20 Okt 2014

[VIDEO] Tak Malukah Kita, Malaysia Nombor Satu Korup? Soal Ku Li

Ku Li: Kaji semula OSA, Akta Prosedur Kewangan

Bekas menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah mencadangkan agar Akta Rahsia Rasmi (OSA) dikaji semula bagi menangani masalah rasuah di negara ini.

Tokoh Umno itu juga berkata Akta Prosedur Kewangan 1957 juga perlu dikaji semula memandangkan akta tersebut memberikan kuasa mutlak kepada menteri kewangan.

"Saya minta supaya semak semula kerana OSA ada menyembunyikan ribuan dosa. Kalau benda itu melibatkan pembiayaan rasuah, saya rasa sesiapa boleh dedahkan.

"Kalau pendedahan tak betul, boleh dakwa. Janganlah segala-galanya mesti dirahsiakan.


"Saya tak marah kerajaan tapi ini adalah kelemahan yang ada dalam sistem kita, kerana kita salah guna kuasa yang ada. Saya tahu akta ini (Akta Prosedur Kewangan) kerana saya gunakan kuasa ini semasa saya di Kementerian Kewangan dulu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama pada forum 'Barah Ali Baba Di Bumi Malaysia' di Kuala Lumpur hari ini.

MP Gua Musang lebih kenali sebagai Ku Li berkata beliau pernah menjadi menteri kewangan selama lapan tahun, mengetahui bahawa wujudnya kelemahan dalam sistem kewangan negara.

Masalah rasuah, kewangan

Beliau yang pernah menjadi pengerusi bank dunia turut mencadangkan supaya tender secara terbuka diamalkan bagi memastikan masalah rasuah dan kewangan negara dapat diatasi

"Kalau kita nak kawal soal rasuah, kita kena lihat pada Akta Prosedur Kewangan. Semak. Saya tahu ini kerana pernah jadi menteri kewangan. Sebab itu bukan sebarang orang yang boleh menjadi pemangku menteri kewangan kalau dia bercuti.

"Jadi, banyak kelemahan di situ. Contohnya, menteri kewangan mempunyai kuasa dalam rundingan terus. Tanggungawab kita kepada rakyat besar. Ini bukan harta mak bapa kita.

"Ini harta rakyat. Yang kita nak guna duit ini, duit rakyat. Yang kita nak kumpul macam-macam cukai, kita tak boleh guna sewenangnya duit yang kita kutip daripada rakyat," katanya.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan kepada supaya kerajaan menggunakan cara yang betul dan adil dengan membuat tender terbuka kepada pihak yang layak.

"Kalau ada yang bida rendah tetapi bermanfaat kepada rakyat, kita beri sahajalah. Saya bukan marah kerajaan tapi inilah kelemahan yang ada dalam sistem kita. Jangan kita salah guna kuasa yang kita ada," katanya lagi. -mk










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI



13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Orang yg korup mana ada rasa malu, pada dia benda ni biasa2 je. Dah jadi budaya. Kalau ada perasaan malu dia tak buat.

Ahmad Basri berkata...

Org korup bukan saja tk malu bahkn tk hairan larangan agama dn tk kisah adanya hari balasan.
Sabagai sorang yg berpengalaman dn berpengetahuan,adalah dicadangkn agar Ku Li anjurkn satu jwatankuasa tk resmi ahli2 palimen yg jujur dari kedua pihak,dan buat pindaan kpd akta2 yg membolihkn rasuah dn salah guna kuasa,dn bentangkn private bill yg bipartisan.
Biar benar2 hak rakyat terbela.

IbnAbdHalim berkata...

Nak rasa malu perlu ada maruah. Kalau tak ada maruah macam mana nak malu? Kalau buat tender terbuka, tertutuplah pintu rezeki. Tak masuklah duit. Buat ada susah jadi menteri? Yg berebut jawatan parti tu sebab nak jadi menterilah. Sebab itulah masuk UMNO.. Mahathir kata org cerdik tak masuk UMNO, tapi yg masuk tu semua demi DUIT.

Tanpa Nama berkata...

Kulit tebal mcm cadbury.

Jibby lagi muka tak tau malu....

Perasan org suka kat dia...

Itu pun ada puak nak ber'UG' ngan parti dia.

Tanpa Nama berkata...

Ini lah pemimpin yg aku harap harap kan tapi tak boleh di harap Dalam keadaan seteruk macam ini pun masih dgn UMNO Sekejap timbul sekejap tenggelam Kali terakhir dia bersuara pasal Royalti tapi bila isu royalti di mainkan di Pengkalan Kubur setahu kita dia diam
Memang dia ni gurkah spt dia sendiri mengatakan nya

"Saya tak marah kerajaan tapi ini adalah kelemahan yang ada dalam sistem kita, kerana kita salah guna kuasa yang ada." Apa punya jenis pemimpin tak rasa marah negara kita nombor satu korup ? Kalau tak marah masa makan kat majlis atau dihotel dgn Najib cakap dgn Najib jangan nak buat kenyataan terbuka

Tunjuk kan marah dia ialah marah rakyat Ini cakap atas dasar peribadi
Selepas balik dr Sabah dia dgn angkuh bercakap "What u talking about? We already have 2/3 majority! "

Nafsu politik dia dah lemah.. smp sekarang semua nya tak betul sejak dr gambar dia pakai tengkolok bersalib ..

Mansor bin Junus berkata...







































































Ku Li memanglah arif dalam perkara ini atas sebab beliau pernah duduk dalam kementerian tersebut. Kalaulah niat beliau baik untuk menegur, janganlah berkukuk sekali sekala saja. membiarkan rakyat marheim terkapai-kapai. Kaaalau orang biasa macam kami,tegur lebih-lebih sangat nanti kena tangkap. Lagi pun siapakah yang nak dengar. Ku Li ini sudah sampai keperingkat macam Dr Mahathir juga. Komen apa pun tak berani sesiapa pun nak ambil tindakan. Gunakanlah status tersebut untuk memperbaiki kepincangn yang Najib
sedng but ini.
















Amuraria berkata...

hang sambak aku pun mesti sambak la ,rugi la kalu aku tak sambak tapi hang sambak ! sama2 kita sambak ,sambak menyamnbak bawak bahagia ! ABU !

Anti Fitnah berkata...

Malu ... Segan ... dah hilang dek zaman.
Memang BENAR dan WAJAR OSA dikaji semula. Ambil contoh kotrak Lebuhraya, Air, .. semuanya diOSAkan dokumentasinya sedangkan yang terlibat tu ialah rakyat biasa tapi rakyat biasa tidak diBENARkan untuk melihat isi kandungan perjanjian tersebut atas alasan keselamatan negara. Keselamatan Negara atau Keselamatan Pemimpin Korup?
Kita rakyat biasa yang kena bayar perkhidmatan tersebut tapi yang berbuat perjanjian tu depa. HARAMJADAH. HARAMJADAH. HARAMJADAH sungguh.

Tanpa Nama berkata...

Siapa tu Kuli? Minta tuang preside guna kuasa veto kasi Tolak cakapan kuli yang tidak benar. Dia mesti dipergunakan oleh dap cina.

Tanpa Nama berkata...

Selagi ada aktiviti suap menyuap antara pemimpin dan kontraktor, antara pegawai dan kontraktor, antara kerani dan kontraktor, antara pemakan rasuah dan pemberi rasuah. ..maka rasuah tetap bermaharajalela.

tausuo berkata...

Terimakasih GB Dan pengkomen2 yg. Mendedahkan satu aspek teras DLM sosiopolitik semasa Dan kontradiksi peringkat melampau bukan saja DLM parti pemerintah tetapi juga pihak yg maukan 'Uniti Gomen'. Suka diingatkan proses mencelikkan rakyat menagihkan pengorbanan masa yg panjang, belanja yg banyak, pemerasan tenaga Dan Minda, Dan risiko dibawah pelbagai undang2 'draconian' Dan diluar naungan undang2. Hubaya2, semoga kitA SENTIASA DLM peliharaan Allah SWT.

Tanpa Nama berkata...

Suap menyuap ini memang amalan molek sebagai tanda kasih dan sayang kita kepadanya seperti kepada isteri kepada ysng tak mampu....ini kepada si jantan kaya atau kepada si isteri orang mana boleh kepada saya bolehlah...kepada saya pun boleh juga .. hehehe

Tanpa Nama berkata...

Undang-undang rasuah Malaysia hanya terpakai kepada penjawat awam dan orang awam. Yang ada di puncak kuasa bebas buat rasuah.