7 Mac 2014

[TERKINI] Anwar Didapati Bersalah!

Seperti sudah dijangka, hakim Mahkamah rayuan petang ini mendapati Anwar bersalah.

Hakim Balia Yusof berkata ia adalah keputusan sebulat suara panel hakim, demikian lapor malaysiakini.

Hakim Balia berkata pendakwaan mendapati hakim membuat kesilapan dalam keputusannya.

“Hakim membuat tafsiran salah berhubung integriti sampel. Beliau memutuskan bahawa beg plastik HKL telah diganggu.

“Kami meneliti bukti oleh IO Jude Blacious, apa yang dia buat adalah memotong bahagian bawah plastik dan memasukkan bekas itu kedalam setiap sampul.

"Gangguan itu pada beg plastik dan bukannya bahan bukti. Materi sampel tersebut masih utuh dan tidak menjejaskan sampel.

Katanya, hakim berkenaan menyimpulkan bahawa gangguan itu hanya ke atas beg plastik, dan telah memeriksa alasan penghakiman berkenaan.

“Kami mendapati hakim tiada alasan untuk menyimpang dari dapatan awalnya (ketika memerintah membela diri).”

Tambahnya, hakim itu juga membuat kesilapan dalam mendengar kenyataan pakar asing.

“Kami membenarkan rayuan dan mendapati (tertuduh) bersalah atas pertuduhan”.

Peguam Karpal Singh telah memohon mitigasi tetapi dibantah oleh Shafee dengan menyatakan rayuan telah tertangguh.

Karpal menyelar kenyataan Shafee, sekiranya Shafee berada di pihaknya, beliau akan meminta agar rayuan untuk mengurangkan hukuman itu dijalankan pada hari lain.

“Dia bercakap dengan lidah bercabang dan sebab itulah DPP upahan tidak harus dilantik,” katanya.

Kemudian hakim Balia berkata, “Kami akan memberi masa dan kembali dalam tempoh satu jam.”

Anwar bangun dan berkata, “Kita jalankan (mitigasi) sekarang.”

Anwar turut menyatakan kejadian pada 1998 kini berulang apabila mahkamah juga mendapati beliau bersalah pada jam 5 petang.

"Ia berulang lagi, mereka mahu letak saya dalam lokap, sebab itulah mereka tidak mahu teruskan dengan mitigasi," katanya. ULASAN GB

Mengapa GB menyatakan ia sudah dijangka?

Kerana beberapa faktor sebelum proses rayuan bermula menunjukkan bahawa Anwar akan didapati bersalah.

Pertama, tarikh pilihanraya kecil Kajang terlalu lambat, bererti ada usaha lain yang sedang diatur oleh kerajaan UMNO BN bagi mempastikan Anwar tidak boleh bertanding.

Kedua, hanya sehari sebelum rayuan bermula, Mahkamah Persekutuan telah membenarkan bantahan yang dikemukakan pihak pendakwaan untuk memanggil semula bekas pegawai penyiasat, Jude Bilacious Pereira sebagai saksi utama dalam rayuan kes liwat.

Ketiga, keputusan Mahkamah Rayuan 3 Mac menolak permohonan Anwar Ibrahim untuk membatalkan peguam Umno, Shafee Abdullah daripada menjadi pendakwaraya dalam rayuan kerajaan berhubung kes Fitnah 2. Anehnya pada ketika hakim seperti telah menjatuhkan hukuman kepada Anwar kerana menurutnya Anwar sengaja melambatkan proses rayuan Kerajaan.

Tidak mengapa. sekalipun kemungkinan Anwar tidak dapat bertanding di Kajang namun, seperti kejadian pemenjaraan Anwar kali pertama dulu, rakyat akan tetap bangun menentang kezaliman UMNO BN. Simpati besar terhadap Anwar akan menaikkan semangat seluruh rakyat bagi mempastikan rejim UMNO BN ditumbangkan bukan saja di Kajang malah diseluruh negara.

17 ulasan:

zab berkata...

Di akhir zaman, Dajjal akan berkata sesiapa yang mengikutnya akan diberi syurga dan siapa yang menentangnya akan diberi neraka.

Ingatlah, dunia adalah neraka dan penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi mereka yang ingkar.

Ketikamana saya menjadi marah semasa peristiwa 1998, begitulah juga saya marah pada hari ini. Namun kata-kata di atas tetap menjadi sumber kekuatan bagi menempuh cabaran hari ini.

Saya mendoakan Allah memberikan keadilan-Nya kepada mereka yang tertindas dan teraniaya, dan memberikan penghukuman yang keras kepada mereka yang zalim.

Tanpa Nama berkata...

Lawan tetap Lawan............

Pakcu Rantau Panjang. berkata...

Pakcu tak berani komen apa yang mahkamah putuskan kerana bidang Pakcu dalam undang-undang terlalu cetek.

Kadangkala kemenangan dalam perbicaraan tak semesti memihak disebelah "orang " yang kita sokong saja hinggakan berbagai persepsi dibuat dan terasa keputusan mahkamah diragui. Begitulah apa yang terjadi bila apa yang kita harapkan tidak menjadi....

Apa pun terpulanglah kepada siapa saja yang ingin membuat persepsi dari keputusan yang telah dimuktamadkan itu..cuma bagi Pakcu sahih atau tidak Mahkamah dunia maka ia tetap boleh dipersoalkan melainkan apa yang yang akan diputuskan di Mahkamah Illahi tiada siapa yang dapat diogehkan.

Langkah terbaik jika kita rasa kita tidak bersalah maka buat lah pengakuan melalui " sumpah dan junjung Al-Quraan " sekurang-kurangnya kita telah berani membuktikan melalui kelemahan yang kita ada.....sudikah DSAI berbuat demikian ?. Terserah...walahualam.

BaDiN berkata...

Keputusan sdh ditakdirkan TETAPI jamaah tetap utuh dgn menyatakan Umnoo tidak ada masa depan lagi untuk bangun dgn cemerlang.Kini tibalah masanya PR harus mencari pengganti siapakah Pengerusi PR atau Pemangku Pengerusinya.Nafas umnoo kembali segar setelah kejayaannya melokapkan kembali DSAI.Perjuangan masih panjang yg terbentang di depan untuk menjatuhkan Rejim BN.LAWAN TETAP LAWAN.

Unknown berkata...

say trtunggu-tunggu kputusan ini dan akhirnya terurai jua..walaupun berasa amat kecewa kite haruslah redha dgn qada dn qadha Allah S.W.T..wahai org yg zalim ini bukn kemenangan..tunggu dan lihat kebangkitan kami..

LAWAN TETAP LAWAN

Tanpa Nama berkata...

Apb kita bnar2 PASRAH @ SURRENDER @ ISLAMkan sbnr2 BENAR diri kita hanya se nya kpd ALLAH shj dgn smutlak2nya..kita akan mnjd sgt2 diPEKAkan-NYA dan sgt2 kritis keatas prinsip-NILAI2-NYA shj..

--NILAI merit-INTGRITY-trnsprency
--NILAI undang2/khakiman-kudusSuci
--NILAI pndidikan-etika-moral tggi
--NILAI ekonomi-telus-adil/harmoni
--NILAI sosial yg brpaksikn 'LOVE' "ummatan-WAHIDAH" as A big family
--NILAI yg'ZERO-TIADA-TIADA pntingkanDIRI

Apb TIADA..TIADA..TIADA lagi yg pentingkanDIRI krn HARTA-KUASA darjat @ GLAMOR,, itulah sbnr2 BENAR erti HAKIKI "surrender-PASRAH-ISLAM" disisi TUHAN..

Apb ZERO..TIADA..TIADA lagi pentingkanDIRI..yg ada..ada..ada.. hanyalah maha7penting-ILAHI.. yg maha7penting cuma dan hanya se nya NILAI2-ILAHI shj semata2!

Adakah lagi Hakim2 dinegara ini.. hatta yg digelar ustaz2 dan yg seronok pula dgn gelaran ulamak2 yg bnar2 ZERO-TIADA-TIADA-TIADA-TIADA pentingkanDIRI???

Tanpa Nama berkata...

There are three side to a story,
My version,
Your version and
The truth.

Tanpa Nama berkata...

menjawab ulasan Pakcu Rantau Panjang...

Kalau dah pengetahuan tu cetek..blaja laa..jgn jadi bodoh..Allah suruh kita belajar..bacalah dengan nama tuhanmu..bende mudah sahaja..xde penetration..mcm mana boleh terjadi kejadian liwat tu..pastu tgk lagi riaksi saiful selepas mengaku diliwat..boleh pulak hidang kopi dgn karipap..hari keberapa br die pergi report polis..baca baca baca..jangan jd bodoh..Al quran tok dibaca..difahami..dihayati..diamalkan..bukan dijunjung buat sumpah..bodohhh

Pakcu Rantau Panjang. berkata...

Maaflah Pakcu masuk mencelah untuk memberi pencerahan pada yang sudi komen pada pendapat Pakcu diatas.

Sememangnya Al-Quraan untuk dibaca dan dihayati lantaran itulah jika kita rasa teraniaya dan dizalimi dan sudah tiada bukti dunia yang menyembelahi kita maka sebagai langkah terakhir yang pernah dibuat oleh ulamak pentingnya "bersumpah" untuk membuktikan kebenaran yang hakiki .Adalah kewajaran yang tak perlu disembunyikan jika kita dipihak benar. Jadi saya harap "tuan yang cerdik" dan pandai membaca Quraan tentu lebih arif dari saya untuk tujuan tersebut - Terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

ingatkan mat said yang pi tengok penguin saja yang suka dengan sumpah junjung quran ????..

Tanpa Nama berkata...

Sumpah dgn quran hy diguna utk mepertahanksn diri istri @suami bila dituduh curang..dan tiada saksi lain..kalu gitu pengedar dadah pun bleh bersumpah sbb bakal kene gantung..kes ni dah ade kecelaruan dr awal

Tanpa Nama berkata...

Itulah PR. Ghairah mewar-warkan terlalu awal nama DS Anwar akan bertanding di Kajang. Mereka boleh lakukan apa saja rancangan menyusun strategi dan melengah2kan masa utk mendapat ruang yg mencukupi. Jelas tak cerdik dan tak tau baca sifir.

Tanpa Nama berkata...

sumpah junjung alquran bukan ajaran islam..ia nya cara kristian..tolong jgn sebarkn bidaah..

Pakcu Rantau Panjang. berkata...

Kalau dah otak bergeliga sampai pengedar dadah nak diseret dengan bersumpah dengan Al-Quraan dan disamakan dengan ajaran Kristian nampak benar penyokong PR ni dah taksub buta tuli...kata pandai sangat..tulaaa....kata berani sangat nak demo gegarkan dunia..nak bersumpah junjung Al-Quraan untuk menyatakan kebenaran pun dah takut....apa lagi diakhirat ...buat macam Saiful habis cerita ..Pakcu tunggu..kalau DSAI jadi buat, Pakcu sedia kerah anak buah Pakcu ikut sama demo dan bertepik dijalanan ..Al-Quraan bukan boleh dibuat main-main. T.Kasih.

Tanpa Nama berkata...

in response to Pakcu Rantau Panjang:

Jenis ular air. Nak tunjuk pandai tapi nyata tak cerdik.

Tanpa Nama berkata...

in response to Pakcu Rantau Panjang:

Jenis ular air. Nak tunjuk pandai tapi nyata tak cerdik.

Tanpa Nama berkata...

DAJJAL ALMASIKH dan MAKHLOK PEROSAK YAKJOD MAKJOD ada dimana2... Biarkan dulu mereka berebot2 bina tembok2 kukoh ego sombong lantas nafsu serakah bermaharaja-lela. Sejarah mengajar kita, tapi mata manusia banyak yg buta, kerana membabi buta, mengikut telunjuk Dajjal sebelah matanya ^_* memang telah buta. Mereka yg salah guna kuasa, zalim menganiaya sesama manusia, pendusta, tamak haloba kompol harta dsbnya, lambat laun pasti akan porak peranda binasa....

Tunggulah Sang Penguasa Zulkarnaen akan mengadili menghukum menyeksa mereka dgn seksaan yg pedeh, hahaha... sebelum mereka dihantar kelobang Neraka. Tembok kukoh yg mereka bina sangkaan mereka bisa bertahan kekal selama2nya. Tohan Maha Kuasa, tunggu dan lehat setiap yg baru lagi batil itu akhirnya pasti akan berkubor binasa. Kapan tembok mereka mereput rapoh runtoh ngak sempat lari lalu menimpak kepala, hahaha... koq dikala itu baru mereka sedar =_= ^_* =_= baru padan muka....