Berkut adalah maklumat pergerakan jenazah mangsa nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 sebaik sahaja Majlis Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 berakhir pada Jumaat.
Konvoi diiringi oleh unit bermotorsikal dan MPV Trafik PDRM. Sila berikan laluan dengan memperlahankan/memberhentikan kenderaan dengan menghimpit ke kiri untuk memberi laluan kepada konvoi.
1.MASTURA MUSTAFA
KLIA - Lebuh Raya Utara Selatan - Tol Senawang - Jalan Seremban - Kuala Pilah - Masjid Al-Taqwa Paroi - Tanah Perkuburan Paroi.
2. AHMAD HAKIMI HANAPI
KLIA - Lebuh Raya Elite - Lebuh Raya Putrajaya - Lebuh Persiaran Perdana - Masjid Putrajaya - Lebuh Presint 20
3. HAMFAZLIN SHAM MOHAMED ARIFIN
KLIA - Lebuh Raya Elite - Lebuh Raya MEX - Susur Bukit Jalil - MRR2 - Wangsa Maju (Rumah) - Tanah Perkuburan Gombak.
4. NUR SHAZANA MOHAMED SALLEH
KLIA - Lebuh Raya Elite - Lebuh Raya Putrajaya - Lebuh Persiaran Perdana - Masjid Putrajaya - Lebuh Presint 20.
5. DORA SHAHILA KASSIM
KLIA - Lebuh Raya Elite - Lebuh Raya MEX - Susur Jalan Kuchai Lama - Jalan Istana Baru - Jalan Duta - Jalan Semantan - Jalan Damansara - Masjid Al-Taqwa - Jalan Tun Muhd. Fuad - Tanah Perkuburan Bukit Kiara.
6. FOO MING LEE
KLIA - Lebuh Raya Elite - Lebuh Raya MEX - Jalan Kuchai Lama - Nirvana Sungai Besi.
7. KARAMJIT SINGH KARNAIL SINGH
KLIA - Lebuh Raya Elite - Lebuh Raya Kesas - Susur Seksyen 20 - Nirvana Shah Alam.
8. NG QING ZHENG
KLIA - Lebu Raya Elite - Lebuh Raya MEX - Jalan Kuchai Lama - Nirvana Sungai Besi.
9. MABEL ANTHONY SAMY
KLIA - Lebuh Raya Elite - Lebuh Raya MEX - Jalan Kuchai Lama - Nirvana Sungai Besi.
10. PAUL RAJASINGAM SIVAGNANAM
KLIA - Lebuh Raya Elite - Lebuh Raya MEX - Jalan Kuchai Lama - Nirvana Sungai Besi.
11. ELISABETH NG LYE TI
KLIA - Lebuh Raya Elite - Lebuh Raya MEX - Susur Bukit Jalil - MRR2 - Bulatan Kuari - Xiao En Bereavement.
12. LEE HUI PIN
KLIA - Lebuh Raya Elite - Lebuh Raya Kesas - Susur USJ - Rumah Mangsa - Nilai Memorial Park.
13. ANGELINE PREMILA RAJANDARAN
KLIA - Lebuh Raya Elite - Lebuh Raya Kesas - Susur Banting/Klang - Jalan Ampuan Rahimah - Rumah Mangsa.
14. ARIZA GAZALEE
(Helikopter) KLIA - TUDM Kucing
(Van Jenazah) Jalan Lapangan Terbang - Jalan Tun Jugah - Jalan Tun Razak - Jalan Marikan Salleh - Jalan Tun Sallehudin - Bulatan Bersik - Bulatan Mahkamah - Bulatan Sesco - Jalan Sarawak Golf Club - Jalan Masjid Negeri - Bulatan Semariang - Jalan Sultan Tengah (Tanah Perkuburan).
15. MUHAMMAD AFIF TAMBI
(Helikopter)KLIA - TUDM Kucing.
(Van Jenazah) Jalan Lapangan Terbang - Jalan Tun Jugah - Jalan Tun Razak - Jalan Marikan Salleh - Jalan Tun Sallehudin - Bulatan Bersik - Bulatan Mahkamah - Bulatan Sesco - Jalan Sarawak Golf Club - Jalan Masjid Negeri - Bulatan Semariang - Jalan Sultan Tengah (Tanah Perkuburan).
16. AZRINA YAKOB
(Helikopter) KLIA - LT Tekah
(Van Jenazah) Taiping - Jalan Tekah - Masjid Al-Hidayahassam Kumbang - Tanah Perkuburan Masjid Al-Hidayah - Jalan Muzaffar Shah - Assam Kumbang.
17. HASNI HARDI PARLAN
(Helikopter) KLIA - LP Padang B Sekolah Tinggi Segamat.
(Van jenazah) Masjid Jamek Segamat - Jalan Johor Bahru (KM185 - KM198) - Seremban - Tanah Perkuburan Islam Batu 8, Kampung Paya Luas.
18. MOHD. ALI MD. SALIM
(Helikopter) KLIA - IKBN Pagoh.
(Van Jenazah) Jalan Pagoh - Pekan Pagoh - Jalan Sengkang - Jalan Kampung Raja (Tanah Perkuburan).
19. RAHIMMAH NOOR
(Helikopter) KLIA - LTAS Ipoh.
(Van Jenazah) Jalan Persiaran Azlan Shah - Jalan Azlan Shah - Jejantas Jalan Gopeng - Jejantas Pantai Puteri - Jalan Tambun - Jalan Tambun Ampang - Tanah Perkuburan Kampung Masjid Lama.
20. CHONG YEE PHENG
(Helikopter) KLIA - LTAS Ipoh LTAS
(Van Mayat) Jalan Persiaran Azlan Shah - Rumah.
Jenazah Mohd Ali Mangsa MH17 Paling Sempurna. Bapa Tidak Sabar Untuk Tatap, Peluk dan Cium Setiba di Tanah Air Nanti.
MUAR – Md Salim Sarmo, 65, bapa kepada Allahyarham Mohd Ali, seorang daripada mangsa nahas pesawat MH17 berkata, beliau dan keluarga tidak sabar untuk menatap wajah, memeluk dan mencium jenazah anak lelakinya itu yang dijadualkan tiba dengan helikopter di Stadium Mini Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Pagoh, dekat sini tengah hari ini.
Ketika ditemui pemberita di kediamannya di Kampung Jayor, Pagoh di sini hari ini, beliau menerima dengan penuh syukur dan gembira mengenai berita keadaan jasad anaknya itu yang dikatakan hampir sempurna sifatnya ketika dimandi dan disembahyangkan di Amsterdam, Belanda.
“Kami sekeluarga reda dan tidak kisah dengan keadaan jasad Mohd Ali tetapi saya dimaklumkan melalui telefon oleh kawan-kawan anak saya dari Belanda yang membantu memandikan dan menyembahyangkan jenazah, mayatnya adalah yang paling sempurna.
“Mereka kata cukup sifat dan tangan juga lembut semasa jenazah dimandikan. Kami cukup lega, berpuas hati dan berterima kasih kerana diberi kebenaran untuk melihat wajah Mohd Ali buat kali terakhir esok,” katanya.
Mohd Ali adalah calon pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) yang mengikuti pengajian ijazah kedoktoran dalam bidang Development Neuropsychopathology di Erasmus Universitiet Rotterdam, Belanda.
Md Salim berkata mereka sekeluarga hanya dibenarkan melihat wajah Mohd Ali tetapi dilarang mengambil gambar bagi mengelak pihak tidak bertanggungjawab memanipulasikan potretnya untuk tujuan tidak baik.
Dia berkata persiapan menyambut jenazah dilakukan sejak tiga hari lalu antaranya di IKBN Pagoh, proses menurap jalan ke rumahnya dan kerja-kerja menggali kubur di Tanah Perkuburan Islam Kampung Raja, Pagoh, yang membabitkan petugas Pejabat Daerah, Jabatan Kerja Raya, Majlis Perbandaran Muar (MPM), Pejabat Parlimen Pagoh, UMNO Bahagian Pagoh, polis dan bomba.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Anggota Parlimen Pagoh dan Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin adalah antara yang menyambut jenazah Mohd Ali di IKBN.
Beliau sekeluarga berlepas ke Kuala Lumpur pukul 4 petang tadi untuk menyambut ketibaan jenazah pagi ini.
Selepas itu, mereka akan mengiringi jenazah yang akan diterbangkan menggunakan helikopter ke IKBN Pagoh.
Jenazah Mohd Ali akan disemadikan bersebelahan pusara datuk saudaranya, Jawat Suradi, yang meninggal dunia September tahun lalu pada usia 93 tahun, kerana hubungan mereka amat rapat.
“Setiap kali pulang ke tanah air, Mohd Ali pasti melawat datuk saudaranya itu dan kebetulan semasa hari raya puasa tahun lalu, mereka berdua ada mengambil gambar bersama. Tidak sangka pula, mereka akan disemadikan bersebelahan,” katanya.
Md. Salim, bapa kepada lapan anak itu, turut merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat membawa jenazah anaknya pulang terutama kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Muhyiddin, Kerajaan Malaysia, Malaysia Airlines dan kedutaan Malaysia di Belanda. – BERNAMA
'Bagaikan mati hidup semula' - Ibu Hamfazlin Sham
Itulah yang dirasai ibu kepada pramugari Hamfazlin Sham Mohamed Arifin, 37, selepas mengetahui jenazah anaknya itu adalah antara 20 yang akan tiba di Malaysia pada Jumaat untuk disemadikan.
Hamlah Hassan, 61, berkata sebelum dimaklumkan perkara itu, beliau sentiasa berdoa agar jenazah anaknya ditemui dan dapat dibawa pulang.
"Hari-hari makcik tengok berita, dapatkan perkembangan terkini dan berdoa supaya dapat berjumpa jenazah, dan akhirnya doa makcik dimakbulkan bila arwah ditemui dan pihak berkenaan memaklumkan jenazahnya sempurna," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata jenazah Hamfazlin Sham akan dihantar ke rumah keluarganya di Wangsa Maju dan akan dikebumi di Tanah Perkuburan Batu Muda, Gombak di sini.
"Jenazah akan tiba di rumah terlebih dahulu, dan kami akan tunggu di sini untuk menyembahyangkan jenazah di masjid berdekatan. Selepas solat Jumaat baru jenazah akan dikebumikan," katanya.
Dalam pada itu, adik Allahyarham, Hamizah Sham, 26, berkata mereka sekeluarga reda dengan apa yang terjadi walaupun tidak dapat melihat jenazah.
"Kami terima seadanya, yang penting arwah sampai dengan selamat dan lengkap," katanya.
Kerajaan hari ini mengeluarkan senarai 20 jenazah mangsa tragedi MH17 warga Malaysia yang akan tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk istiadat penghormatan pada Jumaat.
Sebelum ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata bertafakur selama seminit bagi menghormati jenazah tragedi pesawat MH17 dijadual berlangsung bila-bila masa seawal 10.30 pagi.
Sejumlah 43 warga Malaysia adalah antara penumpang dan anak kapal pesawat yang terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai.
Pesawat berkenaan, yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal, dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ditembak jatuh di negara bergolak itu. -astroawani
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI
Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan