17 Jul 2014

Murtadkah Seorang Islam Jika Sertai DAP?


Saya tak kan murtad

SEREMBAN: Syefura Othman, 25, gadis Melayu terbaru yang menyertai parti DAP, membidas kritikan pihak luar dan berkata beliau tidak akan murtad hanya kerana telah menyertai DAP.

“Saya tengok ada orang kata bila saya sertai DAP seolah-olah saya dah lupa asal usul, bangsa dan agama saya.

“Saya tak kan murtad hanya kerana saya jadi ahli DAP. Saya tetap Melayu dan tetap menjunjung Islam.

“Malah ketika ini saya sedang membaca buku Hikayat Merong Mahawangsa.

“Mereka yang melatah bila tengok orang Melayu masuk DAP ini adalah orang yang takut pada bayang-bayang sendiri.

“Saya memilih DAP kerana ia lebih terbuka dan lebih memberi ruang kepada bakat politik anak muda terutamanya golongan wanita,” kata Syefura.

Syefura yang menampilkan imej muslimah memberikan jawapan positif apabila ditanya FMT samaada lebih ramai anak muda Melayu terutama anak gadis yang mahu menyertai DAP selepas melihat langkah Syefura.

“Ya, saya akan membawa lebih ramai sahabat perempuan saya masuk DAP. Sebab sejak saya menjadi ahli ada sahabat-sahabat perempuan saya sudah mula bertanya tentang penglibatan saya serta tentang parti itu sendiri.

“Saya percaya apabila lebih ramai orang Melayu menyertai DAP, maka pengkritik di luar sana tak boleh melabelkan DAP sebagai parti rasis atau parti Cina,” Syefura berkata demikian di majlis Iftar DAP cawangan Seremban bersama kepimpinan PAS dan PKR setempat serta media.

Turut hadir adalah Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook (DAP), Ketua Pemuda DAP Malaysia dan Ahli Parlimen Rasah, Teo Kok Seong, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Mohd Taufek Abdul Ghani, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat Aminuddin Harun dan ADUN Nilai J Arulkumar. -FMT


Keterbukaan anak muda Melayu sertai DAP

SEREMBAN - Pembabitan golongan muda terutamanya mereka yang berketurunan Melayu dan beragama Islam di dalam DAP membuktikan keterbukaan anak muda terhadap parti itu semakin baik.

Bekas calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Telok Intan, Dyana Sofya Mohd Daud berkata, bagaimanapun penglibatan anak muda lain dalam DAP bukan menggadaikan maruah Islam itu tetapi sebaliknya demi prinsip dan perjuangan parti yang dibawa.

“Sejak saya menyertai DAP ini, identiti Islam saya tidak hilang. Saya berketurunan Melayu dan Islam adalah agama saya. Jadi ia bukan satu perkara yang perlu dipolemikkan,” katanya kepada Sinar Harian selepas Majlis Berbuka Puasa Pakatan Rakyat (PR) Negeri Sembilan dengan Media, di sini, kelmarin.

Katanya, sehingga kini, sudah ramai generasi muda yang mempunyai latar belakang berbeza menunjukkan minat menyertai DAP.

“Tidak kira bangsa, dan agama, mereka sudah mula memahami akan perjuangan serta prinsip yang dibawa dalam parti ini.

“Memang kini, saya dan pemimpin lain mencari lebih ramai lagi rekrut-rekrut muda kerana dalam parti inilah suara serta idea kami didengar.

“Peluang 'kami' jauh lebih cerah berbanding berada dalam Umno yang tradisi, kepercayaan serta budaya lapuk,” katanya.

Ditanya pembabitan Syefura Othman, 25, dalam DAP, kata Dyana, pembabitan anak muda baru seperti Syefura amat digalakkan.

“Saya sendiri pun tidak mengenali beliau pada awalnya, tetapi selepas berjumpa dalam program sama dan berjumpa di Teluk Intan, kami mulai kenal antara satu sama lain.

“Ramai pemimpin DAP adalah dalam kalangan yang masih muda, dan ini menggambarkan anak muda diterima serta diberi peluang mencurahkan idea dalam mengukuhkan akan perjuangan parti,” katanya.
-SH


ULASAN GB

Ada beberapa orang macai UMNO yang menyatakan bahawa umat Islam yang menyertai parti DAP sebagai murtad. Alasannya DAP tolak hudud.

Jika demikian halnya maka ahli UMNO telah terlebih awal murtad kerana bukankah UMNO sebelum ini menentang hudud? Pelbagai alasan diberikan. Malah sehingga kini masih ramai di dalam UMNO yang menentang hudud. Tak percaya? Pergi interview Tun Dr Mahathir sekarang juga!







IKLAN BERBAYAR






Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ku Nan pernah kata amno tak guna Quran...Islam lagi ke ?

Sebelum ni Najib ada nak buat judi bola !!... Islam lagi ke amno?

Bila PAS nak buat hudud...amno melalak-lalak macam hendak sangat hudud. Bila Kelantan minta TV nak terang pasal hudud terus mentah2 ditolak...Islam lagi ka?

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya join UMNO baru kita cakap dia murtad sebab lu join sahaja lu secara automatik menjadi penganut agama melayu yang pakai nama Islam sebagai topeng.

Tanpa Nama berkata...

Sebaiknya masuk pas atau meyokong pas.

Unknown berkata...

Nak murtad tu senang shj. ?.... tak perlu masuk agama lain..... cukuplah menolak ajaran Islam.... dah jatuh murtad.

Anti Fitnah berkata...

Usah melayan puak UMNO munafikun tu. Kalau dituduhnya orang lain murtad, UMNO tu dah 3 x murtad.
Pernahkah DAP membunuh umat Islam?
Pernahkah DAP meruntuhkan masjid/surau?
Pernahkah DAP meruntuhkan kediaman orang Islam?
Pernahkah DAP menjual tanah rezab Melayu?
Pernahkah DAP ..... banyak lagi.
Cuba tanya UMNO yang selama ni dok memerintah Malaysia ni, pernahkah depa dok buat kerja ni?
Kalau takat DAP menolak Hudud, UMNO 3 X menolak. Apakah yang beza di antara DAP dan UMNO dalam perlaksanaan HUDUD ni?
UMNO ~ TIDAK sesuai dengan masa kini kerana bukan semua rakyat Malaysia ni beragama Islam dan TIDAK adil hanya orang Islam yang "kena" potong tangan sedangkan orang bukan Islam tidak dan ini akan menyebabkan orang Islam tidak dapat bersaing serta "SUP TANGAN" bolehlah dihidangkan (Tanya Che Det).
DAP ~ TIDAK sesuai kerana TIDAK SELARI dengan perlembagaan sedia ada.
Nampak tak bezanya? DAP berbicara secara ilmiah tapi UMNO ... haprak. Bukankah DAP dah beritahu bahawa dengan mengubah perlembagaan, barulah Hudud dapat dilaksana agar tidak bercanggah dengan perlembagaan. Cuba lihatlah kes-kes yang melibatkan agama Islam di Malaysia kini. Adakah Mahkamah Syariah mengatasi Mahkamah Sivil atau sebaliknya????
Dimanakah KETUA-KETUA AGAMA yang menjaga "kesucian" Islam ni? Bukankah depa ni yang patut berada di saf hadapan dalam soal perlaksanaan HUDUD ni? Kekadang melihat anak sendiri pun cacamarba, ada hati nak memimpin umat Islam di Malaysia ni? Allah swt lebih pentingkah atau .....
Jangan lupa ... Melayu dan Islam tidak seiring sejalan. Satu tu menuju syurga Allah swt manakala yang satu lagi sebaliknya. Renunglah dengan akal yang waras dan bukan dengan hati.