2 Okt 2014

Harga Minyak Naik: Pelbagai Cara Rakyat Luahkan Kemarahan


Pelbagai cara rakyat luahkan kemarahan akibat pengumuman kenaikan harga minyak oleh kerajaan semalam. Baca dan tengoklah:

PANTUN SELOKA MINYAK NAIK 20 SEN SAJA

Minyak naik 20 sen saja,
Tapi rakyat hidup menderita,
Nak jimatkan duit di mana,
Kalau barang semuanya naik belaka.

Minyak naik 20 sen saja,
Tapi kerajaan jangan lupa,
Elaun menteri kena potong juga,
Barulah adil sama-sama.

Minyak naik 20 sen saja,
Tetap kena bayar juga,
Walaupun belanjawan belum tiba,
Tak semena-mena naik tak diduga.

Minyak naik 20 sen saja,
Kata menteri tahun ini tak naik la..
Ini dikira tipu rakyat jelata,
Rakyat didahulukan kena slogannya.

Minyak naik 20 sen saja,
Tapi kehidupan kena terus juga,
Takkan nak makan batu pula,
Segala belanja kena jimat sentiasa.

Minyak naik 20 sen saja,
Rakyat kenalah perlu biasa,
Jika nak membantah siapalah kita,
Tetap mencari rezeki untuk keluarga.

Minyak naik 20 sen saja,
Tapi banyak juga jika dikira,
Itu dihitung 1 liter cuma,
Jika 10 liter berapa jadinya.

Minyak naik 20 sen saja,
Makan dan minum kena jaga,
Jangan mewah dengan harta,
Lama-lama boleh kurang juga.

Minyak naik 20 sen saja,
Berdoa pada Yang Maha Berkuasa,
Semoga dimurahkan rezeki sentiasa,
Agar diberkati dan dirahmati hendakNya.

SELOKA HARGA MINYAK

Umpama timun hendaknya
Melanggar kami terluka
Dilanggar kami cedera
Tapi itulah nasib kami yang hina

Tanpa elaun seperti menteri
Makan bayar sendiri
Kereta pandu sendiri
Minyak isi sendiri
Jalan sesak kami hadap setiap hari

Mudah pula tuan berkata
Jangan makan bila ayam naik harga
Jangan minum manis bila naik harga gula
Jangan guna jalan jika tol naik berganda
Pindah ke negara lain jika tak suka Malaysia

Kami umpama kain basahan
Tuan perah habis habisan
Akhirnya kami kekeringan
Merana kami tuan kesenangan

Duit sejemput kami diperas hingga rabak
Gaji tuan sedikit pun tak boleh ditolak
Diusul kami tuan amuk sampai koyak
Kami senyum lihat tuan makin menggalak

Tak mengapalah tuan
Kami terima segala ketentuan
Cuma ingat pesan Tuhan
Setiap perkara ada balasan
Nasib tuan belum ketahuan

Tuan jangan lupa
Kami manusia biasa
Sabar kami ada tahapnya
Luka kecil boleh menjadi nanah juga
Jangan sampai menjadi barah pula
Cukuplah tuan menyeksa
Cukuplah tuan buat kami merana


Kuasa tuan dari kami
Naiknya tuan dari kami
Jatuhnya tuan juga dari kami.










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





29 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sedarkah kita KERAjaan BN UMNO bodoh...

Saiful berkata...

Sapa yg undi depa ni ..mmg bodo..tak kira.apa pangkat..hg pa mmg bodo..

Tanpa Nama berkata...

kerana org2 pendek akal pilih umno..dgn putarbelit terus jadi KERAjaan..kita yg disusahkan setiap kali lps PRU...

Amuraria berkata...

kah kah kah hanya pasai 47 % mangkuk-mangkuk undi kita sem,uanaya ! apa punya kolom ,ABU !

Ahmad Basri berkata...

Tk betul tu. Yang bodoh yg undi Bn/Umnob jadi kerajaan.

abuamir berkata...

Pencacai umno mesti cakap : Ini semua salah Anwar.........

Pastikan PRU14 kita kuburkan umno/bn sebelum rakyat semua jadi zombie.

semutapi berkata...

Pemimpin BN cerdik yang pangkat depa la bengong

Tanpa Nama berkata...

Korang marah2 pun tak guna.selama 50 tahun RAKYAT MALAYSIA TERUTAMA BANGSA MELAYU BILA NAK PILIHARAYA,UMNGOK SOGOK DGN DUIT,BARANG LETRIK KORANG SEMUA CAIR.SEMUA LUPA PENGANIYAAN UMNGOK BUAT.DPT BR1M,PUJI UMNGOK BAGAI NAK RAK.HAA PANGKAH LAGI UMNGOK/BN

Tanpa Nama berkata...

Kita bg BR1M 4.7 BILLION kpd rakyat...sbb tu rakyat kena bg blk 60.2 BILLION kpd kita.Negara kita cukup aman.Rakyat telah memilih kami tuk memimpin.Kita berikan hadiah raya haji kali ini dgn pengorbanan besar yg perlu kita nikmati bersama.

Tanpa Nama berkata...

ya allah ya tuhan ku kau musnahkanlah ,hancurkan lah peeminpin yang bernama najib serta semua barisan kabinet nye yang zalim ini amin

Tanpa Nama berkata...

Hadiah kemenangan BN di Pengkalan Kubur....TAHNIAH untuk pengundi

Tanpa Nama berkata...

Naik harga minyak ni mengingatkan saya pada kata-kata seorang pemimpin negara yang tinggi hutang negaranya; "harga kangkong tak naik"!!

Saya berharap tiada kenaikan harga kangkong dengan naiknya harga minyak ni. Tapi kalau naik lagi hargs RON sebelum PRU14 nanti, mungkin harga kangkong tak boleh bertahan lama dan ikut naik sekali.

Bak kata anon 2:13pm kita dipaksa "berkorban apa saja" asalkan ..... ABU.

Maka bertambah ramai lagi ABU ABU kita sampai harga RON boleh turun semula selepas PRU14.

Amin ya rabbil alamin.

Tanpa Nama berkata...

member undi Bn kale kubur..rasa terkilan

Tanpa Nama berkata...

Anon 3.28 pm, agaknya pemimpin tu dari nagara Barang Naik darul-tindas. Tapi tu tahun lepas, bila menang PRU13 harga kangkong tak naik. Kali ni harga sayur lain pulak yang tak naik kot.
Macam manapun aku amin kan doa kau agar bertambah ABU ABU bersama ABUG sekali. Mana boleh uniti dengan Barang Naik ni. Amin.....

Tanpa Nama berkata...

Setelah Tg Hadi dan UG buat onar dalam Pakatan Rakyat, BN dah tiada saingan lagi, dah boleh buat ikut suka.....

Tanpa Nama berkata...

Baru aku faham.
Kenapa solat hajat Pas
nak jatuhkan Umno/Bn, Allah
tak makbulkan.

Tanpa Nama berkata...

Hahahahaha...kahkahkah.... gahgahgahgah....pangkah!!..jangan tak pangkah...pangkah!!...pangkah!!... pangkah!!... amik nak..padan muka aku...

Unknown berkata...

Adapun siempunya blog ini tidak mampu bersifat jujur sebagaimana yg ia sering adudombakan kepada pihak lain.. penarikan subsidi minyak sebanyak 20 sen diapikan sebagai perbuatan zalim .. tetapi baki subsidi yg masih ditanggung dianggap sebagai haknya ... Demikianlah keadaan golongan yg tidak bersyukur ..Allahswt matikan hatinya dari merasa redha pada apa yg tinggal untuknya .. kerana menyesali pada sesuatu yg telah terlepas darinya..sejujurnya aku pun tidak merasa kesian pada sebahagian kepimpinan mengajarkan para pengikutnya sifat2 yg jelik .. tatkala sifat(jelik) itu dikembalikan pada batang tubuhnya oleh para pengikutnya sendiri .. Tak mengapa jika empunya blog ini tidak menyiarkan komen saya.. Sekurangnya bacalah untuk menjadi muhasabah diri sendiri.. Tahukah kamu tiada apa yg mampu memuaskan kehendak golongan yg tidak bersyukur kecuali MAUT ...

BaDiN berkata...

peluang sdh diberi masa pru lepas untuk turunkan kerajaan Bn dan turunkan kos sarahidup rakyat Tapi disebabkan KEBODOHAN MELAMPAU sebahagian rakyat,peluang itu dilepaskan begitu sahaja.Peluang itu datang 5 tahun sekali,wahai rakyat gunalah peluang itu sebaik baiknya agar poket poket kita tak terus pokai.Pengundi pintar membuatkan pemerintah takut berhadapan dgn rakyat.Rakyat bodoh jadi makanan enak kpd Kerajaan Parasit Penghisap Darah Rakyat.

BaDiN berkata...

Peluang sdh ditawarkan masa pru lepas untuk menurunkan Bn dari tampuk kuasa.peluang sdh diberi untuk mengecapi penurunan pelbagai kos sara hidup masa pru lepas.Tapi disebabkan jiwa mudah dibeli dan kebodohan melampau menguasai diri sebahagian rakyat malaysia menyebabkab kos sara hidup bertambah mahal setiap tahun.Era sekarang kita tak perlu tunduk membabi buta kpd pemerintah Pusat,kita perlulah jadi pendesak kpd kerajaan agar ia tunduk kpd rakyat utk mengurangkan bebanan kos sarahidup masakini.Peluang itu datang lagi pada 2017,gunalah ia sebaik baiknya jika mahu Kelegaan Kos sarahidup dikecapi.Belum Cuba Belum Tahu,Jgn Takut 5 tahun mendatang ubah semula jika janji tak ditepati.

Unknown berkata...

Wahai siempunya blog tidak kau dapat melihat betapa buruknya hati para pengirim komen yg dapat dipandu dari tulisan yg mereka pamerkan ... Golongan seperti kamu inilah biang keladinya .. Inilah golongan yg mengaku menepati syariat islam tetapi tidak lepaspun dari halkumnya .. Kamu boleh menipu org ramai mahupun dirimu sendiri .. Tetapi tidak akan lepas tatkala dihadapkan pada pengadilan Allahswt kelak .. banyak atau kurangnya rahmat Allahswt bergantung pada sifat syukur sihambaNya .. dan ia tidaklah dapat ditimbang secara tepat oleh neraca manusia .. seringgit itu bagi org yg bersyukur lebih besar berkat dan manfaatnya berbanding nilai seringgit pada golongan yg mati sifat syukurnya .. Dan jika dari seringgit menjadi 90sen maka golongan yg bersyukur akan mencari hikmahnya .. Tetapi jika bertambah menjadi seringgit 10sen tetap ia bersyukur sambil ia menikmatinya ..berbeza keadaannya pada golongan yg tidak bersyukur senantiasa ia menyesali diri sambil berombak hatinya mengapa hanya seringgit ? apatah lagi jika ia berkurangan maka ia akan menyalahkan seluruh dunia beserta isinya kecuali dirinya sendiri .. wahai siempunya blog sekarang nilaikan apakah ada dari kalangan kamu yg terdetik untuk mencari hikmah mengapa ditarik nikmatnya subsidi minyak .. aku pun sesak juga pasal minyak naik.. pada aku kita sedang menuai apa yg kita tanam ..

Tanpa Nama berkata...

itu sahajalah rakyat malaysia boleh buatkan luahkan perasaan di facebook, tweeter dan youtube. Nak tunjukkan kita bahawa rakyat malaysia lebih - lebih lagi ulama gila kuasa dan umat melayu mr. bean layakkan digelar masyarakat 3rd class itu lebih rendah classnya dari masyarakat Afrika.

Come onlah lihat sahaja negara thailand kalau pemimpin diaorang buat hal rakyat diaorang akan berdemo sampai pemimpin tersebut jatuh bergolek masuk ke dalam penjara. ini barulah layak dipanggil masyarakat 1st class sebab diaorang tahu hak diaorang dan busy macam mana pun politik tetap take alert bukan macam rakyat malaysia yg nak asingkan politik dengan kerja. lu fikrlah sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Hello unknown

ustaz yg sokong umno pun tahu tindakan kerajaan itu tidak berperikemanusiaan. pergi baca apa kata Ustaz Kazim Elias.

Kazim

in response to Adapun siempunya blog ini tidak mampu bersifat jujur sebagaimana yg ia sering adudombakan kepada pihak lain.. penarikan subsidi minyak sebanyak 20 sen diapikan sebagai perbuatan zalim .. tetapi baki subsidi yg masih ditanggung dianggap sebagai haknya ... Demikianlah keadaan golongan yg tidak bersyukur ..Allahswt matikan hatinya dari merasa redha pada apa yg tinggal untuknya .. kerana menyesali pada sesuatu yg telah terlepas darinya..sejujurnya aku pun tidak merasa kesian pada sebahagian kepimpinan mengajarkan para pengikutnya sifat2 yg jelik .. tatkala sifat(jelik) itu dikembalikan pada batang tubuhnya oleh para pengikutnya sendiri .. Tak mengapa jika empunya blog ini tidak menyiarkan komen saya.. Sekurangnya bacalah untuk menjadi muhasabah diri sendiri.. Tahukah kamu tiada apa yg mampu memuaskan kehendak golongan yg tidak bersyukur kecuali MAUT ... by Unknown

Unknown berkata...

Aku tidak berkata kenaikan minyak sebagai perbuatan terpuji oleh sipemerintah..tetapi bukan juga perbuatan yg zalim @tidak perikemanusiaan kerana masih tertanggung sipemerintah itu baki subsidi walaupun semakin sedikit..yg menjadi pokoknya kita semakin jauh dari sifat syukur.. Sedang janji Allahswt ..sesuatu kaum@negeri akan diganti kepimpinan yg lebih kuat@amanah atau sebaliknya bergantung pada sifat syukur kaum itu sendiri..jadi jnglah kamu bermimpi PR akan menjadi kepimpinan yg lebih kuat dan amanah ..kerana merekalah yg mengajarkan kamu supaya menyesali pada hak kamu sebagai rakyat atau pada syariat islamyg belum tertunai dengan perilaku dan lisan yg jelik dan bercampur baur dengan fitnah dan adu domba dan prasangka buruk ..tetapi menahan kamu dari bersyukur dengan menunaikan hak sipemerintah pada hak kamu dan pada syariat islam yg telah ditunaikan..kerana PR memilih jln yg jelik ini untuk berebutkan kuasa ..Maha Suci Allahswt yg memperlihatkan tanda jelas nyata bagi golongan yg mahu berfikir. Bagaimana porak perandanya keadaan mereka pada kuasa yg mereka perolehi di selangor kelantan penang.. Saling mereka membuka aib sesama mereka ..dan perilaku mereka itu laksana sekawan serigala sedang melahap daging buruannya .. ingatlah kepimpinan yg kuat dan amanah datang sifat syukur sesuatu kaum .. boleh jadi ia dari BN ataupun PR.. Dan tanda kaum yg bersyukur itu ia mendoakan pengampunan@kebaikan@ucapan yg mulia sabagai menunaikan hak sipemerintah atas haknya yg telah ditunaikan oleh sipemerintah itu.. Pada aku kepimpinan yg paling kuat dan amanah adalah dizaman tunku disusuli tun abdul razak kemudian tun husien on sehinggalah tun m tetapi dimasa merekalah PAS menanam sifat jelik kepada generasi yg baru tumbuh .. Dan kini genarasi itu sudah membesar dengan hampir semua haknya telah ditunaikan sehingga mereka lupa hak yg wajip mereka tunaikan pada sipemerintah.. Dan Allah swt hinakan kepimpinan PAS atas apa yg mereka kerjakan .. duduknya mereka dalam PR bukan semulia keadaan UMNO dalam BN..

Unknown berkata...

Hasil dari kepimpinan yg lemah dn kurang amanah.. Kenaikan minyak kerana penarikan subsidi menjadikan rantaian kenaikan barang keperluan yg lain .. Kerana majoriti golongan pembekal dan peniaga bukan sahaja menyerahkan kos kenaikan kepada pengguna malah lebih jelik mereka membuat keuntungan yg berlipat kali ganda .. Apatah lagi jika ia mempunyai sumber dari dlm untuk mengetahuinya.. Inilah hasil dari sifat tidak amanah dan kepimpinan yg lemah .. Jln yg paling menepati syariat adalah dengan mendoakan supaya sipemerintah menyedari keadaan dirinya .. Dan barisan kepimpinan yg membantu..

non berkata...

Bodo mung ni.... kalau harga minyak naik.. Tak terlibat dgn harga barang2 lain ikut naik tak ada siapa nak kecoh2.... kerajaan boleh jamin ka harga barang lain tak ikut naik.... stupid

in response to Wahai siempunya blog tidak kau dapat melihat betapa buruknya hati para pengirim komen yg dapat dipandu dari tulisan yg mereka pamerkan ... Golongan seperti kamu inilah biang keladinya .. Inilah golongan yg mengaku menepati syariat islam tetapi tidak lepaspun dari halkumnya .. Kamu boleh menipu org ramai mahupun dirimu sendiri .. Tetapi tidak akan lepas tatkala dihadapkan pada pengadilan Allahswt kelak .. banyak atau kurangnya rahmat Allahswt bergantung pada sifat syukur sihambaNya .. dan ia tidaklah dapat ditimbang secara tepat oleh neraca manusia .. seringgit itu bagi org yg bersyukur lebih besar berkat dan manfaatnya berbanding nilai seringgit pada golongan yg mati sifat syukurnya .. Dan jika dari seringgit menjadi 90sen maka golongan yg bersyukur akan mencari hikmahnya .. Tetapi jika bertambah menjadi seringgit 10sen tetap ia bersyukur sambil ia menikmatinya ..berbeza keadaannya pada golongan yg tidak bersyukur senantiasa ia menyesali diri sambil berombak hatinya mengapa hanya , by Unknown.

non berkata...

Subsidi... kahkah kahkah.... khakkkk tuiiii.. jgn asyik baca utusan meloya sj... dan media kerajaan sj... siapa nak ngaku berak di tengah jalan... nak cari keburukan... Tgok sama media2 luar...

in response to Adapun siempunya blog ini tidak mampu bersifat jujur sebagaimana yg ia sering adudombakan kepada pihak lain.. penarikan subsidi minyak sebanyak 20 sen diapikan sebagai perbuatan zalim .. tetapi baki subsidi yg masih ditanggung dianggap sebagai haknya ... Demikianlah keadaan golongan yg tidak bersyukur ..Allahswt matikan hatinya dari merasa redha pada apa yg tinggal untuknya .. kerana menyesali pada sesuatu yg telah terlepas darinya..sejujurnya aku pun tidak merasa kesian pada sebahagian kepimpinan mengajarkan para pengikutnya sifat2 yg jelik .. tatkala sifat(jelik) itu dikembalikan pada batang tubuhnya oleh para pengikutnya sendiri .. Tak mengapa jika empunya blog ini tidak menyiarkan komen saya.. Sekurangnya bacalah untuk menjadi muhasabah diri sendiri.. Tahukah kamu tiada apa yg mampu memuaskan kehendak golongan yg tidak bersyukur kecuali MAUT ..., by Unknown.

Tanpa Nama berkata...

Berapa dolarkah kerajaan Brunei Darul Salam yg kemerdekaannya jauh lebih kemudian drp Malaysia, memberikan subsidi untuk setiap liter petrol?

Tanpa Nama berkata...

Yg undi umno bn adalah pengundi upahan sbb tu tak berani laksana pendaftaran otomaik, teruskan penipuan undi awal dan guna dakwat tak kekal.....