20 Jun 2014

Pasangan Kekasih Gelap Kena Tetak Dengan Suami

Alor Setar - Tindakan curang seorang isteri yang bermadu kasih dengan kekasih gelapnya membawa padah apabila perbuatan mereka dihidu suami wanita berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, suspek dikatakan baru pulang ke rumah daripada berniaga dan mendapati isterinya sedang berdua-duaan dengan teman lelakinya dalam sebuah bilik di rumah mereka, di Jalan Rakyat, Langgar, di sini.

Berang melihat perbuatan isterinya itu, suspek dikatakan terus bertindak menyerang dan menetak isterinya dan lelaki berkenaan yang juga pekerjanya menggunakan sebilah parang.

Akibat tetakan tersebut, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian paha, kaki dan tangan dan dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) sejurus kejadian.

Menurut saksi yang enggan dikenali, suspek merupakan seorang peniaga chow kuey tiaw dekat sini dan tinggal bersama isteri dan seorang anak perempuan dalam lingkungan usia lima tahun.

“Pasangan suami isteri ini baru sahaja berpindah dan menyewa di sini kira-kira dua minggu lalu.

“Saya tidak mengenali mereka secara dekat dan menyedari kejadian apabila melihat kehadiran polis ke rumah mereka,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Polis Mohd Nashir Ya, ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan kejadian berkenaan.

Menurut beliau, suspek berusia 29 tahun berjaya ditahan di lokasi kejadian.

“Mangsa merupakan isteri suspek berusia awal 30-an dan seorang lelaki yang merupakan pekerja kepada wanita tersebut berusia 19 tahun.

“Wanita berkenaan cedera di bahagian paha kanan akibat diserang suaminya menggunakan senjata tajam, manakala pasangannya cedera serta patah kaki dan tangan,” katanya.

Tambah Nashir, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya.

Difahamkan, suspek kini direman untuk membantu siasatan kes sehingga 24 Jun ini. Manakala kedua-dua mangsa masih menerima rawatan di HSB. -SH









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Org buat dosa tak salah..org yg jaga maruah yg jadi salah..dunia dunia