25 Ogo 2014

Nizar Mengaku Tidak Bersalah Fitnah Najib


Ipoh - Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, pagi ini, atas pertuduhan memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada tahun 2012.

Beliau yang diwakili 12 peguam didakwa melakukan kesalahan itu dalam ucapan kepada orang ramai antara jam 9 malam hingga 12 tengah malam di Taman Desa Pakatan pada 23 April 2012.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Bagaimanapun, Hakim Madihah Harullah menetapkan jaminan sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula pada 26 September ini.

Sekiranya disabit kesalahan atau dipenjara sekurang-kurangnya sebulan atau dendan RM2,000 atau lebih, Nizar yang juga ADUN Changkat Jering akan gugur kelayakan sebagai ADUN.

Nizar didakwa memfitnah Najib dan pasukan pertahanan dalam ceramahnya di Ipoh dua tahun lalu.

Nizar didakwa melakukan kesalahan itu di Taman Desa Pakatan antara jam 9 malam hingga tengah malam pada 23 April, 2012.

Kertas pendakwaan menyatakan Nizar, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Changkat Jering mengeluarkan kenyataan: "Saya dimaklumkan Najib akan hubungi semua jeneral tentera untuk melakukan sesuatu jika Barisan Nasional (BN) kalah dalam pilihan raya."

Beliau didakwa mengeluarkan kenyataan berkenaan ketika satu ceramah menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Sebelum ini seorang peguam telah berkata:

"Jika perdana menteri berasa Nizar memfitnahnya, Najib patut mengupah peguam untuk menyaman (Nizar) untuk gantirugi, bukannya menggunakan badan kehakiman untuk menganiaya pemimpin pembangkang,”

Tambahnya, tuduhan fitnah jenayah juga amat jarang digunakan dan akan menjejaskan imej Najib sebagai pemimpin yang berjanji untuk melaksana dasar demokratik.









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Susah jadi orang politik.lebih cakap lu kena.tak cakap lagi bagus.cukup pergi cari atm kasi keluar wang,lepas tu Cari cdm kasi masuk wang bayar hutang.balik rumah jumpa bini lepas tu makan ambil bantal tidur.lepas satu sudah boleh angkat pencen.goyang kaki.INI ceramah Sana ceramah sini penat mulut.kata org banyak cakap banyak salah banyak salah banyak dosa banyak masuk neraka.akta ni kalau kena apa hukuman nya?

Tanpa Nama berkata...

Jadi mcm umno skrg ni lh! Tgok lh me-layu dah jadi apa! Pmimpin jaga poket sdiri maksudnya 2..