16 Ogo 2014

Kenyataan PAS WP Berkenaan Pembersihan Parti Disanggah

Sanggahan ini tidaklah terlalu akademik, tetapi lahir secara sepontan selepas saya membaca laporannya dalam Malaysiakini.

SU Perhubungan PAS WP berkata; tindakan dua ADUN PAS Selangor menyokong Wan Azizah menjadi proses penyucian PAS daripada anasir tidak sepatutnya, iaitu golongan yang memiliki kepelbagaian fikrah di dalam satu harakah Islamiyyah.

[1] Bagi saya kenyataan ini bernada sombong, menafikan sumbangan orang lain kepada PAS, berasa diri dan kumpulan sendiri lebih bersih daripada orang lain, salah tafsir terhadap maksud perjuangan serta tidak melihat keperluan perjuangan PAS dalam jangka masa panjang.

[2] Sepatutnya orang PAS menerima sesiapa sahaja yang ingin menyumbang kepada PAS. Kelainan sikap dan tindakan tidak sepatutnya menjarakkan mereka daripada PAS. Kelainan itulah yang menjadikan PAS istimewa dan kukuh serta berdayasaing untuk meneruskan perjuangan.

[3] Usah menafikan sumbangan orang lain dan berasa orang lain menjadi perosak jamaah. Tindakan mereka menyokong Wan Azizah bukan sokongan kepada individu tetapi sokongan kepada aspirasi PR. Oleh kerana PKR mencalonkan Wan Azizah sebagai MB, dan PAS memang mahukan MB daripada PR, maka sokongan itu adalah selari dengan aspirasi itu.

[4] Kepelbagaian fikrah itu apa sebenarnya? Kesatuan fikrah pula apa ertinya? Adakah kesatuan fikrah itu maksudnya semua orang mesti mempunyai idea yang sama dalam sesuatu perkara atau situasi? Kepelbagaian dalam semua perkara adalah fitrah. Dunia ini maju kerana kepelbagaian. PAS boleh bertahan sehingga kini juga kerana kepelbagaian.

[5] Apa salahnya bekas orang IRC atau JIM masuk PAS? Teruk benarkah fikrah mereka? Jika kita boleh menerima bekas orang Umno untuk masuk PAS, mengapa kita memandang serong kepada orang JIM atau IRC? Jika kita boleh menerima orang bukan Islam sebagai ahli PAS, mengapa kita memandang serong kepada orang Islam sendiri?

[7] Jangan berasa hanya diri kita paling bagus, paling bersih dan paling berjasa kepada jamaah. Juga jangan berasa hanya kita yang sayangkan jamaah, sementara orang lain semuanya perosak jamaah. Itulah perasaan ujub yang tidak selari dengan akhlak pejuang Islam.

[8] Dalam PAS ada orang tidak menunaikan kewajipan sebagai Muslim. Ada yang tidak solat, tidak puasa dan tidak tutup aurat. Mengapa mereka masih bersama PAS? Tidakkah PAS juga perlu dibersihkan daripada golongan sebegitu?

[9] Berbeza pendapat dengan pimpinan bukanlah sesuatu yang tidak dibenarkan langsung. Sahabat Nabi menunaikan solat sebelum sampai ke perkampungan Bani Quraizah. Pada hal Nabi tidak membenarkan mereka bersolat sebelum sampai ke sana. Nabi tidak menyalahkan mereka, apatah lagi menganggap mereka perosak jamaah pimpinan baginda. Kepelbagaian dalam memahami arahan asal dan melaksanakannya mengikut kefahaman masing-masing adalah perkara biasa. Sepatutnya tindakan kedua-dua ADUN itu dillihat dari sudut kepelbagaian kaedah pelaksanaan bukan pengingkaran kepada arahan pimpinan.

[10] PAS sedang bergerak dalam masyarakat yang semakin cerdik, celik, cerdas dan pantas. Kalau pemimpin PAS menganggap kecerdikan, kecelikan, kecerdasan dan kepantasan sebagai ancaman, percayalah PAS akan ditertawakan orang. Dunia akan menyisihkan PAS dan PAS akan ketinggalan dalam arus kebangkitan insan sejagat menolak kebobrokan.

[11] Pemimpin PAS terutama mereka yang menampal diri dengan panggilan ustaz mesti berlapang dada. Jika orang lain melakukan kesilapan, ustaz juga melakukan kesilapan. Usah anggap diri serba bersih dan suci. Terimalah orang lain seadanya sama seperti kita mahu orang menerima kita seadanya.

[12] PAS bukan parti milik golongan tertentu. Tidak ada sesiapa berasa dia berhak menyingkir orang lain daripada PAS termasuk Presiden. PAS milik umat. PAS milik rakyat. Jangan jadikan PAS seperti parti pinggan mangkuk yang hanya disertai oleh peminat pinggan mangkuk sahaja.

Cukuplah sedozen sanggahan santai saya sebagai membantah kenyataan SU Perhubungan WP itu. -fb Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi


PAS WP: 'Parti telah disuci Allah dari anasir tidak sepatutnya'

Mengulas tindakan dua ADUN PAS memberi sokongan terbuka kepada presiden PKR semalam, PAS Wilayah Persekutuan (WP) dengan nada menyindir berkata, pihaknya bersyukur kerana "parti itu telah disucikan oleh Allah dari anasir-anasir yang tidak sepatutnya".

"Barangkali inilah hikmah di sebalik penangguhan mesyuarat PAS pusat sehingga 17 Ogos," kata setiausaha badan perhubungan PAS WP, Khairul Anuar Abdul Manap dalam satu kenyataan hari ini.

Dengan peristiwa ini, katanya, fikrah ahli PAS di semua peringkat menjadi tersangat jelas khususnya ketika mengimbau kembali amaran yang telah dikemukakan oleh para ulama haraki di dalam PAS sebelum ini tentang bahaya kepelbagaian fikrah di dalam satu harakah Islamiyyah.

"Kesatuan di kalangan ahli PAS menjadi semakin kukuh sejurus pihak YB berdua melakukan pengisytiharan (menyokong Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail).

"Pada peringkat permulaan kami bimbang PAS berhadapan dengan perpecahan dalaman. Lalu Allah menurunkan pertolongan dengan tindakan YB berdua.

"Alhamdulillah kami semakin yakin Allah senantiasa menjaga kumpulan yang menjaga agamanya.

"Tindakan YB berdua juga turut memperkukuhkan kami kepada perjuangan Islam," tegas Khairul Anuar, sambil mendoakan agar kedua-dua ADUN itu diberikan hidayat oleh Allah SWT.

Dua ADUN PAS, Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) telah tampil di sidang presiden PKR itu semalam untuk menyatakan sokongan mereka kepada beliau sebagai calon menteri besar.

Ekoran itu, PAS Selangor memberikan tempoh 24 jam kepada mereka untuk meminta maaf dan menarik balik pendirian itu.

Tuntutan itu dibuat ekoran tindakan itu dianggap membelakangi parti yang belum membuat keputusan sempena menunggu mesyuarat jawatankuasa pusatnya pada Ahad ini.

Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman dilaporkan berkata tindakan dua ADUN PAS di Selangor itu yang membelakangi pendirian parti amatlah serius "dan kita akan bertindak".
-mk


ULASAN GB

Self-explanatory.

Seperti yang GB katakan sebelum ini, GB sering juga tidak bersetuju dengan perdapat bekas ahli dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Zorkharnain Abidin di dalam isu-isu lain, tetpai di dalam isu Selangor ini, GB dapat tidak menolak hujjahnya.








IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



33 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Well, if PAS cannot join force with UNMO for new Selangor government, then they will submit ADUN PAS as MB of Selangor. SU PAs already admitted they have names. Both way, they are killing political support PR and PAS itself.

After tumbang Tgannu and Kedah a one term MB, PAS wanna try one more time in Selangor. But to be fair, Perak was a special case that not PAS hold for responsible.

The calculation of ULAMA PAS mulia yang suka kuasa is almost perfect but not perfect, Khalid will dissolve the DUN. This is third way, also can kill political support of PAS.

So, no way out for PAS. Thanks Ulama pas mulia.

Tanpa Nama berkata...

Ciri 2org pas dah macam umno .tak tah lah

Tanpa Nama berkata...

Yahudi pun anggap mereka bangsa yang mulia hingga boleh hapuskan yang lain, Pas pun begitu?

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin Pas yang patut dibersihkan, sayang UMNO, tidak ikhlas dalam perjuangan

Tanpa Nama berkata...

Hikmah yg aku dpt drp isu ni adalah bila PRU 14 nanti aku akan tetap undi PAS kecuali calon2 UG seperti Hj Hadi, Haron Din, Din Tantawi, Din Ayam, Nik Abduh, Nik Amar dan yg sewaktu dengannya...terima kasih atas pencerahan ini...syukur juga kerana masih adanya Nik Aziz dlm Pas.

Tanpa Nama berkata...

Antara hikmah kes MB Selangor menjelaskan siapa dalang UG yang sebenarnya...

Tanpa Nama berkata...

Ustaz Fadzil Noor pemimpin terbaik Pas, TGNA contoh ulama zuhud yang cemerlang, Hadi contoh ulama dalang UG

Tanpa Nama berkata...

Insyaallah pada PRU 14 akan datang satu kempen akan digerakkan iaitu "sokong dan undilah PAS kecuali calon2 UG"

Tanpa Nama berkata...

Untuk salahkan PAS secara keseluruhannya rasanya adalah tidak adil...dalang dlm pas dulu, kini dan maybe selamanya adalah GENG UG... tiba2 pulak terkenang Hasan Jati dan Ostaz Nasa...

Tanpa Nama berkata...

UG suka kena patuk 2X...

Tanpa Nama berkata...

Cadangan untuk menghapuskan pas dalam politik malsysia apakata jika dap mengkaji semula dasar pati menerima isu hudud itu khusus kepada orang yang beragama islam di malaysia sahaja dan tidak melibatkan orang yang tidak beragama islam. Umno yang kononnya majoriti beragama islam lagi akan terkubur sebab membelakangi hukum yang sangat penting buat umat islam .

Tanpa Nama berkata...

Pas WP tahu ke tindakan 2 adun tu melegakan penyokong2 pas dan PR.. Dengan mcm2 spekulasi yg kami dgr, tindakan 2 adun ni sedikit sbyk memberi keyakinan pd kami.. Sekurang2nya dalam menunggu waktu sehingga pas bermesyuarat. Atau pas WP tak kisah pun pasal penyokong bawahan yg hina, jahil dan byk dosa macam kami ni.

Tanpa Nama berkata...

Bangganya pemimpin Pas dapat makan kawan dalam Pakatan Rakyat...

Tanpa Nama berkata...

PAS JANGAN JADI MUSANG BERBULU AYAM..
Melalui PR lah Pas berjaya mendapat undi cina. Melalui PR lah Pas boleh menang sekiranya ada ramai undi cina. Ini tentunya dari bantuan PKR dan DAP khususnya. Ini adalah kenyataan. Majlis syura jangannya nak berselindung disebalik hadis2 atau ayat2 Quran dalam hal ini. Haji Hadi janganlah nak corner kekanan dan le kiri dalam hal ini.
Dikawasan majoriti pengundinya melayu ( di bahagian selatan malaysia) Pas bungkus. Terlalu sedikit undi yang Pas dapat. Sebab itu Pas kalah dikawasan2 ini.
Fokus kita sekarang adalah perkembangan di Selangor. Kenapa secara tiba2 PAS jadi lupa diri ?Cerminlah diri. 15 kerusi yang PAS menangi itu apakah pengaruh Pas yang jitu di Selangor ? Sila beri figure berapa ahli Pas bagi setiap DUN yang dimenangi ? Sebagai contoh dari mana undi yang begitu banyak diperolehi oleh Dr. Mariah di Kapar ? Apakah pengundi Trengganu beri undi kepadanya ? Apakah hasil kerja keras dan cerdiknya Dr. Zuhdi berkempen di situ ?
Malangnya setelah menang ( dengan bantuan rakan2 PR) dalam keadaan genting rakan memerlukan bantuan PAS khususnya presidennya menghulurkan tangan kepada salah orang. Rakan yang menolongnya dalam PR dibiarkan terumbang ambing musang berbulu ayam pula yang ditolongnya.
Mana kebijaksanaan PAS dalam berpolitik ?

Tanpa Nama berkata...

Ustaz nasha yang paling teruk menerima hukuman dan kecaman isu UG ni sedangkan master mind adalah hj hadi.

Tanpa Nama berkata...

Ada cakap cina Hina ini itu, tapi masa dapat undi cina banyak menang kerusi dapat Elaun besar terus beli kereta besar show off.

Cakap benda Tak betul dan keji kpd cina yang sokong dia , Kira dosa atau pahala?

Tanpa Nama berkata...

Komen komen yg berkaitan dgn UG diatas adlah mereka yg suka menonton berita RTM, TV3, BERNAMA dan sewaktu dgnnya dan mereka ini suka membaca BH, UM, MERTO dan sewaktu dgnnya...
Kalau mereka termasuk GB membaca dan menilai kata-kata pemimpin PAS, saya rasa takdak komen komen spt diatas dan GB tak akn memuatkan berita berita yg memanaskan dan menyebelahi PKR dan DAP.
GB sengaja menyembunyikan fakta utk dipaparkan semata mata utk memanaskan isu2 di Selangor.
PAS dah berapa kali bertegas TAK AKAN BERSAMA DGN UMNO. KALAU MB AMBIK ADUN UMNO JADI EXCO, PAS AKAN KELUAR DARI KERAJAAN SELANGOR....
Apa lagi yg tak puas hati...????
PAS tak sekat pendirian seseorang dan ADUN, tp cuma TUNGGU SEHINGGA 17/8/14 je. Sedangkan Nabi Saw menunggu lebihkurang 3 bulan wahyu ALLAH yg membersihkan fitnah keatas Saidatina Aisyah, kita baru tuggu 2 minggu dah tak sabar..??? Kita berjuang utk menang PRU ke utk mencari redha ALLAH..???
KENAPA TAK PERSOALKAN PKR DAN DAP MENENTANG PEMBENTANGAN HUDUD DI PAELIMEN...????
KENAPA GB TAK PERSOALKAN 'KAJANG MOVE' YANG TIDAK DIPERSETUJUI OLEH PAS.
KENAPA TAK PERSOALKAN PASAL DAP SARAWAK NAK KELUAR PR KALAU PAS LAKSANA HUDUD.
Kenapa GB tak pertahan ini sptmana GB pertahankan separuh mati PKR, DAP dan PR dlm isu MB Selangor..????

Tanpa Nama berkata...

UG Mustafa Ali cadang nama alternatif, PKR tak cadang pun nama alternatif MB Kelantan... Terus terang cakap nak jadi MB Selangor

Tanpa Nama berkata...

Sifat bongkak dan sombong PAS. Fikir-fikirkan lah..(kadangkala sikap mcm Yahudi pun ada depa ni...)

Tanpa Nama berkata...

Hikmah disebalik tragedi Selangor. Makin terserlah puak2 penghancur PAS. Alhamdulillah. Tp yg menakut kpd org2 yg x mengetahui hal sebenar mereka akan ,terasa jelek dgn parti PAS. Saya sgt sygkan parti ini. Tiada lagi tempat kami bergantung harapan jika PAS hancur. Hancurnya PAS bermakna hancurnya harapan kami. Trgadedi selangor bknlah kerana masalah dlmn PKR tetapi masalah dalaman PAS. Mudah2an masalah dpt diselesaikan segera.

mayang zulaika berkata...

Rasa yang terketawa dan simpati pun ada. Bersabitkan Allah untuk memuliakan parti, ini agak keterlaluan. Ada unsur-unsur tahyul, riak(hampir setara iblis) dan kefahaman mental yang bercelaru. Mungkin ada fahaman atau mazhab baru yang menyatakan Allah memulia serta mengangkat darjat sesuatu parti atau bangsa. (Mungkin ada nas atau dalil, saya kurang arif. Apa yang saya tahu Yahudi berbangga mengaku mereka bangsa terpilih). Menganggap, rasa dan mengaku suci hinggakan kesemuanya kotor selain kita adalah ciri ciri riak yang tertinggi dan menjadi penyakit orang alim yang harus diubati. Teringat saya satu cerita (kalau tak salah, sinetron dari seberang) bagaimana seorang kanak-kanak yang berdoa ke hadrat Allah ketika dalam kesusahan dan dengan kesaktian doanya dimakbulkan. Datang sang pari-pari memberi pertolongan. Mengikut hukum akal, dengan keizinan Allah tiada yang mustahil. Tetapi tdaklah semudah itu dan jangan mengharap pada kesaktian. Dekat sangat ke kita dengan Allah ? Memalukan sekiranya kita mengaku dan penuh yakin merasakan parti kita suci lagi maksum, pada masa yang sama jemaah masih ramai yang menjadi perokok, masih terlibat dengan riba, hati masih buruk sangka dan jiwa masih berhasad dengki. Taklah lebih dari syok sendiri dan bangga tak sangga. Yang lebih teruknya hipokrit tahap tinggi. Wallahu a'lam.

Tanpa Nama berkata...

Apa susah sangat, nak tgk rakyat sokong siapa?? Bubar je Dun.

opah GB berkata...

Mengaku penyokong PAS.getik aku nengok anon atas ni komen.

Tanpa Nama berkata...

Dah dapat tawan Terengganu. Dapat jadi MB satu penggal jer di sebabkan BODOH SOMBONG pepimpin nya dengan mudah di tewaskan olh BN..

Tanpa Nama berkata...

Aku pun sama juga.....kelantan akan jatuh pd umno sbab tgna bukan lagi mb

in response to Hikmah yg aku dpt drp isu ni adalah bila PRU 14 nanti aku akan tetap undi PAS kecuali calon2 UG seperti Hj Hadi, Haron Din, Din Tantawi, Din Ayam, Nik Abduh, Nik Amar dan yg sewaktu dengannya...terima kasih atas pencerahan ini...syukur juga kerana masih adanya Nik Aziz dlm Pas., by Anonymous.

Tanpa Nama berkata...

Jgn ckp kuat2 sgt bro...slow2 lah sikit...hihihiii...

in response to Ustaz nasha yang paling teruk menerima hukuman dan kecaman isu UG ni sedangkan master mind adalah hj hadi., by Anonymous.

Tanpa Nama berkata...

Kekuatan Pas terletak kepada TGNA, Kelemahan Pas terletak kepada TGHH, media UMNO hentam TGNA,puji TGHH kenapa agaknya?

Tanpa Nama berkata...

Kalau politik kini ibarat peperangan PAS masih guna keris kontot dan jampi mentera.. pehak lawan guna M16 dan kereta kebal..terlalu jauh ketinggalan Zaman.

Tanpa Nama berkata...

TGNA pernah kata pergi jahanam dengan UG. Bila di terjemah kut Inggeris bunyi nya GO TO HELL WITH UG..KAH KAAH KAH KAH

lan44646 berkata...

Sape yg disucikan,Pas atau Rakyat,
Cuma Allah yg menentukan,
Pas dah terlampau sombong,
Tak ikut Quran dan Hadith,
Cuma ikut pemimpin yg ego tak bertempat.

Tanpa Nama berkata...

kalau musuh sokong kita, mesti ada yang tak kena - org pas mesti ingat sapa yg kata cam tu.

umno sokong Khalid. pas sokong Khalid.

demi nak menunjukkan betapa maksum dan keramatnya ularmak depa, depa sanggup buat berita fitnah saaari kena heart attack konon sbb engkar pada presideng dan msu.

Tanpa Nama berkata...

UMNO PALING SUKA BUBAR DUN, SEBAB NAK CARI PELUANG

Tanpa Nama berkata...

UMNO MAHU DUN BUBAR, DULU PR KAJANG MEMBAZIR, SEKARANG TAK MEMBAZIR????