4 Apr 2014

[MEMALUKAN NEGARA] Najib Cabut Lari Elak Jawab Soalan, Tak Layak Jadi PM Lagi!


Najib kecut berdepan media asing, beri imej buruk pada negara

KUALA LUMPUR 3 APRIL : Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengelak daripada menjawab soalan media antarabangsa disifatkan sebagai pengecut sekaligus memberi imej buruk kepada Malaysia.

Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil berkata, Najib seharusnya lebih bersikap terbuka dan profesional dalam mendepani media antarabangsa berhubung kes kehilangan pesawat MH370.

Fahmi“Bila mengelak, gambaran buruk kepada Malaysia bahawa kita mempunyai Perdana Menteri yang takut dan pengecut.

“Jangan hanya sekadar membaca teks yang disediakan. Seorang perdana menteri perlu lebih bersedia untuk menjawab apa sahaja soalan yang dikemukakan oleh media tempatan mahupun antarabangsa.

“Macam mana sekalipun kalau tidak tahu jawapan yang tepat untuk menjawab soalan yang dikemukakan, terus terang, cakap ‘saya tak pasti dan akan memberi kenyataan dengan lebih lanjut nanti’. Itu lebih baik daripada terus mengelak daripada mereka,” katanya ketika dihubungi.

Najib dalam sidang media ketika lawatannya di Perth Australia dilapor hanya membaca kenyataan akhbar dan terus meninggalkan majlis selepas pihak media mula bertanya soalan.

Beliau juga tidak menjawab soalan daripada media sejak sidang media pertamanya berkenaan kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac lalu.

Fahmi berkata, ketakutan Najib terhadap media asing disebabkan mereka lebih terbuka berbanding media arus perdana yang dikawal kerajaan di negara ini.

“Sepatutnya PM itu sendiri kena berani berdepan dengan media antarabangsa. Suara beliau itu perlu didengari rakyat, dan apa yang keluar daripada mulut perdana menteri itu ditunggu rakyat,

“Tapi bila Najib mengelak untuk menjawab soalan daripada media, ia jelas menunjukkan Najib takut dengan mereka.

“Mana tidaknya, selama ini hanya dikawal oleh media pro kerajaan sahaja, tapi kali ini berdepan dengan media yang lebih terbuka,” ujarnya. -KD


Di Perth, Najib terus elak soalan media

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Australia berhubung peranannya mencari pesawat MH370 dalam lawatannya ke Perth hari ini.

Beliau bagaimanapun sekali lagi mengelak menjawab soalan.

Dalam sidang media yang disiarkan langsung oleh CNN menunjukkan Najib membaca kenyataan akhbar dan terus meninggalkan majlis selepas pihak media mula bertanya soalan.

Kecuali sidang media pertamanya selepas pesawat Malaysia Airlines (MAS) itu hilang pada 8 Mac, beliau tidak pernah terlibat dalam sesi soal jawab bersama media berhubung isu itu.

Perdana Menteri Australia Tony Abbott turut membuat kenyataan dalam acara bersama Najib. Beliau juga meninggalkan sidang media selepas Najib berbuat demikian.

“Di saat-saat sukar ini, Australia membuktikan dirinya sebagai rakan yang tidak ternilai.

“Pihak berkuasa Australia, seperti banyak lagi, menawarkan bantuan tanpa teragak-agak atau bertangguh lagi.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih kepada Australia atas apa yang telah dilakukan dan akan dilakukan, untuk mencari pesawat itu,” kata Najib membaca kenyataannya dalam sidang media itu. [Baca berita penuh]

Berikut Bernama melaporkan kenyataan penuh perdana menteri sidang media di Perth, Australia

Saya ingin memulakan bicara dengan mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah bertungkus lumus berusaha mencari MH370.

Sepanjang tiga minggu lepas, beratus-ratus orang telah mengharungi perjalanan beribu-ribu kilometer untuk membantu. Mereka telah melakukan pencarian dalam keadaan laut bergelora, berkabus dan suhu amat sejuk.

Mereka belayar dalam keadaan ribut petir untuk mencari pesawat. Kita terhutang budi kepada setiap seorang daripada mereka.

Ini merupakan satu usaha yang amat mengagumkan, telah menyatukan negara-negara dari seluruh dunia. Semasa MH370 didapati hilang, berpuluh-puluh negara menjawab seruan bagi bantuan. Komitmen mereka tidak akan dilupakan.

Tatkala berdepan tragedi ini – bagi negara-negara yang warganegara mereka berada dalam pesawat ini, dan keluarga yang anggota keluarga tersayang mereka hilang - kerjasama ini memberikan kekuatan kepada kita.

Perbezaan diketepikan, pada saat 26 negara bersatu dengan satu matlamat. Kehilangan MH370 merupakan insiden yang tidak pernah dialami sebelum ini; begitu juga dengan misi pencarian ini.

Pagi ini saya berjumpa dengan anggota tentera laut dan tentera udara di Pangkalan Udara Pearce. Saya juga berbual dengan komander dari tujuh negara yang berada di sini untuk misi mencari MH370.

Mereka memberitahu saya tentang kesukaran misi pencarian seperti ini; dari segi jarak, dan cuaca, dan untuk mengekalkan semangat jitu untuk tempoh yang lama.

Ketika ini, 10 pesawat dan sembilan kapal sedang melakukan pencarian di Lautan Hindi bagi mengesan sebarang petanda berhubung pesawat yang hilang. Kawasan pencarian amat luas, dan keadaannya bukan mudah.

Tetapi kawasan pencarian baharu yang telah dikecilkan memberikan kita harapan baharu. Dan saya percaya semangat dan keberanian adalah setara dengan tugas itu. Sekali lagi, saya mengucapkan terima kasih atas apa yang mereka sedang lakukan.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri (Tony) Abbott kerana menjadi hos kepada kami di sini di Perth; atas persetujuan untuk mengetuai operasi mencari di selatan Lautan Hindi; dan sudi menerima undangan kami untuk Australia turut serta sebagai Wakil Bertauliah dalam penyiasatan ini.

Kami akan terus bekerjasama rapat dengan kerajaan Australia untuk mengggariskan persetujuan komprehensif berhubung pencarian ini.

Pada waktu sukar ini, Australia terbukti sahabat yang amat bernilai. Pihak berkuasa Australia, seperti banyak negara lain, telah menawarkan bantuan mereka tanpa teragak-agak atau lewat. Saya dengan penuh ikhlas mengucapkan terima kasih kepada Australia bagi semua yang mereka telah lakukan, dan sedang lakukan, untuk mencari pesawat.

Kami juga amat berterima kasih kepada mereka yang telah membawa bersama-sama pakar mereka untuk merungkai apa yang disebutkan oleh Perdana Menteri Abbott sebagai ‘satu daripada misteri paling luar biasa pada masa kini'.

Kehilangan MH370 telah menguji azam kolektif kita untuk menyelesaikannya. Berdepan dengan begitu sedikit bukti, menjadikan tugas amat sukar, para penyiasat dari Malaysia, AS, UK, China, Australia dan Perancis telah bekerja keras tanpa mengenal penat lelah untuk mendedahkan pergerakan pesawat. Usaha kolektif mereka telah membawa kita ke sini.

Kami berada di sini hari ini, tetapi ingatan kami berada beribu-ribu kilometer jauhnya. Di bandar raya-bandar raya dan negara-negara di seluruh dunia, tatkala anggota keluarga kepada mereka yang berada dalam pesawat sedang resah menunggu berita. Dan tentang betapa luasnya Lautan Hindi, tempat MH370 sedang menunggu.

Saya tahu selagi pesawat itu tidak ditemui, banyak keluarga tidak boleh mula berkabung. Saya tidak dapat bayangkan kesedihan yang sedang mereka lalui. Tetapi saya boleh berjanji kepada mereka yang kami tidak akan berputus asa dan mengalah. Terima kasih.
-mk


ULASAN GB

Dengan tindakan sedemikian (mengelak untuk menjawab waertawan) tindakan itu bukan saja memalukan negara malah menjelaskan bahawa Najib sudah tidak layak untuk menjadi PM.

Kita tunggu hukum kebenaran dan keadilan mengambil tempatnya.

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sangat memalukan seorang PM lari daripada soalan (mungkin soalan malaikat maut). Apa yang sangat dirisaukan ialah rakyat terbanyak telah berjaya diperbodoh-bodohkan dan masih lagi dipercayai. PM kangkung ayam singit.

zamani berkata...

najib baru tau dunia ni luas dan ada berbagai2 media bukan berita hairan dan utusex semata2.

Tanpa Nama berkata...

Kalau setakat baca teks yg disediakan atuk aku pun boleh......

Tanpa Nama berkata...

Najib bertanggungjawab menyebabkan negara terhutang budi kepada sebegitu banyak negara yg diundangnya utk misi sar mh370. Hutang budi yg ditanggung bukan sedikit...bimbang nanti tergadai body.

Tanpa Nama berkata...

Najib itu kan bacul....

Tanpa Nama berkata...

PM Kangkung X de Telur....hanya jaguh depan RTM dan TV 3......debate pun x berani, di cabar tanding 1 lwn 1 kat kajang pun x de telur.....

Tanpa Nama berkata...

apa-apa pun harga petrol tetap akan naik melambung tak lama lagi... sama-samalah kita terima akibatnya.

Tanpa Nama berkata...

Awat takut sgt dgn media asing nie. tak kan nak jadi jaguh kg. Saja kot...

Tanpa Nama berkata...

Nanti dia jawab media luar negeri suka fitnah...
Ehem.... betul ke.. awat utusan meloya, berita hairan tak fitnah ke... huh.. lagi haramjadah beritanya tah apa2.

Tanpa Nama berkata...

Penyokong umno kena redha kerana mempunyai Perdana Menteri yang takut dan pengecut.

abuamir berkata...

Lepas ni najib akan tunduk kpd negara yg ia terhutang budi. Segala perjanjian spt tppa pun dia akan angkur. Lepas ni obama pula dtg lagilah, najib akan jagi pak sanggup. Apa yg dikatakan obama, jawab najib ....YES SIR, YES SIR,......

Hancus negara bila ada pm yg bacul dan banyak kes jenayah. Najib selalu kena 'Blackmail' oleh yahudi dan kuncu2nya.......

Tanpa Nama berkata...

Tengku Razaleigh yg cerdik pandai layak jadi PM baru Malaysia tp sbb bukan kroni mania OMNgOk, terpaksa la rakyat Malaysia bertahan dgn stok lama yg tak berguna ni.

Tanpa Nama berkata...

Najib memangpun tidak layak jadi pm tapi layak untuk jadi pelakon mr. Bean utk ganti tempat Rowan atkinson.