22 Mei 2014

Marina Mahathir Puji Dyana Walaupun Mahathir Sendiri Mengutuk Calon DAP Itu...


Kita perlu lebih ramai Dyana Sofya dalam politik, kata Marina Mahathir

Datin Paduka Marina Mahathir enggan dikaitkan dengan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud tetapi mempersoalkan kegagalan Barisan Nasional (BN) melahirkan calon wanita muda.

Anak perempuan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu berkata, beliau menyokong mana-mana calon wanita muda yang bertanding.

"Saya tidak kisah apa parti beliau (Dyana), beliau muda, perempuan dan kita jarang lihat ia berlaku. Beritahu saya siapa yang sama tarafnya dalam BN?

"Adakah kita memilikinya, atau seseorang. Saya sokong perempuan muda," kata Marina kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata, walaupun banyak calon muda wanita dalam arena politik, contohnya Nurul Izzah Anwar, kebanyakannya adalah daripada pembangkang Pakatan Rakyat (PR) dan bukannya BN.

"Ya, tapi beliau (Nurul Izzah) daripada pembangkang, dan tidak semuda Dyana," katanya.

Bagaimanapun, Marina enggan memberikan komen atau dikaitkan dengan pandangan ibu Dyana Sofya, Yammy Samad semalam yang mencetuskan perbincangan hangat di media sosial, ketika menjawab mengenai kecaman Dr Mahathir terhadapnya.

Yammy berkata, beliau sehabis daya mahu Dyana Sofya mengikut jejak langkah seperti Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tetapi apakan daya perawakan anaknya itu lebih mirip kepada Marina.

Sebelum itu, Marina dalam komen di Facebook juga mempertahankan Dyana, selepas dikritik sebagai terlalu mentah dan tidak berpengalaman.

Marina memuji Dyana kerana membidas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Razali Ibrahim yang menyentuh polisi pro-Bumiputera dalam Universiti Teknologi Mara (UiTM), dan menyifatkannya sebagai seorang yang ‘bijak’ dan berada di depan ‘melebihi kebanyakan ahli politik’.

Dyana Sofya, 27, adalah graduan jurusan undang-undang UiTM.

"Gadis ini sangat bijak. Beliau boleh berfikir, petah berkata-kata, dan beliau juga boleh menulis.

"Itu sudah tiga perkara, lebih baik daripada kebanyakan ahli politik," kata Marina melalui Facebook.

"Saya tidak faham mengapa ramai yang menentangnya hanya kerana beliau muda? Najib Razak (Perdana Menteri) menjadi menteri ketika berusia 26 tahun. Dyana hanya 27 tahun dan bertanding kerusi Parlimen. Kita perlu lebih ramai orang muda kerana mereka bawa idea segar," kata Marina.

Dyana Sofya menjadi fenomena selepas DAP, parti berbilang kaum tetapi mempunyai majoriti ahli berbangsa Cina meletakkan calon Melayu bertanding di PRK Teluk Intan.

Banyak pihak mengkritik tindakan itu khususnya daripada Umno yang melabel Dyana sebagai pengkhianat dan "cubaan mengelirukan".

BN pula meletak calon lama iaitu Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong yang juga pernah menjadi ahli Parlimen Teluk Intan sebelum ditewaskan oleh calon DAP bagi dua pilihan raya umum berturut-turut.

Penamaan calon bagi pilihan raya ini diadakan pada 19 Mei lalu dan pengundian awal ditetapkan pada 27 Mei ini.





IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalian tentu faham kenapa mejoriti org Melayu menganggap DAP sbgai parti Cina. Jawapan mudah, minda org Melayu telah dipaku & diterap oleh dakyah UMNO sejak dahulu kala bahkan DAP disamakan dgn kominis supaya Melayu jadi takut & benci dgn DAP. Sebaliknya MCA & MIC digambarkan sbgai rakan serta saudara paling baik kpd org Melayu. Bahkan Melayu didungukan lagi ketika pilihanraya agar memangkah PARTI BN jika mereka meletakkan calon bukan Melayu.
Apabila DAP meletak calon Melayu mereka kutuk dan keji calon sbgai pengkhianat Melayu.
Soalnya siapa yg labelkan DAP sebagai parti Cina? padahal keahliannya terbuka luas utk semua kaum. Kalau takut DAP kerana dimonopoli oleh kaum Cina kenapa Melayu ditakut2kan utk mendekati & menjadi ahli DAP?
Suci sangat ke UMNO utk umat Melayu? Terbela sangat ke nasib kaum Melayu selama ini?

Tanpa Nama berkata...

Bg wa plak.bkn ker DAP terbuka utk semua kaum.memang skrg di kuasai kaum china.tp disana ramai jg pemimpin dr kalangan india.masalahnya org melayu takut nak gunakan DAP sebagai tapak perjuangan dlm politik.sebab tu ramai yg tak berani daftar jd DAP.kalu dah melayu ramai dlm parti tu so apa nak ditakutnya.tang pemilihan dlm parti polihlah yg terbaik wat kerja.bkn ketua kaum tp wat kerja ala gampang jer..

Tanpa Nama berkata...

datin marina...
bila puteri umno nak naik dlm politik....
kerjanya hanyalah booking bilik hotel utk umno jer...
yg naik pon mcm azalina yg terlebih jantan dari jantan

Tanpa Nama berkata...

anak beranak pandai berlakon.