15 Mei 2014

[EDISI TERBARAI] Mat Said Pembohong! Pihaknya Yang Menghubungi PAS, Bukan Sebaliknya!


Dakwa dipujuk Pas, Ahmad Said berbohong – Adun Batu Burok

KUALA LUMPUR 15 MEI: ADUN Batu Burok Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi mendakwa bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said “berbohong” berhubung dakwaan pihaknya memujuk beliau menyertai parti Islam itu .

Menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Ahmad itu, Dr Syed Azman sebaliknya mendakwa “pihak Ahmad Said” menghubungi PAS untuk menyertai dan menyokong parti itu.

“Ini (dakwaan Ahmad dipujuk sertai PAS) pembohongan semata-mata, PAS tidak pernah sekali-kali berbuat demikian. Di kalangan pemimpin PAS memang tiada (tidak pernah menghubungi atau bertemu Ahmad Said).

“Bahkan pimpinan tertinggi parti tidak akan terburu-buru mempelawa Ahmad Said menyertai PAS,”
katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Sebaliknya Dr Syed Azman berkata pihaknya yang menerima panggilan daripada “pihak” Ahmad sejurus selepas beliau membuat keputusan keluar Umno dan menjadi ADUN Bebas.

“Malah saya mengesahkan pihak Ahmad Said yang berkali-kali (menghubungi pimpinan PAS Terengganu) ‘mempelawa diri sendiri’ menyertai dan menyokong PAS untuk menjatuhkan kerajaan BN,” kata Dr Syed Azman seperti dilapor Malaysiakini.

Bagaimanapun, beliau yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat enggan menyebut individu dan jawatan pihak yang menghubungi dan menerima panggilan itu walaupun diminta untuk mededahkannya.

Sinar Harian hari ini melaporkan Ahmad berkata beberapa anggota PAS berkali-kali memujuk beliau menyertai parti itu bagaimanapun beliau menolak kerana amat menyayangi Umno.

Malah, beliau menegaskan tak mahu bertemu mereka lagi dan mendakwa berjaya menghalang lebih ramai wakil rakyat Umno keluar parti ketika krisis politik memuncak.


Kami memang tak percaya pada Ahmad Said, kata Hanafiah

PETALING JAYA: Dakwaan yang mengatakan PAS telah mempelawa bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said untuk menyertai parti tersebut telah dinafikan oleh Satiful Bahri Mamat, Pesuruhjaya PAS Terengganu.

“PAS konsisten dari awal. Pemilihan kerajaan harus dilakukan oleh rakyat dengan mengadakan pilihan raya negeri. Kita nafi apa yang disebut oleh Ahmad Said, kami tak pernah pelawa dia,” tegasnya.

Sehubungan itu, Satiful menyifatkan Ahmad Said sebagai liabiliti, malahan PAS tidak pernah berharap agar Ahmad Said menyertai mereka.

“PAS telah membuat pendirian tidak mahu bergantung kepada ADUN lompat jika berpeluang membentuk kerajaan”, katanya

Ahmad Said mendakwa dipelawa oleh beberapa ahli PAS memujuknya menyertai parti itu selepas beliau mengumumkan keluar Umno.

Ahmad Said ( ADUN Kijal), Ghazali Taib (ADUN Ajil) dan Roslee Daud (ADUN Bukit Besi) antara tiga ADUN BN yang bertindak keluar daripada Umno sejurus selepas perlantikan Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman sebagai menteri besar baharu.

Akan tetapi, mereka telah mengumumkan untuk menyertai Umno semula sekaligus menamatkan pergolakan politik di Terengganu.

Kedudukan kerusi berubah seketika apabila Pakatan Rakyat memiliki (15), BN (14) dan Bebas (3).

Sementara itu ADUN Chukai, Hanafiah Mat mengesahkan Ahmad Said menghantar Bendahari Umno Bahagian Kemaman, Abdul Sidek (Haji Dol) untuk berunding menubuhkan kerajaan campuran dengan PAS kerana bekas Menteri Besar itu mendakwa enam orang Exco akan keluar dari Umno.

Sebaliknya tiga orang sahaja yang keluar dan tiga lagi menafikannya iaitu Datuk Mohd Jidin Shafie (Permaisuri), Nawi Mohamad (Hulu Besut) dan Ir Rosli Othman (Kemasik).

“PAS Terengganu buat mesyuarat tergempar tetapi kami buat keputusan mahu jumpa Ahmad Said sendiri secara empat mata, tak nak melalui orang perantaraan iaitu Haji Dol,” dedahnya kepada FMT.

“Kami memang tak mahu kerajaan campuran dengan kumpulan Ahmad Said kerana kami sendiri tak percayainya.


Setia usaha Umno Bahagian Kemaman, Rosli Ahmad beritahu kami bahawa Ahmad Said nak jumpa PAS selepas selesai majlis perkahwinan anaknya pada 17 Mei.” dakwanya lagi.

Hanafiah berkata memang PAS tak pelahap nak bentuk kerajaan negeri secara lompatan ADUN.

“Sebab itu kami tak hairan dia masuk semula Umno kerana Ahmad Said gagal tarik enam Exco menjadi ADUN Bebas,” katanya lagi.

Beliau mendakwa Ahmad Said mahu kekal jadi menteri besar dan mencadangkan kerajaan campuran dengan bilangan Exco yang seimbang lima orang ADUN PAS dan lima orang ADUN Bebas.
-FMT






IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SAMAN boh...berbau fitnah tu...kumpul bukti dan kemukakan...sama2 kita tgk NELANG SETARO MANO NGAT GAK ex MB ni

Unknown berkata...

Memang anjing bila tersepit menyalak kiri kanan. ujur tak de ahli PAS uang mempercayai `anjing UMNO' ini. Kata Mak saya, orang biar rupa buruk jangan pael buruk. Ini dah le rupa burok `ugly sakan' pael pun kusmangat.
Boleh dan sanggup mereka dan memfitanh sedangkan sudah musibah besar `diberi tempoh setahun aje sebagai MB, berhempas pulas untuk mengekalkan kuasa dgn cakap putar belit!
Tetapi tidak hairan langsung. ADUN Ajil anak sedaranya dan kebanyakan ADUN sekarang pilihannya!
Tunggu dan lihat kemana lepas ini bekas MB Md Said!
Jantan ke betina `mulut macam B****!'

Tanpa Nama berkata...

Perangai mcm berok mak ye yg gelar pas ajaran sesat layak jd adun sarkis je!

Tanpa Nama berkata...

Inilah yg dikatakan satu contoh seorang fasik dan munafik, suka cakap bohong dan berdolak-dalik. Org macam ni tk boleh dijadikan saksi, lebih2 lagi nak jadikan pemimpin. Patut dan kena tempatnya YAB PM pecat dia. Apapun, 'birds of the same feather flock together....'

Tanpa Nama berkata...

Setuju..saman malu aje...bersihkn nm pas ganu kite!

Tanpa Nama berkata...

Apa lagi yang boleh dikatakan " Siakap senohong , gelama ikan duri , Bercakaplah bohong , lama -lama jadi menteri "

Tanpa Nama berkata...

Siapa yang bercakap bohong hanya Allah dan diri ornag itu sendiri yang tahu, moga Allah akan beri hidayah pada orang pas

Tanpa Nama berkata...

Memang bertepatan tindakan orang kanan pesuruhjaya PAS untuk tidak bersetuju utk bawa si ahmad ni join. Inilah reasonnya, kalau PAS andaikata pelewa juga we all for sure akn boikot.

Tanpa Nama berkata...

Takut juga pada SPRM, dunia lagi dah takut,akhirat bagaimana pula?

Tanpa Nama berkata...

PM tak nak layan hari 'pendapatan' anak MB Zoo. Mungkin angkara PUan Yg Teramat Besor pedih hati MB tak jemput bergolekan salji kutup selatan bersama spesis2 mamalia unik.

Lagi sedih hilang peluang bergambar dengan singa2 kutup selatan. Singa sana semuanya betina takder yang jantan.

Dahlah MB suka benatang dapat aneka jenis zoo, sangkar gajah putih dan beratus-ratus juta 15%, nak lagi VO pada 17hb.

Kalau anak MB Melaka negori takder setepen habuk dapat tajaan 10juta belanja kahwin, berapa agaknya tajaan MB suka benatang kita.

Maaf kalau terkasar bahasa, memang dungu kalau PAS Trg tak paham. Apa dia nak ialah PAS sokong dia ditabalkan sebagai MB PAS hanya untuk 3 hari sehingga 17hb Mei.

Seperti jugak yang dia janji pada Najib nak tepek kat kerusi besar untuk setahun. Supaya semua mahkluk sejenis hantar wang besar2 ke perkahwinan tumpang nama anak dia.
Muka MB suka menatang pun dah senyum tak terhingga sejurus keluar jer dari bilik rahsia Putrajaya. Barangkali dapat ofer jadi presiden Kazakhtan, kalau tidak tak akan sebegitu berseri-seri riaknya buat u turn.

Boleh dikatakan dalam kesemua hal urusan penting, PAS memang terkenal dengan gaya bukan saja lemah lembut tapi lembap lembik. Peluang PAS nak tahu berapakah jumlah2 rasuah digomo dah tertutup. Peluang PAS nak dapat balik kayu balak Kenyir pun dah hangus. Musim kering mana2 mudah terbakar, tak kira hutan biru maupun hijau.

Tanpa Nama berkata...

Alasan terbaik untuk masuk UMNO semula setelah istihar keluar UMNO

Tanpa Nama berkata...

dasar manusia lidah bercabang

Don berkata...

Apa kata ..watak ex MB ni dijadikan watak utama TANAH KUBUR..... Kita tengok matinya bagaimana......pengarah TK... Ada berani ka???