20 Mac 2014

Imej Didakwa Pesawat MH370 Ditemui Tersadai Di Lautan


Gambar sebuah pesawat yang kelihatan tersadai di lautan telah dikaitkan dengan misteri kehilangan pesawat milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), MH370.

Akhbar di Taiwan dan portal berita antarabangsa melaporkan gambar tersebut dimuat naik oleh seorang mahasiswa sebuah universiti di Taiwan.

Imej yang jelas menunjukkan sebuah pesawat itu didakwa dirakam menerusi aplikasi Tomnod iaitu sebuah aplikasi peta carian yang digunakan ratusan ribu pengguna internet di seluruh dunia.

Bagaimanapun sehingga kini tiada pihak yang dapat mengesahkan mengenai ketulenan gambar tersebut memandangkan keseluruhan pesawat kelihatan berwarna putih.

Lokasi pesawat tersebut dikesan dikaitkan dengan kawasan ianya dilaporkan hilang dari radar iaitu di perairan Kelantan hingga Vietnam.

Media antarabangsa mengukuhkan dakwaan mengenai imej pesawat itu mungkin benar-benar berada di lokasi tersebut dengan mengaitkan laporan polis yang dibuat oleh sembilan nelayan di Kelantan yang mendakwa terdengar bunyi enjin kapal terbang selain ternampak cahaya lampu pada pagi 8 Mac. -mstar

ULASAN GB

Belum ada pengesahan, tetapi nampaknya lebih hampir kepada kebenaran daripada satu lagi laporan yang disiarkan oleh akhbar the Hindu yang menyatakan seorang penganalisis IT India menemui imej satelit menunjukkan sebuah pesawat besar terbang rendah di Kepulauan Andaman pada 8 Mac, pada hari pesawat Malaysia Airlines hilang semasa dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL ke Beijing.

Penemuan imej satelit bahawa pesawat itu tersadai di lautan menunjukkan bahawa ia berada di tempat ia hilang dari radar iaitu di perairan Kelantan hingga Vietnam.

Ia juga selari dengan pelbagai petunjuk sebelum ini iaitu:

KOTA BHARU - Polis Kelantan menerima empat laporan daripada orang awam berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 pada Sabtu lepas.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, laporan tersebut dibuat dari 9 Mac hingga semalam yang mendakwa mereka ternampak sebuah pesawat melalui beberapa lokasi, disyaki pesawat berkenaan.

"Kita menyiasat kes ini mengikut Seksyen 112 Akta Keterangan 1950 dan memanggil mereka untuk menunjukkan lokasi, serta membuat beberapa ujian untuk mendapatkan fakta yang boleh menyokong laporan mereka," katanya.


Dan satu lagi laporan sebelum ini iaitu:

orang pekerja pelantar minyak New Zealand mendakwa melihat sebuah pesawat terbakar dan terjunam, dan percaya objek tersebut adalah pesawat MH370 yang hilang.

Maklumat itu didedahkan wartawan Australia, selepas mendapat surat yang dikirim Michael Mckay.

Mckay adalah pekerja pelantar minyak di Sonha Mercur, Tenggara Vietnam.

Dalam suratnya dia mendakwa pesawat yang dilihatnya adalah MH370.

Ini adalah berdasarkan waktu pesawat itu dilaporkan hilang.

Pesawat itu dilihat dari kawasan pelantar minyak di kedudukan 8.9 darjah utara dan 108 darjah timur.


Selain itu, blog GB juga semalam menedahkan pasangan suami isteri di Bogor yang mendapat petujuk selepas solat tahajjud yang menyebutkan pesawat berada di titik berikut (Latitud Utara 7 darjah 47'47.90" Longitud Timur 105 darjah 13'39.59" Elev -30m. Ketinggian mata 5 m. Atau berada di sekitar selatan ibukota Vietnam, Ho Chi Minh. Bererti imej berkenaan menepati kedudukan yang disebutkannya. Klik SINI

Anehnya, sehingga kini, mengapa tiada siasatan dilakukan ke dasar laut di kawasan tersebut? Di cari cuma di permukaaan laut... mana nak jumpa...

Semuga Allah mempermudahkan urusan penemuan pesawat MH370 yang hilang ini disamping mendedahkan kebenaran apakah yang sebenar-benarnya yang telah berlaku yang menyebabkan pesawat demikian "hilang" secara tiba-tiba.





IKLAN BERBAYAR


JANA PENDAPATAN TAMBAHAN DENGAN MUDAH

Jom kawan-kawan...Jana income dengan hanya bermodalkan RM100 Tuan/Puan, drpd kita berfb @ berwechat @ whtsapp tak dapat hasil.. apa kata sambil-sambil tu kita buat income? Saya nak kongsi 1 program tempatan yang boleh buat income sampingan.

Tiada tipu muslihat, Tak perlu cari org.. tak perlu beli atau jual barang. Syarat kelayakan: Anda ada fb @ whtsapp @ wechat dan tau guna komputer sikit2. Apa saja termasuk twitter dan laman sosial lain. Anda hanya perlu open link dibawah dan register sebagai member. Lepas tu anda akan dapat link anda sendiri. Apa lagi, anda copy link anda sendiri dan copy ayat-ayat saya ni dan paste kat fb, twitter dan sebagainya. Modal anda dapat semula pada hari pertama lagi bila ada org yg buka link anda dan daftar. Mudahkan? Duit anda akan dimasukkan terus ke bank anda. Hari pertama saja saya sudah peroleh RM350. Memang berbaloi. Klik link di bawah ini.


KLIK SINI


3 ulasan:

BaDiN berkata...

Malangnya Pencarian di Sekitar Laut China Selatan sudah ditamatkan oleh Rejim Najib Altantuya tak mungkin ianya akan disambung semula sebab malu jika dilakukan semula.Kena tubuhkan satu Pasukan Pakar Selam sebagai Alternatif dalam pencarian MH370 berpandukan maklumat dari yg GB sebutkan itu.Mungkin benar atau sebaliknya tetapi usaha mesti diteruskan melalui cara lain.In Sha Allah.

Tanpa Nama berkata...

agak nya betul andaian ,halau pi pantai barat biar semua kargo di ambil olih mereka yang merancang lepas tu baru pi heboh dah jumpa kat situ.

Tanpa Nama berkata...

Adakah ada kemungkinan imej objek (kapal terbang)boleh di tokok tambah atau di edit? kalau persoalan saya ini salah minta dibetulkan. terima kasih.