31 Mei 2014

[VIDEO & GAMBAR] 20,000 Banjiri Ceramah Dyana Sofya DI Teluk Intan -updated


Ribuan banjiri ceramah kemuncak DAP

Menjelang hari mengundi, ribuan hadirin membanjiri ceramah kemuncak DAP yang diadakan di dataran Jalan Mahkota di bandar Teluk Intan.

Kira-kira 10,000 orang membanjiri dataran tersebut untuk mendengar ceramah pemimpin Pakatan Rakyat, sehingga melimpah ke jalan utama dan ada juga menonton dari laluan jalan kaki rumah kedai berhampiran. DAP, termasuk pemimpinnya Lim kit Siang mendakwa 20,000 menghadiri ceramah malam tadi.

Jumlah hadirin bertambah ramai dengan lebih ramai pemimpin kanan DAP datang kemudian pada waktu malam, termasuk calon Dyana Sofya Mohd Daud.

MP DAP Seremban, Anthony Loke menggesa orang ramai untuk meminta semua rakan mereka yang merupakan pengundi di Teluk Intan supaya balik mengundi esok.

Sementara itu ceramah BN pula yang diadakan berhampiran dengan Jam Besar Teluk Intan masih menyaksikan banyak kerusi-kerusi yang kosong dan cuma dihadiri oleh sekitar 70 orang sahaja, demikian lapor malaysiakini versi Bahasa Inggeris.

Mengundi bermula pada pukul 8 pagi esok di 37 daerah mengundi bagi lebih 60,000 pengundi.

Kesesakan lalulintas lebih 1km berlaku di sepanjang Jalan Changkot Jong menandakan bahawa pengundi luar kawasan dalam perjalanan pulang ke Teluk Intan. -mk



CERAMAH DAP/PR




CERAMAH GERAKAN/BN















IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





3 ulasan:

Zuhair Zinal A'bidin berkata...

PRU akan dtg kita dah tau akan jwpan nya, orang skrg celik akal. PRU lpas sbgai pengajaran, akan dtg sebagai manfaat bersama,

Don berkata...

20ribu...wau!!!....tahniah DAP PR.......cuba tanya rais anak yatim....ceramah BN... Berapa ribu dtg

Tanpa Nama berkata...

Ceramah BN berjuta datang, tapi tak kelihatan sebab pengundi hantu?