30 Sep 2014

[VIDEO] Apakah PAS Akan Hormati Suara Anak Muda Ini Atau Akan Di"Barua"kan Juga?


NGO anak muda serah memorandum desak PAS keluar Pakatan

Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang terdiri daripada kumpulan anak muda hari ini mendesak PAS keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) jika tiada langkah pemulihan diambil parti Islam itu.

NGO yang menggelarkan diri mereka sebagai Lensa Anak Muda Malaysia (Lensa) berpandangan kenyataan yang dikeluarkan pemimpin PAS hanya menimbulkan ketegangan dalam PR dan jika tidak dibendung ia akan mengakibatkan hilangnya sokongan rakyat.

"Lensa menyarankan PAS perlu menggesa semua pimpinan di semua peringkat untuk tidak lagi membuat kenyataan yang boleh memudaratkan hubungan sesama rakan PR.

"Hal ini penting bagi mewujudkan tempoh bertenang seterusnya memberi ruang kepada komponen PR untuk memperkukuh semula permuafakatan.

"Lensa berpendirian sekiranya PAS gagal bertindak tegas terhadap kelompok dalam PAS yang terus menerus mewujudkan konflik sesama PR maka Lensa mencadangkan PAS mengambil langkah berundur daripada PR," katanya selepas menghantar memorandum di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.

Lensa semalam berkata PAS menyebabkan krisis menteri besar Selangor yang mengundang perpecahan dalam PR.

Berdasarkan pandangan ahli politik dan ahli akademik, NGO itu berkata, PAS harus dipersalahkan atas pendirian mereka yang berubah-ubah dalam isu menteri besar Selangor.

Koordinator Lensa Ekhsan Bukharee berkata, PAS menjadi faktor utama menyebabkan krisis Selangor terheret sehingga hampir 5 bulan sedangkan konflik ini boleh diselesaikan lebih awal jika PAS menghormati semangat setiakawan menyokong calon menteri besar yang dipersetujui PKR dan DAP.

Katanya, hubungan sesama komponen PR juga menjadi tidak menentu apabila terdapat pemimpin PAS yang mengeluarkan kenyataan terbuka merugikan PR.

“Lensa khuatir jika pertembungan dalam PR tidak diurus segera, masyarakat akan hilang kepercayaan kepada PR dan secara khususnya kepada PAS. Ini berikutan tanggapan umum terhadap PAS yang dilihat membelakangkan semangat Pakatan.

“Dalam empat siri forum yang dijalankan, 33 soalan diajukan penonton kepada ahli panel. Hasilnya 23 daripada 33 soalan tersebut menunjukkan kekecewaan terhadap sikap PAS dalam krisis Selangor.

“Analisis juga menunjukkan semua soalan diajukan penonton bukan Islam mempertikai sikap PAS sepanjang konflik berlaku,”
katanya kepada pemberita yang turut dihadiri Pengarah Eksekutif Lensa Safwan Anang.

Ekhsan berkata, PR perlu sentiasa memperkukuh persepakatan bagi menyemak imbang urus tadbir negara di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana pakatan pembangkang yang kuat akan melahirkan kerajaan yang lebih prihatin dan telus dalam pemerintahan.

Katanya, PR begitu longlai dalam menangani keghairahan kerajaan menggunakan Akta Hasutan walaupun pemimpin utama PR sendiri disabitkan dengan akta drakonian tersebut.

“Jika pakatan pembangkang lemah, kerajaan yang memerintah akan berpeluang untuk mentadbir secara sesuka hati sekali gus berpotensi untuk menindas rakyat.

“Sebagai contoh, dalam masa PR terheret dengan konflik dalaman yang berpanjangan dan kelihatan lemah, tempoh tersebut digunakan pihak berkepentingan untuk menganiaya pemimpin politik dan aktivis rakyat menggunakan Akta Hasutan,” katanya. – TMI


Lebih baik keluar dari PR

KUALA LUMPUR: Badan pertubuhan bukan kerajaan Lensa Anak Muda Malaysia (LENSA), menyarankan sekiranya PAS gagal bertindak tegas terhadap kelompok dalam PAS yang terus menerus mewujudkan konflik sesama Pakatan Rakyat (PR), LENSA mencadangkan agar PAS mengambil langkah berundur dari PR.

Menurut Koordinator LENSA, Ekhsan Bukharee, sikap PAS yang membelakangkan setiakawan menjadi faktor utama yang menyebabkan krisis Selangor terheret selama lima bulan.

“Walhal konflik ini boleh diselesaikan lebih awal sekiranya PAS menghormati semangat setiakawan dengan menyokong calon Menteri Besar yang telah dipersetujui secara bersama PKR dan DAP,” katanya.

Tidak terhenti di situ, PAS dikatakan lewat bertindak, dan tidak konsisten.

“Mesyuarat PAS Pusat pada 17 Ogos sebetulnya mampu menyelesaikan masalah yang berlaku,

“Namun selepas mesyuarat itu, PAS dilihat beberapa kali membuat pusingan ‘U’ menyebabkan konflik semakin buntu.

“Walaupun pada 17 Ogos, mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat sepakat menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal MB,” katanya dalam satu sidang media selepas menyerahkan surat cadangan kepada Pegawai Penerangan PAS Pusat, Mohamad Shahir Abu Hassan.

Jelasnya lagi, LENSA turut mencadangkan PAS menggesa semua pimpinan di setiap peringkat untuk tidak lagi membuat kenyataan yang boleh memudaratkan hubungan sesama rakan PR.

Selain itu, LENSA mencadangkan agar PAS menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap ahli mahupun pimpinan yang bertindak mengeluarkan kenyataan yang mampu menggugat keutuhan PR.

“Ia penting bagi membuktikan ketelusan PAS bersama PR sekaligus menunjukkan pandangan yang tidak pro-pakatan sebagai pandangan minoriti dan terpencil dalam PAS.

“Sekiranya ini dapat dilaksanakan, LENSA yakin kepercayaan masyarakat umum kepada PAS dapat dikembalikan,” ujar beliau lagi.

Sebelum ini, beberapa pimpinan PAS telah mengeluarkan kenyataan yang dilihat boleh mengeruhkan hubungan PAS di dalam PR, antaranya Ahli Parlimen Pasir Mas , Nik Mohamad Abduh Nik Aziz, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr Zuhdi Marzuki, dan juga Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan.

Ujar Ekhsan lagi, jika PAS terus bersikap demikian dan masalah ini tidak diurus segera, maka masyarakat akan hilang kepercayaan kepada PR dan secara khususnya kepada PAS.

“Kita nampak PAS boleh pergi jauh, dan sebab itu kita sebagai NGO yang tidak partisan (tidak berparti) tegur PAS.

“Kita juga tidak menolak bahawa kita akan menegur DAP dan PKR pada masa akan datang,” katanya.
-FMT








ULASAN GB

GB dan blogger-blogger PAS yang lain dah banyak kena maki dengan puak yang mengaku pro-ulama. Kena barua dan sebagainya. Tapi kami tak heran sebab kami dah lama di dalam PAS dan dah lali kena maki..... itu asam garam perjuangan di alam siber...

Yang GB khuatir ada di kalangan PAS terutama yang taksub gila yang akan membaruakan anak muda di atas. Mereka anak muda itu bukan semuanya ahli PAS, tetapi mereka kebanyakannya adalah pengundi-pengundi Pakatan Rakyat termasuk PAS.

Terpulang kepada PAS nak layan memo mereka macamana...







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





19 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aku suka kalau PAS keluar dari PR. Sebab lepas itu PKR akan tergolek dan cina akan berfikir 2 kali ke samada nak undi MCA atau DAP.

Cina kali ni terpaksa pikir untung rugi. Kalau DAP menang cuma di Penang boleh perintah negeri teruk le kena ulam dengan BN.

Di Selangor kalau cina tak swing boleh le menang banyak seat dan PKR kalau menang pun cuma kerusi cina/India. itu pun tak sampai sepuluh seat. Kalaulah boleh merintah selangor pun wakil rakyat pun penuh dengan Cina/India.

Sultan Selangor nak terima ke dewan penuh dengan Cina/India manakala melayu dalam kerajaan ada 2 tiga kerat.

Cina n India takkan lepas peluang kalau dapat merintah. Tanah selangor ni kegemaran mereka. orang melayu boleh dihalau secara teknikal. Itu yang dibuat oleh LGE di Penang.

Yang buat demo ni atau 5, 6 orang. Selainnya reporter/blogger macam GB.

Tanpa Nama berkata...

PAS memang tidak konsistent sebab puak PasMa banyak dalam AJK PAS pusat. Setiap kali mesyuarat bocor. Malaysian Insider, Malaysia Kini dapat lapuran terus mesyuarat PAS dari AJK PAS (PasMa). Belu keluar mesyaurat, berita dah keluar dalam portal. DAP/PKR yang bukan parti berdasarkan ugama tak pula bocor mesuarat mereka. Bukan kah ini kwerja khianat puak PasMa.

Kalau dul;u dah duduk dalam JIM.. duduk je sana. Buat apa nak ganggu jemaah lain. Buat macam Tabligh langsung tak sibuk dengan jemaah orang lain.

ramziredang berkata...

dalam Islam ada satu perkataan yang sangat baik dan berguna..yang dipanggil 'muhasabah' dan muhasabah ini sepatutnya selalu dilakukan oleh orang orang yg digelar ulama atau ada ilmu agama..terutama kalau dia seorang pemimpin lagilah penting bermuhasabah
malangnya jangan kata nak muhasabah,teguran membina dari orang lainpun dianggap hendak memecahbelah,menentang islam,menentang ulama atau tidak wala'.
jadi di mana bezanya diktator dengan islam yg mereka bawa?sungguh mereka yang mengaku ulama ini pembawa fitnah besar kepada Islam...seperti GB selalu ucap..kita tunggu hukum kebenaran berjalan dengan sendirinya :)

Tanpa Nama berkata...

Minit mesyuarat PAS Pusat tidak rahsia lah beb. Ia mesti telus. Ahli2 perlu tahu perjalanan dan perkembangan semasa.

Apasal takut bocor? Ada rahsia besra ker Maknanya betullah apa yg dilaporkan oleh TMI, mkini dan sebagainya bahawa memamg berlaku perdebatan AJK PAS Pusat dengan Haji Hadi mengenai Kerajaan Perpaduan yg dirancang Hj.Hadi di Selangor?

Satu lagi tentang NGO. Betul Shaari dari JIM. Abis ko ingat Hj Hadi tu pure PAS ker? Dia dulu dari jemaah ABIM semasa Anwar jadi Presiden. Apasal x suruh Presiden masuk jemaah Tabligh duduk diam-diam buat kerja "keluar" dan "tasykil". Masuk dalam PAS ikutlah cara jemaah... bermesyuarat, ikut keputusan AJK PAS Pusat, bukan guna kuasa veto.

PAS memang tidak konsistent sebab puak PasMa banyak dalam AJK PAS pusat. Setiap kali mesyuarat bocor. Malaysian Insider, Malaysia Kini dapat lapuran terus mesyuarat PAS dari AJK PAS (PasMa). Belu keluar mesyaurat, berita dah keluar dalam portal. DAP/PKR yang bukan parti berdasarkan ugama tak pula bocor mesuarat mereka. Bukan kah ini kwerja khianat puak PasMa.

Kalau dul;u dah duduk dalam JIM.. duduk je sana. Buat apa nak ganggu jemaah lain. Buat macam Tabligh langsung tak sibuk dengan jemaah orang lain. by Anonymous

Tanpa Nama berkata...

PAS ingat dia kuat sebab mempunyai ahli 1 juta orang dan tidak memerlukan bantuan dari parti2 kecil DAP dan PKR, apa PAS tidak pernah fikir ke?, keahlian UMNO 3 juta orang dan ditambah keanggotaan parti2 MCA,MIC,Gerakan dll pun boleh tumbang disemenanjung.
Sepatutnya pemimpin2 PAS yang bertaraf ulama dan ustaz kena fikir seperti pemimpin2 PAS profesional yang memahami situasi masyarakat majmuk dan pengundi2 atas pagar yang mengharap PR sebagai alternatif mengganti BN untuk menyelesaikan masaalah2 rakyat seperti penganggoran siswazah dsn lepasan SPM, kebanjiran warga asing menutup rezeki anak2 tempatan, kenaikan kos sara hidup dgn gaji tidak setimpal,GST dll lagi.
Pemimpin2 PAS sepatutnya memikirkan yang ini, bukannya nak jentik ke!, broker ke!,barua ke!. dan tak boleh kritik pemimpin PAS sebab dia suci dari segala kesalahan dan kesilapan.
Kalau tak mahu dikritik jangan masuk politik,jadilah penceramah agama kat masjid2 orang ramai mesti sanjung sebab kuliahnya mengajak manusia jadi baik.

Tanpa Nama berkata...

Bukan buat pemulihan tp PAS kena buat perubahan yg besar

kalau PAS tak berjaya hapuskan kumpulan UG eluk lah PAS keluar dr PR

Skg yg sibuk psl UG cuma beberapa org dlm PAS sedangkan tak satu pun pemimpin UMNO yg dulu bila sebut UG akan bagi kenyataan melayu mesti bersatu melayu jgn berpecah dan kita bersedia berkerjasama dng PAS

UMNO pun boleh berfikir betapa rugi nya mereka skg kalau berUG dgn PAS

PAS boleh pergi jauh kalau PAS berani tukar pemimpin sbb pemimpin yg berserban lah yg ramai nak kan UG

Tanpa Nama berkata...

Anon 2:53...jangan bodohkan diri sendiri dan cari Dosa Fitnah di hari menjelang wuquf ini. Cuba cerita berapa AJKP PAS yang pernah jadi ahli JIM atau bersama JIM? Kalau tak dapat bagi nama bermakana anda memang tukang fitnah.

Tanpa Nama berkata...

TGHH (Presiden): ABIM
Mat Sabu (Timbalan Presiden): ABIM
Kamarudin Jaafar (Bekas SU) : ABIM
Dzulkefly Ahmad (AJK PAS Pusat): ISMA
Saari Sungib (Ketua Penerangan PAS S'gor): JIM
Anuar Tahir : ABIM

Ini beberapa kepimpinan yg telah diketahui umum.

DLM PRK/PRU...PAS minta undi daripada semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama, kaum dan negeri.

Semua NGO di Malaysia ada saham dlm PAS kerana antara hasil usaha berdakwah telah menghasilkan orang Islam yang faham tentang keperluan untuk melaksanakan syariah.

Kefahaman itu diterjemahkan melalui undi dlm PRU/PRK kepada PAS.

Ada juga yang lebih maju, berkempen dan menghulur derma utk membantu PAS dalam PRK/PRU.

Bantu itu kerana ALLAH SWT.


Tanpa Nama berkata...

PAS da patut buat post mortem atas semua tindakbalas yg mereka terima... post mortem jgak semua kepimpinan tertinggi mereka dgn tangungjawab memasing... jgn suka kluar statement bangang selalu sangat...

Tanpa Nama berkata...

PasMa pulak nak dipersalahkan. Apa punya statement daaa..

air gunung berkata...

Yg hangin pasal JIM apsal bro.naper x wat undeng2 supaya ahli or bekas JIM haram joint PAS.kwn tu sentuh bab ngo.mana2 ngo lahhh.sampai sangkut arafah neh naper.time arafah jer ker x ley wat dosa or kurangkan dosa or hormat x wat dosa.hari2 lain boley.fuyoooooo...Islam pon boley pilih2 ker bro..mcm hujah soltan s'gor ketua agama jer.maknanya x ley hard rock cafe time pose.bulan boley.cam2 ker..bkn ker kerja lwn setan n nafsu ni x kira masa sampai laa ke liang lahad....ooo baru faham.patut laa boley tuduh pil kudda time x pose...bkn ker badar n khandak berlaku time pose.bunuh menbunuh lg.

Tanpa Nama berkata...

Ape beza UG dlm Pas dgn KN dlm PKR??.

Tanpa Nama berkata...

ya,ya semua salah pas,salah presiden pas,langkah kajang pas yang buat,dua adun pas memberi sokongan pada azizah pas yg suroh,memaksa sultan hanya menerima azizah menjadi mb selangor pas yg suroh,hai panas rasanya batu pelan aku

bat8 berkata...

Anon 6:58


Beza UG dan KN ialah perkara UG telah diputuskan didalam Muktamar Ipoh tahun 2008. Beberapa muktamar berikutnya telah menguatkan lagi keputusan Muktamar Ipoh.

Kalau yg bertanya ini orang UMNO, jawapannya tak payah busybody. Tanya pakcik google kalau nak tahu.

Kalau yang bertanya itu orang PAS, tolong pi baca balik perlembagaan PAS. Cari maklumat mengenai proses membuat keputusan di dalam PAS. Jangan jadi macam orang UMNO, xpaham apa pasai parti.

KN tu kena pi blog blogger PKR la tanya. Baru dapat maklumat tepat. Tidak hanya serkap jarang je. Yang pasti KN bukan dasar PKR sebagaimana keputusan Muktamar Ipoh 2008 menjadi dasar PAS dan mesti dipatuhi oleh semua orang: presiden ke, AJKPP ke, MSU ke, DUPP ke dan termasuk akar umbi PAS.

Tanpa Nama berkata...

Ada juga ahli yang jumud dlm pas sehingga kebenaran pun susah nak terima. Dok asyik emosi ttg wala', taat, pas tak pernah salah etc..buka mata dan minda. Allah swt bagi akal suruh pikir..bukan untuk jadi lebih bodoh. Jgn cuba bolot islam utk exclusive utk pas shj....

Tanpa Nama berkata...

Takbir.....
Allahu akbar....

tahniah buat LENSA.....
ini baru anak muda....,
bukan mcm pemuda Pas yg lembik....

mana suara pemuda pas semasa prk n01 p.kubur.....
tetapi berkokok sesama PR...

-vellfire to hellhire-

bat8 berkata...

Anon 7:00

Kalau sdra orang UMNO, tak payah bela PAS. Penindasan yang UMNO buat kepada PAS terlalu besar dengan berpura-pura memb3la PAS.

Jika sdra orang PAS,saya ucap takziah. Anda dah sama dengan puak UMNO. Bagi UMNO, parti adalah s3gala-galanya macam la di akhirat kelak Allah tak boleh buat apa-apa kerana mereka puak UMNO. Orang PAS jangan ikut perangai UMNO. Jangan merasakan bahawa PAS itu l3bih tinggi dari Islam. Kesalahan yang nyata dipertahankan atas nama Islam. Amat malang sekali jika wala kepada pemimpin yang bol3h tuduh orang tanpa bukti jual pil kuda, komen3h, mungkir janji, khianat melebihi wala kepada Allah.

Tanpa Nama berkata...

Syabas kepada semua pengomen. Ada yang mengomen bersandar pada fakta dan data, ada yang mengomen hanya menurut perasaan amarah dan emosi sahaja. Sila cermat dan berfikir matang tetekala membuat komen.

Tanpa Nama berkata...

singkir TGHH insyaallah selesai masaalah