30 Jul 2014

Kemelut Selangor: Ingat Pesanan Ust Fadzil Noor

Abdul Hadi 'Hidupkan' Fadzil Noor

PADA suatu malam ceramah di Taman Saujana Utama, Sungai Buloh, kehadiran penduruk di daerah Kuala Selangor itu tidaklah begitu besar. Sederhana saja, malah ia mungkin tidak seramai kehadiran kuliah mingguan guru agama di sebuah surau berhampiran.

Tarikan utama pada malam itu ialah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan rakannya yang mewakili Kuala Selangor, Dr Zulkifley Ahmad.

Suasana yang hambar akibat kupasan penceramah awal bertukar menjadi panas selepas giliran Khalid tiba untuk ke pentas. Khalid yang baru pulang dari sidang parlimen menceritakan pelbagai isu semasa menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Antara yang menarik perhatian ialah kenyataan Khalid bahawa hayat Umno ketika itu sudah sampai ke penghujungnya. Tidak banyak yang dapat dilakukan untuk menyelamatkan parti berkenaan.

Kata Khalid, hayat Umno tidak akan kekal lama kerana kepemimpinannya "telah menekan butang pemusnahan diri" (self destruction).

Kini, selepas PRU ke-13 berlalu, PAS bagaikan tidak mahu ketinggalan untuk menekan butang yang sama.

Satu demi satu tindakan dilakukan kepemimpinan tertinggi parti itu jelas membuat ahli dan penyokong resah dari sehari ke sehari.

Masalahnya, kata seorang ahli PAS, keterlajuran itu bukan sekali dua dilakukan, malah berkali-kali.

"Seolah-olah mereka tidak pernah belajar atau serik," katanya.

Memang secara realitinya dakwaan itu ada benarnya.

Jika dapat diimbas kembali, hanya beberapa hari menjelang PRU 2013, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggemparkan penyokong Pakatan Rakyat (PR) dengan membuat tuduhan kepada calon rakan sekutunya di Terengganu.

Dakwaan itu tidak dibuktikan di mahkamah, sebaliknya Abdul Hadi yang diperintah hakim membayar ganti rugi kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) terbabit - sebelum prosedur susulan membatalkan arahan berkenaan.

Kini Abdul Hadi dan beberapa pemimpin PAS membuat gempar lagi. Ketika PKR bergelut sesama sendiri untuk menuntaskan pemilihan parti di peringkat cabang dan Pusat, Abdul Hadi nampak tidak berfikir lama menyertai kekalutan itu dengan mengulas isu peralihan kepemimpinan negeri Selangor.

Memang sudah diduga pemerhati bahawa Abdul Hadi akan kekal menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, tetapi ia tidaklah sepantas dan senekad itu.

Tanpa menunggu mesyuarat yang dikatakan akan diadakan pada 10 Ogos ini, Abdul Hadi menolak cadangan PKR mahu menggantikan Abdul Khalid dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, walaupun menteri besar sedia ada sudah tidak diyakini oleh partinya sendiri.

Kekalutan itu semakin mendalam apabila nama Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diheret sama sebelum diperkukuhkan lagi oleh kenyataan Dewan Ulama PAS Pusat.

Sekadar menambah garam pada luka, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki mengulas kemungkinan PAS keluar meninggalkan PR. Bagaimana Mohd Zuhdi mempertahankan diri adalah isu kedua.

Dalam keadaan keliru, marah dan bosan, ramai ahli serta penyokong PAS secara spontan terkenang kepada presiden terdahulu, Allahyarham Datuk Fadzil Noor atau lebih mesra disapa Ustaz Fadzil.

Kehebatan, karisma dan ketajaman fikiran mantan presiden itu memang diakui rakan dan lawan.

Pemimpin kelahiran Kedah berkelulusan Universiti al-Azhar di Mesir itu biasanya sentiasa tenang jika berdepan dengan sesuatu isu.

Beliau dikenali sebagai tokoh berpandangan jauh dan memiliki sentuhan politik cukup memukau, penuh hikmah.

Memang sesekali pendekatan Allahyarham sukar diterima penyokong Pas pada peringkat awal.

Penulis, Ahmad Lutfi Othman turut menggambarkan beliau sebagai lambang pemimpin gerakan Islam dan ketua parti politik Islam yang bijak mengatur langkah dan memanfaatkan senario sekeliling.

Sekurang-kurangnya dua peristiwa besar politik negara berjaya ditangani dengan penuh berhikmah ketika hayatnya.

Pertama, konflik dalaman Umno yang membuatkan Tengku Razaleigh Hamzah dan Team B terkeluar sebelum membentuk Semangat 46. Pandangan jauh Almarhum terserlah apabila gagasan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dibentuk bagi memastikan pembangkang turun satu lawan satu menentang Barisan Nasional ketika Pas tidak boleh duduk semeja dengan DAP.

Sebenarnya, ketika hayatnya pemimpin PAS itu berdepan dengan kritikan dari dalam parti sendiri sebelum APU dibentuk. Namun kebijaksanaan beliau mengatasi segala rintangan itu dan PAS kekal kukuh.

Apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada kerajaan pada 2 September 1998, allahyarham sekali lagi bertindak pantas apabila beliau diberitakan mengunjungi Anwar di rumahnya tanpa merujuk kepada parti.

Namun kesan dua peristiwa itu begitu memberansangkan, sekaligus membawa PAS ke dalam aliran perdana percaturan politik negara.

Untuk kali pertama - mungkin - PAS menjadi begitu ke depan dan direstui pelbagai pihak apabila menyatukan parti politik serta gerakan sivil di bawah gerakan bersama 'membela' Anwar.

Ironinya, jika Fadzil membina kekuatan pembangkang, Abdul Hadi kini dilihat merosakkannya. Dan Barisan Nasional sebenarnya tidak perlu berbuat apa-apa sekarang, sebaliknya bersedia mengambil alih tampuk pemerintahan di sekurang-kurangnya satu lagi negeri.

Pemimpin Umno pertahan Khalid sebagai MB S'gor

Jarang pemimpin Umno mempertahankan pemimpin Pakatan Rakyat.

Tetapi begitulah yang ditunjukkan Ketua Umno Cheras Datuk Seri Syed Ali Syed Abbas Alhabshee apabila mempertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim supaya beliau meneruskan tugas menteri besar Selangor.

Mengakui tidak rapat dengan Khalid sekalipun berjiran kawasan parlimen, Syed Ali berkata bekas tokoh korporat itu perlu terus mentadbir kerana rakyat memberi kepercayaan kepadanya bagi penggal kedua.

Khalid adalah ahli parlimen Bandar Tun Razak.

"Kalau penggal pertama beliau dah menang. Penggal kedua, beliau masih menang dan (boleh) menjaga Selangor. Maksudnya rakyat ada kepercayaan pada pentadbirannya sebagai menteri besar Selangor.

"Jadi biar beliau buat kerja beliau. Kalau tak betul, biar rakyat buat keputusan," kata setiausaha Umno Wilayah Persekutuan itu dalam wawancara dengan Malaysiakini kelmarin.

Syed Ali menjawab soalan berhubung pandangannya mengenai pentadbiran Khalid dan desakan pemimpin Pakatan Rakyat supaya beliau berundur dari jawatan itu sejak kebelakangan ini.

Terjadi dalam semua parti

Enggan mengulas lanjut mengenainya, Syed Ali berkata setiap parti politik termasuk Umno juga sering berdepan masalah dalaman termasuk sikap tamak kepada jawatan demi kepentingan peribadi yang merugikan rakyat.

"Saya nak komen (terhadap) pembangkang, kadang-kadang dalam Umno pun jadi juga. Ini terjadi kepada semua parti politik. Berlaku dalam PAS.

"Semua parti samalah, yang akan kerugian (adalah) rakyat. Bila kamu buat semua tujuan peribadi, (sebagai contoh) kamu tengok dulu MB Kedah pun ada masalah.

"Kalau kita pentingkan kepentingan peribadi kita, sehingga ketepikan apa dah buat untuk rakyat, saya takut kestabilan di Selangor (terganggu)," katanya.
-mk










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




35 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya sangat setuju dengan komentar di atas.

4G berkata...

Fikrah anta greenboc slari dgn fikrah ana..presiden kita ni dkelilingi oleh orng yg dungu n naive politik..

4G berkata...

Pandangn yg tajam n benar

Tanpa Nama berkata...

Ambe orhang ganung...hj hadi dok rok sekepeng...ambe pun dok berehi...xdok karisma nok jd pemimping perikat antarabangsa...jeng krengg bohh...doh2lah sek2 tu...tukor hok laing ah pulok...Syed Azman ke, Wahid Endut ke, ni dok abih2...asik2 muka yg tuler jea...serabut perut weehhh...

Tanpa Nama berkata...

Jangan sembarangan menyalah dan membodohkan TG presiden kalau korang sekadar pengikut politik mentah yg mudah dicaturkan orang.

Kesalahan korang paling besar apabila taksub kepada anwar ibrahim mengatasi wala' korang kepada tg presiden sendiri.

Kalau pkr memperlekehkan tg aku tak heran,tapi ahli2 pas sendiri mempertikaikan tg sangat2 menjengkelkan aku.Lebih baik korang join pkr drp pas.Adanya orang2 macam korang cuma merosakkan parti.

Amuraria berkata...

adakah dia dikelilingi ayam ? ABU !

Tanpa Nama berkata...

Tiba Masanya PAS Perlukan Presiden Baru. Perkembangan politik PAS sebelum dan selepas PRU 13 menunjukkan bahawa parti Islam ini memerlukan nakhoda yang lebih pintar.

Jika Pas mahu terus releven di arena politik tanahair, Pas mesti dipimpin oleh pemimpin yang berkarisma dan bergeliga setanding dengan almarhum Ustaz Fadhil Noor. 

Pas tidak boleh menyimpan lama ketua yang gaya pimpinan seperti Abdullah Badawi. Jika tidak, Pas terpaksa menerima akibatnya pada PRU14 kelak. 

Menukar Presiden bukan bermakna menolak ulamak, tetapi merupakan satu usaha meletakkan sesuatu ditempatnya.

Bukan menidakkan ketokohan Tuan Guru Haji Hadi (TGHH). Bahkan tiada siapa pun boleh nafikan kejituan beliau yang sentiasa istiqomah dalam perjuangan Islam ini. Tetapi Pas perlu meletakkan sesuatu di tempatnya.

Menerajui kepimpinan politik kepartian tak sama dengan politik siasah kenegaraan. Politik kepartian hanya alat untuk capai maksud perjuangan. Apabila nilainya hanya 'alat' maka ianya mudah diperalatkan oleh karenah manusia.

Sebuah parti yang mengurus karenah manusia memerlukan Presiden yang tajam akal dan sentiasa segar dengan idea kreatif. 

Pas pernah dipimpin oleh beberapa Presiden. Paling menyuburkan Pas adalah ketika berpresidenkan almarhum Dato Fadzil Noor. Selepas itu Pas hanya hidup atas momentum peninggalan almarhum sahaja.

Tiada lonjakkan politik baru sepajang tempoh almarhum meninggalkan Pas. TGHH sangat amanah menjaga 'pusaka' momentum itu. Tetapi Pas perlukan momemtum baru untuk terus hidup atas alat politik kepartian ini.

Sudah tiba masanya Pas dapatkan Presiden baru untuk melonjakkan momentum parti demi menghadapi tribulasi dan mehnah politik masa depan.

Sesungguhnya sejarah dunia politik kepartian telah membuktikan bahawa parti yang dipimpin oleh banyak Presiden lebih maju kehadapan berbanding parti yang banyak lama dipimpin oleh satu dua kerat Presiden.

TGHH adalah calon paling layak mengantikan Tuan Guru Nik Aziz selaku Mursyidul Am yang kini sedang uzur.

Manakala calon untuk Presiden Pas terlalu ramai. Namun antara yang sangat berbakat ialah Dato Tuan Ibrahim Tuan Man.

~ Lan Jeniang

Tanpa Nama berkata...

Kemelut pas dan pr sekarang ini berpunca daripada kelemahan hj hadi... Berundurlah hj hadi, itu yang terbaik

Tanpa Nama berkata...

Ya setuju

in response to Saya sangat setuju dengan komentar di atas., by Anonymous.

Tanpa Nama berkata...

Kita mengharapkan yang terbaik dari orang yang tinggi ugama dalam memimpin, Tapi pengkhianatan yang dapat. mari kita sama2 undi tak percaya pada THHA dan puak yang pro umno.

Tanpa Nama berkata...

HH ni adalah spesies pemakan kurma dan x sesuai jadi leader..beliau lebih layak jadi guru kafa sahaja dan mengajar tentang air mutlak sahaja..baik undur segera.politik malaysia memerlukan pemimpin yg berpandangan jauh.bukannya nelayan penangkap ikan tinggiri..

4G berkata...

Sapa taksub dgn anwar ana ta kata wan azizah fit to b mb isu yg ana bngkitkn president slalu buat blunder statement. .anta tolong justify whats ur points to counter his blunder on kit siang 2004 GE by saying kit siang expired medicine tub2 kit siang memang n jdi ketua pembngkang n presiden terlepaih trengganu..psstu p tuduh calun pkr juai pil kuda dlm pru yg lepaih n kwan tu calun pkr sue hin in court. ..nasib anwar pujuk calun tu wthdraw the summon..president sptah haram ta cakap or bring the evident of his allegations..pa ni...n dlmcase mb kedah arwah ust azizan president yg beriya pertahan ust azizan to continue gak as mb walhal kes dkedah memang kronik ana duduk kedah msa tu ana tau laaa mcm mna phrolrazi da ta tahan dgn arwah yg bgi.muka kepada orng2 umno di suk kedah msa tuu.. jadi lst2 kedah guyub....anta ingat pemimpin ta bole dkritik jika wat bkunder??..kita na bgi wala tgok laa keadaan dan jgn jugak kita menidakn pndangan ahli..ust hadi bukan maksum sheh. ..anta tgok zaman


in response to Jangan sembarangan menyalah dan membodohkan TG presiden kalau korang sekadar pengikut politik mentah yg mudah dicaturkan orang. Kesalahan korang paling besar apabila taksub kepada anwar ibrahim mengatasi wala' korang kepada tg presiden sendiri. Kalau pkr memperlekehkan tg aku tak heran,tapi ahli2 pas sendiri mempertikaikan tg sangat2 menjengkelkan aku.Lebih baik korang join pkr drp pas.Adanya orang2 macam korang cuma merosakkan parti., by Anonymous.

Audio Hypnosis Tarikan Rezeki berkata...

Siapa yang harus disalahkan?

Tanpa Nama berkata...

Jika PAS tanpa kebijaksanaan TGNA, dah lama gulung tikar, setakat jadi imam sajalah.....

Tanpa Nama berkata...

Presiden PAS dan MB Selangor patut ditukar atau masuk bertanding jadi Presiden UMNO

Tanpa Nama berkata...

Kumpulan UG singkirkan TGNA untuk mencapai cita-cita bekerjasama dengan taghut?

BaDiN berkata...

Buang Yg Keruh Ambil Yg Jernih kalau mahu berjaya Mentalkinkan Umno di Pru seterusnya,Jgn beri peluru hidup dan talian hayat kpd Umno/Bn jika mahu Misi kita berjaya di kemudian hari.Jgn Tepuk Air Di Dulang,Terpercik Kemuka Sendiri.Umno juga ada berselisih pendapat sesama komponennya Tapi media2 mereka beri kerjasama menyembunyikannya Tapi kalau kita berkelahi tiada tempat hendak kita meyembunyikannya sebab media2 nasional hanya ketawa dan menjadi batu api agar kita berpecah belah,yg kaut laba adalah Dacing bermata satu.Kesangsian sesama kita harus dibuang jauh jauh Biar pimpinan mencerahkan semula.Tapi kes demi kes sebegini akan mendewasakan kita dan mematangkan Pakatan Rakyat di peringkat Akar Umbi serta disatu masa nanti PR menjadi gah di Mata Pengundi.Misi akan gagal jika isu ini terus dipanaskan bak kata Pepatah Secarik-Carik Bulu Ayam Ianya Akan Bertaut Kembali.

air gunung berkata...

Tghh x maksum.anwar x maksum.tgna x maksum.najib x maksum.sama sahaja.boleh dikritik.cara kritik shj berbeza.itu x penting.yg penting pimpinan perlu menerima kritikan walau x suka.jgn fikir ahli parti bwahan dan rakyat tak berparti aqal rendah.x reti berjuang dll.blajar rendah diri bkn utk sesuatu golongan.semua kena.so jgn kita jer bley kritik.org lain x boley.

in response to Jangan sembarangan menyalah dan membodohkan TG presiden kalau korang sekadar pengikut politik mentah yg mudah dicaturkan orang. Kesalahan korang paling besar apabila taksub kepada anwar ibrahim mengatasi wala' korang kepada tg presiden sendiri. Kalau pkr memperlekehkan tg aku tak heran,tapi ahli2 pas sendiri mempertikaikan tg sangat2 menjengkelkan aku.Lebih baik korang join pkr drp pas.Adanya orang2 macam korang cuma merosakkan parti., by Anonymous.

Tanpa Nama berkata...

Ada ke patut dia kata kita pengikut politik yg mentoh...guaner dia masok sgt ke politik? Cer kabo nok debat pasal isu menda? Ug? Wala'? Ambe bkn jenis taksub ke makhluk mcm deme...hok betul, betul jugok, hok saloh, saloh jugok...ckp pasal assobiyyoh bkn maing, tp kuat maing tikang kut blkg...asyik2 nok berpadu padu dgn umngok tu..puiii...pas kalu nok gerok solo, pah ceroh balik awal...

Tanpa Nama berkata...

Amat setuju dengan pandangan Anon 5.37pm.TGHH pun bukan sihat sangat.Kalau badan dah tak sihat,otak pun kurang sihat.Eloklah berundur dalam keadaan sekarang dan beri peluang kpd orang lain yg lebih muda dan sihat untuk memimpin.Dua orang pemimpin dari Ganu meninggal masih pegang jawatan,takkan TGHH nak jadi yg ketiga.Cukup dah tu,beredarlah demi masa depan PAS.

Tanpa Nama berkata...

MB Selangor sekarang,Tan Seri Khalid wajar ditukar tapi BUKAN dengan Dr.Wan Azizah.Tak boleh nak ikut sangat kemahuan DSAI yg bersifat kronism.Inilah delima PR Selangor.

Tanpa Nama berkata...

Sejujurnya saya sependapat dng tuan guru president pas dan tgna yg menyokong penuh kedudukan tan sri khalid ibrahim sebagai mb selangor. I am still remember semasa khalid mengambil alih selangor satu ketika dulu harta kerajaan negeri sejumlah rm 500 juta and la ni mencecah 2.8 billion or more. It is not that easy to raise the money..and now senang saja i hendak di turunkan. Dia dinaikkan oleh rakyat...kenapa pula dengan mudah hendak diturunkan?

Tanpa Nama berkata...

anon 12:27 am, betul TSKI naikkan reserved negeri kepasa 2.8 billion. Tapi itu konsep yg digunapakai di dalam korporat. Drp 2.8 billion itu apa yg rakyat Selangor perolehi?

yg ada hanyalah masalah air yg tak selesai hingga hari ini. yg ada ialah kenaikan beratus peratus gaji mb dan sekalian exco dan adun negeri. Rakyat?

TSKI berjaya sbg seorang ahli korporat bukan seorang ahli politik.

sebagai ahli politik beliau gagal. PR Selangor ini diambang keruntuhan. UMNO BN Selangor pergunakan TSKI untuk pastikan projek kroni UMNO berjaya spt Langat 2 dan Kidex.

Tanpa Nama berkata...

Setuju... TGHH pun berjaya sebagai tok guru, tapi bukan ahli politik. Asyik2 buat keputusan syoq sendiri. Lagi teruk bila org yg bertaraf tok guru pun main tikam belakang.

in response to anon 12:27 am, betul TSKI naikkan reserved negeri kepasa 2.8 billion. Tapi itu konsep yg digunapakai di dalam korporat. Drp 2.8 billion itu apa yg rakyat Selangor perolehi? yg ada hanyalah masalah air yg tak selesai hingga hari ini. yg ada ialah kenaikan beratus peratus gaji mb dan sekalian exco dan adun negeri. Rakyat? TSKI berjaya sbg seorang ahli korporat bukan seorang ahli politik. sebagai ahli politik beliau gagal. PR Selangor ini diambang keruntuhan. UMNO BN Selangor pergunakan TSKI untuk pastikan projek kroni UMNO berjaya spt Langat 2 dan Kidex. , by Anonymous.

Tanpa Nama berkata...

siapa nie dr. zuhdi????
Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas Pusat?????

apa yg diselidik????

apasal bangan dan bodoh sangat...

apakah ini di katakan berhikmah dlm politik...

Pas dah bercelaru.... masuk umno aje mudah...

Tanpa Nama berkata...

Almarhum ust Fadhil hebat buakn beliau sendirian...tgk siapa bersama saf kepimpinannya... Timbalan yg hebat dan taat kepada pemimpin....masalah sekarang tgk lah mcmana dan siapa yg bantu tuan guru presiden...tidak wala kpd presiden sendiri ttpi lebih percaya kepadapenasihat parti lain....

Tanpa Nama berkata...

DR ZUHDI dan HADI ini elok saja selidik mengapa Ikan Salmon yang ber vitamin tinggi dan mahal tidak hidup di Laut China Selatan dan bertelur di Sungai Marang ???

Elok jadi Nelayan dan selidiki Kekuatan Ikan Salmon lebih bermakna dari masok politik dengan Otak Pil Keldai nya.

Buat Habis Beras Saja !!!!

Tanpa Nama berkata...

heloo anon anon 9:56 AM

mnegapa anda bengap sgt? bukankah PAS berada di dalam Pakatan Rakyat? Dan bukankah Anwar Ibrahim itu Ketua Pakatan Rakyat? Oleh itu sepatutnya bukankah sepatutnya semua pemimpin dan ahli parti-parti komponen PR perlu iktiraf dan akur (wala') kepimpinan Anwar Ibrahim? Jika tidak kenapa PAS ada dlm PR?

Tanpa Nama berkata...

Masalah utama MB Tan Sri Khalid ialah beliau gagal beraksi dalam pasukan PKR Selangor. Beliau gelecek bola sorang2 kemudian nak scor gol secara hatrik secara solo.

Ya, Khalid sudah berjaya jaring 2-3 biji gol. Tetapi itu gol penalti. Di padang ada 11 orang pemain lagi yang terpinga2 pinga melihat Khalid main sorang. Anwar sebagai Coach semakin hangin di luar padang. Kapten pasukan Azmin Ali hanya mampu geleng kepala bila Khalid sanggup pas bola pada pihak lawan sekali sekala asal bola tidak terlepas pada team sendiri.

Paling menyakitkan hati, Khalid semacam nak jaring goal ke gawang sendiri. Khalid memang bagus. Tetapi kebagusannya hanya dilihat oleh rakan2 sendiri tanpa mereka dapat berkongsi kegembiraan bersama. Bahkan selepas setiap kali bermain Khalid tidak pernah berlatih bersama2 pasukannya. Khalid ada team latihan sendiri. Khalid hanya tumpang pasukan PKR untuk memberinya ruang untuk beraksi.

Tanpa Nama berkata...

Ingat inije,yang nak Islam akan masuk pas
Kalau Tak masuk pas tu memangnya ahli parti lain lain
Gerabak mengikut kepala keretapi.jika kepala melencung kelain ITU bukan salah gerabak

Tanpa Nama berkata...

Dalam PAS sekarang sudah ramai Dr.Malangnya ada Dr seperti Dr.Zuhdi yg taraf Dr.Kangkong.Tak tau dari mana bahalol ni datang sebab sebelum ni tak pernah dengar tentang Mamat ni.Dia lantikan President tak tau kad kedai ayam mana President jumpa dia.INI Dr.yg punya otak sebesar otak ayam.

Tanpa Nama berkata...

TGNA PERLU BERSUARA...JANGAN BIARKAN PAS JADI BOLA UMNO

Tanpa Nama berkata...

suara tok guru nik aziz sudah tidak laku dlm pas

semua pergerakan tgna telah di kawal sepenuhnya ole tangan2 tertentu....

baik dlm media sosial dan lain2...

lihat bagaimana permainan licik di kelantan

tgna disinkirkan drpd mb kelantan bukan faktor kesihatan

Tanpa Nama berkata...

pru 14 kita tunggu jer selangor & kelantan jatuh ke tgn umno kita lihat mcm mana umno akan balas madu @ tuba pada puak2 ug..ada ulamak duphg hari2 dlm facebook merepek2 seolah beria2 nak bergabung ngan umno mungkin bakal ganti tok nan kot @ jd mb kat kemboja seolah-olah dia paling islamik drpd org lain kene ingat kat mesir ulama2 dia lebih byk drp dia pon kecundang jadi barua al-sisi..dah lupa kot kene isa olih umno?

Tanpa Nama berkata...

Doh 4 hari tunggu nih!!!!

Bila pulok presiden PAS nok perbetul sket komen Dr hok dok reti baso tu.

Bukan susoh ngat, suruh budok Zuhdi tu pakai sket otok. Ingatkan Dr jenih hok dahi lebam tu molek tp otak doh sewel prok busuk.