11 Apr 2014

Mahathir Tak Sedar Beliau Mengaku Jadi Dalang Tragedi Memali...


Dr Mahathir mengaku berada di Malaysia ketika tragedi Memali berlaku

Akhirnya Tun Dr Mahathir Mohamed mengaku beliau berada di tanah air ketika kejadian Memali yang mengorban 18 rakyat pada 19 November 1985.

Namun, beliau berkata dia tidak ingat Tun Musa Hitam, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri ketika itu, datang memujuknya agar tidak pergi ke Beijing.

"Saya tidak ingat yang Tun Musa datang berjumpa saya untuk tidak pergi ke Beijing tetapi beliau berada di lapangan terbang bersama dengan ramai orang yang ingin ucap selamat pemergian saya ke China.

“Waktu itu pun saya tidak ingat yang Tun Musa menasihat supaya saya tidak pergi luar negara," kata Dr Mahathir dalam blognya hari ini.

Dr Mahathir juga cuba meletakkan kesalahan ini kepada Musa dengan berkata, "Tun Musa akui beliau bertanggungjawab”.

"Dalam sistem kabinet yang kita amalkan semua anggota kabinet, terutama Perdana Menteri bertanggungjawab," kata Dr Mahathir dalam blognya.

Baru-baru ini, Musa mendedahkan di Kota Baru, Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur ketika peristiwa Memali berlaku.

Selepas itu, Musa juga membuat kenyataan bertulis mempertahankan kenyataan itu dengan berkata, dia bersama Pemangku Ketua Polis Negara ketika itu memberi taklimat kepada Dr Mahathir pada hari kejadian.

Musa menegaskan dalam kenyataan itu, dia bukan pemangku perdana menteri ketika itu kerana Dr Mahathir masih berada dalam negara.

Ia bertentangan sekali dengan catatan sejarah yang dibuat pelbagai pihak termasuk ensiklopedia bebas, Wikipedia, yang merekodkan Dr Mahathir berada di China ketika kejadian itu berlaku.

Dalam hal ini, Dr Mahathir dalam tulisannya hari ini berkata, beliau tidak pernah menyatakan beliau tidak berada di Kuala Lumpur ketika itu.

"Soal peristiwa saya kononnya tidak ada dalam negeri semasa peristiwa berlaku bukan disebar oleh saya. Dalam buku saya pun saya tidak sebut perkara ini,"
kata Dr Mahathir.

Pakar propaganda Umno dan bekas Ketua Pengarang Utusan Malaysia yang juga bekas Menteri Penerangan Datuk Zainudin Maidin bertegas bahawa Dr Mahathir berada di China selepas kenyataan Musa bahawa Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur ketika itu.

Namun Zainudin menegaskan, ia berdasarkan ingatan beliau.

Dr Mahathir mengaku, pada 20 November 1985, sehari selepas kejadian Memali, beliau mengepalai satu rombongan swasta yang amat besar ke China dan Musa antara yang berada di lapangan terbang.

Dr Mahathir berkata, beliau begitu yakin yang Musa dapat menangani keadaan "sehingga saya melantik beliau sebagai Pemangku Perdana Menteri", iaitu selepas kejadian itu.

Yang diketahui umum, kata Dr Mahathir, Datuk Musa Hitam ialah Menteri Dalam Negeri, di samping memikul jawatan Timbalan Perdana Menteri pada masa itu.


"Sebagai Menteri Dalam Negeri, rundingan dan laporan oleh Ketua Polis Negara dibuat kepadanya. Menteri Dalam Negeri juga terlibat dalam memutuskan tindakan yang diambil. Jika hanya apabila semua berjalan dengan baik pengakuan bertanggungjawab dibuat, tentulah ini kurang manis," tulis Dr Mahathir.

Dr Mahathir juga berkata, harus diingat bahawa anggota polis dibunuh sebelum polis menembak balas.

"Amat malang sekali sementara kematian Ibrahim dan pengikutnya diingati, bahkan dilaung sebagai syahid, kematian anggota polis yang menjaga keselamatan kita dilupakan," tulis beliau.

"Ya. Sepatutnya insiden ini tidak berlaku. Tetapi sanggupkah kita membiar sehingga sesuatu itu sudah melarat baru kita ambil tindakan.

“Lihatlah keadaan yang sedang berlaku di beberapa negara sekarang ini kerana polis tidak dibenar bertindak secara berkesan," tulis Dr Mahathir.

Peristiwa Memali berlaku apabila polis cuba menahan Ibrahim Libya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didakwa mengamalkan ajaran sesat.

Ibrahim pula tidak mahu menyerah diri kalau ditahan di bawah ISA. Akibatnya polis merempuh perumahan Ibrahim dan pengikutnya dengan kereta perisai dan mengakibatkan 14 penduduk kampung dan empat anggota polis terbunuh.

Musa dipersalahkan atas peristiwa itu dan Dr Mahathir selaku perdana menteri terlepas kerana dia diberitakan berada di China.

Pendedahan Musa memberikan satu episod baru dalam peristiwa hitam ini.

PAS menyifatkan semua yang terbunuh sebagai mati syahid manakala Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim menziarahi kubur Ibrahim dan pengikutnya serta menyiramkan air mawar di atas pusara mereka.

Ekoran pendedahan Musa, PAS dan DAP mencadangkan Suruhanjaya Diraja dibentuk bagi menyiasat semula kejadian ini. -TMI

ULASAN GB

Pertama benarkah Mahathir melantik Musa Hitam sebagai Pemangku Perdana Menteri semasa beliau melawat ke luarnegara? Seingat GB, semesa pemerintahannya, Mahathir tidak pernah mempercayai timbalannya dan tidak pernah melantik secara rasmi sesiapa pun sebagai Pemangku Perdana Menteri walaupun beliau bercuti atau melawat ke luarnegara.

Kedua, beliau cuba meletakkan kesalahannya kepada Musa Hitam.

Dr Mahathir juga cuba meletakkan kesalahan ini kepada Musa dengan berkata, "Tun Musa akui beliau bertanggungjawab”.

"Dalam sistem kabinet yang kita amalkan semua anggota kabinet, terutama Perdana Menteri bertanggungjawab," kata Dr Mahathir dalam blognya.

Demikian jahatnya manusia bernama Mahathir ini. Dia mengakui beliau masih berada di dalam negara sewaktu tragedi Memali itu berlaku (19 Nov 1985) sedang beliau hanya bertolak ke Beijing pada 20 Nov 1985. Dan kini beliau menyatakan Tun Musa bertanggungjawab kononnya beliau telah melantik Musa sebagai Pemangku Perdana Menteri.

Ketiga, hukum kebenaran dan keadilan berjalan, Tun Mahathir akhirnya semacam mengakui bahawa beliaulah dalang di sebalik insiden tersebut:

"Ya. Sepatutnya insiden ini tidak berlaku. Tetapi sanggupkah kita membiar sehingga sesuatu itu sudah melarat baru kita ambil tindakan.

Bukankah kenyataan yang beliau nyatakan tersebut menunjukkan "satu pengakuan jelas" bahawa sememangnya beliau bertanggungjawab terhadap tragedi Memali kerana katanya "sanggupkah kita membiar sehingga sesuatu itu sudah melarat baru kita ambil tindakan"?

Beliau mahu polis bertindak ke atas umat Islam di Memali, dan apabila pois menyerang dan apabila ada polis yang terkorban, yang dipersalahkan ialah peserta Memali. Sedangkan mangsa kejadian Memali yang lebih ramai termasuk Ust Ibrahim Libya terus-terusan dihinakan oleh Mahatir seingga ke hari ini.

Mahathir mengakui peristiwa itu tidak sepatutnya berlaku. Namun, takkan polis hanya mempunyai "satu cara" saja iaitu "menyerang dan membunuh", sedangkan kedaulatan undang-undang menetapkan bahawa orang yang dituduh mengancam keselamatan negara perlu didakwa di mahkamah bukannya diserang dan dibunuh?

Mahathir sememangnya bijak untuk memanipulasi fakta dengan kaedah reverse psychology, melempar batu sembunyi tnagan, melakukan sesuatu tindakan dan kemudian menjadikan orang lain sebagai kambing hitam.

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Mahathir akan tetap menerima hukumannya, sama seperti pemerintah-pemerintah sekular yang zalim di seluruh dunia, dulu dan masakini seperti rejim Al-Sisi yang membunuh 529 orang penyokong Mursi di Mesir.

Dan ungkapan Allahyarham Ustdz Fadzil Mohd Noor yang menyatakan "Mahathir akan menyaksikan sendiri kerosakan kepada UMNO dan negara kesan daripada cara pentadbirannya selama 22 tahun yang dianggap keras, tidak demokratik dan tiada perikemanusiaan.

17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalau musa hitam pecah tembelang masa itu mungkin dia akan jadi mangsa pertama fitnah kes liwat.

yang pastinya a/l iskandar kutty ini akan menerima balasannya nanti. dia pun sudah hampir dihujung jalan.

Tanpa Nama berkata...

bila berlaku mcm memali mahathir nak cabat luar negeri...masa sebelum anwar dituduh liwat pun..mahatir dah cabut luar negeri...hahaha..perasan x ?

Tanpa Nama berkata...

Tunggulah saat nazak dan bayangkan jika terpilih untuk menjadi TUN:
T- TETAMU
U- UNTUK
N- NERAKA.

Unknown berkata...

Buat baik balasannya baik tapi kalau buat jahat dan tidak bertaubat, tunggu je lah ... Jom cipta income pasif dengan melayari:-
http://projekpendapatanpasif.com/r/289834/interview.html

Tanpa Nama berkata...

aku ingat dibelit olih anankonda pon bolih lepas tapi belitan tunmadey lagi bahaya berapa ramai kecundang dibelit dek tunmadey...hingga agamawan pon lebih takut laknat tunmadey drp laknat allah swt

Tanpa Nama berkata...

Hakikat yg sebenarnya berlaku adalah, polis yg terkorban itu tertembak oleh polis juga yg masih lagi mabuk. Sebelum operasi dijalankan polis tlh di berikan minuman keras, hanya ada sebahagian polis tidak meminumnya. Sekarang Mahathir menyalahkan penduduk kg pula yg membunuh polis yg terkorban itu. Penipu ini cuba untuk melepaskan diri akan bercakap berdolak-dalik dgn putar belit auta. Bagi perkara yg benar akan dinyatakan secara sentiasa konsisten dgn kebenaran, walau dikilas bagaimana sekalipun.

Tanpa Nama berkata...

Kesian mb kedah yg berayahkan pembunuh.
Yg d bunuh adalah melayu dan islam...
apakah dosa mereka...
By hook or by crook

Lu memang MAHAFIRAUN

obat pelangsing herbal berkata...

keceplosan..!!

Tanpa Nama berkata...

untuk mengaku kesalahan memang tidak aku doakan semoga allah kurniakan umor panjang dan hidup lama lagi kepada tun mahathir.....biar dia tengok hasil dari apa yg pernah ditanamnya selama ini.kita sama2 lihat apa kesudahan akhir hayat orang tua ini

Unknown berkata...

cuba tanya dia lagi apa yang dia dah arahkan untuk dilakukan kepada al-maunah dan al-arqam selain mamali .....!!!

ifads berkata...

kalau ada rasa berkuasa maka kesempatan yg ada direbut utk menunjukkan kuasanya agar ianya merasakan ianya hebat, peduli apa hak dan keadilan org, tapi perlu diingat bahawa insan bernama manusia terlalu lemah dan kekurangan serba serbi, andai ianya mengidap penyakit,seringan2 penyaki sakit gigi,sakit perut atau seberat2 penyakit kenser,jantung,lelah asma dll,pasti mereka tiada kudrat dan kekuatan utk melawan hanya ketika itulah baru sedar hanya ALLAH tempat memohon PERTOLONGAN.ketika itu baru sedar sesungguhnya aku tiada daya upaya, tiada kekuatan dan tiada kemulian melainkan mengharap belas kesian ALLAH,ketika hilang sifat bongkak,megah,sombong,kekuasaan,keegoan, sekarang mungkin tun mamakkutty tersedar akan perbuatan yg terdahulu, sekarang ini pun satu persatu telah dizahirkan utk dpertonton oleh rakyat, mungkin ini berkat doa dari rakyat agar dipanjang umur serta disihatkan kesihatan agar segala perkara dapat dijawab oleh TUN mamakutty.

Tanpa Nama berkata...

Lu kelentong mcm mana sekalipun, lu perangai tetap sama dengan kawan baikmu mr. Sharon yg membunuh rakyat palestine.

Tanpa Nama berkata...

Kenapa semua x ngaku...ada buat salah ke..

Tanpa Nama berkata...

PENJENAYAH yang mati disanjung....dunia akhir zaman!

Tanpa Nama berkata...

To anon 8.41....
Siapa tu penjenayah.......
Ni mesti komen dari barua umno....
Yg curi harta negara ler penjenayah utk akhir zaman.....

Mcm umno....

Tanpa Nama berkata...

Betapa hinanya insan bernama Tun Mahathir menjelang di penghujung usianya.

Tanpa Nama berkata...

Melayu mudah lupa. Mudah ditipu. Dgn mamak pun kena tipu. Habis rizab dan harta Melayu di songlap. Projek semua ada percent. Nak ttp mulut org bwh bg la projek skit. Lu buka gua pya pekung gua buka lu punya pekong. Habis berpecah org Melayu pasal mamak ni pya rakus dan belit. Aduhai.