12 Ogo 2014

Khalid Singkirkan Exco PKR & DAP. Exco PAS Patut Letak Jawatan!


Pakatan kehilangan Selangor, Khalid pecat Exco PKR dan DAP

Pakatan Rakyat (PR) hari ini kehilangan kerajaan Selangor apabila Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang bermasalah selama ini memecat kesemua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) PKR dan DAP.

Lima daripada exco yang terlibat menerima surat pemecatan mereka sementara Exco PKR Rodziah Ismail berada di luar negara.

Tindakan Khalid ini meninggalkan beliau dengan empat Exco PAS dalam kerajaan negeri Selangor.

Tidak diketahui sama ada kepimpinan PAS sedar mengenai pemecatan ini serta pendapat mereka tentang isu ini. PAS menegaskan keputusannya tentang menggantikan Khalid sebagai menteri besar Selangor hanya akan dibuat pada 17 Ogos.

Kepimpinan PKR dan DAP akan mengadakan mesyuarat tergempar malam ini dan dijangka akan menyatakan pendirian mereka selepas mesyuarat. -TMI



Pemecatan serta-merta Exco Selangor tidak sah, kata pensyarah

Pemecatan serta merta 6 Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah tidak sah dan terbatal, kata pensyarah Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya Prof Gurdial S Nijar.

Dalam satu kenyataan, Gurdial berkata pemecatan serta-merta itu tidak sah dari segi undang-undang.

"Hanya Sultan yang boleh memecat anggota Exco, menteri besar boleh mencadangkan, namun ia boleh diterima atau ditolak," katanya dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider petang ini.

"Pemecatan serta-merta tidak sah dari segi undang-undang," kata Gurdial. Pakatan Rakyat (PR) hari ini kehilangan kerajaan Selangor apabila Khalid memecat kesemua anggota Exco PKR dan DAP.

Lima daripada Exco yang terlibat menerima surat pemecatan mereka, sementara Exco PKR Rodziah Ismail berada di luar negara.

Tindakan Khalid ini meninggalkan beliau dengan 4 Exco PAS dalam kerajaan negeri Selangor.

Gurdial berkata, pemecatan itu tidak sah apabila anggota Exco yang dipecat tidak diberi peluang bersuara.

"Hujah Khalid memecat kesemua 6 anggota Exco juga tidak berasas dan ada kelompangan dari aspek perundangan," katanya.

Khalid berkata, kesemua 6 Exco dari DAP dan PKR itu membuat beberapa kenyataan dan menandatangani surat supaya diadakan satu blok yang bertujuan mengurangkan keberkesanan Exco.

"Oleh itu saya menulis surat kepada sultan meminta supaya Exco ini tidak meneruskan kerjanya kerajaan negeri Selangor," kata Khalid kepada pemberita.

Gurdial berkata, kesemua anggota Exco itu dalam kenyataan yang dipecat hari ini berkata, Khalid tidak boleh membuat sebarang keputusan tanpa melalui proses undian, kata 6 Exco berkenaan.

Mereka menghormati keputusan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mengekalkan Khalid sebagai menteri besar, tetapi "ia hanyalah dalam kapasiti peralihan."

"Sebarang keputusan Exco perlulah diundi supaya fungsi Khalid dihadkan kepada kapasiti peralihan.

"Kami, ahli Exco dari PKR dan DAP tidak akan berjumpa dengan Khalid, kecuali di mesyuarat mingguan Exco untuk mengelakkan sebarang perbincangan mengenai kedudukan parti masing-masing," katanya.

Dalam satu kenyataan bersama dikeluarkan hari ini, mereka berkata mereka akan meneruskan tugas harian sehinggalah menteri besar baru dilantik menggantikan Khalid.

Ahli Exco yang dipecat Khalid adalah Datuk Teng Chang Kim (Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan), Rodziah Ismail (Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita), Ean Yong Hian Wah (Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Pembangunan Kampung Baharu, Pemutihan Kilang Haram), Elizabeth Wong (Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar), Dr Daroyah Alwi (Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi) dan Ganabatirau Veraman (Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin).

"Exco hanya mengeluarkan kenyataan menurut titah sultan dan akan bertindak berdasarkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri," kata Gurdial.
– TMI



Isu MB: PAS Selangor ikut arahan parti - Iskandar

Pimpinan dan ahli-ahli PAS Selangor akan sentiasa mematuhi apa sahaja arahan dari PAS Pusat berikutan pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari Parti Keadilan Rakyat.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar A Samad berkata pihaknya sabar menunggu PAS Pusat yang akan bermesyuarat pada 17 Ogos ini untuk menetapkan pendirian parti berhubung kedudukan Abdul Khalid.

"Saya yakin pimpinan dan ahli-ahli PAS akan sentiasa bertindak menurut keputusan-keputusan peringkat tertinggi parti malah Ahli-Ahli Dewan Negeri telah mengangkat sumpah sebelum hari penamaan calon pilihanraya umum yang lepas supaya sentiasa mematuhi arahan parti," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurut beliau, buat masa ini exco-exco PAS akan menjalankan tugas mereka seperti biasa selari dengan arahan yang telah dikeluarkan Setiausaha Agung PAS pada 10 Ogos lalu.

Arahan tersebut agar exco kerajaan negeri dari PAS terus berkhidmat di dalam Kerajaan Negeri pimpinan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Arahan ini adalah selari dengan perkenaan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor agar Tan Sri Khalid meneruskan tugas beliau sebagai Menteri Besar," katanya.

Iskandar yang juga Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, sebelum ini berkata pentadbiran Selangor mesti berjalan demi kepentingan rakyat Selangor.

"Kita merasakan bahawa pentadbiran kerajaan perlu diteruskan, tidak adil untuk rakyat jika exco PAS letak jawatan," tegasnya ketika ditemui pada majlis Hari Terbuka PAS Pusat Ahad lalu.

Dalam pada itu beliau berharap kemelut ini akan dapat diatasi secepat mungkin dan Pakatan Rakyat akan terus kukuh di Negeri Selangor.
-HD


ULASAN GB

PAS terlalu lembab dan lemah di dalam strategi politiknya. Seperti ynag GB utarakan sebelum ini PAS masih terhegeh-hegeh untuk membuat keputusan, terpaksa menunggu JAwatankuasa Pusat bermesyuarat pada 17 Ogos ini - setelah dua kali ditunda - dari 10hb kepada 13hb dan kemudian kepada 17hb Ogos. Dalam jangakawaktu itu Khalid sudah dipecat, dan Khalid pula memecat para exco. Pakatan sudah kehilangan Selangor. Mungkin lepas ini DUN Selangor dibubarkan sedangkan PAS Pusat masih belum bermesyuarat lagi.

UMNO bertindak pantas mengadakan mesyuarat sebaik saja Khalid Ibrahim dipecat dan membuat keputusan menyokong Khalid sebagai MB. DAP sudah pun membuat keputusan lebih awal untuk bersama Pakatan Rakyat menyokong tindakan PKR memecat Khalid.

Di zaman IT serba canggih ini, dan di zaman Whatsapp, facebook, video connferencing dan segala mak nenek teknologi maklumat lansung tak dimenafaatkan untuk membuat mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat. Masih nak buat gaya konvensional, semua perlu hadir bersemuka sehingga mesyuarat terpaksa ditunda berkali-kali. Sungguh ketinggalan.

Petang ini Khalid bertindak memecat exco-exco dari DAP dan PKR. Mana Majlis Ulamak PAS yang sebelum ini beriya-iya membela Khalid di atas dasar "beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan"? Mengapa tidak bela para exco yang dipecat yang tidak melakukan apa-apa kesalahan?

Majlis Syura Ulama PAS sebelum ini memutuskan bahawa Khalid tidak boleh digugurkan daripada jawatan menteri besar Selangor selagi beliau tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah sebagai menteri besar yang mewajarkannya disingkirkan. Sekarang bagaimana pula dengan para exco yang dipecat oleh Khalid yang tidak disabitkan dengan sebarang pelanggaran terhadap amanah sebagai exco yang mewajarkan mereka disingkirkan?

Sementara itu Pesuruhjaya PAS Selangor menyatakan "buat masa ini exco-exco PAS akan menjalankan tugas mereka seperti biasa selari dengan arahan yang telah dikeluarkan Setiausaha Agung PAS pada 10 Ogos lalu."

Di penghujungnya, PJ berkenaan berharap kemelut ini akan dapat diatasi secepat mungkin dan Pakatan Rakyat akan terus kukuh di Negeri Selangor.

Jika benar masih nak bersama Pakatan Rakyat sepatutnya para exco PAS perlu meletakkan jawatannya sebagai tanda kesetiakawanan di dalam Pakatan Rakyat terhadap exco-exco yang dipecat. Itu jika ada moral. Itu jika anda ikhlas di dalam PR.

Lebih menjijikkan lagi apabla terhadap suara sumbang dari AJHK PAS Pusat yang suruh membentuk Kerajaan Campuran PAS-BN di Selangor seperti yang dicadangkan oleh Zuhdi Marzuki dan kenyataan songsang Nik Mohd Amar, Timbalan Menteri Besar Kelantan yang men inta kesemua 15 Adun PAS perlu beri sokongan penuh kepada Khalid.

Apa yang kita lihat, Khalid kini memang mempunyai hubungan dan berpakat dengan UMNO di dalam membuat keputusannya dan nampaknya Pilihanraya kecil negeri Selangor semacam sudah tidak dapat dielakkan lagi...







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



41 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

GB Masih MIMPI ker? EXCO PAS TIDAK AKAN undur, dan tetap akan sokong Khalid. Ini memang dah dikata banyak kali oleh ULAMA PAS.

ULAMA PAS DAH bersama UMNO, dan confirmed berganbung sampai pecat exco PRK/DAP.

Tiada lagi Pakatan Rakyat.

Tanpa Nama berkata...

GB tulis >> Apa yang kita lihat, Khalid kini memang mempunyai hubungan dan berpakat dengan UMNO di dalam membuat keputusannya.

SILAP BESAR, GB lupa campurkan PAS dalam ayat ini.

Kalau tak ada sokongan kuat PAS, adakah semua ini berlaku?!

Tanpa Nama berkata...

saya suka ayat ini:

"Mana Majlis Ulamak PAS yang sebelum ini beriya-iya membela Khalid di atas dasar "beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan"? Mengapa tidak bela para exco yang dipecat yang tidak melakukan apa-apa kesalahan? "

Tanpa Nama berkata...

Khalid ibarat telur di hujung tanduk .... kita tunggu MB baru Azmin Ali mendapat mandat dari semua ADUN PAS + PKR + DAP . Jem ...Jem ... Jem ..

Amuraria berkata...

kah kah kah khalid bikin 'the art of war' ! ABU !

Tanpa Nama berkata...

Tahniah pd PAS kerana beru ruang pd TSKI jadi angkuh dan.lupa diri.bersama umno syaitan yg di kenali

Tanpa Nama berkata...

Exco PKR&DAP Selangor mmg layak dipecat kerana memberi katadua kpd Mb utk bekerja. GB kalau pon idolkan anwar, tak perlu la terlalu ketara. Sudah masa PAS menunjukkan kepada PKR, tanpa PAS, Pkr adalah hampas.

PAS mmg membuat kuputusan strategik dgn melengahkan masa. Piliharanraya selangor tidak akan diadakan sehingga 23hb Nov kerana sultan tiada dlm negara.

Tanpa Nama berkata...

Well tiada lagi harapan bagi malaysia kalau PR dah 2 kali lima sama macam umat melayu mr. bean UMNO. Solutionnya satu sahaja, tubuhkan parti baru dengan campuran golongan ulama muda dan profesional dari kalangan orang muda. Sebab we all golongan muda dah tak caya dengan siapa - siapa dah.

Tanpa Nama berkata...

dh kena bayar nih...

Tanpa Nama berkata...

Kami tak nak BN !!!! Tu pasal kami pangkah PR... paham!!!

Klangborn

Putra IJ80 berkata...

Alquraan dan Hadis bagi PAS hanya bila berada di atas pentas ceramah bagi menunjukan mereka lebih Islam dari yg lain atau bila berhadapan dengan steru(musuh)...

Tapi dlm hal pergolakan MB Selangor Alquraan dan Hadis letak tepi dulu utk Munngkir janji setia kawan dgn PR letak tepi dulu Alquran dan Hadis supaya tidak terikat pada Amanah supaya di adakan keputusan cepat bagi membolehkan rakan buat pendirian serta tindakan.

Ini bukan berlaku di sini saja bila Ulama' menjadi pemimpin pada satu satu kumpulan..mereka lah petualang besar melemahkan ikatan dan menghancurkan Islam

Kalau Ulama'berpendirian tegas menuruti Perintah dlm Alquraan n Hadis dah lama Masjidil Aqsa d Baitul Muqadis jadi milik org Islam.

Wallahua'lam.

Tanpa Nama berkata...

PKR pun keras hati..apakah takda lelaki siuman nak dilantik jadi MB?
PAS sebenarnya dah merasa bahang akan kehilangan Kerajaan Kelantan di PRU akan datang, dan sebab itu akan berkenyit mata dgn umno walaup tidak sampai berpegang tangan.

Tanpa Nama berkata...

Cikgu pa mmg dari dulu lembab. Stail rentua.

Tanpa Nama berkata...

Memang tak pandai politik la atok ni... ingat jawatan mb tu jawatan md ke? Ni negeri ada sultan.. bukan syarikat.. kalau boleh jumpa sultan nak kekal jawatan mb.. jumpa sultan sekali dpt kan pekenan sultan untuk gugurkan jawtan exco diorg tu. Kan sultan juga perkenankan exco2 tu...

Tanpa Nama berkata...

Anonymous..August 12, 2014 at 8:51 PM ..AKU PUN SUKA AYAT INI.."Mana Majlis Ulamak PAS yang sebelum ini beriya-iya membela Khalid di atas dasar "beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan"? Mengapa tidak bela para exco yang dipecat yang tidak melakukan apa-apa kesalahan? "dan AYAT INI ..Jika benar masih nak bersama Pakatan Rakyat sepatutnya para exco PAS perlu meletakkan jawatannya sebagai tanda kesetiakawanan di dalam Pakatan Rakyat terhadap exco-exco yang dipecat. Itu jika ada moral. Itu jika anda ikhlas di dalam PR. ..ooooohhh berasap telinga dengar oooooo..ahhh siapa nak jawab ni....?? tolong jawab..apa yang GB TULIS TUUU...??

Tanpa Nama berkata...

kuasa Allah mengatasi kuasa manusia...plan lain jdi lain, keputusan lain...dapatnya lain, sape bijak dia dapat

Tanpa Nama berkata...

PAS era Haji Hadi & Mustapa Ali memang nk bagi PAS melingkup.

Susah payah Allahyarham Fadzil Noor mewujudkan persefahaman melalui Angkatan Perpaduan Ummah... membina jambatan PAS dengan masyarakat bukan-Melayu...

Tanpa Nama berkata...

Nampak sangat Majlis Syura Ulamak itu ada agenda tersembunyi dan wajar tidak dihormati dari para ahlinya. Tidak adil di dalam keputusannya.

in response to Anonymous said...

Saya suka ayat ini

"Mana Majlis Ulamak PAS yang sebelum ini beriya-iya membela Khalid di atas dasar "beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan"? Mengapa tidak bela para exco yang dipecat yang tidak melakukan apa-apa kesalahan?

Tanpa Nama berkata...

Masuuukkk

in response to Anonymous..August 12, 2014 at 8:51 PM ..AKU PUN SUKA AYAT INI.."Mana Majlis Ulamak PAS yang sebelum ini beriya-iya membela Khalid di atas dasar "beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan"? Mengapa tidak bela para exco yang dipecat yang tidak melakukan apa-apa kesalahan? "dan AYAT INI ..Jika benar masih nak bersama Pakatan Rakyat sepatutnya para exco PAS perlu meletakkan jawatannya sebagai tanda kesetiakawanan di dalam Pakatan Rakyat terhadap exco-exco yang dipecat. Itu jika ada moral. Itu jika anda ikhlas di dalam PR. ..ooooohhh berasap telinga dengar oooooo..ahhh siapa nak jawab ni....?? tolong jawab..apa yang GB TULIS TUUU...??, by Anonymous.

Tanpa Nama berkata...

belasah GB jgn tak belasah. Aku pun dah muak dgn PAS Pusat nih... lambat bertindak.

Harakahdaily pun lembab. Play safe agaknya. Ahli2 PAS trpaksa melayari portal2 lain utk mendptkan maklumat terkini...

abuamir berkata...

Ingat PAS golongan muda, profesional dan bukan Islam akan tendang PAS pada PRU14. PAS akan jadi parti lebai malang jika pAS bersama umno. Penyokong PR akan tetapi sokong PKR, DAP dan parti penganti PAS.

Kami mahukan PR humbankan umno/bn dan parti yg bersamanya pd PRU14 nanti.

Geng UG macam anai2 dlm PAS.

Tanpa Nama berkata...

x kan x faham kenapa PR terlukup kat Terengganu, Perak dan Kedah, jg merosot besar di Kelantan.... apa nama.. strategi bahlol...

Tanpa Nama berkata...

Dgn perkembangan terkini isu mb yg semakin kritikal, Pas tidak boleh lagi berdiam diri dan masih mahu menunggu meeting pada 17hb nanti...
Silap2 dun bubar dulu sebelum Pas meeting...apsallah Pas jadi seteruk ini...selepas terlepas Tganu dan Kedah, nampak gaya Kelantan bakal menyusul bila lihat 2 teraju utamanya Mat Yakob dan Nik Amar...geng UG totokk...

Tanpa Nama berkata...

Lebih baik pas keluar aje dari pr daripada menjadi musuh dlm selimut.Insyaallah tanpa pas pr akan bertambah kuat dgn sokongan golongan muda dan berwawasan...masa masih panjang untuk pr15.kalau ditakdirkan selangor terlepas mungkin ada hikmahya...hanya allah yg maha mengetahui.

Tanpa Nama berkata...

Pendekar Mustar : wooiii Pas... selangor dah nak dilarikan umngok!!!
Pas : ehh, cobaaannn...
Pendekar Mustar : ini bukan cobaannn...ini betul2 lah bahlol....
Pas : aikkk...cobaaannnn....

Tanpa Nama berkata...

PKR kalau nak pecat Khalid sepatutnya dah pecat dari dulu lagi dan sekurang-kurangnya dari awal lagi PKR melantik orang lain lain jadi MB lepas PRU13. Kenapa tidak ?.

Mustafa Ali sendiri menyedari gaya kepimpina TSKI dari awal seperti menguruskan sebuah syarikat. Pun begitu PAS tidak pula mengeyorkan TSKI dipecat sebab ini rumah tangga PKR dan PAS tak mau campur tangan demi memelihara ukhuwah sesama PR.

TETAP, BILA TSKI DIJATUHKAN SECARA TAK BERMARUAH SEUMPAMA DSAI DIJATUHKAN OLEH MAHATHIR, ADAKAH SALAH PAS MEMBELA TSKI SEBAGAIMANA PAS MEMBELA DSAI?

Brooooooo, kalau kita cakap pasal cadburry ada halal dan haramnya, gitu juga MacD, maka dalam politik pun ada HARAM/HALAL. Siapa yang arif dalam soal ini? Mestilah para ULAMAK. Sila baca tafsir suroh Assof karangan Ustaz Hadi Awang. Akan terjawab kemelut MB ini.

Seperkara lagi, orang kurang arif soal haram/halal sesuatu bab, jangan menghina dan mencaci ulamak dan para alim yang dekat dengan Robbuljalil....takkan mereka bila berijtihad dalam sesuatu hal kena bagi tau semua orang dia solat hajat, istikhoroh dan seumpamanya.

Yang penting dalam soal penghidupan ini MENDAPAT RIDHO ALLAH BUKAN RIDHO MANUSIA. KALAU NAK DIUKUR IKUTU RIDHO DUNIA, NABI NOH ORANG PALING MALANG BERDAKWAH HAMPIR 1000 TAHUN YANG IKUT TAK SAMPAI 100 ORANG.

Tanpa Nama berkata...

Tak mustahil jika silap percaturan, bukan setakat pr pecah...pas pun boleh terbelah dua...aku bimbang geng non ug dlm pas keluar dan membentuk parti serpihan... moga ianya tidak terjadi...

Mustapha Baba berkata...

Semasa DSKI dipecat,, siapakah yang bersama beliau ??? Saya rasa hanya PAS dan rakyat berbagai parti bersama nya.. Bila Exco dipecat,mangapa perlu salahkan pihak lain???.. Bila difikirkan ada benarnya kata kawan-kawan saya,, KESILAPAN TERBESAR PKR ADALAH MENAMAKAN PUAN SRI AZIZAH SAHAJA sebagai pengganti TANPA ADA NAMA LAIN.. Ianya juga menampakkan kedegilan dan dangkal politik mendengar suara bawahan.. Nak kuasa, jumpa rakyat..Ada kuasa , lupa rakyat.. Hilang kuasa, masa tu rakyat dah meluat.. Masih ada ramai anak Melayu Selangor dalam PKR dan PR yang layak sebagai pengganti.. Mengapa dipinggirkan dan tidak difikirkan..Duli Tuanku Sultan Selangor tentunya mahukan anak Selangor memimpin negeri..Jika sekarang baru nak kata PAS lembab, kami rasa PR dari lepas PRU dah mula lembab dalam menangani masaalah ini.. Kami yakin jika keadaan tenang walau ada kemelut,, pertukaran MB setiap kali lepas PRU mendatang adalah dari kalangan Melayu PR..
WALLAHUAKLAM.

Tanpa Nama berkata...

Salam Mustapha baba

kenapa tak boleh marah bila exco dipecat... apa keslahan mereka pula?
mengapa majlis syura ulamak tidak membela mereka seperti mereka membela TSKI?

Tanpa Nama berkata...

inilah sikap PAS sebenarnya..dia peduli apa semaangat setiakawan dlm PR. PAS akan masuk pihak mana yang menguntungkannya sebab itu ia buat keputusan pada 17/8/2014 walaupun umum sudah tahu kemana arahnya.

indikasinya..jawatan exco kekal..



BaDiN berkata...

Kesian THGD baru shj baik sakit kena pulak menanggung Dilema yg amat parah bila Isu Mb Selangor semakin panas.jgn malu dan jgn segan utk tarik balik sokongan PAS kpd MB Selangor ni.Kita sayangkan PR bknnya sayangkan TSKI,Kita amat sayangkan Selangor bukannya MB Selangor.Sdh terbukti TSKI langgar arahan parti sendiri bila mana sesi pendengaran tidak dihadhiri,Arahan partinya agar letak jawatan MB diingkarinya.Kamu boleh diamkan diri wahai MB jika benar kamu sayangkan PR dan Negeri Kamu drpd dirampas oleh SiDajjal mata Satu(Dacing).Jika kamu patuh maka krisis ini tak akan terjadi.Bukannya Jawatan MB boleh dibawa mati,Undurlah secara terhormat sebelum kamu hilang Hormat daripada majoriti rakyat Selangor.Isi semakin panas tetapi PAS masih mahu tunggu dan lihat.WAHAI PAS BANGKITLAH SEGERA SEBELUM NASI MENJADI KERAK.Sy sebagi ahli PAS amat malu dgn cara PAS yg takut dan terhegeh hegeh membuat keputusan utk mententeramkan keadaan.PERSEFAHAMAN SESAMA KOMPONEN PR HARUS DITAATI DALAM SETIAP PERKARA.Jgnlah pula tragedi ketiga selepas MH370 & MH17 terjadi dgn tindakaan TSKI bubarkan DUN yg semestinya akan membebankan PAS utk berhadapan dgn PKR & DAP sekiranya menjadi Kenyataan.Tak Mustahil PAS akan tanggung malu yg amat besar jika sekiranya Umno ambil kesempatan utk istiharkan darurat dgn menggunakan kuasanya diperingkat pusat.Seperti yg terjadi di Kelantan dahulu.AYUH PAS SEGERAKANLAH ISTIHARKAN KEPUTUSAN MU.TSKI akan terbuang adakah PAS sanggup berdrama pula dgn Rakan2 PR.Episod yg memalukan PR sengaja dipanjangkan oleh PAS sebab Mulut Badan Binasa.Kami sayangkan PR/PAS sebelum PKR/DAP manaruh Prasangka Buruk kpd PAS atas sebab individu bernama TSKI.Hilang kepercayaan kpd PAS dalam PR mungkin akan menjadi kenyataan seandainya PAS masih takut utk berubah sokongan kpd MB ini.wahai PAS panggilah Khalid segera utk menjernihkan keadaan.Suruhlah MB ini letak jawatan demi PR,Demi Selangor yg kita kuasai.Wahai PAS segerakanlah buat keputusan & Jgn malu malu dan segan utk berubah sokongan,Sesungguhnya kita manusia biasa tidak terlepas dari salah dan silap.Demi maruah PR , PAS harus segera buat uturn.PAS keseorangan sekarang sebab semakin lama akan semakin hilang Kepercayaan dari rakan2 PR.Kami setuju TSKI disingkirkan demi Maruah PAS/PR.

Tanpa Nama berkata...

Habis kuat pun solat hajat dn istikharah? Istikharah pun klau terkait dgn skandal x guna broookk

Tanpa Nama berkata...

1) PKR yang hampas atau PAS?

2) Mmg Sultan S'ngor bercuti, tetapi mungkin itu strategi UMNO untuk menipu PR, jika keadaan memerlukan, cuti Sultan boleh dipendekkan, dan jika PRN diadakan melponglah PR.

in response to
Exco PKR&DAP Selangor mmg layak dipecat kerana memberi katadua kpd Mb utk bekerja. GB kalau pon idolkan anwar, tak perlu la terlalu ketara. Sudah masa PAS menunjukkan kepada PKR, tanpa PAS, Pkr adalah hampas.

PAS mmg membuat kuputusan strategik dgn melengahkan masa. Piliharanraya selangor tidak akan diadakan sehingga 23hb Nov kerana sultan tiada dlm negara by Anonymous

Tanpa Nama berkata...

Tidak dpt tidak PAS perlu segera adakan mesyuarat tergempar utk atasi kemelut ini...samada keputusan PAS bersama Khalid atau PR itu tak penting...yg lebih penting skrg PAS perlu segera nyatakan pendiriannya sebelum keadaan menjadi semakin parah...

Hussein Cheng Abdullah berkata...

Kelembapan siput PAS membuat kputusan akan memudahkn misi dan rancangan umngok bertindak untuk membelit Khalid kidex,.melainkan puak UG dlm PAS dah sediĆ  main stategi utk khianat PR..semua mata skrg terarah pada kelembapan keldai dan ketololan wala yg x berasas hingga musuh berjaya meletakkan PAS dlm barisannya. Tgu hukuman dari rakyat selepas ini.Bijak UMNO melagakan PR hingga tanpa sedar PAS kini dilihat sebagai punca bobrakan Selangor dgn keputusan@ tindakan Khalid kidex dan lainnya hingga mesyuarat PAS 17 ogos ni..

Anti Fitnah berkata...

Dah nampak belum belang TSKI? Kalaulah dia sayang rakyat Selangor, perlukah beliau pecat exco yang tidak bersetuju dengan beliau dalam sekelip mata sahaja tanpa ada surat tunuk sebab? Lihatlah betapa sabarnya PKR dengan tindak tanduk TSKI.
Ajak berbincang, TSKI tak mai.
Beri ruang untuk jawab, TSKI jawab dengan sombong seolah-olah rakyat Selangor yang pilih beliau dan bukan kerana beliau dari PKR.
Minta datang memberi penjelasan, TSKI jawab bahawa beliau sibuk dengan urusan rasmi. ...
Adakah TSKI ikhlas dalam menyelesaikan masalah ini? TIDAK, TIDAK, TIDAK.
Aku pada mulanya membela TSKI tapi bila aku lihat tindakannya yang tidak mementingkan semangat berjemaah, hilang, hilang, hilanglah kepercayaan aku terutama bila dengar akan hutang beliau sebanyak 70 juta boleh diselesaikan tanpa satu sen dibayar. Bukankah ini merupakan satu penganiayaan kepada Bank Islam dan integriti TSKI dipertikaikan? Kalau di Jepun atau Korea atau Taiwan, beliau dah lama dah letak jawatan?
Benarkah pemimpin Islam terutamanya Melayu kita ni TIADA BERMARUAH, GILA KUASA, .... Lihat sendiri le.

Tanpa Nama berkata...

Asalkan bukan ABU!! Asalkan bukan DIN VELLFIRE!!! Asalkan bukan DIN AYAM DAN BAPA MERTUANYA!!! Sokong politik baru, real politik dan bukan retorik POLITIK..
Benci BN!!!! Faham tak?

Tanpa Nama berkata...

kalau tak silap akulah PAS ni dah di beri peluang untuk memerintah 4 buah negeri kan. Terengganu, Perak Kedah,dan kelantan yang 3 tu dah telungkup tinggal kelantan saja ..DAP baru 1 pulau pinang,PKR baru 1 selangor.kawan-kawan lain hanya dapat 1 peluang...PAS dah deberi 4 peluang apa lagi yang PAS nak..?

Tanpa Nama berkata...

Memang aku dah jangka...
Smua macai diatas adalah macai ABU. Korang berpolitik tp tadak base..
Ko boleh sokong sana... lepas tu rejek sana sokong sini pulok... Menyusahkan pengikut atas pagar jer..
Korang semua ni la yg menguca kacirkan kdaan..
Tak suka umno, sokong PR. Pah tu nk suruh parti parti dlm PR ikut telunjuk ko... korang ni lah parasit dlm jemaah...

Tanpa Nama berkata...

Saya Sokong 100% !!! Alhamdulillah.. Saudara berkata dgn kebenaran. Skrg ni ramai orang kita bila berpolitik sampai lupa adab. Seolah2 politik itu penentu syurga neraka. Sehingga saudara seagama di gelarkan binatang dan lain2..sedih melihat politik akhir zaman ni..Allah melihat Hati..bukan Parti..

in response to PKR kalau nak pecat Khalid sepatutnya dah pecat dari dulu lagi dan sekurang-kurangnya dari awal lagi PKR melantik orang lain lain jadi MB lepas PRU13. Kenapa tidak ?. Mustafa Ali sendiri menyedari gaya kepimpina TSKI dari awal seperti menguruskan sebuah syarikat. Pun begitu PAS tidak pula mengeyorkan TSKI dipecat sebab ini rumah tangga PKR dan PAS tak mau campur tangan demi memelihara ukhuwah sesama PR. TETAP, BILA TSKI DIJATUHKAN SECARA TAK BERMARUAH SEUMPAMA DSAI DIJATUHKAN OLEH MAHATHIR, ADAKAH SALAH PAS MEMBELA TSKI SEBAGAIMANA PAS MEMBELA DSAI? Brooooooo, kalau kita cakap pasal cadburry ada halal dan haramnya, gitu juga MacD, maka dalam politik pun ada HARAM/HALAL. Siapa yang arif dalam soal ini? Mestilah para ULAMAK. Sila baca tafsir suroh Assof karangan Ustaz Hadi Awang. Akan terjawab kemelut MB ini. Seperkara lagi, orang kurang arif soal haram/halal sesuatu bab, jangan menghina dan mencaci ulamak dan para alim yang dekat dengan Robbuljalil....takkan mereka bila , by Anonymous.

Tanpa Nama berkata...

Perlu team pas baru yg dipimpin oleh golongan professional yg lbh matang dlm politik utk tumbangkan BN.

in response to Asalkan bukan ABU!! Asalkan bukan DIN VELLFIRE!!! Asalkan bukan DIN AYAM DAN BAPA MERTUANYA!!! Sokong politik baru, real politik dan bukan retorik POLITIK.. Benci BN!!!! Faham tak?, by Anonymous.