9 Apr 2014

UMNO Merestui Hukuman Mati Ke Atas 529 Penyokong Mursi?


PAS tegaskan pendirian bersama Ikhwanul Muslimin

KUALA LUMPUR: PAS mengulangi penegasan untuk tetap bersama pertubuhan Ikhwan Muslimin bagi memperjuangkan masyarakat Islam yang adil dan saksama secara demokratik dan aman.

Sehubungan itu, PAS menyeru kerajaan Arab Saudi, Bahrain dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) agar menarik balik keputusan menyenarai hitam Ikhwan Muslimin sebagai organisasi pengganas.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PAS memandang serius perkembangan yang sedang berlaku di Timur Tengah apabila Kerajaan Arab Saudi telah menyenaraikan Ikhwanul Muslimin sebagai organisasi pengganas bersama dua lagi sayap al-Qaeda di Syria kerana dilihat memberi ancaman kepada negara antarabangsa.

"Sejarah telah membuktikan bahawa Ikhwan Muslimin telah menunjukkan sifat toleransi dan kesabaran yang tinggi walaupun berhadapan dengan pelbagai tekanan dan ujian.

"Pertubuhan ini telah sejak sekian lama bergiat cergas di serata dunia secara aman dah telah menyumbang kepada dunia Islam. Mereka tetap konsisten bersama terlibat secara aman walaupun ramai kalangan pimpinan mereka yang dibunuh dan di penjara," ujarnya.

Malah, tambah beliau pertubuhan Ikhwan Muslimin telah lama terlibat dalam proses demokrasi di negara-negara seperti Jordan, Yemen, Kuwait, Moroko, Tunisia dan Mesir.

"Mereka telah terbukti melakukan perubahan sosial dan politik secara aman melalui proses demokrasi," tegas beliau.

Menurutnya, walaupun agenda reformasi politik Ikhwan bersesuaian dengan suasana globalisasi dunia yang mahu mewujudkan sebuah kerajaan yang bersih dan telus melalui demokrasi, namun mereka seolah-olah dilihat tidak mempunyai tempat di dalam politik demokrasi.

Presiden PAS turut melahirkan kebimbangan dengan perkembangan terbaru di Mesir apabila mahkamah telah menjatuhkan hukuman bunuh kepada 529 pimpinan serta penyokong Ikhwan Muslimin.

Mesir kini berada di bawah penguasaan junta tentera pimpinan Jeneral Abdul Fatah As-Sisi. -HD


Pemuda DAP kecam Mesir, zalim dan tidak demokratik

KUALA LUMPUR, 28 MAC: Pemuda DAP (DAPSY) mengutuk keras tindakan mahkamah Mesir menjatuhkan hukuman mati terhadap 529 aktivis Ikhwanul Muslimin atas tuduhan menyerang dan membunuh anggota polis.

Ketuanya, Teo Kok Seong berkata, hukuman yang dijatuhkan bukan saja zalim, malah membelakangkan prinsip demokrasi.

“Di saat rakyat seluruhnya sedang bersedih tentang bencana yang menimpa pesawat MH370, kita juga harus ingat dan berdoa ke atas nasib rakan-rakan di Mesir.


“529 aktivis ini telah disabitkan dengan dakwaan kesalahan melalui proses perbicaraan yang berat sebelah. Kami menolak segala bentuk kezaliman dan akan terus memberikan tekanan kepada Kerajaan Mesir supaya menyemak serta menarik semula hukuman,” katanya ketika menyampaikan ucapan dalam Himpunan Bantahan dan Serahan Memorandum di Kedutaan Mesir, tengah hari tadi.

Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat yang mengetuai himpunan pula kecewa dengan sikap Kedutaan Mesir yang langsung tidak ambil peduli untuk menerima memorandum dan mengarahkan ia diletakkan dalam peti pos sahaja.

“Kita kecewa dengan layanan mereka. Kita dilayan seperti binatang dan hanya dibenarkan untuk meletakkan nota bantahan di dalam peti pos.

“Inilah lambang negara (Mesir) yang tidak demokratik dan menindas rakyat,” kesalnya.

Seramai hampir 1,000 orang menyertai protes yang bermula di Masjid Tabung Haji, Jalan Tun Razak menuju Kedutaan Mesir.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub; Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan NGO termasuk Angkatan Belia Islam Malaysia turut hadir menyatakan sokongan.

Selasa lalu, hakim di Selatan Mesir menjatuhkan hukuman mati kepada 529 anggota Ikhwanul Muslimin. Mereka telah dijatuhkan hukuman mati didakwa atas pelbagai dakwaan termasuk melancarkan serangan ke atas balai polis dan menyebabkan kematian anggota polis.
– Roketkin



Isu Mesir: MP Eropah bersuara tapi Umno terus membisu

Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama KEADILAN (BIPPA) kesal dengan tindakan kerajaan Umno BN yang masih berdiam diri daripada menyatakan pendirian mengenai hukuman mati yang dijatuhkan kerajaan kudeta Mesir terhadap 529 anggota Ikhwanul Muslimin.

Pengerusinya, Ahmad Kassim berkata, Umno sehingga kini masih membisu berhubung perkara itu bahkan usul untuk membahaskan perkara itu di parlimen ditolak oleh speaker dewan.

Menurut Ahmad, Malaysia sebagai sebuah negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) sepatutnya merasa malu kerana hingga kini tidak menyatakan sebarang pendirian.

Ia katanya, berbeza dengan tindakan ahli-ahli parlimen Eropah yang tampil mengkritik tindakan regim kudeta Mesir dalam isu berkenaan.

“Umno tak keluarkan apa-apa kenyataan untuk mengkritik malah dalam Parlimen isu ini ditolak oleh Speaker. Kita negara OIC, negara Islam tapi takut untuk kritik, malu pada negara luar,” katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.

Pada Selasa lalu, Ahli-ahli parlimen Eropah tampil mengkritik tindakan regim kudeta Mesir yang menjatuhkan hukuman mati terhadap 529 rakyat sendiri yang majoritinya penyokong Presiden Mesir yang sah, Dr Muhammad Morsi.

Kritikan itu dikemukakan secara berdepan kepada Menteri Luar Mesir Nabil Fahmy ketika beliau hadir berucap kepada Suruhanjaya Hubungan Antarabangsa Parlimen Eropah, di sini pada Selasa.

Menurut Ahmad Kassim, berbanding Malaysia yang dianggap sebagai negara Islam, negara-negara Eropah dilihat lebih terbuka menyatakan pendirian mereka dan mempertahankan hak asasi manusia yang berlaku di Mesir.

“Umno harus mempertahankan agama Islam dan undang-undang yang betul dan bukan tunduk dan diam diri seperti ini,” tegasnya lagi
– KD




7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mana bole.......
Nanti apco marah......
semuai ikut skrip apco yg sedia

BN
Barua Negara

Tanpa Nama berkata...

salam,
umno tengok arab saudi, uae,isrial, amiraka mana berani nak kritik

BaDiN berkata...

Mana boleh nak marah sebab yg memerintah Mesir sekarang adalah Umnoo Mesir.Rakan sekutu tg sewaktu dgnnya.Trajedi Memali menjadi ikutan kpd umno mesir & Umno Algeria sekarang untuk berpegang teguh fahaman Sekular.

Tanpa Nama berkata...

UMNO mana boleh marah sekutu APCO dan biasa buat di Memali?

Tanpa Nama berkata...

Semoga allah hancurkan pemerintah zalim di Mesir

zena arab berkata...

Berjuang pada jalan Allah tiada istilah kalah, sebab ganjaran tetap ada. Sebab itu mereka berani mati. Mcmana dgn kita pula?.

Tanpa Nama berkata...

UMNO manalah tahu apa itu perjuangan apatah lagi PM 1 iaitu kepala kantor UMNO yg pertama dapat kemerdekaan setelah yahudi suka dengan dia. Sedikit sebanyak perangai diaorg memang pun sama dengan diaorg sbb manakan mungkin kita berkawan dgn saudagar minyak wangi, kita akan dpt bau minyak petrol ron95. Mesti bau minyak wangi akn terasa biarpun hanya berkawan bukan bau minyak petrol ron 95.