13 Ogo 2014

Patutlah ROS Belum Luluskan Pakatan Rakyat Sampai Sekarang,..


MB: S'gor bukan k'jaan Pakatan, 'tak daftar'

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan Selangor bukanlah kerajaan Pakatan Rakyat kerana ia gabungan itu bukan badan berdaftar.

Menurut beliau nama itu tidak penting kerana ADUN Selangor terdiri daripada parti berlainan.

"Kita ada nama DAP ada, PAS pun ada dan PKR pun ada, Umno juga ada.

"Kalau kamu ambil perkara itu begitu (merampas kerajaan Pakatan Rakyat sebagai MB bebas), tapi kamu perlu ingat bahawa Pakatan Rakyat bukanlah satu badan yang berdaftar," kata beliau dalam sidang media selepas mesyuarat exco hari ini.

Semalam, lima exco daripada PKR dan DAP dipecat oleh Khalid kerana tidak bersetuju bersama pasukannya mentadbir negeri Selangor.

Khalid menghantar surat pemecatan kepada lima exconya, tiga daripada DAP dan dua daripada PKR. Beliau bagaimanapun belum menulis surat kepada Rodziah Ismail kerana berada di luar negeri.

Nasib ahli majlis esok

Sementara itu Khalid berkata akan membuat pengumuman mengenai nasib ahli majlis tempatan selepas mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor esok.

Khalid bagaimanapun tidak mahu mengulas sama ada ahli majlis daripada PKR dan DAP akan dipecat atau lantikan baru akan dibuat.

"Kita akan beri tumpuan kepada pembangunan negeri dan kelicinan pentadbiran, jika kelicinan pentadbiran tidak memerlukan kita buat pertukaran, kita tidak buat pertukaran.

"Jika kita rasa ada beberapa pertukaran yang dibuat, kita akan lakukan,"kata beliau. -mk


ULASAN GB

Maka terjawablah mengapa sehingga kini ROS tidak/belum luluskan Pakatan Rakyat. Dari dulu lagi GB sudah gesa PR ambil tindakan mahkamah terhadap ROS kerana kegagalannya untuk meluluskan pendaftaran berkenaan. Tulis GB di SINI, petikan :
Melambat-lambatkan pendaftaran Pakatan Rakyat adalah strategi jahat yang digunakan oleh RoS supaya Pakatan Rakyat tidak dapat menggunakan nama parti itu untuk bertanding di dalam pilihanraya.

Sudah bertahun permohonan pendaftaran Pakatan Rakyat dikemukakan untuk kelulusan tetapi ROS mengemukakan pelbagai alasan dan helah untuk melambat-lambat proses pendaftarannya.

ROS, salah satu agensi yang diperalatkan yang digunakan UMNO BN untuk menekan dan menzalimi PR agar tidak berkesemapatan untuk menggunakan satu nama dan lambang di dalam pilihanraya yang akan datang.

Pakatan Rakyat PERLU mengheret RoS ke muka pengadilan dan pihak pendaftar RoS perlu dihukum oleh mahkamah kerana strategi jahatnya itu yang bertindak secara diskriminasi dan pilih kasih.

Apakan daya... cadangan GB dulu tidak diindahkan oleh pimpinan PR.

Sekarang Khalid Ibrahim menggunakan isu tidak berdaftar itu untuk menidakkan kewujudan kerajaan Pakatan Rakyat untuk beliau kekal sebagai MB walaupun hanya bersendirian sebagai ahli Bebas.









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



23 ulasan:

iRock berkata...

ROS memang yg dah kita tahu........yg mengejutkan ialah PAS sama sama menjayakan rancangan puak ameno ni. Lagi mengejutkan PAs ni telah hijek islam untuk kepentingan org tertentu dgn MSU NYA. mudah mudahan islam di kembalikan kpd Muslimin dan muslimat......tuang presideng........sebab tu lah wujudnya bendera2 hitam di timur tengah.......tuang presiden sudah belot terhadap umat islam.

Tanpa Nama berkata...

GB ada video TSKI lama yang membuat ucapan dan menyebut "Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor".

I am sure TSKI is a good candidate as MB of selangor, else he won't get strong support from PAS after no longer patrician.

Tanpa Nama berkata...

Siapa kata Pas belot kpd umat Islam?Tanya DAP tentang perjuangan Pas mengenai Islam dan hudud. Tanya PKR mereka selari tak perjuangan Islam yg dibawa oleh Pas.

Tanpa Nama berkata...

Semakin hari semakin ego mat gagap ni...makin panas aku tengok gelagat mb bebas ni...nak harapkan pas, pas pulak lembab...nasib2....aduhaiiii...

Amuraria berkata...

mesti maidin kata 'pungaaah ' ! ABU !

Ammy Hassan berkata...

Mungkin inilah hikmahnya mengapa PAS lambat mengadakan mesyuarat. Allah nak tunjuk betapa angkuhnya mamat gagap ni. Jenis tak jurus dan tak sedar diuntung! Kalau dengan meneliti sikap ini PAS terus juga menerima Khalid, insha Allah swt, aku keluar PAS....

IbnAbdHalim berkata...

Sebabnya ialah "KUASA" . Puak UG katakan!

in response to ROS memang yg dah kita tahu........yg mengejutkan ialah PAS sama sama menjayakan rancangan puak ameno ni. Lagi mengejutkan PAs ni telah hijek islam untuk kepentingan org tertentu dgn MSU NYA. mudah mudahan islam di kembalikan kpd Muslimin dan muslimat......tuang presideng........sebab tu lah wujudnya bendera2 hitam di timur tengah.......tuang presiden sudah belot terhadap umat islam., by iRock.

Tanpa Nama berkata...

Apa ertinya Tahaluf Siyasi?
Sejak bila mahu paksa PKR & DAP terima Islam sedangkan di dalam kedua-dua parti itu ramai bukan-Islam?
Kenapa awal-awal PAS mahu masuk Pakatan Rakyat jika tahu kedua-duanya tidak terima Islam?

Siapa kata Pas belot kpd umat Islam?Tanya DAP tentang perjuangan Pas mengenai Islam dan hudud. Tanya PKR mereka selari tak perjuangan Islam yg dibawa oleh Pas. on Patutlah ROS Belum Luluskan Pakatan Rakyat Sampai Sekarang,.. by Anonymous

Tanpa Nama berkata...

slm; sy perhatikan perbahasan semakin kesat bahasanya; berulang-kali sy nyatakan ikhtilaf itu biasa; jgn memaksa seorg yg lain mematuhi pendapat kita; beri ruang utk mereka meraikan pendapat kita; perbandingkan & sesuaikan; dgn izin Allah penjernihan akan menjelma; saya percaya sama ada tindakan tski ...kelompok ug @ profesional pas...pkr...dap...bahkan umno adalah pendapat; kita perlu meraikan semua pendapat.

tausuo berkata...

iRock Dan kawAn2 sefikroh, salaam, Izin gue bawa satu hadith riwayat Muslim, yang maksud secara kasar... 'Sesungguhnya Islam bermula dengan asing Dan akan kembali asing sebagaimana asalnya, maka beruntunglah orang2 asing (al ghurobah).' Maka benarlah sabda Rosulullah s.a.w.

Tanpa Nama berkata...

Insyallah PRU 14 ..PAS akan hilang Kelantan

Tanpa Nama berkata...

Rumusannya kemulut senario politk selangor ini sudh terng lgi bersulh prmainan halus yg x dsdri olh pkr dn pr dantra bn ngn tski. tidk memernjtkn barisan exco yg dkosng olh pkr dn dap akn diisi olh umno.skli gus selngor akn kmbali brkuasa dibawh payung bn. kta tgu dn liht dlm tmpoh trdkt.

Tanpa Nama berkata...

Tu la..take things for granted.

yayature berkata...

itu hanya strategi umno dgn menggunakan beberapa proses undang2 termasuk undang2 tubuh selangor,tp jgn lupa ada juga frasa yg masih boelh diambil tindakan mahkamah krn sokongan majoriti bukan didalam dewan(benarkah majoriti adun termasuk didalm pas dan umno yg menyokong khalid?)

umno jgn tersilap langkah seperti yg berlaku semasa rampaksan kuasa perak dan speaker dihumban ke stor?

dulu lain sekarang lain,berani cuba2lah lg....

revolusioner !

ex-umno seumur hidup berkata...

menteri-menteri umno tengah berangan nk ganti mb khalid kahkahkahkah...

cermin diri lu ingat noh omar calang2 gangster korang nk ambik kerusi mb.

*** wahai puak2 umno,drpd kamu bercakap soal politik selangor lebih baik korang cari MH370 dulu,MH17 jumpa pun serabut inikan yg x jumpe2.

Tanpa Nama berkata...

Kelantan x akan hilang....majoriti melayu....kalu bukan pas tentu umno aje

Ridd berkata...

TAHNIAH Akhirnya cita2 mereka yg inginkan PR jatuh di N.Selangor tercapai. Jika ini cara kepimpinan PAS memimpin. Bangsa Cina Dan India akan hilang kepercayaan pada parti ini. Mereka beri kepercayaan atas dasar-dasar dalam parti PAS. Hakikatnya hari ini PAS sudah memusnahkan kepercayaan itu. Dalam sekelip masa ia sudah menghancurkan kepercayaan semua bangsa pada parti PAS. Sejarah PAS bermula bersama UMNO, walaupun PAS keluar dari gabungan kesetiaan pada UMNO masih utuh dan kuat. Apa yang berlaku di N.Selangor adalah satu pengajaran yang besar untuk PR. Sewajarnya mereka wajib bersama di waktu susah dan senang dan berganding bahu bersama, tapi ini tidak berlaku. Disini kita boleh melihat pengangan PAS di dalam politik. Antara kita suka atau tidak tapi kita haruslah berpengang pada janji dan kesetiaan. Harus ingat khalid bukanlah jaminan untuk Selangor maju. Tidak ada parti yg akan kurang akalnya untuk mengenakan tindakan kepada ahlinya. Sudah tentu tidakan tersebut sudah sudah on Patutlah ROS Belum Luluskan Pakatan Rakyat Sampai Sekarang,..

in response to Siapa kata Pas belot kpd umat Islam?Tanya DAP tentang perjuangan Pas mengenai Islam dan hudud. Tanya PKR mereka selari tak perjuangan Islam yg dibawa oleh Pas., by Anonymous.

Ridd berkata...

TAHNIAH Akhirnya cita2 mereka yg inginkan PR jatuh di N.Selangor tercapai. Jika ini cara kepimpinan PAS memimpin. Bangsa Cina Dan India akan hilang kepercayaan pada parti ini. Mereka beri kepercayaan atas dasar-dasar dalam parti PAS. Hakikatnya hari ini PAS sudah memusnahkan kepercayaan itu. Dalam sekelip masa ia sudah menghancurkan kepercayaan semua bangsa pada parti PAS. Sejarah PAS bermula bersama UMNO, walaupun PAS keluar dari gabungan kesetiaan pada UMNO masih utuh dan kuat. Apa yang berlaku di N.Selangor adalah satu pengajaran yang besar untuk PR. Sewajarnya mereka wajib bersama di waktu susah dan senang dan berganding bahu bersama, tapi ini tidak berlaku. Disini kita boleh melihat pengangan PAS di dalam politik. Antara kita suka atau tidak tapi kita haruslah berpengang pada janji dan kesetiaan. Harus ingat khalid bukanlah jaminan untuk Selangor maju. Tidak ada parti yg akan kurang akalnya untuk mengenakan tindakan kepada ahlinya. Sudah tentu tidakan tersebut sudah sudah on Patutlah ROS Belum Luluskan Pakatan Rakyat Sampai Sekarang,..

in response to Siapa kata Pas belot kpd umat Islam?Tanya DAP tentang perjuangan Pas mengenai Islam dan hudud. Tanya PKR mereka selari tak perjuangan Islam yg dibawa oleh Pas., by Anonymous.

Tanpa Nama berkata...

Bnyak komen menghentam pas..
Bila pas diam angguk kepala dikatakan pak turut,bila pas buat keputusan dikatakan bongkak selama ni pas banyak bertolak ansur sesetengah kerusi pas diberikan kpd pkr ,Lihat ketua parti mana yg selalu ckp tk srupa bikin...pas ada?arinih nih nafi..esok buat jugak sama sepesis umno putar belit..
Kesilapan trbesar anuat brahim adalah mahu lantik wan azizah sebagai mb...
Aku tetap sokong pas...

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin PAS banyak memfitnah... Presiden PAS masih terikat dgn kes mahkamah bab memfitnah pil kuda dan poster sosialis. MP PAS yg jg ahli syura memfitnah LGE bab terowong.

Anwar lantik isteri? PKR dan DAP x bising, apasal UMNOriyun dalam PAS bising?

Bnyak komen menghentam pas.. Bila pas diam angguk kepala dikatakan pak turut,bila pas buat keputusan dikatakan bongkak selama ni pas banyak bertolak ansur sesetengah kerusi pas diberikan kpd pkr ,Lihat ketua parti mana yg selalu ckp tk srupa bikin...pas ada?arinih nih nafi..esok buat jugak sama sepesis umno putar belit.. Kesilapan trbesar anuat brahim adalah mahu lantik wan azizah sebagai mb... Aku tetap sokong pas... on Patutlah ROS Belum Luluskan Pakatan Rakyat Sampai Sekarang,..by Anonymous

Tanpa Nama berkata...

PERLU DI INGAT PAS MENANG di SELANGOR atas mandat RAKYAT Selangor yang memilih PAKATAN RAKYAT tak kira parti mana samada PAS, DAP, PKR. INGAT wahai PEMIMPIN TERTINGGI PAS, jangan mendabik dada anda telah kuat, sokongan kepada PAS datang dari pelbagai BANGSA MALAYSIA. JANGAN SOMBONG PAS sudah kuat...!! PERTAHANKAN TAHALUF SIYASI di mana PR menang banyak di SELANGOR. TAN SRI KHALID kini sudah terserlah keegoan nya dan sangat bias UMNO BN. BUTAKAH MATA KITA SEMUA???

Tanpa Nama berkata...

Cuba Tanya ROS' salah siapa PR tak terdaftar? Berapa Kali PR follow up dengan ROS

Tanpa Nama berkata...

Setuju sangat