn tamakkan nak buat pahala sorang sorang beri peluang rakyat dapat presiden pas yg boleh membuat pembaharuan sesuai dgn politik baru malaysia. Penyokong ustaz hadi jgn taksub mcm org syiah....tukar lah utk kebaikan...

Tanpa Nama berkata...

hanya pemimpin islam yang mantap ilmu dunia, Al - Quran dan hadis sahaja mampu membawa perubahan kepada negara dan golongan ini yahudi laknatullah paling takut nak hadapi.

Tanpa Nama berkata...

Ustaz hadi is the only one capable.....ramai lg muka baru boleh naik

Ustaz Redzuan berkata...

Jgn terpedaya dgn main parti org.Tn guru tlh berjaya slamatkn pas dr jadi mainan untuk memenuhi nafsu parti lain.Pas tu paslah.Gara gara gagal dlm mncpai maksud mereka.. salahkan TGHH plk.Sekrg mrk tgh susah...pas sgt2 perlu jd pembela mrk.bila mrk brkuasa pas takde pun takpe.

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya Haji Hadi berhasrat utk selamatkan menantu dan kroninya di Selangor...

PR x perlukan PAS ... sebab PASMA sudah ada.

PAS jika ditendang keluarkan dari PR pun x apa...

in repoonse to Jgn terpedaya dgn main parti org.Tn guru tlh berjaya slamatkn pas dr jadi mainan untuk memenuhi nafsu parti lain.Pas tu paslah.Gara gara gagal dlm mncpai maksud mereka.. salahkan TGHH plk.Sekrg mrk tgh susah...pas sgt2 perlu jd pembela mrk.bila mrk brkuasa pas takde pun takpe. by Ustaz Redzuan

Tanpa Nama berkata...

PKR pun perlu tukar juga pucuk pimpinan. Penguasaan anak beranak dlm parti pun tak cantik juga nampaknya. Tak baik paksa orang supaya sokong isteri jadi MB. Eloknya Azmin jadi Presiden.