12 Jun 2014

Mula-mula Dihebohkan MP PAS Muflis, Rupa-rupanya MP UMNO Benar-benar Diisytihar Muflis!


YB Muflis, PRK Jika Gagal Langsai Hutang

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir diisytiharkan muflis oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas gagal menyelesaikan sejumlah hutang kepada sebuah bank.

Pengisytiharan berkenaan boleh menyebabkan Abdul Aziz hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen, sekali gus membawa kepada satu lagi pilihan raya kecil (PRK) bagi kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, ia akan berlaku jika Abdul Aziz gagal melangsaikan bayaran tunggakan pada bank berkenaan bagi mengetepikan notis kebangkrapan itu.

Notis kebankrapannya diiklankan dalam beberapa akhbar tempatan oleh peguam pemiutang, Alliance Investment Bank Berhad, Tetuan Shaikh David Raj pada Rabu.

Menerusi notis itu, permohonan bagi mengistiharkan Abdul Aziz sebagai muflis dibuat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 25 Mac lepas dan perintah kebenaran terhadap permohonan itu diberikan oleh mahkamah sama pada 29 Mei lalu.

Notis muflis yang diiklankan di akhbar tempatan yang mula disebarkan di internet sejak petang Rabu.

Sementara itu, Abdul Aziz ketika dihubungi mStar Online mengesahkan kesahihan notis berkenaan dan mengakui wujud tunggakan pembayaran oleh sebuah syarikat milik ahli keluarganya.

Enggan mendedahkan jumlah tunggakan itu, Abdul Aziz berkata, beliau sudah menghubungi pihak bank bagi menyelesaikan baki pembayaran dalam masa terdekat.

"Betul notis itu dikeluarkan terhadap saya. Ini urusan pinjaman oleh syarikat yang diusahakan keluarga saya. Tapi sejak 2007 saya sudah tidak berada dalam organisasi syarikat itu.

"Tapi tak apa, ia tetap milik ahli keluarga dan ada kaitan dengan saya. Saya akan selesaikannya dalam masa terdekat. Perbincangan dengan pihak bank mungkin akan dibuat sedikit masa lagi," katanya kepada mStar Online pada Khamis.

Salinan notis muflis terhadap Abdul Aziz mula tersebar di internet sejak lewat petang Rabu dengan pelbagai andaian kemungkinan bakal diadakan satu lagi PRK kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu Abdul Aziz berkata, beliau juga tidak menyedari mengenai tunggakan pembayaran berkenaan dan hanya mengetahui kewujudan notis tersebut pada Rabu.

"Saya pun tak tahu, malam semalam (Rabu) saya menerima banyak SMS dan maklumat mengenai perkara ini.

"Pagi ini baharu saya buat semakan dengan bank," katanya. -mstar


MP Kuala Terengganu mahu saman blogger

Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah tidak teragak-agak untuk menyaman penulis blog KedahNews.com kerana memfitnahnya muflis sehingga hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.

Raja Kamarul berkata, dirinya tidak pernah terlibat dalam mana-mana kes mahkamah membabitkan perniagaan, tetapi mengesyaki ada kaitan dengan isu kenaikan cukai pintu Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) sebanyak 1,000% yang diperjuangkannya, baru-baru ini.

“Nak buat tuduhan tunjuk mana bank, mana projek?

“Ini muslihat politik, hairan kerana saya orang baru dan saya tak pegang apa-apa jawatan negeri dan pusat,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini, lapor The Malaysian Insider.


ULASAN GB

Baru-baru ini Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah menyatakan beliau tidak teragak-agak untuk menyaman penulis blog KedahNews.com kerana memfitnahnya muflis sehingga hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.

Tup-tup rupa-rupanya yang muflis ialah Ahli Parlimen UMNO BN dari negeri Kedah.

Berkemungkinan blogger tersebut sudah tahu lebih awal bahawa seorang ahli parlimen UMNO Kedah telah diisytiharkan muflis, jadi direka dan difitnahkan Ahli Parlimen PAS Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah sebagai muflis untuk cover berita hangit tersebut.

Hukum kebenaran dan keadilan berjalan juga, pekung macai terdedah jua....







IKLAN BERBAYAR

"Wahai wanita, percantikkan dirimu sebelum
suamimu terpikat dengan wanita lain..."



4 ulasan:

rmj berkata...

Klu MP PAS crte panas tpi klu puak yg satu nie ia automitik jadi sejuk beku lenyap di telan masa..kita dah bnyk belajar dari sejarah nya.

Tanpa Nama berkata...

Ini MP umno ke.....l
Ingat MP mic or wakil sepertinya dari kompenen Bn....
Laaah umno rupanya.....
Ish ish ada ke Melayu rupa macam tu??????

Tanpa Nama berkata...

Pilihanraya .jom

Tanpa Nama berkata...

Patutlah kebelakang ini kurang sudah fitnah dari UMNO rupanya takut muflis kerana tak mampu nak bayar saman mahkahmah. Sekarang sudah ada seorang dah muflis dari UMNO, sebab itu kalau fitnah lagi jangan beri muka beb terus sahaja saman sampai muflis.