Apa itu hudud? Mudah – ia kanun jenayah Islam. Orang Islam tertakluk dengannya kerana kepercayaan mereka. Hudud sebahagian daripada ajaran yang perlu menjadi cara hidup. Sekiranya mereka melakukan kesalahan, mereka wajar dihukum berdasarkan hukum Islam.
Mudah. Tetapi yang sulitnya adalah hujah berhubung hudud dan kita jangkakan respon kurang bijak daripada pelbagai pihak, terutamanya dari golongan ahli politik.
Penggubal undang-undang, samada beragama Islam atau bukan Islam, bertanggungjawab menjadikan perkara ini satu kecelaruan. Allah tentu dukacita. (Saya orang Sarawak dan boleh menggunakan kalimah Allah, bukan?) Mengapa perlu ahli politik yang menjadikan perkara sebegini mudah menjadi sesuatu yang begitu rumit lagi sulit? Jawapannya sekali lagi, amat mudah. Ahli poltik mahu menjaga kepentingan sendiri dan berjuang bagi mendapatkannya. Kita – saya dan anda – tidak mempunyai objektif seperti mereka. Maka bagi kita, isu ini sebenarnya agak jelas.
Saya lega kerana seorang ahli politik, atau ahli parlimen Parit Buntar Mujahid Yusof berkongsi pendapat yang sama apabila menulis di Malaysiakini baru-baru ini. Katanya, beliau perlu memberi keadilan bagi isu negara Islam serta hudud kerana terlalu banyak pihak dengan kepentingan peribadi memberi pandangan kabur tentangnya. Isu tersebut ditampilkan sebagai berunsur politik tanpa penjelasan yang sewajarnya.
Jadi, kita ada ahli politik yang menyalahkan ahli-ahli politik yang lain – yang bertanggungjawab menyebabkan seruan Rasulallah (saw) menjadi pertelagahan politik. Ini jelas menghina agama, fikir saya.
Isu ini lantas menjadi lebih kabur akibat persengketaan ahli politik kita.
PAS mahukannya. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata “bukan sekarang”. Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata “Malaysia belum bersedia”.
Dari pandangan mata saya, PAS satu-satunya parti yang konsisten tentang perkara ini. Pemimpin PAS tidak berganjak, dan sebagai seorang Kristian, saya turut kagum dengan pendirian mereka. Islam merupakan asas perjuangan dan seharusnya begitu. PAS ialah Islam dan Islam ialah PAS. Tanpa Islam, PAS wajar dibubarkan.
Saya memberitahu rakan-rakan, sekiranya saya Melayu dan beragama Islam dan berminat di dalam arena politik, saya akan sertai PAS. Saya kurang minat parti berasaskan perjuangan bangsa sambil hanya mempergunakan Islam.
Jelaskan pada saya, parti Melayu mana yang konsisten sebagaimana PAS di dalam memperjuangkan Islam? Jika ada, saya sanggup menjadi khadamnya.
Jadi Najib, jika bukan sekarang, bila? Dan Mahathir, jika kita belum bersedia untuk hudud, bila agaknya kita bersedia?
Saya terpaksa tanya soalan-soalan ini kerana saya faham kepercayaan agama; bahawa apa yang diajar perlu diikuti penganutnya.
Sebagai penganut ajaran Katolik, saya menurut “10 Commandments" kerana jika tidak, saya berdosa. Tiada alasan “bukan sekarang” atau “saya belum bersedia”.
Selagi saya beragama Kristian dan menurut ajaran Katolik, saya perlu menurut perintah Tuhan. Saya tidak perlu ia undang-undang digubal mengikut perlembagaan bagi saya akur kepada perintah dan laranganNya.
Jadi saya bertanya kepada saudara beragama Islam kita, mengapa perlu hudud diusul dan dibahas di Parlimen bagi kita menurut ajaran agama kita? Bukan semua penganut ajaran Islam perlu mengamalkan ajaran Islam termasuk menghukum sesiapa yang ingkar terhadap larangannya, tanpa mengira ia dikuatkuasa perlembagaan negara?
Umat Islam yang tidak takut dengan hudud hanya kerana ia belum dikuatkuasa sebenarnya menunjukkan sikap bermuka-muka. Mengapa perlu penganut ajaran Islam atau mana-mana kepercayaan perlukan kebenaran bagi kita melaksanakan tanggungjawab kepada Yang Maha Kuasa?
Dari apa yang saya faham, enakmen itu diperlukan bagi membolehkan umat Islam menghukum sesiapa yang ingkar dan melanggar undang-udang hudud. Bukankah Tuhan yang akan menghukum kita yang melakukan dosa?
Namun, saya tetap salut pendirian konsisten PAS kerana pemimpinnya jelas menyatakan bahawa hukum hudud tidak akan dilaksanakan ke atas orang-orang bukan Islam.
Saya percaya kepimpinan PAS kerana tidak mungkin penganut ajaran lain boleh dihukum dengan undang-undang Islam, sebagaimana orang Islam tidak boleh dipaksa menerima ajaran Kristian.
Jadi, saya umumkan, saya orang Kristian dan tiada masalah hudud dilaksanakan. Apa yang dilakukan penganut Islam keatas saudara seagamanya tidak akan menjejaskan saya.
Jika mereka rasakan pencuri perlu dipotong tangan, maka apa salahnya? Saya bukan penganut ajaran Islam.
Jika mereka mengenakan hukuman bunuh – apa salahnya?Ia bagi umat Islam sahaja.
Jika mereka kenakan hukuman rejam ke atas penzina (yang telah berkahwin), saya setuju sahaja.
Serius, apa yang boleh saya buat? Saya bukan Islam dan hanya mungkin bersimpati terhadap pesalah. Jika saya seorang umat Islam, salahkah sekiranya saya berkata, “dia wajar menerima hukuman itu?”
Umat Islamlah yang wajar menentukan apa yang terbaik bagi mereka. Namun, para reformis Islam berkata hukum hudud sesuai digunapakai di dalam konteks kehidupan zaman silam dan prinsip serta nilai agama perlu diterapkan melalui kaedah yang ada pada kehidupan moden ini.
Tetapi Rasulallah (saw) sendiri bersabda: “Siapa kita hendak menentang hukum Allah?” (Al-Bukhari, Kitab Hudud, Bab 89:6406).
Jadi bagaimana pula seorang Cina Kristian seperti saya mampu menentangnya? Saya tiada hak.
Dan mengapa kaum Cina bercakaran sesama sendiri di dalam isu ini? Ahli politik, maksud saya.
Anthony Loke (DAP) menegaskan PAS wajar tinggalkan Pakatan Rakyat jika tetap dengan pendirian mereka membawa usul perlaksanaan hudud ke Parlimen.
Mungkin Loke perlu diperjelaskan bahawa PAS tidak wajar memilih di antara Islam dan Pakatan. Loke, jika anda Kristian, ia seperti memilih DAP atau Jesus.
Apalah sangat Pakatan berbanding Islam? Ia agama junjungan mereka. Pakatan hanya wadah politik yang boleh diketepikan apabila ia sudah tidak berguna.
Kemudian kita ada pelawak Cina dari MCA yang mahu bertengkar dengan DAP berkenaannya. Mengapa begitu? Kerana mahu memenangi hati pengundi Cina. Itu saja.
Tetapi saya juga orang Cina dan saya ulangi, tiada masalah dengannya. Saya tidak terlibat dengan respon DAP terhadap niat PAS atau tindakan terdesak MCA ke atas DAP.
Kerana saya bukan ahli politik yang menggunakan agama sebagai alat bagi kelangsungan kerjaya.
Saya percaya Kristian dan Islam boleh hidup bersama di dalam harmoni dan aman. Saya yakin ini juga yang mahu dicapai penganut agama yang berbeza di negara kita.
Dan yang nyata, saya tiada masalah dengan hudud kerana berpendapat, ia tidak mungkin dapat dilaksanakan di Malaysia. Jadi apa masalahnya? - Oleh Francis Paul Siah
IKLAN BERBAYAR
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI

5 ulasan:
Penjelasan daripada seorang yang faham agama
saya setuju dengan pendapat Francis Siah. Memang menasabahlah. Undang undang Islam dikenakan pada penganut Ugama Islam. Itulah pilihan mereka. Jika tak bersetuju, penganut Islam lah membantah dan apa pula penganut agama lain nak membantah pula, kecuali ada niat tipu muslihatlah.
kenapa bangsa lain berani bercakap pasal agama islam sebab pemimpin ada hari munafik pemimpin celaka sampai bangsa lain berani masuk campur hal-ehal islam demi allah jika aku ada kuasa akan aku ajar mereka sebagaimana umar mengajar
kepada orang - orang kafir dan orang munafik islam tetapi munafik,
Sebenar nya kalau org yang memahami walaupun dia bukan seagama dan mempunyai kematangan memikir maka lontaran persoalan nya perlu kita renungkan. yang sebenarnya UMNO lah yang merekacipta kebuntuan bagi menghalang hudud. dan mereka bukan tak faham tetapi cuba untuk tidak memaham.Ingat lah Azab Yang Allah turunkan amat pedih bagi org yang mempersendakan hukum Nya.

Catat Ulasan