22 Jul 2014

Dakwaan Macai UMNO Dalam Surat Terbuka Kononnya Kiki Dimaki Hamun Adalah Karut

Dakwaan Kiki dihamun mengarut

Kuantan: Siti Fairrah Ashyikin Kamaruddin atau Kiki, 30, yang didakwa bertindak keterlaluan dengan membuli seorang lelaki warga emas, di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di sini, minggu lalu, bukan disebabkan selepas dimaki oleh mangsa.

Sumber polis sebaliknya berkata, berdasarkan siasatan, Kiki dipercayai bertindak sedemikian kerana bengang selepas lelaki itu tidak mahu keluar dari kereta, selepas kenderaan mereka terbabit dalam kemalangan kecil.

"Keterangan lelaki berkenaan juga mengesahkan dia tidak mengeluarkan kata-kata kesat kepada Kiki pada masa kejadian," katanya.

Menurutnya, surat terbuka yang mendakwa bahawa Kiki bertindak ganas kerana selepas dimaki oleh warga emas itu adalah rekaan pihak tidak bertanggungjawab.

"Saya sudah membaca surat berkenaan dan pada saya semua dakwaan itu adalah mengarut," katanya.

Semalam, satu kenyataan disebarkan di laman sosial bahawa Kiki bertindak keterlaluan selepas dimaki oleh lelaki berkenaan. Ia turut menyatakan bahawa lelaki berkenaan turut menghamburkan kata cacian berbaur perkauman.

Sementara itu, Kiki dijangka akan didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana merosakkan harta benda di Mahkamah Majistret di sini, esok. ~HM


SURAT TERBUKA BUAT DATO' SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI.

Salam Dato' Seri yang sedang mengerjakan umrah di Makkah. Doakan tenang dalam pengabdian pada Tuhan yang Pengasih dan Penyayang.

Dulu dulu, 25 tahun dahulu, saya panggil Dato' Seri abang. Itu dulu. DS juga selalu kata saya anak didik DS. Itu dulu. Hari ini saya tidak mahu cakap soal dulu.

Saya pun sudah lama tidak jumpa DS. Saya orang kecil dikampong. DS orang bergelar di Putrajaya. Namun hari ini, saya memberanikan diri menulis dalam alam maya ini buat DS. Doa saya ada angin bayu lembut bertiup menyampaikan pada DS.

Dato' Seri yang saya sanjung budi.

Dulu dulu Dato' Seri kata, apabila hati yang berkata, hati jua yang mendengar. Apabila mulut yang berkata, hanya telinga yang mendengar. Ini hati yang berkata, Dato' Seri.

Saya dengar Kiki didakwa. Itu undang undang namanya. Kiki didakwa sebab dia pembuli jalanraya. Bagaimana pula dengan mereka yang lain.

Ada manusia pecah kereta polis.Ada manusia carutannya lebih sedakkk didengar. Ada orang cabar terbuka bawa ke mari peristiwa 13 Mei ke Pulau Pinang. Banyak lagi Dato' Seri.

Ada orang pakai baju ada kalimah dari Al Quran. Kenapa kita diam Dato' Seri. Apakah kita sudah lemah tidak boleh bernyawa.

Uncle Sim baik pada pandangan manusia. Kiki jahat. Jahat pada babak yang diambil itu Dato' Seri.

"Menurut cerita, sebaik saja kereta Pegeot Kiki dilanggar oleh kereta toyota uncle Sim, Kiki terus keluar dalam keadaan amat kecewa sebelum bergegas mendapatkan uncle Sim yg masih berada di dlm kereta. Hampir seminit Kiki ketuk cermin pintu kereta tersebut bgi menyuruh uncle tersebut keluar..

Sebaliknye uncle itu hnya menurunkan cermin dan berkata " sikit saja ma, kasi cincai lorh". Kiki yg tidak puas hati terus ketuk cermin terbabit kali ni agak kuat. Sebaliknye uncle tersebut mengeluarkan not rm50 dan paksa Kiki ambil.

Akibat berasa tercabar dgn tindakan uncle yg tak sporting tu, Kiki terus mengambil lock stereng dan mengetuk kereta terbabit. Tindakan Kiki bukanlah hendak mencederakan uncle Sim. Lepas itu Kiki bagaikan dirasuk dengan nafsu Amarah diri.

Pada mulanya mahu uncle Sim keluar. Sebaik saja uncle keluar.. Kiki terus merampas kunci kenderaan toyota terbabit. Uncle yg terkejut dgn tindakan kiki tersebut telah terlepas cakap mengatakan "pukimak melayu sohai".

Dan berlakulah tindakan yg tidak terkawal bila Kiki mengamuk. Hal yg sebenarnya Kiki mengamuk bukanlah sebab kenderaannya dilanggar sebaliknye tindakan celupar uncle tersebut menghina bangsa melayu.

Apa yg berlaku, Kiki berterusan dihina. Malah ada ugutan utk merogol beliau. Ini yg pihak media sendiri tidak mahu siarkan. Cukuplah kita berterusan memuji uncle Sim dan menghina Kiki" Usah gergaji habuk gergaji. Itu kata Dato' Seri pada saya dahulu. Sekarang saya mahu ulang kata ini pada Dato' Seri. Kita menghukum biar berpada. Hukumlah Kiki sebab dia pembuli jalanan. Soal kita, bilakah pula pembuli seniman mahu dihukum.

Negara ini akan hancur berantakan apabila segala yang viral dalam FB kita jadikan sandaran. Semua orang harus duduk dalam rumah. Diluar sana kamera hp sedia merakam.

Padang jarak padang terkukurkah kita?

Izinkan saya memanggil Dato' Seri seperti dulu dulu. "Abang Zahid, lakukan sesuatu. Pada Abang kami sandarkan harapan kepimpinan"

Roslan Ab Hamid.
20 Julai, 2014.
-FB/WA


ULASAN GB

Macam-macam hal macai ni.

Sanggup karang cerita rekaan untuk membangkitkan sentimen perkauman untuk membenci bangsa lain.

Sepatutnya polis perlu siasat siapa pereka surat terbuka di atas dan kemudian dakwanya di bawah Akta Hasutan supaya menjadi pengajaran kepada mereka yang suka mencipta fitnah dan menyemai unsur rasisma di kalangan masyarakat berbilang kaum di dalam negara ini.









IKLAN BERBAYAR






Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Biasalah, isu perkauman digunakan untuk menagih simpati dan sokongan.

Sokong supaya perkara ini disiasat kerana ia boleh menimbulkan ketegangan kaum.

Tanpa Nama berkata...

Maknanya bila semua kes jenayah dilapor kpd menteri, dan melalui menteri kes mahkamah dikira selesai? Begitu ke?

Tanpa Nama berkata...

Kebodohan sama dgn menteri-menteri pasolanya.

Tanpa Nama berkata...

kiki puteri umno yang perangai tak senonoh sama dengan puteri2 umno yang lain

Tanpa Nama berkata...


buat2 cerita apek tua maki dia
kita tunggu selepas ini Kiki akan dimaki pulak
nak sangat kena maki si Kiki ni

Tanpa Nama berkata...

Saja ja nak tanya...

Uncle sim tak perlu bayaq kereta putih yang dilanggaqnya tu ka?

Chek dapati tak dak sorang pun laporkan dia dah bayaq tuan kereta yang dia langgaq tu...

Tuan kereta kena langgaq tu dituduh pembuli satu hal...

Pada masa yang sama kita tak buleh nafikan yang dia juga adalah mangsa ketika keretanya dilanggaq oleh kereta uncle sim...

Kalu dia dah bayaq war-war kan la...

Bukan apa, chek tak mau la nanti ada orang buat probokasi ke ataih pemandu kereta yang baru dia langgaq dengan harapan nanti dia tak perlu bayaq gantirugi...

Walubagaimanapun, chek setuju sangat pembuli jalanraya di dakwa...

Namun, jangan la jadikan klip video sebagai bukti utama...

terutama kalu klip video tu tak tunjuk dari mula kejadian sampai la kesudahannya...

Jadi bukti sokongan cukup la...

Awat, takdak klip video tak buleh bertindak ka?

Tanpa Nama berkata...

Selagi PDRM, Sprm pak turut umno, buang masa je nak siasat

Tanpa Nama berkata...

Sang celaka bila bercerita lipurlara,maka isi nya pun celaka.kesian mamat celaka dan kuncu kuncu nya.tak habis dengan surat.surat ada?

Anti Fitnah berkata...

Saudara Anon July 22, 1.37 PM,
Hang tak ada kereta atau motokarkah? Buat apa Uncle Sim perlu bayar sedangkan insurans dah ada. Repot balai dan buat tuntutan dengan syarikat insurans sajalah. Inilah sikap kita yang nampak tak ada ilmu. Nak kata bodoh, tidak tapi niat terpesong dalam diri selalunya makan diri sendiri.
Janganlah kita sokong suatu yang biadap walaupun dia tu seketurunan dengan kita. Uncle Sim salah kerana melanggar kereta Kiki. Apa perlukah kita marah-marah macam orang gila suwel sedangkan PDRM kan ada. Biaq Polis yang selesaikan. Jangan sokong bawa rebah. Ikut dan amatilah sifat-sifat Islam kalau hang masih lagi Islam. Aku bukan tak sokong Melayu tapi aku aku amat benci akan keganasan.

Tanpa Nama berkata...

Claim insurance pok cik sim.

in response to Saja ja nak tanya... Uncle sim tak perlu bayaq kereta putih yang dilanggaqnya tu ka? Chek dapati tak dak sorang pun laporkan dia dah bayaq tuan kereta yang dia langgaq tu... Tuan kereta kena langgaq tu dituduh pembuli satu hal... Pada masa yang sama kita tak buleh nafikan yang dia juga adalah mangsa ketika keretanya dilanggaq oleh kereta uncle sim... Kalu dia dah bayaq war-war kan la... Bukan apa, chek tak mau la nanti ada orang buat probokasi ke ataih pemandu kereta yang baru dia langgaq dengan harapan nanti dia tak perlu bayaq gantirugi... Walubagaimanapun, chek setuju sangat pembuli jalanraya di dakwa... Namun, jangan la jadikan klip video sebagai bukti utama... terutama kalu klip video tu tak tunjuk dari mula kejadian sampai la kesudahannya... Jadi bukti sokongan cukup la... Awat, takdak klip video tak buleh bertindak ka?, by Anonymous.