25 Sep 2014

10 Exco Baru Selangor Angkat Sumpah Esok

Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah perkenan untuk menerima pelantikan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang baharu.

Seramai 10 Exco yang telah disenaraikan itu akan mengangkat sumpah di Istana Alam Shah pada Jumaat.

"Saya telah persembahkan nama-nama yang akan dilantik sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) kepada Tuanku.

"Alhamdulillah baginda telah memperkenankan senarai yang telah saya persembahkan. Saya akan umumkan nama mereka esok," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Sultan Selangor selama lebih satu jam di Istana Mestika di sini pada Khamis.

Azmin berkata, beliau mengekalkan jumlah pembahagian kerusi exco yang digunapakai sebelum ini, iaitu empat daripada PAS, Parti Keadilan Rakyat (tiga) dan DAP (3).


Adun PAS, Saari Sungib Tolak Jawatan Exco Selangor

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Klang, Saari Sungib sedia menarik diri sekiranya beliau dicalonkan sebagai exco Selangor baharu yang akan mengangkat sumpah pada Jumaat.

Beliau berkata, jawatan sebagai panel penasihat bagi memantau pengagihan dana dan pentadbiran syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) di Selangor yang telah diberikan kepadanya sebelum ini sudah memadai.

"Saya akan tarik diri sekiranya nama saya tersenarai sebagai exco. Semalam (Rabu) pun saya secara peribadi telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada menteri besar supaya tidak meletakkan nama saya dalam barisan exco," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Menurutnya, selain Exco, tugas sebagai Adun juga boleh menjadi 'check and balance' kepada polisi yang dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat di Selangor.

"Seperti yang sudah saya lakukan selama dua penggal menjadi Adun di Selangor, kita mahu memastikan tiada ketirisan berlaku, semua polisi yang dilaksanakan dapat mencapai tahap pelaksanaan hingga 90 peratus. Semua bantuan yang dijanjikan harus sampai kepada golongan sasar seperti yang ditetapkan.

"Prinsip ini akan saya teruskan dan kami sedia menjadi penasihat kepada kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar Selangor baharu, Azmin Ali," katanya.

Justeru, beliau berharap supaya kepimpinan menteri besar baharu dapat meneruskan legasi pentadbiran yang ditinggalkan Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Kita berharap Azmin dapat membawa Selangor terus maju dan mengumpul lebih banyak rizab tunai yang dapat membantu rakyat kurang berkemampuan di negeri ini.

"Dalam masa yang sama, polisi sedia ada diteruskan dan ditambah baik serta kerjasama dengan kerajaan pusat dapat diteruskan terutamanya dalam melibatkan kepentingan rakyat Selangor," katanya.

Sejak Rabu, terdapat beberapa senarai nama yang didakwa barisan Exco Selangor yang baharu tersebar di laman sosial. Nama Saari dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin dikatakan tersenarai sebagai exco yang mengangkat sumpah di Istana Alam Shah, Klang pada Jumaat.

Sebelum ini, Saari dan Hasnul telah menandatangani akuan bersumpah (SD) menyatakan sokongan mereka kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail supaya dilantik sebagai menteri besar Selangor untuk menggantikan Khalid.

Bagaimanapun tindakan tersebut mendapat kecaman beberapa pihak termasuk Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pimpinan PAS yang menyifatkannya sebagai pengkhianatan kepada parti dan bertentangan dengan keputusan yang diputuskan oleh Majlis Syura Ulama yang menyokong agar Khalid dikekalkan sebagai menteri besar.
-mstar


BERITA TERKINI

Menteri Besar Selangor Azmin Ali menafikan bahawa komposisi exco negeri kekal dengan empat exco PAS dan masing-masing tiga dari PKR dan DAP.

“Laporan media mengenai pengagihan kuota ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri adalah tidak tepat kerana proses rundingan masih berjalan,” katanya di Twitter beliau sebentar tadi.









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Demikianlah sifat YB Shaari Sungip, betul2 menterjemahkan tidak pelahap jawatan... x macam Tn Presiden, kata tak pelahap jawatan MB tapi hantar jugak nama calon dari parti...

Tanpa Nama berkata...

APA hal niiii sudah 2 lah . serabut. 5:14

bat8 berkata...

Ada cara lain untuk menghargai jasa 2 Adun PAS ini selain daripada melantik menjadi Exco. Jawatan Exco adalah jawatan politik berprofil tinggi dan terdedah kepada penelitian mata awam. Jadi untuk mengurangkan pergeseran politik dengan PAS dan untuk memberi face saving kepada PAS 3loklah mereka tidak dilantik menjadi Exco. Terima sahajalah dulu 4 Exco lama PAS tu. Sekurang2nya dapat mematikan peluang TGHH dan geng UG untuk membuat onar kepada kerajaan Azmin.

2 Adun PAS ini boleh dilantik s3bagai pengarah-p3ngarah GLC negeri sebagai mengenang jasa mereka. Lantik satu jawatan sahaja dulu. Jika perlu diberi jawatan tambahan , itu dit3ntukan kemudian.

Yang penting kita kena mengurangkan peluang dan lubang untuk TGHH dan geng UGnya h3ndak buat kacau je.

Putra IJ80 berkata...

Sebenar nya kemelut MB S'gor sudah selesai dgn perlantikan Azmin...

Sepatut nya smue org.sudah bolh balik ke rumah masing masing meneruskan kehidupan harian...

Ini masih ada suara suara sumbang yg cuba mempertikaikan cuba menghangatkan suasana ada yg saolah olah ingin membalas dendam ..

Utk apa ..

Alangkah baik nya jika kita ikut "jika kamu berbalah maka hendak lah kamu kembali ke tali Allah"..

Jangan jadikan Islam sebagai hiasan..jadikan ia Amalan dan penghayatan..

Cukup JELAS dan Mudah.......

Unknown berkata...

Nak trgelak dengo puak2 yg menyebut UG.. mana bukti UG.. bg komen pun mcm tkda fakta.. ni mesti org umno rasanya.. duk pelga org.. azmin sapa cadangkn.. ada bukti ke psd hantar nama wakil rakyat dari pas.. jangan kuutip berita yg tak betul.. nanti org ksta mcm org bodoh.. baik buat kerja untuk pr..

Unknown berkata...

Alhamdullillah ... YB Sungib ... kamu memang berjiwa besar , moga-moga Allah kurniakan kesejahteraan kesihatan hingga akhir hayat .... AAmiiinnnnn ..

Tanpa Nama berkata...

1) org2 UG memang tak suka mereka dipaggil sebagai UG

2) Azmin tak da siapa cadangkan. Mula2 AJK PAS Pusat cadangkan Azmin, lepastu Tn Presideng guna kuasa veto hantar senarai lain tak masuk nama WAWI & Azmin

3) Aiiik, dah x nak mengaku PAS turut hantar nama calonnya? Harakahdaily sendir dlm keluaran 4 Sept mengesahkan PAS turut menghantar nama calonnya. Dan MSU dalam muktamar pun buat kenyataan "PAS perlu terima jika Sultan pilih MB dari PAS".

4) susah PAS kalau dah ada barua UMNO=UG di dalamnya.

helmi hanita said...
Nak trgelak dengo puak2 yg menyebut UG.. mana bukti UG.. bg komen pun mcm tkda fakta.. ni mesti org umno rasanya.. duk pelga org.. azmin sapa cadangkn.. ada bukti ke psd hantar nama wakil rakyat dari pas.. jangan kuutip berita yg tak betul.. nanti org ksta mcm org bodoh.. baik buat kerja untuk pr..

Tanpa Nama berkata...

Duk mrapu ggapo gk hang ni....nak muntah aku. Sikit2 TGHH.....xpuas2 lagi hang duk kutu dia.

in response to Ada cara lain untuk menghargai jasa 2 Adun PAS ini selain daripada melantik menjadi Exco. Jawatan Exco adalah jawatan politik berprofil tinggi dan terdedah kepada penelitian mata awam. Jadi untuk mengurangkan pergeseran politik dengan PAS dan untuk memberi face saving kepada PAS 3loklah mereka tidak dilantik menjadi Exco. Terima sahajalah dulu 4 Exco lama PAS tu. Sekurang2nya dapat mematikan peluang TGHH dan geng UG untuk membuat onar kepada kerajaan Azmin. 2 Adun PAS ini boleh dilantik s3bagai pengarah-p3ngarah GLC negeri sebagai mengenang jasa mereka. Lantik satu jawatan sahaja dulu. Jika perlu diberi jawatan tambahan , itu dit3ntukan kemudian. Yang penting kita kena mengurangkan peluang dan lubang untuk TGHH dan geng UGnya h3ndak buat kacau je., by bat8.

Tanpa Nama berkata...

Memang patut TGHH kena kutuk sebab dia kutuk lagi bangkai... BROKER & BARUA. Kalau bat8 x kutuk pun, satu alam akan tetap kutuk TGHH.... Tunggu saat kejatuhan TGHH. Tak selamat hidupnya dunia akhirat kutuk orang Islam sendiri, macamlah dia dah terjamin masuk syurga. Sdgkan perjuangannya sejak akhir2 ini lebih kepada keduniaan, jadi BARUA sang menantu yang kini dah pakai BMW.

in response to Duk mrapu ggapo gk hang ni....nak muntah aku. Sikit2 TGHH.....xpuas2 lagi hang duk kutu dia. by Anonymous

Tanpa Nama berkata...

Tahniah Azmin bertindak pantas dan segera tak macam TGHH asyik tangguh dan u-turn

Tanpa Nama berkata...

Parti barua yang telah Hiang Nama Asal kerana kebaruan tuang president yang Tikam tipu fitnah . Tapi hairan ahli ahli masih sokong dia. Maka parti barua gagal tukar Nama baik.

Tanpa Nama berkata...

Tuang president Tak lambat Tak u turn. Segala di buat Ada tujuan tipu Tikam fitnah dan khianat.

Memang president parti barua

Tanpa Nama berkata...

Insya Allah...tuan punya mulut longkang akan mendapat apa yang dia mintak dari Allah...aku tolong aminkan...setiap yang keluar dari mulut korang tu adalah cermin diri dan jangan sampai iman tuan2 diangkat dari tuan2...bertaubatlah sebelum nyawa dikerongkongan...tapi ingat dosa tuan2 dgn manusia mesti minta ampun dgn manusia juga

Tanpa Nama berkata...

Abis mulut Presideng yg sebut BARUA tu dan semua yg menyokongnya tu bukan mulut longkang?

Insya Allah...tuan punya mulut longkang akan mendapat apa yang dia mintak dari Allah...aku tolong aminkan...setiap yang keluar dari mulut korang tu adalah cermin diri dan jangan sampai iman tuan2 diangkat dari tuan2...bertaubatlah sebelum nyawa dikerongkongan...tapi ingat dosa tuan2 dgn manusia mesti minta ampun dgn manusia juga on 10 Exco Baru Selangor Angkat Sumpah Esok by Anonymous

abrarmujahideen berkata...

Kumpulan peransang

Tanpa Nama berkata...

Watch "Saya Di Pertanggungjawapkan Oleh Majlis Syura Unt…" on YouTube - Saya Di Pertanggungjawapkan Oleh Majlis Syura Unt…: http://youtu.be/yJb0PNpfdYE

in response to Nak trgelak dengo puak2 yg menyebut UG.. mana bukti UG.. bg komen pun mcm tkda fakta.. ni mesti org umno rasanya.. duk pelga org.. azmin sapa cadangkn.. ada bukti ke psd hantar nama wakil rakyat dari pas.. jangan kuutip berita yg tak betul.. nanti org ksta mcm org bodoh.. baik buat kerja untuk pr.., by helmi hanita.

huruhara harubiru berkata...

kita harus terus kehadapan bukan mengungkit ape yg berlaku, yang berlaku adalah satu proses yang harus dijadikan teladan dan terbukti pr mempunyai penyokong bukan yes bos. semua diberi peluang utk melontarkan pendapat. kita sepatutnya terus mencari formula untuk menangi rakyat dan bekerja.