25 Ogo 2014

Azmin: Hanya Wan Azizah, Tiada Pelan 'B', PAS Bermesyuarat Hari Ini

Isu MB Selangor: Hanya Wan Azizah, memang tiada pelan 'B' - Azmin

SHAH ALAM: Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menyifatkan tiada pelan alternatif dibuat berhubung isu pencalonan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu, demikian lapor astro awani.

Tegasnya, apa akan jadi seterusnya dalam isu ini hanya akan ditentukan Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah sendiri.

"Kita harus beri peluang kepada Tuanku untuk membuat keputusan, janganlah buat macam-macam tafsiran. ‎

"Ini masalahnya, kita mendahului Tuanku. Sultan ada seorang sahaja dan jangan jadi seperti jurucakap Tuanku. Kita kena hormat Institusi Raja-raja Melayu, patuh kepada sistem dan perlembagaan, serahkan kepada Tuanku untuk membuat keputusan," katanya ketika ditemui selepas hari pertama Kongres PKR ke-10 di Stadium Malawati di sini pada Sabtu.

Mohamed Azmin diminta mengulas mengenai isu menteri besar seandainya nama Wan Azizah yang dicalon Pakatan Rakyat (PR) tidak diterima Sultan Selangor.

Sebelum ini, sumber dalaman PKR memaklumkan, Sultan Selangor mahu beberapa nama selain Wan Azizah sebagai calon menteri besar.

Sumber turut memaklumkan, kemelut itu tidak akan berpanjangan dan dijangka selesai selewat-lewatnya minggu hadapan.

Dalam pada itu, Mohamed Azmin berkata beliau sudah mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan PAS kerana mencalonkannya dengan Wan Azizah sebagai calon menteri besar.

"Saya sudah menyebut saya berterima kasih kepada Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) dan juga PAS kerana mencalonkan saya, dan sebagai Timbalan Presiden saya patuh kepada keputusan parti saya untuk mencalonkan Wan Azizah, tetapi sekarang kita tunggulah keputusan istana," ujarnya.

Tambahnya, PR juga sudah mendapat sepakat untuk memilih Wan Azizah sebagai menteri besar selain mengakui mahu krisis ini diselesaikan segera. ‎

"Dalam bentuk akuan bersumpah ada 30, setakat hari ini PAS tidak menandatanganinya dan yang telah dihantar ke istana ada 30.

"Kita telah mendapat majoriti, jadi sekarang ini terpulanglah kepada kebijaksanaan Tuanku Sultan melihat semua dokumentasi ini untuk membuat keputusan," jelasnya.

Sebelum ini, Wan Azizah turut dipilih sebagai calon pilihan PR bagi jawatan menteri besar dalam satu kaji selidik yang dibuat Merdeka Centre.

Sementara itu, Jawatankuasa PAS Pusat akan bermesyuarat hari ini bagi memuktamadkan calon Menteri Besar Selangor.

Difahamkan mesyuarat berkenaan dipanggil untuk Setiausaha Agong PAS, Mustafa Ali ingin terlebih dahulu mendapat persetujuan daripada J/K Pas Pusat bagi menandatangani surat menyatakan sokongan kepada Wan Azizah sebagai MB untuk di hantar kepada Sultan Selangor.

PAS sebelum ini telah menamakan Wan Azizah dan Azmin sebagai calon MB Selangor bagi menggantikan Khalid Ibrahim.







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mesy 17hb dulu dah setuju dr wan azizah dan azmin. Serah pada pkr utk muktamatkan. Nk muktamatkan apa lagi. Pelik lah pas ni mcm parti setahun jagung

Tanpa Nama berkata...

Pelik le PAS ni. PKR dah ada 30 nama apa perlu mesyuarat lagi.Lagi pun Majlis presiden dah setuju nak calun Wan Azizah sorang je. Tak perlu le PAS nak mesuarat lagi.

PAS sekarang dah jadi parti 'bodoh' kerana terpaksa melayan karenah anak yang dah 'terlanjur'. Tak layan susah nak layan susah. PAS keluar je dari PR.

Tanpa Nama berkata...

PAS adalah party pelik yang tak boleh dibuat kawan. Keputusan dah dibuat nak mesy. apa lagi. Tahniah kpd YB sdr. Azmin di atas ketegasan YB demi menyelamatkan PR.

Kuda Perang berkata...

Yang pelik ni la banyak berkorban mcm2 dan gerakkan jentera akar umbi utk kukuhkan PR...

BaDiN berkata...

PKR seolah olah memberi kata dua kpd Sultan dan cuba menafikan kuasa sultan utk bersetuju dgn calun pilihannya.Krisis ini tidak mustahil akan berpanjangan Jika PKR terus dgn sikapnya yg keras kepala.HAK sultan utk bersetuju dan memilih kpd siapa jgnlah hendaknya dinafikan.Akibatnya akan dituduh Derhaka oleh org2 Umno.hubungan baik PR dgn Institusi Istana hendaklah di Pelihara Rapi jgn kerana Nila Setitik Rosak Susu Sebelanga.

Tanpa Nama berkata...

Tuan Kuda Perang..
Setuju dengan tuan.. PKR ni jenis parti penumpang yang besifat 'parasite'. Nak harap ahli-ahli PKR (macai-macai belaka).. tak bergantung dan bertampal poster diaorang..

Abdul Rahman Zakaria berkata...

Pkr tu ingat dia bagus sangat ker..
Bikin kecoh pastu hentam orang pulak..
Cermin2 la muka sendiri..

Tengok sikit rekod boss awak tuuu...
Jgn takbur..
Nnti masuk KUBUURRR..

Huhh..!!

Tanpa Nama berkata...

sapa yg pelik ..pas ka pkr..pas cdg 2 nama.. nak paksa pas setuju 1 nama pasal pa.. pkr tak setuju hudup pas tak paksa atau ugut apa apa pun..

Anti Fitnah berkata...

Anon 4.30 pm,

Memang BENAR PAS hantar dua nama. Harus diingat Majlis Presiden PR telah bersetuju 1 NAMA sahaja. Jadi sebagai parti komponen, PAS harus menghormati keputusan ini.
Yang aku pelik dengan PAS ni ialah depa suruh ahlinya patuh kepada Presiden dan JK Ulama' depa sehingga sampai peringkat nak pecat tapi kenapa depa dok TSKI yang menentang keputusan Presiden dan arahan partinya? Jangan amalkan sifat lidah bercabang keran PAS bukan parti UMNO, MCA, MIC, ... yang bersifat kebangsaan tapi PAS ialah parti dibentuk atas urusan agama Islam, yang hendak menegakkan Islam. Kalau dah sifat munafik dilhat pada PAS, jadi tiada beza antara PAS dengan UMNO. Mengata dulang paku serpih, ....
Akhir-akhir ni, memang ramai AJK PAS mengeluarkan kenyataan yang tidak bersifat Islamik walaupun bertaraf Dr. Apa yang nak diharap dari PAS untuk menegakkan Islam kalau ada AJKnya yang bersifat perkauman. HARAMJADAH. HARAMJADAH. HARAMJADAH sungguh kepada depa yang bersifat perkauman tapi berlagak sebagai jaguh agama dalam PAS.

Tanpa Nama berkata...

Pas Hasan Ali Dan UG nak mesyuarat lagi

Tanpa Nama berkata...

Lihatlah dan ambillah renungan sikap DAP dalam menghadapi krisis MB ini. Peliknya PAS pula beria2 mahu tunjuk kuasa sedangkan persetujuan tuk memperkukuhkan PR sudah dibuat, selain bersetuju MB dari kalangan PKR. Apa lagi sebenarnya?
Tindakannya yang dibuat oleh pimpinan PAS amat mengecewakan dan menimbulkan persepsi kurang baik dalam kalangan penyokong PR. PAS sewajarnya lebih profesional dan bijak menangani kemelut ini seperti tindakannya DAP yang berdiam diri. Makin banyak tindakannya PAS makin merumitkan keadaan. Kalau mahu serah kepada sultan tak perlulah ambil masa lama2...melainkan ada kepentingan peribadi dalam kalangan segelintir pimpinan PAS.
Untuk jangka terdekat PAS akan hilang banyak sokongan bukan sahajalah dari kalangan bukan Melayu bahkan daripada kalangan org Melayu sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Lihatlah dan ambillah renungan sikap DAP dalam menghadapi krisis MB ini. Peliknya PAS pula beria2 mahu tunjuk kuasa sedangkan persetujuan tuk memperkukuhkan PR sudah dibuat, selain bersetuju MB dari kalangan PKR. Apa lagi sebenarnya?
Tindakannya yang dibuat oleh pimpinan PAS amat mengecewakan dan menimbulkan persepsi kurang baik dalam kalangan penyokong PR. PAS sewajarnya lebih profesional dan bijak menangani kemelut ini seperti tindakannya DAP yang berdiam diri. Makin banyak tindakannya PAS makin merumitkan keadaan. Kalau mahu serah kepada sultan tak perlulah ambil masa lama2...melainkan ada kepentingan peribadi dalam kalangan segelintir pimpinan PAS.
Untuk jangka terdekat PAS akan hilang banyak sokongan bukan sahajalah dari kalangan bukan Melayu bahkan daripada kalangan org Melayu sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Betol tuu..pas setuju dua nama sahaja ia itu presiden pkr dan timbalannya.Di situ ada noktah. Kalau timbalannya m
tarik diri bermakna presiden sajalah yg dikemukakan kepada sultan. Jadi yang pas tidak faham pasal apa. Bodoh betullah pas nii..tuheii.

ijau berkata...

Masa inilah kaki ampu umno.. main peranan cucuk... hati2 baca boleh... jgn terpengaruh dgn cita2 mereka utk jahanamkan parti Islam semalaysia