6 Mac 2014

[BERGAMBAR] YB PAS Kantoi, Ingat Nak Menyamar & Berselindung, Tetapi Dikenali Juga...


Walaupun berselindung disebalik topeng ketika mengedarkan topeng2 muka kpd ribuan pelajar disekolah rendah di Meru, Yb Meru hairan bagaimana mereka boleh mengenali beliau...

Sambil menjerit nama Yb Dr Rani, mereka berebut menerima topeng muka sambil mengucap terima kasih dan thank you !!

Jerebu yg melanda adalah peringatan Allah kpd makhluk Nya agar merenung kembali kesilapan dan dosa yg telah mereka lakukan terhadap Allah dan insan yg lain....



ULASAN GB

Dalam ramai-ramai YB yang PAS pernah lahirkan, YB Meru ini, Dr.Abdul Rani Osman namanya, merupakan salah seorang YB ynag GB suka selain daripada seorang lagi rakan GB, YB PAS di pantai timur yang sering berkunjung ke rumah-rumah orang miskin tanpa diketahui sesiapa untuk memberikan bantuan peribadinya, mencontohi peribadi Umar AL-Khattab yang memikul gandum untuk rakyatnya yang merebus batu di tengah malam. YB Terengganu ini tak bagitahu GB, tapi rakyat yang pernah dikunjunginya yang bagitahu sewaktu GB singgah di sebuah surau di sana.

Berbalik kepada ADUN Meru ni, kecemerlangan Dr. Abd Rani sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor tetap dikenang. Semasa menyusun jawatankuasanya dulu, beliau tidak meminggirkan mana-mana kumpulan, sehinggalah PAS Selangor mencipta sejarahnya di Selangor di dalam PRU13 yang lalu dimana PAS mampu menambah kerusi daripada 8 kepada 15 kerusi.

Tapi sayang... beliau hanya memegang jawatan PJ cuma sepenggal.

Teruskan berkhidmat dengan cemerlang YB!

Dr Rani disenangi bukan Melayu walau perjuang politik Islam


DR ABDUL RANI OSMAN menempuh pelbagai cabaran sejak terpilih sebagai wakil rakyat Meru pada 2008 tetapi beliau menjadikannya sebagai penguat semangat untuk terus berjuang demi perubahan politik.

Pembabitan Pesuruhjaya PAS Selangor itu dalam politik menerusi PAS sejak 1999 bukan untuk mengangkat diri tetapi menjurus kepada memperjuang politik berlandas Islam.

“Saya masuk PAS, sertai politik bukan untuk jadi calon, tidak pernah terfikirpun. Perjuangan menegakkan Islam itu menyeluruh dan bukan setakat sembahyang.

“Ia merangkumi seluruh aspek kehidupan dan pentadbiran serta perlu dipraktikkan pemimpin demi kemakmuran rakyat,” katanya yang pernah tewas pada pilihan raya pada 2004 di DUN Meru,

Biarpun menghadapi masalah di peringkat awal sebagai Adun tetapi beliau cekal dan terus mencurah khidmat bakti tanpa mengira bangsa dan agama.

Beliau gembira lantaran segenap lapisan masyarakat di DUN Meru menerima kehadirannya dengan baik termasuk dari pemimpin dan penyokong parti lawan.

“Orang Cina dan India juga begitu dengan saya pernah diundang ke rumah ibadah mereka dan berbicara soal agama dengan baik,” katanya.

Selaku Adun, Dr Rani mengenal pasti banjir sebagai antara masalah utama di DUN Meru tetapi yakin, lebih 70 peratus masalah banjir dapat diatasi melalui pelbagai usaha sejak lima tahun lalu.

Beliau berterima kasih kepada Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor yang berusaha memastikan banjir dapat ditangani dengan berkesan.

“Antaranya menaik taraf longkang dan parit serta membina saliran konkrit melibatkan perumahan awam dan kawasan komersial,” katanya.

Selain itu, masalah jalan raya berlubang dan tidak rata di kebanyakan kampung juga diselesaikan melalui pelbagai kerja baik pulih.

Dalam membangunkan ekonomi rakyat pula, Dr Rani mendapati program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) banyak memberi manfaat kepada rakyat yang selama ini tidak diabai kerajaan BN.

“Mereka menikmati pelbagai skim seperti Pusat Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS), Skim Usia Mesra Emas (SMUE), Skim Kesihatan Wanita dan banyak lagi.

PTRS bukan setakat orang Melayu tetapi Cina, India dan bangsa lain juga turut serta kerana mereka juga bukan dari keluarga yang berkemampuan.

“Begitu juga Jom Shopping, ramai peserta SMUE gembira kerana sebelum ini mereka tidak pernah mendapat kemudahan macam ini,” katanya.

Dr Rani menyifatkan pendekatan Kerajaan Negeri pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim itu wajar dipuji kerana rakyat memerlukan pemerintah yang mengutamakan rakyat.

Beliau berpendapat program seperti itu sepatutnya diperkenal lama dulu – ketika BN masih memegang tampok pemerintahan di Selangor.

Sungguh sibuk berbakti dan sukar memperuntuk masa bersama keluarga, Dr Rani Osman tidak menganggap ia sebagai penghalang, bahkan ia mengerat lagi hubungan antara mereka.

“Saya akui berubah sangat-sangat bila bergelar wakil rakyat. Sekarang jarang dapat bersama keluarga kerana masa banyak dihabiskan di luar.

“Sungguhpun begitu, sokongan terutama isteri serta anak dan adik beradik menguatkan saya untuk terus menjalankan amanah rakyat,” katanya.

Jika berkesempatan meluangkan masa bersama keluarga, Dr Rani akan membawa mereka menikmati hidangan bersama-sama selain berkongsi kisah menarik.

“Dulu saya aktif dalam badminton dan bola sepak. Saya memang bagus dalam permainan bola sepak dan pernah mewakili universiti ketika di Mesir.

“Dengan anak-anak pula, saya gemar bermain ping pong untuk menguji kebolehan masing-masing,” katanya kini banyak menghabiskan masa terluang dengan membaca.

BIODATA

Umor : 55 Tahun
Tarikh Lahir : 14 April 1958
Tempat Lahir : Pelabuhan Kelang, Klang.
Kelulusan : M.B.Ch.B. (Ijazah Dalam Bidang Perubatan) Universiti Tanta, Mesir.
Keluarga : berumahtangga dan mempunyai lima anak, seorang menantu dan seorang cucu.

Pengalaman bekerja :

- Pernah bertugas di Hospital Besar Kuala Lumpur, Hospital Umum Sarawak dan Pusat Kesihatan Kecil Puchong, Selangor.
- Pernah mengetuai Rombongan Perubatan Jemaah Haji Malaysia di Madinah Saudi Arabia.
- Kini bertugas di klinik persendirian, Klinik Fitrah, Meru.

Jawatan Politik :

- Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru
- Mantan Pesuruhjaya Pas Selangor
-selangorku


9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sayapon sayang yb yg mcm ni

Tanpa Nama berkata...

YB ni tak ada kabel Tenganu tak macam PJ Wilayah. Dah habis stim pun dilantik lagi.

Tanpa Nama berkata...

abang saya duduk di Kelang klau sakit ada datang ke klinik Yb ni dia kata Yb ni seorang yang menyenangkan dan ramah apabila merawatnya..

Tanpa Nama berkata...

Dr Rani adalah harapan PAS Selangor.
Kepada pimpinan PAS Pusat tolong jangan TERLEPAS pandang Dr Rani.
gandingan beliau dgn 3 lagi Dr PAS di Sijangkang, Kota Raja dan Selat Kelang perlukan sokongan PAS Pusat.
Dr rani tidak gila nak jadi Exco walaupun dia lebih senior dalam DUN Selangor.
Apa kata beri ruang utk Dr Rani memimpin di peringkat PAS Pusat pula?

Tanpa Nama berkata...

Betul tu.. Selain dr Dr. Rani.. Dr. Halimah jg sgt disenangi... Cuma skrg Dr. Halimah sibuk sbgi exco... Tp suami Dr. Halimah.. Dr. Ahmad jg seorg Dr. yang sgt baik... Peramah dan sering beri info2 kesihatan kpd pesakit2nya.. Syabas ...

Tanpa Nama berkata...

Bukan macam hasan ali dan zaid yang gika kuasa

Tanpa Nama berkata...

YB2 pas n pr yg lain mesti mencontohi beliau. baru betol yb namanya. maaf ckp lah, ada jgk segelintir yb2 dlm pas n pr yg bila dah menang senyap mcm 2 ja..

Tanpa Nama berkata...

Contohi kepimpinan TGNA, UMAR ABD AZIZ, ada pemimpin Pas lebih buruk perangai dari pemimpin UMNO

kaki tampar lembu berkata...

alhamdullilah...tidak sama dijhor yg dipimpin oleh Buntot dn otak lembu umNO semasa DR RAMLI KARI jd adun senggarang....telah dinafi
hak sebagai ADUN...tidak dibenarkn
menghadiri@rasmi sebarang majlis spt pibg,sukan,khidmat masyrakat dn sebagainya...kerana akan dikena
kn tindakan LEMBU2...Ketua cawangn
umnobu lebih HEBAT dn berkuasa.