31 Mei 2014

[LIVE - Gambar & Video] PRK Teluk Intan, Debaran Menunggu Keputusan


Siapa pilihan pengundi Teluk Intan hari ini, Dyana Sofya Mohd Daud atau Datuk Mah Siew Keong. Pengundian bagi pilihan raya kecil Teluk Intan bermula di 37 pusat mengundi di kawasan Parlimen ini, selepas dua minggu kempen yang sengit antara calon Gerakan mewakili Barisan Nasional (BN) dan calon DAP mewakili Pakatan Rakyat.

DAP dijangka mengekalkan kerusi ini melalui calon baharu dalam politik, Dyana Sofya Mohd Daud, yang menentang Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong daripada BN yang juga bekas ahli Parlimen Teluk Intan selama dua penggal, demikian ramal MalaysianInsider.

Cuaca di Teluk Intan dilaporkan cerah di sebelah pagi, dan diramalkan hujan sebelah petang, menurut laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia

LINTAS LANSUNG oleh mkini, mstar, harakahdaily dll

5.30pm: Menurut SPR, seramai 39,850 atau 66.5 peratus pengundi keluar mengundi dalam pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan hari ini.

Peratusan itu adalah lebih rendah daripada yang diharapkan oleh DAP. Sejumlah 80.4 peratus keluar mengundi dalam PRU13.

5pm: Tempoh pengundian berakhir.

Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata, parti itu menjangka jumlah keluar mengundi hari ini sekitar 70 peratus.

4.38pm: Menurut SPR, jumlah keluar mengundi di Teluk Intan mencapai tahap 38,158 orang atau 63.67 peratus menjelang jam 4pm.

Jumlah keluar mengundi paling besar untuk kawasan parlimen ini direkodkan pada 2013, dengan 48,649 pengundi (80.4%)

Penyandangan kerusi tersebut, Seah memenangi kerusi tersebut dengan 56.32% undi (dengan majoriti 15%).3.45pm: SK Kg Bahagia - Dengan tempoh mengundi tinggal kira-kira satu jam sahaja lagi, penyokong-penyokong BN masih lagi bersorak-sorak dan mengejek penyokong DAP.

Kedua-dua kumpulan berkenaan hanya dipisahkan kira-kira lima meter sahaja dari mereka.

Mereka mengulangi sorakan "Abang polis baik", "DAP komunis", dan "Lim Kit Siang bodoh" berulang kali.

3.40pm Menurut SPR, seramai 58.36 peratus atau 34,974 pengundi sudah menunaikan tanggungjawab setakat jam 3 petang.45 petang: Proses membuang undi berjalan lancar di semua pusat mengundi Parlimen Teluk Intan

2.57pm: Kg Bahagia – MP Batu Kawan, Kasthuri Patto mendakwa kereta yang dinaiki Dyana menjadi sasaran serangan oleh para penyokong BN yang menggunakan bendera parti untuk mengetuk kenderaan tersebut.

"Kereta calon dipukul dengan bendera BN di Kampung Bahagia. Jeritan 'barua DAP' dan 'pengkhianat' kedengaran,” tulisnya di Twitter.

Parti DAP melalui akaun rasmi Twitter turut melaporkan insiden sama, dengan menyertakan gambar penyokong BN cuba menyentuh satu kenderaan menggunakan bendera BN yang dipasang pada galah panjang.

2.40 pm: Dyana Sofya Mohd Daud hari ini memaklumkan bahawa ahli Parlimen Pasir Salak daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Tajuddin Abdul Rahman memasuki pusat mengundi memakai baju berlogo BN, lapor TMI.


Calon DAP bagi kerusi Parlimen Teluk Intan itu berkata kejadian itu berlaku ketika beliau membuat lawatan ke pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Kampung Bahagia hari ini.

"Kita ada gambar dan pengawal keselamatan sekolah di sini boleh sahkan. Ahli Parlimen Pasir Salak memakai baju penuh dengan dacing melawat pusat mengundi.

"Dengan lambang begitu sememangnya tidak boleh melepasi pagar," katanya ketika ditemui media di Kampung Bahagia hari ini.

2.30pm: Menurut SPR, jumlah yang keluar mengundi setakat jam 2 petang adalah 52.21 peratus atau 31,286 pengundi.

2pm: Ketua polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata kekecohan yang berlaku di dua kawasan mengundi pada pagi ini terkawal.

Laporan Bernama menyebut, beliau berkata kekecohan berlaku disebabkan keghairahan kedua-dua penyokong parti melakukan provokasi untuk meraih undi di saat-saat akhir.

1.28 petang : Setakat pukul 1 petang, seramai 27,955 pengundi atau 46.65 peratus membuang undi untuk P.76.

Sementara itu, pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata sehingga tengah hari ini saluran-saluran mengundi melibatkan pengundi muda mencatatkan jumlah pengundi yang agak rendah.

12.35 tengahari: Calon BN adakan sidang media di pusat media bertempat di Pusat Kesihatan UKM.

12.00 tengahari: Rekod SPR menunjukkan seramai 25,050 pengundi atau 40.13 peratus sudah menunaikan hak masing-masing setakat ini.

11.33 pagi: Sidang media Pengerusi SPR memaklumkan berlaku dua insiden provokasi di SK Dato Laksamana dan SK Kampung Bahagia. SPR juga memaklumkan, setakat pukul 11 pagi, seramai 19,508 atau 32.55 peratus keluar mengundi.

11.15 pagi: Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusoff berkata ketegangan yang berlaku di Kampung Bahagia adalah "tidak serius" kerana ia tidak membabit "fizikal".

Bercakap kepada pemberita, beliau berpendapat ia disebabkan jalan yang kecil menujukk sekolah berkenaan," katanya.

Abdul Aziz juga mengatakan bahawa seramai 13,754 pengundi telah mengundi sehingga jam 10 pagi dan 23 peratus sudah keluar mengundi setakat ini.

Katanya, kadar pengundian ialah 10 peratus setiap satu jam.

11.10 pagi: Kampung Kerentina - Seorang pekerja kempen BN menghalang wartawan Malaysiakini daripada mengambil buku kecil dan risalah percuma dari kaunter parti itu di luar tempat mengundi itu.

"Anda dari Malaysiakini, anda putar (cerita) sepanjang masa dan anda tidak boleh ambil ini," katanya.

Apabila wartawan menyebut yang ianya diedar percuma, lelaki itu menjawab: "Ya ia percuma tetapi kamu tak boleh ambil."

Risalah itu memaparkan gambar Dyana dan Lim Kit Siang, dan menuduh mereka sebagai pengkhianat manakala muka depan buku kecil itu menunjukkan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, tetapi tidak diketahui kandungannya.

Sementara itu, Menteri besar Perak tiba dan berjabat tangan dengan pekerja kempen.

Pada masa yang sama, penyokong PAS membawa poster Dyana dan menggesa orang ramai mengundinya. Seorang wanita berpakaian seragam Puteri Umno menjawab: "Kak, dia tak sokong hudud".

11.12 pagi: Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, kadar peratusan pengundian pada jam 10 pagi ialah 22.95 peratus.

11.00 pagi: Pengerusi SPR dijangka mengadakan sidang media di pusat media bertempat di Pusat Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Teluk Intan sebentar lagi. 10.35 pagi: Seramai 13,754 orang keluar mengundi iaitu 22.95 peratus setakat pukul 10 pagi.

10.30 pagi: Kampung Bahagia - penyokong BN dan DAP masih bertekak antara satu sama lain serta menggunakan perkataan kesat.

Di pihak DAP agak tenang dengan hanya dua atau tiga orang sahaja yang bertindak balas jeritan Pemuda BN di bawah pancaran panas matahari.

Anggota polis memerhati dan memantau keadaan tersebut.

10.28 pagi: Calon DAP, Dyana Sofya tiba di pusat mengundi SMK Sultan Abdul Aziz bagi meninjau proses membuang undi.

10.15 pagi: SPR memaklumkan, setakat pukul 9 pagi tadi, seramai 7,080 pengundi atau 11.81 peratus keluar mengundi pada PRK P.76.

9.50 pagi: Calon BN, Datuk Mah Siew Keong melawat pusat mengundi di SJKC Phooi Yong dan memberitahu pemberita bahawa beliau bertanggungjawab sepenuhnya jika beliau kalah.

Mah juga mengatakan beliau tidak tidur kerana peringkat akhir kempen sangat "meletihkan".

Sementara itu, Dyana ketika melawat ke sini sebelum ini, memberitahu pemberita bahawa beliau "kagum" dengan kehadiran di ceramah kemuncak DAP malam tadi.

9.40 pagi: SJK (C ) Chong Min - Suasana di pusat mengundi kawasan bandar yang menjadi kubu kuat DAP ini tenang, di mana kebanyakan mereka yang mengundi pada sebelah pagi adalah golongan pengundi pertengahan umur dan warga emas.

Pengundi muda tidak ramai kelihatan setakat ini.

Ketua cawangan DAP Bagan, Kaw Nang Hua, 53, memberitahu Malaysiakini bahawa beliau dan rakan-rakannya secara sukarelawan memandu membawa pengundi di luar kawasan balik mengundi.

"Saya tinggal di perkampungan nelayan Sabak Bernam, saya memandu membawa beberapa pengundi Teluk Intan yang tinggal di sana, balik mengundi," katanya. 9.05 pagi: Calon BN, Datuk Mah Siew Keong tiba di pusat mengundi SMK Sultan Abdul Aziz untuk membuang undi.

9.00 pagi: Pasir Bedamar - SJK(C) Phooi - Pengundi tiba untuk membuang undi. Terdapat enam saluran di pusat mengundi ini.

Dyana kelihatan bersama Lim Kit Siang, dan bergambar dengan mereka yang telah selesai mengundi.

8.50 pagi: SRK Sekolah Perempuan Methodist - Pengundian di sini bermula agak perlahan. Seorang wanita warga emas tiba untuk mengundi dan kakitangan SPR membantu untuk mendapatkan kerusi roda.

8.45 pagi: SMK Sultan Abdul Aziz - Pengundi kelihatan beratur untuk memeriksa saluran mengundi mereka, manakala yang lainnya sudahpun selesai mengundi.

Polis trafik bertugas di setiap persimpangan jalan di sekitar sekolah berkenaan.

Tiada kelihatan penyokong parti politik di kawasan luar, begitu juga keadaannya di sekolah rendah Cina SJKC Chong Min di seberang jalan, kerana pihak berkuasa telah meletakkan notis bahawa tiada kempen dibenarkan.

8.15 pagi: SJKC San Min - Langit cerah berawan pagi ini. Calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud tiba di sekolah tersebut yang menjadi salah satu daripada tempat mengundi di Pasir Bedamar, bersama dengan pemimpin yang lain.

Dyana bukan pengundi di situ, maka anak kelahiran Ipoh itu dijangka mengunjungi tempat-tempat mengundi lain dalam di Pasir Bedamar dan Changkat Jong.

Sementara itu, calon BN kelahiran Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong akan tiba di SMK Sultan Abdul Aziz untuk membuang undi pada pukul 9 pagi.

7.30 pagi: Ini adalah pilihan raya kecil (PRK) keenam selepas PRU13, dan PRK kawasan parlimen kedua selepas Bukit Gelugor minggu lalu.

Mah telah berkempen atas tema isu-isu tempatan seperti perkhidmatan majlis tempatan, manakala Dyana bertumpu kepada isu-isu nasional seperti kos hidup dan cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang bakal dilaksanakan kerajaan.

Pengundi berdaftar di Teluk Intan terdiri daripada 42 peratus Cina, 38 peratus Melayu dan 19 peratus India.

PRU13 menyaksikan 80.4 peratus keluar pengundi, yang tertinggi pernah dicatatkan di kawasan ini.
















Jika tiada halangan, akan dikemaskinikan setiap 15 minit









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kita lihat dan perhatikan bahawa di gelugor bilamana BN tidak bertanding tidak ada apa2 yg kita perlu risaukan, aman tenteram hanya perkara2 kecil yg di timbulkan olih calun lawan, tetapi bila BN bertanding di Telok Intan macam akan berlaku gempa bumi di war2kan kpd pengundi agar jangan memilih calun lawan DAP. kerana calun tajaan dan tidak bolih berbuat dan melaksanakan janji, serta di katakan bolih menyebabkan pertembongan kaum, DAP calun melayu tetapi di dominasikan kaum cina satu kejutan buat BN yang tidak mencaknakan orang muda, lihat betapa kehadapan nya pemikiran politik DAP yang tidak menganggap bangsa sebagai alat meraih populariti, dan betapa hebatnya DAP dan pakatan Rakyat yang memberi peluang orang muda bagi meneruskan legasi membentuk Malaysia BARU yang penuh kesaksamaan dan keadilan. Ingat lah BN bahawa kebenaran akan menghumbankan kebathilan, selamat berjaya DIANA, dan DAP serta Pakatan Rakyat. semoga cepat terkubur nya UMNO. In Shaa Allah.

Amuraria berkata...

nampak macam muka gengster kangkung ja ? menteri dalam negeri tarak nampak ka ? ABU !

Tanpa Nama berkata...

Hentikan dominasi parti2 kankung.....cukup2 sudah... lebih 50 tahun di pimpin oleh menteri2 KANKUNG

Saadun Sulaiman berkata...

Saya sebagai orang Melayu bukan me-LAYU yang beragama Islam sungguh sedih dan dukacita bila melihat kan kelakuan para pemuda dari parti "SYAITAN YANG DI KENALI" bertindak. Tindakan mereka seolah olah mengesah kan kata kata Mamak Kutty. Kini peranggai "SYAITAN YANG DI KENALI" sudah pun di jelma kan. Terima kasih Mama Kutty. Seolah olah mereka hidup tanpa "TUHAN". Ingat lah para bahul umPORno bahawa ALLAH menyaksikan segala perbuatan keji kamu dan doa mereka yang di zalimi tiada hijab nya.

Jangan lupa apa yang berlaku ke atas Sdr Lim Guan Eng yang membela nasib gadis Melayu yang di "PERKOSA" oleh orang besar Melaka dulu. Dia di penjarakan. Akhir nya ALLAH membayar tunai penderitaan Sdr. Lim Guan Eng dengan memberikan dia kuasa sebagai KM Pulau Pinang.

Saya percaya bahawa para pemuda yang membuat kacau itu tidak mempunyai "PELAJARAN AGAMA", hidup pun mungkin di bawah garis kemiskinan. Dek kerana kemiskinan dan dapat sedikit "UPAH", maruah diri sanggup di gadai. Kamu juga lupa bahawa Najib-Tuyya lebih utama kan "PANDAR" dari membela nasib mereka yang sejenis dengan kamu. Masa nya akan tiba bila kamu tahu bahawa langgit itu tinggi atau rendah bila GST di perkenalkan. Di kala itu nanti kamau akan menjadi pencuri untuk terus hidup.

Begitu juga dengan MP Pasir Salak dan mereka yang seangkatan dengan nya - memiliki "MORAL" yang begitu hina bak "PARIAH".

Berbangga lah kamu selagi ALLAH izinkan kamu menghayun langkah dengan bangga yang sedang menyusuri "ANJUNG KUASA".

Tanpa Nama berkata...

Sekiranya SPR tidak mengambil tindakan keatas mamat dari pasir salak yang memakai baju tertera lambang parti tertentu berada dalam kawasan larangan mempamer lambang parti yang bertanding, nampak sangat siapa SPR sebenarnya.

Manakala si mamat yang berkelakuan pelik itu pulak, itulah sebenarnya apa yang dikatakan "CELAKA 13"

MEMANG MEREKA ITU "CELAKA"
Habis bangsa Melayu terpalit "SIAL CELAKA" itu