Imej 24 meter tenggelam timbul di permukaan air, mungkin serpihan pesawat, kata Australia
Dua imej yang ditemui oleh satelit Australia kemungkinan besar adalah serpihan pesawat MH370 yang hilang, namun ia kurang jelas dengan objek yang besarnya berukuran 24 meter, kata Jabatan Keselamatan Maritim Australia (AMSA) hari ini.
"Ia adalah objek yang saiznya wajar dan kemungkinan ditolak oleh air dengan tenggelam timbul di permukaan laut," kata John Young, Pengurus Besar kepada Divisyen Tindakan Kecemasan, satu unit di bawah AMSA memberitahu sidang media hari ini.
Autralia menghantar empat buah kapal terbang dan dua kapal laut ke kawasan pencarian di Lautan Hindi itu untuk mengenalpasti objek yang dikesan oleh satelit itu.
Air di kawasan itu adalah 'dalam beberapa ribu meter' dan penglihatan yang kabur akan menyukarkan pencarian, walaupun cuaca adalah sederhana, kata Young.
Imej satelit itu kabur namun saiznya sesuai sekali dengan serpihan kapal terbang, lapor Reuters.
Menurut kenyataan AMSA, imej itu diambil oleh satelit dan boleh jadi ia tidak berkaitan dengan MH370.
Penilaian terhadap imej ini yang dibuat oleh Geospatial-Intelligence Organisation Australia yang memberikan indikasi ia mungkin serpihan pesawat MH370 kerana ia termasuk dalam kawasan carian yang menjadi fokus kepada pasukan pencari dan penyelamat.
Imej ini diambil dari dalam kawasan pencarian yang ditetapkan dua hari lalu.
Australia mengetuai carian di bahagian selatan koridor selatan, dengan bantuan daripada Tentera Laut Amerika Syarikat.
Kawasan pencarian semakin kecil berdasarkan data pengesan satelit dan analisis cuaca dan arus, tetapi ia masih meliputi kawasan seluas 600,000 km persegi, kira-kira saiz Sepanyol dan Belanda.
Pencarian Boeing 777-200ER sebelum ini memberi tumpuan kepada dua koridor; satu menuju ke utara melalui darat dari Laos ke arah Laut Caspian, dan kedua ke arah selatan, di seluruh Lautan Hindi dari barat pulau Sumatera Indonesia di barat Australia.
"Andaian sekarang ialah ia pergi ke arah selatan, dan ke hujung koridor selatan itu," kata sumber yang rapat dengan penyiasatan itu kepada Reuters.
Pandangan itu adalah berdasarkan ketiadaan tanda daripada negara di sepanjang koridor utara bahawa pesawat memasuki ruang udara mereka, dan kegagalan untuk mencari kesan bangkai dalam pencarian di bahagian atas koridor selatan. -TMI
JANA PENDAPATAN TAMBAHAN DENGAN MUDAH Jom kawan-kawan...Jana income dengan hanya bermodalkan RM100 Tuan/Puan, drpd kita berfb @ berwechat @ whtsapp tak dapat hasil.. apa kata sambil-sambil tu kita buat income? Saya nak kongsi 1 program tempatan yang boleh buat income sampingan. Tiada tipu muslihat, Tak perlu cari org.. tak perlu beli atau jual barang. Syarat kelayakan: Anda ada fb @ whtsapp @ wechat dan tau guna komputer sikit2. Apa saja termasuk twitter dan laman sosial lain. Anda hanya perlu open link dibawah dan register sebagai member. Lepas tu anda akan dapat link anda sendiri. Apa lagi, anda copy link anda sendiri dan copy ayat-ayat saya ni dan paste kat fb, twitter dan sebagainya. Modal anda dapat semula pada hari pertama lagi bila ada org yg buka link anda dan daftar. Mudahkan? Duit anda akan dimasukkan terus ke bank anda. Hari pertama saja saya sudah peroleh RM350. Memang berbaloi. Klik link di bawah ini. KLIK SINI |
2 ulasan:
menyampah kejap di sini kejap sana. kejap laut sana kejap laut sini..mcm mcm agaknya dia dah pusing satu dunia kot.....
Bersabarlah ini semua adalah dugaan Allah kpd makhluknya yg sombong lagi angkuh dgn menganggap bahawa dunia ini aku yg punya,segala teknoloji yg canggih manggih masih gagal cari benda yg hilang.Pengajaran dari Allah supaya manusia tidak bongkak,takabur,riak dgn sedikit ilmu yg dipinjamkan olehNya,ALLAH MAHA BESAR,ALLAH YANG MAHA MULIA ,ALLAH MAHA BIJAKSANA. EGO,SOMBONG,RIAK,TAKABUR,ANGKUH adalah sifat yg ada Pada ALLAH sebab Dialah Yg Maha Pencipta,Makhluk Manusia tidak selayaknya miliki sifat berkenaan.
Catat Ulasan