Ahli Parlimen DAP Teluk Intan meninggal dunia
Ahli Parlimen Teluk Intan dari DAP, Seah Leong Peng meninggal dunia pagi ini kerana penyakit barah.
Pemangku Pengerusi DAP, Tan Kok Wai mengesahkan perkara tersebut dan akan mengeluarkan kenyataan tidak lama lagi, lapor The Star Online.
Seah, dilantik menjadi ahli Parlimen penggal pertama selepas memenangi kerusi Teluk Intan pada Pilihan Raya Umum 2013 apabila menewaskan Pengerusi Gerakan, Datuk Mah Siew Keong dengan 7,313 majoriti undi dalam perebutan tiga penjuru.
Mendiang memperolehi 27,399 undi sementara Mah mendapat 20,086 sementara calon bebas, K Moralingam menerima 279 undi.
Beberapa pemimpin DAP menyatakan kesedihan dan ucapan takziah di laman sosial Twitter.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kinrara, Ng Sze Han menulis dalam Twitternya:"RIP YB Seah Leong Peng kita kehilangan lagi seorang pemimpin yang baik."
Manakala Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng dalam status Twitternya menulis: ”Moga Tuhan menenangkan jiwanya dan orang yang menyayanginya.”
Mendiang sebelum ini adalah Adun Pasir Bedamar di Perak selama tiga penggal dan sebagai exco di negeri itu.
Bulan lalu, bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh yang juga ahli Parlimen Bukit Gelugor meninggal dunia dalam satu kemalangan di km301.6 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berhampiran Kampar, Perak pada awal pagi selepas kenderaannya berlanggar dengan sebuah lori .
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari penamaan calon bagi kerusi Bukit Gelugor pada 12 Mei dan 25 Mei adalah hari membuang undi bagi mendapatkan ahli Parlimen baru menggantikan Karpal.
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI
2 ulasan:
takziah kpd keluarga dan sahabat mendiang juga kpd warga teluk intan khususnya..
Takziah
Catat Ulasan