Abdul Khalid Ibrahim tampaknya tidak gerun dengan tindakan PKR untuk memecatnya dari kerusi MB. Keputusan pimpinan PKR yang telah menamakan Dr Wan Azizan Wan Ismail sebagai penggantinya tidak dihiraukan langsung. Sebaliknya Khalid dengan cara dan stail politik "lembu kenyan"nya terus melawan keputusan PKR. Keadaan Khalid kini tak ubah seperti kera yang makin mengemaskan dakapan pada pohon yang digoyang dari bawah.
Kenyataan dan pendirinnya menjelaskan dia tidak akan akur dan menyerlahkannya kian egois. Khalid semacam mendapat keyakinan tinggi. Alasannya mudah sahaja, dia mendapat sokongan rakyat Selangor dan dimasa sama cuba memberi tahu rakyat dalam konotasi politiknya bahawa Sultan menyebelahinya. Dua sokongan itu menjadikan dia egois dan enggan mematuhi konsensus parti.
Keengganan Khalid dan keghairahan (keseronokan) membantu rakyat menerusi jawatan MB, meletakkan Selangor dalam krisis yang sangat membimbangkan. Kemelut Selangor juga menyebabkan rakyat Selangor serabut perut dan sedih. Bagi mereka yang mahu melihat kerakusan kerajaan UBN musnah dan diganti dengan kerajaan baru (Pakatan Rakyat), hampa apabila kerajaan Pakatan Rakyat juga berkecamukan.
Dalam pada itu berbagai-bagai alasan yang dikemukakan Khalid bagi menghalalkan tindakannya itu. Antaranya dia mendedahkan kekuatan sokongan kepadanya. Daripada mempamerkan dia sebagai orang dipercayai Sultan hingga kepada soal prosuder perlantikan MB yang perlu mengikut perlembagaan atau mendapat sokongan semua pihak.
Cara Khalid meminta pertukaran MB dibuat secara berpelembagaan, seolah-olah beliau berfikir apa yang hendak dibuat - pecatnya oleh PKR itu tidak secara berpelembagaan. Khalid cuba memberi gambaran kepada umum yang beliau hendak dipecat secara kejam dan zalim. Selain itu beliau juga melukiskan bahawa pemecatan tidak disokong oleh semua pihak dalam Pakatan.
Mungkin salah satu bukti yang dikutip Khalid ialah kenyataan Pesuruhjaya Pas Selangor yang kemudian disokong oleh budak-budak Pas Selangor. Ini semua adalah psywar dilakukan Khalid dan sekaligus meremehkan tindakan PKR.
Tidak terlupa juga Khalid dengan mengaitkan hasrat Sultan kononnya kerajaan Selangor memerlukan seorang pemimpin yang boleh dipercayai, tegas dan bertanggungjawab. Kerana syok untuk memjual kebaikannya sehinggakan dia terlupa moralnya juga boleh dipertikaikan. Penyelesaian hutangnya dengan Bank Islam sebanyak RM70 juta masih menjadi misteri. Begitu juga laporan rasuah dan serangan Ezam Mohd Noor terhadap Khalid diawal pentadbirannya juga akan terus dipersoalkan mengenai integriti dan kebertanggungjawab yang ada kepadanya.
Apa yang dikira kuat dan hebat, Khalid cuba memberi gambaran yang beliau mendapat sokongan rakyat Selangor. Sebuah kajian bebas menerusi ruang maya didedahkan kononnya 80 peratus rakyat Selangor mahukan kepadanya dan suka kepada kepimpinannya. Angka ini dipergunakan untuk mempertahankan MB itu dan menunjukkan rakyat Selangor suka dan sayangkan kepadanya.
Angka yang dikeluarkan itu kontradik dengan satu lagi angka kajian yang diterbitkan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihanraya Universiti Malaya (Umcedel) yang mendapati populariti kerajaan Selangor pimpinan Khalid merosot sebanyak 35 peratus berbanding 50 peratus selepas setahun pilihan raya ke 12. Ertinya ia merudum sebanyak 15 peratus.
Orang ramai mungkin tertanya-tanya angka mana yang betul. Kalau kepimpinan Khalid merosot sebanyak 15 peratus macam mana pula dia mendapat sokongan 80 peratus. Jelas sekali ada pembohongan mengenai angka yang dikeluarkan sama ada dipihak Khalid atau pun Umcedel. Bagaimana pun kajian Umcedel lebih diperakui memadangkan badan itu tiada kepentingan politik di Selangor. Kajian atas talian dilakukan Selangorkini bagi pihak Khalid boleh dipertikaikan kerana statusnya boleh dipinda dan tokoh tambah mengikut jejari.
Tidak mengapa, kalau Khalid menyakini dengan angka yang dikeluarkan oleh pihaknya, bahawa 80 peratus rakyat Selangor menyokongnya beliau tidak perlu gentar untuk bertindak jauh dan dramatik daripada apa yang dilakukan sekarang ini. Beliau harus berani mengambilk risiko membuktikan kebenaran sokongan itu. Caranya mudah sahaja yakni beliau perlu menasihati Sultan agar bubar DUN Selangor.
Dengan kedudukan dan kuasa yang ada kepadanya (menurut perlembagaan tubuh negeri Selangor) Khalid boleh menasihati Sultan agar bubarkan DUN. Kebetulan seperti mana cuba dipamerkan Khalid yang Sultan berpihak kepadanya mudah untuk menjadikan pembuburan itu sebagai realiti. Dan melihat kepada reaksi dizahirkan Sultan pasti beliau akan mendengar apa yang dicadangkan Khalid.
Khalid boleh menguji kekuatan dan pengaruhnya dalam pilihan raya itu nanti. Untuk tujuan itu beliau boleh tubuhkan sebuah parti dan bertanding di seluruh 56 kerusi DUN Selangor. Apa yang pernah dibuat oleh Allahyarham Mohamad Nasir di Kelantan tahun 1978 dulu yang menubuhkan Berjasa kemudian melawan parti asalnya Pas, boleh dipraktik dan dijadikan suri teledan kepada Khalid. Soal selepas ini Selangor akan melayang kepada parti mana atas aksi itu jangan peduli. Nafsu dan dendam kena dileraikan.
Khalid tidak perlu takut kalah dan kehilangan kerusi MB yang ditagihi itu. Kalau benar pengaruhnya kuat, rakyat Selangor menyayangi dan mencintai kepimpinanya seperti mana diuar-uarkan beliau tidak perlu gusar. Orang-orang PKR yang kini menjadi penyokong tegar beliau dan memakan ditangan boleh dilantik menjadi komuniti parti berkenaan.
Misalnya Faekah Hussein boleh dilantik menjadi Setiausaha Agung. Faekah dikira layak dan mampu memikul tanggungjawab itu memandangkan kecemerlangan beliau berkhidmat sebagai setiausaha politik Khalid dan kini selaku CEO di MBI. Syed Shahir Syed Mohamad ataupun Mustapa Kamil Ayub juga boleh diajak mengagaskan parti baru itu. Ngo-Ngo yang rasis dan tembolok perlu diisi juga boleh diajak sama.
Parti baru itu boleh diberikan apa-apa saja nama. Nama tidak penting dalam soal ini, yang penting kredibiliti, ketokohan dan track record pemimpinnya. Kerana senario di Selangor bersifat kenegerian maka parti itu boleh sahaja dinamakan sebagai Parti Rakyat Selangor atau rengkasnya TIYATGOR atau boleh juga dipakai akronim PERAS (Frust).
Rasanya untuk mendaftar parti ini tidak ada masalah. Pihak Umno akan sedia berkolobrasi dengan Khalid kerana ia juga akan menguntungkannya. Dan untuk memberi kesempatan Khalid set-up parti barunya ini, mungkin SPR boleh berkompromi dengan memaksimumkan masa untuk mengada pilihan raya itu sehingga genap 60 hari seperti mana dilakukan pada pilihan raya kecil Kajang tempoh hari. SPR mudah untuk diajak bersubahat dalam hal-hal sebegini asalkan menguntungkan Umno.
Pilihan raya itu nanti akan menjawab persoalan sekarang ini sejauh mana benar atau tidak Khalid popular dalam kalangan rakyat. Ia juga akan menjawab apakah PKR dan Pakatan Rakyat masih dipercayai rakyat Selangor atau tidak dengan tindakan hendak mengugurkan Khalid itu.
Selain pilihan raya itu juga memberi peluang kepada Pas bagi membuktikan bahawa parti itu berpengaruh di Selangor buat masa ini. Untuk memperlihatkan kebenaran sokongan terhadap Pas itu Pas boleh bertanding berasingan daripada PKR dan DAP. Pas boleh meletakkan calonnya di kesemua 56 kerusi. Mana tahu angan-angan Pas untuk menjadi MB Selangor akan tercapai. Tentu sekaali Iskandar Samad bersetuju dengan cadangan ini.
Sekiranya kemelut di Selangor yang kian membarah kini tidak dapat diatasi, hanya dengan cara itu sajalah saya kira paling terbaik dilakukan. Serahkan semua mandat kepada rakyat biar rakyat yang menentukannya. Tidak perlu mendakwa dakwi aku kuat, aku hebat dan kalau lemah kau tidak betul dan sebagainya. Mungkin dengan berlaku kemelut dalam Pakatan itu menyebabkan rakyat Selangor mempunyai persepsi lain dan sikap mereka berubah.
Tindakan itu juga dikira gentlemen kerana Khalid tidak perlu berselindung di sebalik kemenangan PKR untuk menjadi MB Selangor. Selama ini kerusi yang diduduki itu adalah atas nama PKR yang berkerjasama dengan DAP dan Pas menerusi Pakatan dimana ianya tidak berstatus mutlak milik Khalid dan Faekah Hussein.
Apakah risiko dan natijah sekiranya pilihan raya umum Selangor diadakan jangan fikir. Rakyat akan membuat penghakiman yang adil dan tepat. Apakah dalam pilihan raya itu memberi ruang Umno kembali memerintah Selangor, itu juga tak perlu difikirkan. Kan sudah menjadi adat dalam perlawanan berlandaskan nafsu sedrakah, kalah akan menjadi arang menang akan menjadi debu. -msomelayu
ULASAN GB
GB belum nak ulas isu kemelut MB Selangor ini.
Tunggu sehari dua lagi. InsyaAllah.
IKLAN BERBAYAR
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI

15 ulasan:
janganlah beremosi sangat - kesemua pimpinan PKR sudah tidak bermaruah - pesepsi berebut jawatan, tikam kawan serta menghina sesama sendiri secara terbuka.
Tan Sri Khalid Ibrahim sudah lupa diri dan bongkak ikut tradisi asal Melayu mudah lupa bila ber hijrah dari kampong ke bandar.
Apa lah khalid tanpa Pakatan Rakyat
MB ada kepentingan-sangkut hutang lama 70juta. geng umno nak tolong dan dapat kurang ke 35juta. TGHA ada kepentingan anak menantu dalam syarikat kerajaan selangor, jadi itu yang sokong sangat TSKI. Memang jahat sekali mereka2 ini yang berkepentingan diri. Sebaik nya TSKI dan TGHA meletak jawatan dengan segera. Keliling TSKI adalah geng umno. Ingat lagi perpatah geng jahat "I'll help you, You help me".
Kebanyakan Ahli PKR ni Asal nya parti drp mna .sendiri fikir beb.
Ulasan penulis memang menarik.
Tapi ini politik Malaysia ... politik Malaysia tidak mementingkan orang yang baik, telus dan berintegriti. Memang setiap manusia ada kelemahannya. Yang pentingnya ialah apakah kelemahan itu sudah melemahkan PKR atau kelebihan itu sudah menguatkan PKR dan PR?
Yang aku sangsi ialah kenapa penulis nak guna bukti yang dikemukakan oleh Ezam (munafikun yang amat jelas)? Kan Allah swt suruh kita siasat bukti-bukti yang dikemukakan oleh puak munafikun maupun fasikun. Tentang hutangnya, penulis tiada maklumat dan membuat spekulasi. Ini tidak adil bagi TSKI. Tiada tuduhan secara rasmi dari BPR maupun PDRM.
Kemukakanlah alasan dan sebab yang logik untuk menidakkan posisi MB kepada TSKI. Jangan guna alasan kehendak parti. Adakah rakyat Selangor pilih PR kerana parti DAP, PKR atau PAS? atau PR dipilih atas kemampuan tadbiran dan ketelusannya seperti mana yang berlaku di Pulau Pinang?
Bagi aku, kebanyakan ahli PKR adalah serpihan dan BN, jadi kebolehpercayaan bukanlah tinggi sangat bagi aku berbanding DAP dan PAS.
Jangan terlampau ghairah dalam pertukaran MB. Khuatir, sangat Khuatir dan amat Khuatir, yang dikejar tak dapat dan dikendong berciciran.
Sipa Khalid tanpa PKR ?
Rasa2 nya khalid ni Trojan Horse Umno......pas ni memang x sedar dulu dah di tikam umno
Pas Dulu Pas skr Ada beza ka....tlg jawab.asik kena aja.
PKR oh PKR. Aku dah mula sangsi dgn kewibawaan PKR. Macam mana nak tadbir negara kalau di selangor sahaja pun bercelaru baru biru.
Komen sayuti adalah pandangan peribadi dia.itu hak dia.yg penting TSKI yg terbaik.jauh lebih baik dari anwarians.awal permulaan konon utk rakyat,alih alih ketika ini utk keluarga plak.aper citer bro.
Khalid dapat sokongan UG hadi, nanti kalau undi UMNO sama dengan undi PAS
Pas sudah lupa pengorbanan penduduk Memali, pemimpin mudah lupa.......
Orang Melayu dah boleh tolak Parti kebangsaan PAS....Pakar memerintah sepenggal
Khalid telah pun memberi signal kalau beliau terus menjadi MB Selangor, beliau akan memastikan UMNO terus langsung memerintah di Putrajaya.
Selepas Khalid Ibrahim mendapat penyelesaian dari hutang RM70juta yang diberikan Bank Islam, tiba2 banyak pula projek kroni2 UMNO yang mendapat kelulusan Khalid.
Malahan sebelum itu lagi dengan mudah Khalid meluluskan projek MRT yang mana projek ini adalah untuk membalas jasa mereka2 yang menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak melalui pintu belakang.
Khalid juga meluluskan projek KIDEX dan dilaporkan terdapat 6 lagi projek kroni yang bakal diluluskan oleh beliau. Khalid mempertahankan projek KIDEX laksana Khir Toyo sehingga ramai pemberita menggelakan beliau Khir Toyo Pakatan Rakyat.
Selain itu penyerahan air Selangor kpada kerajaan UMNO di Pusat juga menghairankan kerana tindakan tersebut langsung tidak merujuk kepada pucuk pimpina PKR mahupun partai2 lain
Pokoknya Khalid Ibrahim adalah pengkhianat kepada perjuangan Pakatan Rakyat serta barua kepada UMNO.
Makanya tiada sebab Presiden PAS terus menyokong Khalid Ibrahim melainkan Presiden PAS mempunyai kepentingan2 tertentu yang melibatkan menantu dan kawan2 beliau.
Maka, kalau PAS masih terus memberikan wala' kepada Presiden PAS, siap sedialah PAS ditendang dari Pakatan Rakyat.
Tulang Besi - Malaysian waves.
Keluar lah lu PAS dari PR ...... gua pun tak mau tengok lu punya muka .... gua malu , lu lamai alim-ulamak tapi pelangai selupa hantu ! ini kali wa pasti ta lak kasi lu undi , pelangai serupa asam itu UNO ...
Catat Ulasan