7 Jul 2014

Kaki Patah Akibat Bergayut Semasa Tunggang Motorsikal

Anggota perubatan membantu membalut kesan kecederaan parah mangsa sebelum dikejarkan ke Hospital Parit Buntar. Anggota perubatan membantu membalut kesan kecederaan parah mangsa sebelum dikejarkan ke Hospital Parit Buntar.

Parit Buntar - Padah menunggang motosikal sambil berbual telefon, seorang lelaki patah kaki kanan akibat merempuh sebuah kereta dalam satu kemalangan di Batu 3, Parit Kasa, Jalan Sempadan, di sini, semalam.

Menyedihkan, dalam kejadian jam 12.40 tengah hari, sebahagian kaki kanan mangsa yang berusia lingkungan 20-an hancur.

Pemandu kereta, Abdul Rahman Bahari, 65, berkata, dia bersama lima ahli keluarga lain termasuk seorang bayi sedang dalam perjalanan ke Sungai Bakau dari pekan Pusat Bandar.

Abdul Rahman berkata setibanya di lokasi kejadian, dia melihat kelibat seorang penunggang motosikal yang menunggang secara melulusebelum memasuki laluan bertentangan.

“Saya nampak dia sedang bercakap menggunakan telefon bimbit tanpa menumpukan perhatian pada jalan raya.

“Saya membunyikan hon pada jarak 20 meter bagi memberi amaran kepada mangsa yang sudah memasuki jalan bertentangan.

“Namun, mangsa tidak menghiraukan bunyi hon dan akhirnya pertembungan kuat berlaku,”
katanya sewaktu ditemui di lokasi kejadian.

Abdul Rahman berkata, kesan pertembungan itu menyebabkan mangsa tercampak, manakala motosikal jenis Suzuki ditunggang mangsa remuk teruk di bahagian hadapan.

Menurutnya, kemalangan itu turut menyebabkan bahagian hadapan keretanya remuk, manakala rim tayar hadapan kanan kereta hancur.

“Selepas bertembung, saya meneliti keadaan ahli keluarga dan bersyukur kesemuanya selamat serta tidak mengalami kecederaan.

“Saya segera meneliti keadaan mangsa dan terkejut melihat keadaan kaki kanan mangsa yang hancur dan parah.

“Mujur dengan bantuan anggota Pertubuhan Sukarelawan Keselamatan dan Kebajikan Islam Kerian (PSKK) yang hadir, ambulans segera dipanggil untuk membawa mangsa ke Hospital Parit Buntar,” katanya.

Sementara itu, jurucakap PSKK berkata, pertembungan sebuah motosikal dan sebuah kereta itu menyebabkan kesesakan lalu lintas di lokasi kemalangan.

“Anggota PSKK yang menerima maklumat kemalangan segera menghubungi ambulans untuk rawatan kecemasan bagi mangsa penunggang motosikal,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan menegaskan siasatan masih dijalankan.

ULASAN GB

Kaki patah satu hal, yang menyusahkan dan melibatkan orang lain yang tak berdosa satu hal yang lain pula.

Hukum kebenaran dan keadilan tidak boleh dielak. Ia berjalan, apatah lagi dah jelas sangat bersalah, menelefon sewaktu meunggang motorsikal... dah hlang akal?







IKLAN BERBAYAR






Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




Tiada ulasan: