25 Sep 2014

JUHAM Tangkap "Pengundi Hantu" Di PRK Pengkalan Kubor


PRK N01 PENGKALAN KUBOR: Kenyataan Media JUHAM - "Pengundi Hantu"

1) JUHAM menerima aduan daripada petugas pilihanraya PAS di UPU Bendang Pa'yong, Pengkalan Kubor tentang seorang pengundi yang disyaki bukan warganegara Malaysia, namun mempunyai kad pengenalan dan passport Malaysia.

2) Peguam-peguam JUHAM yang bertugas di situ dengan serta-merta menahan dan menyoal-siasat pengundi terbabit serta menyemak kad pengenalan serta passport beliau. Pengundi tersebut asalnya diiringi oleh Penghulu Kampung Bendang Pa'yong. Namun setelah menyedari kehadiran peguam JUHAM, penghulu tersebut terus melarikan diri dan meninggalkan pengundi tersebut.

3) Keraguan semakin memuncak apabila ketika disoal peguam JUHAM, pengundi tersebut langsung tidak tahu berapa nombor Kad pengenalan beliau, berapa umur beliau dan di mana alamat beliau di Pengkalan Kubor.



4) Malah yang lebih aneh adalah pengundi tersebut juga tidak tahu apakah nama Dun tempat beliau mengundi undi ini dan apakah nama tempat UPU beliau mengundi.

5) Namun, pengundi tersebut mengaku bahawa beliau memangkah calon Barisal Nasional.

6) Berdasarkan rekod di dalam passport beliau, beliau kerap berulang-alik ke Thailand. Apabila ditanya, beliau mengesahkan keluarga beliau menetap di Thailand dan kali pertama beliau mengundi adalah ketika pilihanraya umum ke-13 baru-baru ini.

7) Justeru JUHAM menyeru kepada semua petugas-petugas pilihanraya untuk lebih berwaspada dan cakna dengan individu-individu yang mencurigakan. Sekiranya wujud individu yang mencurigakan, petugas-petugas diminta untuk segera melaporkan kepada peguam JUHAM yang bertugas.

Noorazmir Zakaria
PENGARAH JABATAN UNDANG-UNDANG & HAK ASASI MANUSIA









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





8 ulasan:

ex army berkata...

Mereka sanggup buat apa sj asalkan memerintah.... Tak takut langsung akan hukuman ALLAHTAALA.... apa nak jadi malaysia nii....dah jatuh muflis baru nak sedar kot.... muflis Dpn ALLAHTAALA BARU TAHU....

Awanama berkata...

TAK MENIPU TAK BOLEH KEEEE

Awanama berkata...

tak habis2 umno ni dgn pengundi hanty. x menipu bukan umno/bn namanya...

Ibn Sabil berkata...

ada ajer alasan spr nanti untuk membela umno kononnya mereka itu bukan pengundi hantu.

Awanama berkata...

BN=Barua Nipu....UMNO=Undi Menipu Nipu Orang...

Awanama berkata...

Tak insaf lagi ke? Macam2 bala dah turun tapi masih lagi nak menipu? Makan haram!

Awanama berkata...

What say MSU?

Awanama berkata...

Sana menipu sini barua pilih yang mana pun tak memberi erti...ada aku kesah..pas tak menghargai pengorbanan pengundi2..dpt jadi yb dah rasa hebat. Sama kAWAN pun dia hantam .tobat lahom aku tak mau undi pas lagi...aku tak suka yg pakai serban besar ala iran, nik abduh, dan geng ug.