12 Apr 2014

Bung Tergiur Orang Berskirt Merah?


Skirt merah Kok jadi sasaran Bung Moktar

Pakaian digayakan seorang MP DAP Teresa Kok hari ini menjadi sasaran bantahan MP Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin yang mendakwa ia tidak sesuai untuk dipakai oleh ahli Dewan semasa persidangan.

Bung yang mencelah semasa ucapan Datuk Ismail Mohamed Said meminta yang dipertua Dewan itu menjelaskan sekiranya pakaian seperti itu dibenarkan dalam persidangan.

"Skirtnya (singkat) sehingga paras lutut, saya boleh lihat lututnya, bagaimana pakaian ini boleh dibenarkan?,” soalnya.

Kenyataannya itu menyebabkan Kok bangun dan meninta beliau menarik balik kenyataan tersebut.

"Bajunya seperti baju-T, semuanya warna merah. Ini bukan cara berpakaian di Parlimen,” kata Bung Moktar lagi.

Tidak berpuas hati dengan kenyataan itu, Kok seterusnya membangkitkan bahawa Bung Moktar juga bersalah kerana memakai tali leher berwarna kuning.

"Awak tidak ada kerja lainkah?,” soalnya kepada Bung Moktar.

Bung yang enggan beralah berkata, pelajar sekolah yang mengunjungi Parlimen juga boleh menganggap “boleh memakai pakaian sesuka hati” jika Kok dibenarkan berpakaian begitu.

Ismail yang menamatkan pertengkaran berkenaan seterusnya berkata beliau tidak memandang berat perkara tersebut memandangkan hari ini merupakan hari terakhir persidangan bagi penggal ini.

"Tak apalah, saya benarkan (Kok berada dalam Dewan),” katanya.

Kok dalam satu kenyataannya menyebut, beliau meminta dua orang jurugambar merakam gambarnya di luar Dewan selepas itu.

"Saya minta mereka tolong ambil gambar saya. Tengok, apa salahnya baju saya? Tak cantik ke?

"Gila ahli-ahli Parlimen lelaki BN ini," katanya lagi. -mk

ULASAN GB

Nampaknya Bung Kinabatangan seperti tergiur dengan perempuan berskirt merah. Disangkanya semua yang sedemikian hendak menandingi isteri mudanya, Zizie Ezette.

Jika dilihat pakaian Teresa Kok berbanding pakaian isteri mudanya itu ternyata pakaian Teresa Kok yang bukan Islam lebih decent berbanding pakaian Zizie Ezette, seorang Islam tetapi skirt atas lutut dan berbaju macam tak berbaju.

Betul kata Teresa Kok...."Gila ahli-ahli Parlimen lelaki BN ini".

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ha ha dah kemetot macam mana nak commited dalam tugas. Pandang lah kehadapan demi memajukan negara, Kalu asyik pandang kebawah ini lah padah...

Tanpa Nama berkata...

Apa proof dia pakai mcm tu di persidangan? Base dari gambar tak nampak pun dia berada di parlimen. Kalau dia pakai pun mungkin off duty.

Yang patut lu tegur ialah beberapa wanita dalam UMNO yang berpakaian tapi di mata Allah s.w.t dia dikira telenjang beb, lebih - lebih lagi yg mengaku dirinya agama islam (tak tahu malu). Beb pakaian bukan isu besar beb (wanita islam, yes isu besar), so please don buat masa lu utk buat perkara yg selalu mr. Bean buat beb.

Tanpa Nama berkata...

Lelaki biasa la kalau dah bnyk Kali kawin selera pun banyak nk try lain pulak hehe

Tanpa Nama berkata...

AP Kangkung

Amuraria berkata...

barua samseng biadap parti gerombolan penyeleweng ni memang 'pedukang pak arus' daa ! ABU !

Tanpa Nama berkata...

Dia ni umpama sampah di parlimen. Dulu ada regunya sorang lagi Mat Ajis yg bersahut2an sokong menyokong dlm dewan bila berdebat dgn pembangkang tapi idea tin kosong saja. MP tolol paling tak guna, menang kerana pengundinya sama mcm dia baru nak kenal dunia luar.

Tanpa Nama berkata...

He...he...he...he....
Bung, lu punya bini punya paha sungguh putih tapi kasar sikit lah !
Bosan tengok paha bini dan mahu lihat paha Teresa Kok kah ?

Tanpa Nama berkata...

Bodoh bertingkek tingkek....bangang tak habes habes...bung tingkek....mp bn cari lah perkara yg menjana...bukan perkara menjahanam....ngok

Tanpa Nama berkata...

Mp kometot tpi x komitet suka tgk skirt

Tanpa Nama berkata...

aku sokong sangat2 anon 7.11am 12/4
utk negara? sampah.. apa lagi utk Islam.

Anti Fitnah berkata...

Bini sendiri pun tak mampu nak tegur, ini ada hati nak tegur anak dara orang lain. Kalau dah jenis dayus, dayus juga. Hebat di mata orang luar, tapi menikus di depan bini sendiri. Di depan mata orang luar, pijak gajah pun mati tapi bila depan isteri telanjang, pijak semut pun tak mati.
Bung Mangkuk, yang hang pi tegur orang bukan Islam pasal pakaian tu buat apa. Hang jaga bini hang dulu le. Tak nampakkah bini hang tengah dok telanjang depan berjuta manusia????? Dasar ketam dan munafikun.

Tanpa Nama berkata...

Inilah seorang ahli parlimen bangsat.

mansor berkata...

pendapat tolol daripada pemimpin UMNO.....menggambarkan taraf mentaliti para pemimpin UMNo dan pengikutnya,....

Tanpa Nama berkata...

laki islam apakah ni? bini sendiri tak berani nasihat/tegur, ada hati nak tegur bukan islam. inilah perangai umno, ABU