27 Jun 2014

Murid Tahun Tiga Nyaris Jadi Mangsa Rogol


Slim River - Hanya dengan umpan membeli buku, seorang murid tahun tiga nyaris menjadi mangsa rogol selepas dilarikan seorang lelaki dalam satu kejadian culik di sebuah stesen bas berhampiran sebuah sekolah rendah, di sini, semalam.

Bagaimanapun, nasib menyebelahi kanak-kanak berusia 9 tahun itu apabila berjaya melarikan diri di Jalan Slim Lama, Slim Village berhampiran perkuburan Cina, sebelum diselamatkan seorang wanita.

Kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu disedari kakak mangsa berusia 12 tahun yang ternampak kelibat adiknya bersama seorang lelaki memasuki sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback.

Sangsi dengan keadaan itu, kakak mangsa segera menghubungi ayahnya sebelum satu laporan polis dibuat.

Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Superintendan Othman Nanyan berkata, berdasarkan keterangan mangsa, lelaki berusia 57 tahun itu pada mulanya mengajaknya menaiki kereta dengan alasan untuk ke kedai membeli buku.

Menurutnya, ketika berada dalam kenderaan, suspek telah mengugut mangsa agar tidak melarikan diri sebelum membawanya ke sebuah pondok berhampiran perkuburan Cina.

"Tiba di kawasan itu, lelaki berkenaan mengarahkan mangsa membuka kasut dan seluar.

"Mangsa yang ketakutan terpaksa mengikut arahan suspek, namun setelah beberapa minit, lelaki itu bertindak meninggalkan lokasi menyebabkan mangsa segera melarikan diri.

"Seorang wanita yang kebetulan melalui jalan berkenaan segera memberhentikan kenderaannya sebaik terlihat kanak-kanak itu yang berlari dalam keadaan ketakutan, sebelum membawanya ke balai polis," katanya.

Identiti lelaki tidak bermoral itu, bagaimanapun berjaya dibongkar dalam tempoh kurang dua jam apabila polis berjaya mengesan kenderaan digunakan suspek kira-kira jam 2.40 petang di sekitar Slim River.









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nasib si perogol tidak lalu di kawasan ramai orang. Kalau tidak satu kampung datang belasah manusia durjana ni dan bolehlah i test penampar John Cena WWE kepada dia.

Hukuman hudud mesti dilaksanakan beb kalau tidak keselamatan anak perempuan mu tidak akan terjamin.

khalid ros berkata...

Jenayah tetap akan berlaku walaupun hukum hudud dilaksanakan. Lihat sahaja di Saudi Arabia walau pun undang undang hudud telah dilaksanakan jenayah saperti ini masih berlaku. Munkin pendidikan berkesan perlu di laksanakan terlebih dahulu sebelum hukum islam ini di mertabatkan. Aktibiti social harian kita perlu diterapkan nilai islam didalamnya mudah2an kita terhindar dari kekejian.

Tanpa Nama berkata...

Khalid ros agama apa ya.hudud suruhan siapa ya.

Tanpa Nama berkata...

Khalid Ros, laksanakan hudud terlebih dahulu baharulah pendidikan ada martabat.

Tanpa Nama berkata...

Jika kita beriman kita tetap akan sokong hukum hudud. Jika kita beriman insya Allah tidak akan timbul isu ketidakadilan antara islam dan bukan islam jika hudud dilaksanakan kerana kita sedia maklum apa balasan trhadap orang kafir di akhirat kelak...sejuta kali lebi azab banding potong tangan atau rejam...bukan kah sudah tertulis dlm al quran dunia ini syurga bagi orang kafir dan orang munafik maka kenapa harus bandingkan antara orang islam dan bukan islam jika hendak laksanakn hudud? Saya tidak faham..btw jgn lupa tanggungjwb kita brdakwah pada orang kafir agar mereka tak mati dlm kekafiran.

zena arab berkata...

Sudah 1957 umno memerintah, jadi smpai bila lagi nak tunggu umno laksana hukum islam wahai khalid ros.

Tanpa Nama berkata...

Org yg mdaulatkn hukum Allah..InsyaAllah Allah akn membuka jalan keluar dr segala masalah..Percayalah...

Tanpa Nama berkata...

khalid Ros ni beragama apa ya..
mempertikai kan hkm Allah..
Allah itu Maha bijaksana ..ko ingat Allah tu sape..
kata kafir kn marah..