26 Sep 2014

Betulkah Pengundi Luar Tak Balik Faktor Kekalahan?


PAS: Masalah dalaman bukan punca kalah

Pengarah Jentera PAS Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pengkalan Kubor Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, faktor ketidakhadiran pemimpin Pakatan Rakyat dan masalah dalaman parti bukan punca kekalahan PAS.

"Secara keseluruhan, ketidakhadiran pemimpin Pakatan terutama DAP tak jadi masalah besar. Bukan faktor. Cuma ia hanya polemik dalaman tentang apa yang berlaku.

"Kalau kita tengok, semua orang pun turun (berkempen). Tak timbul soal ada masalah (dalaman). Saya reda dengan apa yang berlaku. Soal sedih memanglah, cuma hak kita ialah usaha, ikhtiar dan tawakal," katanya pada sidang media selepas pengumuman kemenangan calon BN di markas besar PAS Kampung Geting, Tumpat.

BN mendapat 9,961 undi manakala PAS mendapat 7,326 undi. Calon bebas pula mendapat 38 undi.

Seramai 73 peratus daripada 23,929 pemilih berdaftar keluar mengundi, lebih rendah daripada kadar 80 peratus pada pilihan raya umum lepas.

Dalam pilihan raya umum ke-13 pada Mei tahun lalu, bekas ADUN BN Datuk Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon bebas, Izat Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.

PRK itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Mat Razi Mat Ail, calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.

Pengundi luar tak balik

Selain itu, Tuan Ibrahim juga berkata, faktor bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada masyarakat miskin di kawasan itu juga menjadi salah satu punca kekalahan mereka.

Malah, beliau juga berkata, kekalahan pilihan raya kecil kali ini juga mungkin disebabkan faktor pengundi luar yang tidak balik untuk mengundi.

"Faktor pengundi luar yang menyokong PAS tak boleh balik juga antara punca kekalahan kerana pengundi luar ini cenderung pada PAS. Dan pengundi muda di kawasan ini juga di luar jangkaan kerana prestasi pengundi muda di kawasan ini seperti ada sesuatu yang tidak kena. Kita akan tengok balik.

"Dalam masyarakat miskin, bantuan yang terlalu besar mungkin menjadi elemen. Selain itu sogokan yang tidak dapat dinafikan juga akan pengaruhi golongan miskin dan kita harap akan buat post-mortem mengenai perkara ini," katanya lagi.

Calon: Saya reda

Sementara itu, Wan Rosdi pula berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada seluruh jentera dan turut reda dengan kekalahan tersebut.

"Saya reda dan sebagai calon parti saya ucapkan terima kasih pada seluruh jentera parti dari seluruh kawasan dan negeri," katanya ringkas. -mk

ULASAN GB

Kita cukup lemas dengan sindrom penafian. Tak mahu mengaku mengenai "masalah dalaman".

Jika faktor pengundi luar tidak mengundi itu alasan utama, lama sebelum PRK berjalan lagi, Prof Madya Dr Agus Yusof di dalam status FB pada 2 September membuat rumusan awal:

"Hasil penelitian ringkas saya, BN dalam laluan untuk menang.

"Ini bukannya kerana BN hebat, jentera BN kuat, wang BN banyak, calon BN baik atau media BN kawal, tetapi kerana anak muda sudah bosan dengan politik PAS dan PR.

"Maka, ramai anak muda yang tidak akan balik mengundi. Dan mereka juga tidak kisah dengan hasil pilihan raya kecil ini.

"...Mengapa anak muda bosan? Jawapan mudahnya kerana krisis Erdogan vs. ulama dalam PAS dan juga kerana kerjasama dalam Pakatan Rakyat yang kacau. Maka, harapan mereka untuk melihat PR membawa wajah politik baru negara hancur."


Dan ini petikan dari beberapa komentar di blog GB

Anonymous said...
aku sokong pas sejak dr sekolah menengah..buat pertama kali aku rasa sungguh..tak tau nak gambarkan perasan aku tengok akhlak pemimpin utama parti dlm muktamar baru2 ni dan juga media..kalu ikit hati tak tau berapa bakul dah makian aku nak hamburkan tp aku masih control..tp hati aku betul2 dah tawar dkt PAS.

September 25, 2014 at 10:23 PM

Anonymous said...
Samalah jugak dgn aku, family aku, kwn2 aku....semuanya kini dah kata mula tawar dan dah tak percaya lagi pada pas terutama presiden dan geng2 ug serta ulamanya...

in response to aku sokong pas sejak dr sekolah menengah..buat pertama kali aku rasa sungguh..tak tau nak gambarkan perasan aku tengok akhlak pemimpin utama parti dlm muktamar baru2 ni dan juga media..kalu ikit hati tak tau berapa bakul dah makian aku nak hamburkan tp aku masih control..tp hati aku betul2 dah tawar dkt PAS., by Anonymous.

September 25, 2014 at 11:17 PM

Dengar dan baca kesemua keluhan ahli-ahli dan penyokong PAS. Jika pimpinan PAS tidak jujur di dalam muhasabah, PAS akan terus berhadapan dengan kekalahan demi kekalahan, kegagalan demi kegagalan.







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





28 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kenyataan naib presiden itu macam sour grape aje...dia ingat klu pengundiluar blik semuanya akan sokong pas...ptui...aku dan geng aku klu balik akan sokong BN lah pulak..buat ape sokong pas yg terbukti sokong bawa rebah dlm kes mb slngor. Aku sngt kecewa ngn pas leni..terutama presiden dia yg nampak lebih barua dari segala barua...

Tanpa Nama berkata...

kalau pengundi luar balik, insyaallah majoriti BN lagi bertambah, majoriti pengundi luar benci UG

Tanpa Nama berkata...

syukur alhamdulillah, tunggu pru 14 kelantan tumbang diambil balik bn baru alamak2 pas ada akai, dah kalah masih nak salah orang lain.

Tanpa Nama berkata...

Tuan Ibrahim layak jadi Presiden menggantikan TGHH, cakap berhemah tak menyakiti kawan dan lawan, TGHH PATUT DISINGKIRKAN

Azlanakmal berkata...

Ingat pru umum 14 pun tak ndak undi pasla sbb org khianat dan mungkir janji patut dihukum....kurangkan kerusi biar tiada suara baru mng 15 kerusi kat sgor berlagak..pas ingat pas mng kat sgor tu undian penyokong tegar pas ke...itu semua bantuan dr pengundi aras pagar dan bukan islam....padan muka klh kat pengkalan kubur ...kubur utk pas di kltn

x mudah lupa berkata...

adakah sistem pilihanraya kita ini sudah bersih dan adil????

kerana kelemahan komunikasi antara parti2 dlm pr,musuh telah ambil kesempatan untuk menipu lebih dahsyat....

semua jd lembik tengkuk dan saling menyalah satu sama lain,padahal spr yg terus menipu dibiarkan membantu musuh...

Tanpa Nama berkata...

sudah2 lah tak nak mengaku salahnya.. penat dah. sekali lagi saya nk ulang. patutlah Allah tak beri kemenangan pada juak2 ulama PAS ni masa PRU 13,

Kalau tak salahkan BN, salahkan pengundi tak balik. habis bila nak salahkan pemimpin. maksumkah? tak boleh disentuhkah?

Terus terang, dari awal lagi kami org muda dh rasa ada yg tak kena dgn Hj.Hadi. pendekatannya, lontaran pandangan, sampailah ke ucapan penutup muktamar bertaraf sampah baru2 ni. maaf saya gelarkan muktamar bertaraf sampah. apabila sepatutnya isu yg dibincangkan lebih bertaraf global malangnya PAS mengambil langkah kebelakang. membaruakan penyokong..menghina taraf intelektual kami pemuda.

sekiranya berterusan nasihat sy kpd Najib, jgn risau anda tak perlu bersusah payah lagi. PAS kini dalam mode 'self destruction'

wallahu'alam

Tanpa Nama berkata...

aku pun dah menyampah ahli pas UG. lagi2 geng2 terengganu... ckp besar... riak... bodoh sombong... tak ada ciri lansung ustaz... kalau x ubah perangai depa ni... malas aku nak pangkah depa ni... aku sokong ahli pas yg cerdik pandai yg pandang kedepan.

Tanpa Nama berkata...

Sorry ye pas...aku pernah dok nyembang dgn golongan non-partisan,mereka lebih suka dengar ceramah yg ada isi,visi dan juga hala tuju negara jika mereka menang,bukan jenis yg jual air liur,bukan jenis dok memaki hamun atau parti lawan,ini adalah negara keturunan kita,kalau jenis macam ni,sorry la nak undi drpd kami....jenis masih tak sedar lagi...takde idea bagaimana nak memerintah kalau menang...

Unknown berkata...

aku pun x akan undi PAS lg ..akhlak pemimpin dan golongan yang mengakui alim ulamak suci perangai lebih dari mereka yang jahil..tutur kata tidak menggambarkan ilmu...kamu bukan MAKSUM..

bat8 berkata...

Anon 12:40

Dalam PRU 14 nanti bukan UMNO akan ambil balik Kelantan. UMNO Kelantan pun lagi teruk dari PAS Kelantan. Di pulau, dicurigai, malah di lihat dengan pandang kucing kurap oleh rakyat.

UMNO Kelantan AKAN DAPAT KELANTAN DLM PRU 14 NANTI SEBAB PAS KELANTAN BAGI DAN SERAH KELANTAN FREE KEPADA UMNO DIATAS DULANG EMAS SAMA DENGAN PAS KELANTAN SERAH SECARA PERCUMA DAN SUKARELA ENAKMEN HUDUD KELANTAN KEPADA UMNO TEMPOHARI.

Aku tak tahu samada geng serban besou Kelantan ni cerdik ke bodoh. Hangpa nilai le sendiri.......

Tanpa Nama berkata...

Kalau pemimpin tertinggi masih kelompok UG dan tidak diubah tunggu tengok saja lah..jadi macam Trengganu dan Kedah.

Aku orang lama pun dah meluat.

5sal berkata...

elok pun kalah,aku lagi suka pas kalah kerana mulut presiden mulut lancang sangat kata ikut suka hati dia saja kata adun jadi 'BARUA' mana akhlak presiden tu.aku takut pur14 sok jangan terkejut beruk lak kelantan akan jatuh ketangan ubn.kerana pemimping atasan gak selalu sangat ada penafian.akibat terlalu ramai sangat UG dalam PAS.PAS rasa dia dah kuat sangat kot?ramai mp dari yang menang adaalah sokongan dari pengundi dari orang bukan melayu(cina).jangan pesaran sangat kuat.terutama geng UG yang wala' sangat tu.wala' biaq bertempat.

Tanpa Nama berkata...

Pas masih ada peluang dgn syarat ulamak geng UG disingkirkan, selagi puak ni masih bersarang aku Nampak Pas akan hancur dan Kelantan akan kembali ke BN. Puak ni tak tahu selok belok poitik semasa, Langkah Kajang dikatakan penyebab huru hara dlm PR. Bagi aku Langkah Kajang adalah satu tindakan drastic yg perlu dilakukan demi menyelamatkan PR kalau tidak masakan UBN bertungkus lumus disegenap penjuru agar Langkah Kajang gagal. Tindakan UBN itu telah mengagalkan 30% Langkah Kajang. Utk mendapat kembali 30% itu bergantung kpd MB yg baru.

Tanpa Nama berkata...

PAS menang 15 kerusi pun sebab berebut 2 kerusi yang sememangnya hak PKR. Allah nak tunjukan kepada kita bagaimana perancangan geng2 ulama nih lebih teruk setiakawan dari DAP cina kapir. Langkah Kajang inilah baru terserlah tirai yang selama ini geng2 ulama UG memainkan peranan dalam politik untuk kepentingan perut beralasksn agama. Kalau tidak masakan menuduh calon dengan pil kuda, fahaman komunis tanpa rasa bersalah. Adakah islam mengajar semua ini dan ini diperhati oleh bukan islam dan pengundi tidak berparti.

in response to Ingat pru umum 14 pun tak ndak undi pasla sbb org khianat dan mungkir janji patut dihukum....kurangkan kerusi biar tiada suara baru mng 15 kerusi kat sgor berlagak..pas ingat pas mng kat sgor tu undian penyokong tegar pas ke...itu semua bantuan dr pengundi aras pagar dan bukan islam....padan muka klh kat pengkalan kubur ...kubur utk pas di kltn, by Azlanakmal A Karim.

Tanpa Nama berkata...

Kekalahan ini patut pikul oleh 2 UG, Nik Amar dan Nik Abduh.

Nik Amar begitu riak sekali berkata PAS akan menang kalau ambikalih kerusi ini dari PKR.

Nik Abduh telah mempengaruhi dan memberi maklumat salah kpd TGNA sampai hilang kuku orang tua tu.

Nik Amar dan Nik Abduhlah yang kuat menlabelkan sebagai pengkhianat keatas 2 ADUN Selangor yang mempertahankan PR dan tidak menyokong TSKI disamping mendesak supaya diambil tindakan keatas mereka.

Inilah muka2 UG yang naif, tiada wawasan bermain siasah dan senang dibuli UMNO. Lihat sahaja kes HUDUD dan J/K Teknikal JAKIM hanya taktik bakul sampah UMNO tetapi Nik Amar begitu beria sekali dapat bergambar dengan Jamil Khir.

Memang PAS dalam mode self-destruction oleh UG.

Unknown berkata...

saya sebagai pengundi dikelantan telah kecewa sejak barisan exco yang telah dilantik selepas pilihan raya tempoh hari.yang meminggirkan keinginan anak muda dan golongan professional.

Tanpa Nama berkata...

Tuan Ibrahim tak layak jadi Presiden sebab dia Geng UG. Bukti bila Tuan Ibrahim tak bertanding Timbalan Presiden dan mempertahankan kerusi Naib Presiden, maka Nik Amar ambil alih tugas UG menentang Mat Sabu.

Jika dia jadi Presiden, gerakan UG akan diteruskan.

tausuo berkata...

Gue fikir puak2 yg nak pada umno disebabkan mreka dah rasa DLM hati kecil mreka bahawa mreka akan kalah besar sikit masa lagi, lalu cepat2 beli insuran. Lagi satu munkin sebab 'cinta dunia, benci mati' dah mula menapak DLM diri mereka, seperti juga yg tlah berakar umbi dikalangan kebanyakkan rakyat. Orang2 yg masih pegang pd tali Allah adalah sangat sedikit, lantaran ITU apabila ahli politik merasa gelab masa depan maka timbullah gejala ulamak UG. Persiden atau contoh dimasa lalu dikalangan pimpinan Pas atau Islam cukup ramai, yagni yg tercicir DLM perjuangan. Olih ITU, semoga kita terus brlapang Dada disamping mengatur langkah ke keridhaan ilahi. Akhir kata, JOM. Terus maju.

Tanpa Nama berkata...

Anom 6.22 pm

Betul dan tepat sekali.

Tanpa Nama berkata...

Ada hikmahnya krisis Pemecatan Khalid Ibrahim ni, terbongkar segala perangai dan kelakuan pimpinan tertinggi Pas yg nak ber UG dgn UMNO.Patutlah perkataan "BARUA" pun keluar dari mulut Presideng sebab rancangan nak ber UG gagal..siap ajak Azmin tinggalkan PKR.

Tanpa Nama berkata...

Berfikirlah dengan HALUS matang serta lebih DEWASA..demi mencari sbnr2 sbnr2 sbnr2 hakikat KBNARAN!?

Org2 yg dah terlibat RASUAH..
yg terlibat RASUAH sggup KHIANAT..
mrk sggup KHIANAT dgn buat FITNAH

Akibat RASUAH,,trjd lah KHIANAT
akibat RASUAH,,dijaja lah FITNAH

INGAT..ingat..
Org yg trlibat RASUAH tak akan sesekali memikir soal umat/RKYAT!

Mrk hanya MEMIKIR "hujjah" bgmn utk SAMARkan fakta demi menipu RAKYAT

Mrk hanya FIKIR bgmn nak guna nabi Quran hadis HUDUD & SERBAN utk kelihatan SUCI disisi TUHAN!??

Bayangkanlah..
ESOS utk level 'ayam' jer 500,000
yg juta2..?
puloh juta..??
ratus2 juta..???

Yg dah MELOMPAT/keluar parti serta buat FITNAH-khianat sbbnya adalah imbuhan RASUAH berJUTA2..ok ok ok
-mrk cuma mnjd MUSUH pakatan dr luar
-MUSUH dr luar agak merugikan BN?
-BN faham hakikat yg merugikan ini

Maka,
Yg fakeh SARBAN dah jls kini dijdkan MUSUH drp DALAM..berapa UMPANnya ya Pak??
-Oh! gerenti sgt2 LUMAYAN
-kerna mrk pakai jubah SARBAN
-mrk sggup PUTAR hadis & Quran

GB,
TUHAN tlh mnjd kan hakikat RASUAH ini semakin jls & TERANG..& siapakah yg akan diHUMBANkan oleh'NYA' kdlm jahannam yg paling dalam!!!?

RASUAH! Oh! RASUAH!!
itulah akibatnya berleluasa..luas,
KHIANAT & FITNAH!!!!!!!!!!!!!




Tanpa Nama berkata...

Tak salah lagi sebelum pru14 ni, pas mesti overhaul top brass. Tolak geng ug ni keluar Pas.

Jangan kita salah wala. Wala kita hanya pada pewaris contohi nabi dan bukang kaki caci fitnah.

Berserban tu tak mestinya maksom dari dosa.
Tengok nabi kita hebat disanjung walau musuh, tapi tuan haji kita macamana? Boleh hormat ke?

Dah azan ni, mai kita solat!

tausuo berkata...

Gue fikir puak2 yg nak pada umno disebabkan mreka dah rasa DLM hati kecil mreka bahawa mreka akan kalah besar sikit masa lagi, lalu cepat2 beli insuran dgn melepek pd Umno. Lagi satu munkin sebab 'cinta dunia, benci mati' dah mula menapak DLM diri mereka, stelah sekian lama melihat limpah ruah kebendaan yg diperolehi pihak lawan tanpa apa2 natijah buruk (pd Mata kasar ) sprti juga yg tlah berakar umbi dikalangan kebanyakkan rakyat. Dlm sistem demokrasi pincangan yg digunakan, pemimpin perlu mengikut arus budaya perdana. Bagi yg masih pegang pd tali Allah jumlahnya adalah sangat sedikit, lantaran ITU apabila ahli politik merasa gelab masa depan maka timbullah gejala UG. Persiden atau contoh dimasa lalu dikalangan pimpinan Pas atau Islam cukup ramai, yagni yg tercicir DLM perjuangan. Olih ITU, semoga kita terus brlapang Dada disamping mengatur langkah tangkas menuju ke keridhaan ilahi. Akhir kata, JOM. Terus maju.teruskan usaha Dan du'a.

Tanpa Nama berkata...

dato tuan ibrahim bukan geng UG..tgk masa ucapan beliau di muktamar baru2 ni..sgt berhemah dlm berkata2..sy mengenali beliau..sy harap dia jd presiden PAS ganti hj hadi..hj hadi sila letak jawatan!!

Tanpa Nama berkata...

Tuan kata singkir. Saya kata sheikh a hadi patut meletak jawatan secara terhormat....dah lama dah....cukuplah...gantituan ibrahim tuan man la pulak

lan44646 berkata...

Kalah tetap kalah,
Kalah majorities besar,
Itu lah jgn sombong sgt,
Sedar lah Rakyat tak suka sikap pemimpin Tertinggi Pas ,
Lebih musuh Dari rakan.
Dah Byk rakan mengalah dgn sikap
dan perlakuan PAS,
PAS lebih ambil kasempatan dari bijak
Memimpin jemaah,MSU DAN PRESIDENT PERLU BERTANGGUNGJAWAP,
Paham2 je le

Tanpa Nama berkata...

Ingat PAS yang dulu bukan yang sekarang. Dulu disanjung kerana sifat rendah diri sekarang dihina kerana sifat bongkak dan sombong. Sampaikan sanggup mengelarkan diri diaorang seorang Maksum (Maksum kepala hotak kaulah ulama PAS)

Tubuhkan sahaja parti Islam baru dan buat satu refromasi terhadap parti PAS sebab we all tak dapat terima Ulama yang gila kuasa beb. Di dunia ini hanya ulama di Malaysia sahaja yang gila kuasa sedangkan Ulama Ikhwanul Muslimin tak pernah pun nak berebut kuasa bahkan sanggup berikan jawatan kepada Mohd Mursi yang merupakan seorang ahli profesional.