15 Okt 2014

[VIDEO & GAMBAR] Puting Beliung Landa Pendang & Kuala Kedah


Alor Setar: Sekurang-kurangnya 10 buah rumah di Pendang dan Kuala Kedah di sini, rosak akibat dilanda puting beliung, petang Selasa.

Kejadian kira-kira pukul 4 petang itu turut menyebabkan sebuah sekolah di Kampung Alor Besar di Pendang, dekat sini terjejas teruk apabila bumbung bangunan diterbangkan dan makmal komputer dikatakan mengalami kerosakan.

Berdasarkan maklumat, angin berpusar setinggi bangunan empat tingkat itu dilihat terbentuk sejurus hujan lebat melanda.

Ia turut menerbangkan bumbung dan dinding beberapa rumah di Kampung Alor Besar.

Turut mengalami kerosakan, tiga buah rumah di Taman Seri Kota di Kuala Kedah akibat insiden sama.

Jurucakap Polis Daerah Pendang ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Beliau berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

"Jumlah kerosakan masih dalam siasatan," katanya.

Seorang anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Pendang, Ishak Omar, berkata kejadian itu melibatkan kerosakan harta benda yang teruk.

Sementara itu, seorang penduduk Kampung Alor Besar berkata pusaran angin itu yang tiba-tiba datang dari arah utara menyebabkan penduduk kampung bertempiaran lari menyelamatkan diri.

Mohd Hafiz Abu Bakar, 31, berkata beliau sedang bekerja di sawah di belakang rumahnya ketika ternampak puting beliung menghala ke arah rumahnya.

Sejurus itu, beliau nampak bumbung rumah berterbangan di udara dan terus bergegas pulang ke rumahnya bagi menyelamatkan isteri, Noor Rusila Aziz, 24, dan dua anaknya Mohamad Irfan, 2, dan Nur Aisyah Dayana yang berusia empat bulan.

"Bila sampai rumah saya tengok bumbung rumah dan dinding rosak teruk dipukul puting beliung. Saya syukur sebab isteri dan dua anak selamat," katanya kepada Bernama ketika ditemui di tempat kejadian.

Mohd Hafiz berkata akibat kejadian itu, hampir 90 peratus rumah dua tingkatnya, yang sebahagian batu dan sebahagian papan, rosak teruk selain kesemua barangan dalam rumahnya termasuk perabut dan barangan elektrik rosak dihempap serpihan kayu.

Beliau menganggarkan kerugian kira-kira RM50,000.

Noor Rusila pula berkata ketika kejadian, beliau dan dua anaknya berada di dalam bilik sebelum terdengar bunyi deruman angin kuat.

"Saya tak berani nak keluar rumah sebab takut. Saya duduk dalam bilik dengan dua anak dan berserah kepada Allah swt dengan apa yang berlaku," katanya.

Mohd Hafiz dan keluarganya kini menetap di rumah ibu bapanya yang terletak berhampiran rumah mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Alor Besar Norzizan Jaafar berkata kejadian itu berlaku kira-kira 20 minit menyebabkan orang ramai lari lari menyelamat diri.

"Ini merupakan kali pertama puting beliung berlaku di sini. Sekolah Kebangsaan Alor Besar rosak.

Banyak rumah yang mengalami kerosakan teruk dengan hampir kesemua bumbung diterbangkan angin selain ada rumah dihempap pokok tumbang," katanya ketika ditemui di tempat kejadian. -mstar
















IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kuasa allah swt. Kalau allah kata jadi maka jadilah. Diharap jadi pengajaran dan iktibar kpd semua.

Tanpa Nama berkata...

skg ni ramalan cuaca tak boleh pakai kaedah lama

beberapa kali ramalan jauh dr tepat
Pernah kata kemarau hingga bulan ogos tp tak smp sebulan hujan lebat Kalau hrg ikan naik ramalan kata hujan lebat dan angin kencang smp bulan Mac Raya Cina hujan dua tiga hari lebat

Kena buat kajian seminggu sekali ke bukan utk dua tiga bulan sbb perubahan angin skg tak menentu di sbbkan pembngunan dan pokok hutan di tebang

Tanpa Nama berkata...

tu yang di kata Dato' Nik Aziz dulu. kalau kita samseng Tuhan lagi samseng.siapa nak lawan...?

Tanpa Nama berkata...

tu yang di kata Dato' Nik Aziz dulu. kalau kita samseng Tuhan lagi samseng.siapa nak lawan...?

Tanpa Nama berkata...

Yg ini ai adik
Kemudian.., berapa lama tak tahu lah mungkin setahun dua, si abang
Kalau tak beringat dan bersedia yg datang si emak atai si ayah pulak
Lagi teruk