7 Jul 2014

Kasihan, Kesemua 9 Beradik Itu Tidak Bersekolah....


Melaka: Semua sembilan adik kepada Muhamad Hafiz Abd Ghani, 17, yang maut disyaki dibelasah bapanya dengan kayu di Kampung Jawa, Alor Gajah Sabtu lalu tidak mempunyai sijil kelahiran dan tidak pernah bersekolah.

Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan negeri Datuk Latipah Omar berkata, sehubungan itu beliau sudah mengarahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka untuk menjalankan siastan dan membantu keluarga berkenaan bagi mendaftarkan kelahiran sembilan beradik berkenaan.

"JKM akan mengenal pasti punca dan membantu keluarga ini bagi memastikan sembilan beradik berkenaan berusia antara empat hingga 16 tahun memperoleh sijil kelahiran. Selain JKM, Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional (PEMBELAN BN) Melaka juga akan membantu keluarga ini.

"Ia perlu dilakukan segera bagi membolehkan sembilan beradik ini mendapat pendidikan sempurna kerana sehingga kini difahamkan mereka tidak bersekolah," katanya ketika ditemui di perkarangan bilik mayat Hospital Melaka di sini, sebentar tadi.

Menurutnya, bantuan susulan daripada JKM akan dilakukan sejurus selepas upacara pengebumian mangsa di Kampung Rantau Panjang Klang, Selangor selesai.

Sementara itu, bapa yang dipercayai membunuh anaknya direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.


Lelaki berusia 52 tahun dibawa sepasukan anggota polis ke Mahkamah Majistret Alor Gajah di sini, kira-kira jam 12 tengah hari tadi bagi mendapatkan perintah reman.

Terdahulu lelaki itu ditahan ketika sedang bersembunyi di sebuah rumah sewa seorang lelaki yang ditumpangnya di Kampung Padang, Melekek, Simpang Ampat, jam 2.30 pagi tadi.

Difahamkan, suspek diberkas di rumah berkenaan ketika ditinggalkan bersendirian oleh penghuni rumah terbabit yang takut apabila lelaki itu mendakwa baru sahaja membunuh anak lelakinya dengan kayu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. -HM


Kasih abang sampai mati




Alor Gajah : Seorang abang yang tidak tahan melihat sembilan adik hanya berbuka bubur nasi dan air kosong, dibelasah dengan kayu sampai mati oleh bapanya selepas menyatakan hasrat mahu keluar bekerja bagi mencari rezeki.

Dalam kejadian menyayat hati di Kampung Jawa, di sini, Muhamad Hafiz Abd Ghani, 17, ditemui mati oleh ibunya pagi tadi selepas dia dikatakan tidak sedarkan diri akibat dibelasah bapanya yang berusia 52 tahun, petang semalam.

Tragedi itu dikatakan berpunca daripada Muhamad Hafiz yang tidak sampai hati melihat sembilan adiknya hanya menjamah bubur nasi dan air kosong setiap kali waktu berbuka menyebabkan dia menyatakan hasrat untuk keluar mencari pekerjaan sementara.

Bagaimanapun, tindakan itu mencetuskan kemarahan bapanya yang dipercayai seolah-olah tercabar lalu membelasah anak sulung keluarga itu.

Menurut ibu mangsa Siti Habibah Ismail, 38, pertelingkahan antara anak dan suaminya bermula kira-kira jam 5 petang semalam hingga waktu berbuka sebelum mangsa rebah di ruang tamu dan dibawa masuk ke bilik.

Katanya, dia terpaksa memapah anaknya ke dalam bilik sebelum meminta bantuan jiran berdekatan untuk memanggil ambulans namun dihalang suami yang mendakwa Muhamad Hafiz hanya penat dan tidak cedera.

"Sepanjang anak terbaring dalam bilik, saya beberapa kali menjenguknya kerana risau sebelum mengejutkannya untuk bersahur namun tiada tindak balas dan menyangkakan anak dia masih lagi tertidur.

"Bagaimanapun kira-kira jam 8.30 pagi tadi, suami keluar rumah dalam keadaan tergesa-gesa tanpa membawa dokumen penting dan telefon bimbit menyebabkan saya curiga dan memeriksa keadaan anak sebelum menghubungi bantuan kecemasan.

“Pasukan paramedik yang tiba tidak lama kemudian mengesahkan anak saya sudah meniggal dunia," katanya.

Sementara itu Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah Deputi Superintendan Abd Rahman Jid berkata, mangsa dipercayai mengalami kecederaan dalaman akibat dipukul dengan objek keras menyebabkan mangsa rebah di ruang tamu sebelum anggota paramedik mengesahkan mangsa meninggal dunia.
~HM










IKLAN BERBAYAR






Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




13 ulasan:

Amuraria berkata...

para menteri kangkung kata malaysia sejahtera ? mana ada demi rakyat ? bila jadi kes baru mata terbeliak & mahu mambantu ! apa daa ,ABU !

Tanpa Nama berkata...

Biarlah menteri menteri yang berPMkan org yang melaungkan rakyat didahulukan buat kerja sesuai dgn slogan tu.

Tanpa Nama berkata...

MASYA ALLAH

ANAK MELAYU DI PUKUL MATI OLEH BAPA NYA YANG MELAYU , DI TANAH MELAYU MELAKA PULAK TU...

MASYA ALLAH

APA NAK JADI DENGAN ORANG MELAYU , PEMIMPIN MELAYU , DUIT ZAKAT BANYAK JUTA JUTA TAK BANTU ANAK MELAYU DI TANAH MELAYU HIDUP SAMPAI MATI...SEBAB BUBUR DAN AIR PUTIH SAJA

MASYA ALLAH

PEMIMPIN BANGGA DENGAN HARTA RAKYAT , RAKYAT MATI BUDAK LAGI ; SAYA SENDIRI SANGGUP TANGGUNG MAKAN MINUM ANAK 17THN INI DARI MATI...

MASYA ALLAH

APA NAK JADI DENGAN ORANG MELAYU , BERGAYA SANA SINI... ANAK BANGSA MATI SEBAB BUBUR DAN AIR PUTIH TUK BUKA PUASA RAMADHAN....

MASYA ALLAH

AMPUN AMPUN AMPUN YAA ALLAH...

zamani berkata...

dimana umnu kuat di situ rakyat merempat.

Pakcu Rantau Panjang berkata...

Dalam bab ni jangan dok mudah tuding kemana-mana pihak weh. Sepatutnya tindakan sedemikian tak sepatutnya dibuat oleh seorang ayah atau mana-mana individu yang waras.Malah ini adalah sesuatu yang diluar kawalan manusia yang dikatakan beriman.

Apa lagi mempersalahkan kerajaan dalam hal keluarga dan individu yang aneh dan terpecil seperti ini .Hal tanggungjawab keluarga adalah bidang masing-masing disamping usaha kerajaan membantu dalam kebajikan jika kita peka dengan masalah masyarakat sekeliling. Bukan hanya pandai memukul canang mempersalahkan orang ...semata-mata. Mana tanggung jawab jiran ?
Mana tanggung jawab semua saudara Islam yang dikatakan bersaudara ?
Walhahualam

Tanpa Nama berkata...

Jgn nk tuduh menuduh.Ada elok nya kita pergi Cari keluarga beri bantuan.

Tanpa Nama berkata...

Jangan bagi detma atau bantuan kerana nyaya je nanti kena saman dengan Ku Nan. Umat Islam dilarang menderma atau memberi bantuan kepada gilungan miskin dan papa kedana di Malaysia kalau nak derma juga gi lah menderma kepada UMNO dan BN dan tentu tidak akan di saman. MALAYSIA TANAH AIR KU

Tanpa Nama berkata...

kepada pakcu dan macai...ni bukan tuduh menuduh... mana tanggungjawab jkkkkkkkkkkkkkk yg dilantik oleh umngok...mana tok sidang? mana tok ketua? mana tok penghulu? mereka2 ni dilantik oleh umngok....puak2 ni lah yg x menjalankan tanggungjawab...sebab x masyukkkkk..kalau tolong kroni...bolehhhhh sebab ada masyuk... pakcu dan macai jgn jd bodoh mcm umngok....

Tanpa Nama berkata...

Salam untuk semua. BERSABARLAH DAN BERJIHADLAH. Saya dan adik-adik antara yang pernah mengalami nasib yang hampir sama. Malah ramai yang mempunyai nasib sebegini.
Pincangnya intitusi kekeluarga di Malaysia sudah diramal beberapa dekad yang lepas oleh tokoh2 politik Islam.
Bantuan yang diagihkan tidak memenuhi tuntutan peredaran zaman.Murnikan tuntutan ini. Elakkan pecah hati dalam menunaikan amanah dan hak ALLAH.
ALHAMDULILLAH, masih ramai yang bimbang dan masih berharap. Saya doakan kita semua sentiasa diberikan kekuatan membantu sebagai aktivis memuliakan amanah Allah SWT. Take care.

Tanpa Nama berkata...

Kalau PR yang buat kerja diaorang akan sentiasa guna konsep sediakan payung sebelum hujan sebab sebelum perkara jadi parah bagus laksanakan dahulu.

Kalau UMNO buat kerja, dari dahulu sampai sekarang style diaorang kena tunggu kes baru mahu buat sudah jadi tahi dah baru beria - ia nak bantu.

Tapi apakan daya dah umat melayu mr. bean suka pemimpin UMNO. So jangan salah orang nanti kalau masyarakat lain sudah jadi masyarakat 1st class lu masih lagi jadi masyarakat 3rd class atau lebih teruk dari 3rd class.

Tanpa Nama berkata...

Segala Mak Bapak menteri Weiii!! Turun padanglahhh, Lawat kawasan masing-masing.. melawat macam kau orang melawat mak bapak kau orang. jangan harapkan orang bawahan masing-masing.

jenguk setiap inchi rumah yang ada dalam kawasan kau orang, tu tanggungjawab kau orang.

Pergi mampus dengan segala mesyuarat, keraian, temujanji atau apa pun. Utamakan rakyat bawahan kau dulu.

Kau nak harapkan mereka yang macamni menghadap kau wahai menteri? Ingat dia orang ni tau ke segala prosuder nak jumpa kau orang!!

Harkkk Tuiiihh, makan kahak aku ni. Puiih

Tanpa Nama berkata...

Diharapkan semua wakil rakyat selalulah turun padang, tak kiralah kau menteri ke apa ke, tengok kesusahan rakyat, buat seperti mana kau merayu undi bila menjelang pilihanraya...bukan bila tiba waktu mengundi jer baru nak tunjuk muka kononx berjiwa rakyat, kerja biar ikhlas kerana Allah baru rezekimu dan keluarga berkat.

Tanpa Nama berkata...

Apa peranan pemimpin? ketua menteri? ahli parlimen? adun? ketua kampung? jkkkk? bertanggungjawablah diakhiorat nanti. Jgn asyik kira harta dunia hingga lupa tanggungjawab. Sedih masih ada org yg tak mampu mkn dengan sempurna, sedangkan pemimpin membazir makanan....