22 Feb 2014

Tindakan Zalim KPM Ke Atas Cikgu Mohd Nor Dikecam

Bantah PBS: Cikgu Mohd Nor diarah tukar sekolah

KUALA LUMPUR: Pengerusi Penaja Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) Mohd Nor Izzat Mohd Johari (gambar) diarah bertukar sekolah serta merta berkuatkuasa pada 17 Februari lalu.

Beliau yang merupakan guru di sebuah sekolah di Jerantut memaklumkan telah mendapat surat pertukaran sekolah daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), semalam.

"Saya diarah bertukar ke sebuah sekolah di luar Jerantut, di daerah lain," katanya.

Namun katanya, pihak JPN tidak pula menyatakan sebab utama pertukaran sekolah berlaku.

Namun, Izzat melahirkan rasa kecewa apabila hari ini terbukti Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menggunakan kuasa diluar batasan mereka dalam usaha mematahkan semangat guru untuk mendidik anak bangsa dengan acuan yang betul.

"Saya tonggak utama bagi usaha memansuhkan PBS setelah mendapati sistem ini sangat merugikan masa dan tenaga.

"Walaupun pihak KPM hendak kenakan tindakan biarlah pada saya seorang jangan pada guru-guru lain, anggaplah ini yang terakhir pihak kementerian buat sesuka hati mereka," katanya kepada Harakahdaily.

Justeru, beliau merayu kepada semua guru agar jangan takut dan jangan patah semangat kerana mereka berada di pihak yang benar.

"Saya mohon guru-guru sama-sama menyatakan kesepakatan kita demi masa depan anak murid kita. Himpunan 222 akan tetap diteruskan esok," katanya.

Sebelum ini Izzat telan mendapat surat peringatan pertama daripada Pejabat Pendidikan Daerah berikutan, Himpunan 222 yang akan diadakan esok di Masjid Al Hasanah, Bandar Baru Bangi.


Tarik semula arahan pindah sekolah Pengerusi Bantah SPPBS


Jingga13 menyelar tindakan drastik dan zalim Kementerian Pelajaran Malaysia mengarahkan pengerusi penaja Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) Mohd Nor Izzat Mohd Johari ditukar sekolah berkuatkuasa 17 Februari lalu.

Penyelaras Jingga 13, Fariz Musa berkata, tindakan tindakan dilakukan Cikgu Mohd Nor Izzat dan SGMM hanya bagi menyatakan bantahan demi kepentingan profesion perguruan dan mutu pendidikan negara

“Jingga 13 Malaysia mendesak KPM khususnya Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyidin Yassin menarik balik tindakan zalim tersebut dan menghentikan tindakan menakut-nakut dan mengugut para guru dengan cara tindakan yang diambil terhadap hadap Cikgu Mohd Nor Izzat

“KPM sewajarnya bertindak profesional dan tidak tunduk pada mana pihak khususnya Umno,” kata Fariz dalam kenyataannya kepada Keadilandaily.

Tindakan drastik ini dibuat oleh KPM dipercayai ekoran kelantangan Mohd Nor Izzat selaku Pengerusi Penaja SGMM mengkritik dan menentang sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bermula pada tahun 2011

Kata Fariz, sistem PBS mempunyai banyak kelemahan ternyata gagal serta memberikan impak negatif kepada para guru dan murid-murid

Himpunan 222 yang dianjurkan SGMM bersama NGO diadakan hari ini di Masjid Al Hasanah, Bandar Baru Bangi selepas solat Zohor.



Putrajaya tidak boleh ditegur, guru kritik PBS ditukar ke pedalaman

Tindakan memindahkan seorang guru yang mengkritik sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ke sebuah sekolah pedalaman di Pahang menunjukkan Putrajaya gagal menerima pandangan penjawat awam.

Walaupun arahan pemindahannya diterima secara mengejut, Mohd Nor Izzat Mohd Johari, 29, enggan tunduk dan akan meneruskan bantahan terhadap PBS.

Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) yang dipimpin Nor Izzat sebelum ini merancang untuk mengadakan perhimpunan di masjid Bandar Baru Bangi sebelum memulakan bantahan.

Nor Izzat yang digelar “guru setahun jagung” oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkata, pertukaran itu membuktikan KPM menggunakan ‘kuasa’ yang diberikan kepadanya untuk mendiamkan pengkritik.

Katanya, kawan baiknya Mohd Zulkefli Seman yang mengajar di sekolah sama di Jerantut turut menerima surat pertukaran pada pagi Jumaat.

Nor Izzat berkata, Zulkefli bukanlah ahli SGMM tetapi menemaninya menemui Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh tahun lalu.

“SGMM menghantar permintaan bertulis bagi menemui Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya.

SGMM pada Disember dijemput untuk berbincang bersama Idris berhubung PBS dan Nor Izzat berkata KPM berjanji untuk mengatasi kelemahan pada sistem tersebut.

Namun janji KPM itu tidak ditunaikan dan SGMM merancang untuk mengadakan perhimpunan itu pada hari ini.

“Kami tidak mahu Putrajaya mengkaji semula PBS, kami mahu ia dimansuhkan. Surat pertukaran jelas satu percubaan untuk menggagalkan perhimpunan ini.

“Jika prosedur sebenar diikuti daripada segi peraturan disiplin, terdapat beberapa langkah lain sebelum surat perpindahan dikeluarkan,” katanya.

Guru Pendidikan Seni itu terkejut apabila menerima surat pertukaran itu dan beliau sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang.

Berhubung gelaran “setahun jagung” yang diberikan KPM, Nor Izzat berkata, gelaran itu diberikan kerana dirinya terlalu banyak membuat aduan.

“Malah guru yang mempunyai 30 tahun pengalaman sekali pun tidak sebising saya,” katanya.

Biarpun berada di kawasan luar bandar, Nor Izzat seorang yang lantang mengkritik PBS kerana yakin berada di landasan yang benar.

“Saya tidak fikir kerjaya saya dalam bidang perguruan akan berakhir akibat pertukaran itu. Saya mahu membaiki sistem PBS.

“Tidak adil jika KPM menyingkirkan saya kerana ada perkara yang tidak kena dengan sistem itu,” katanya.

The Malaysian Insider sebelum ini melaporkan guru dan pengurusan sekolah yang mendapati sukar untuk melaksanakan PBS kembali kepada sistem peperiksaan.

Ini menjadikan kebanyakan sekolah mengamalkan dua sistem iaitu pada pemukaannya menggunakan PBS untuk menyenangkan Putrajaya dan satu lagi menggunakan kaedah peperiksaan bagi mengukur prestasi murid.

Nor Izzat berkata, walaupun PBS baik di bawah sistem negara maju tetapi ia tidak boleh dilaksanakan dengan baik di Malaysia serta tidak menepati kehendak tempatan.

Masalah berhubung PBS menjadikan sekumpulan guru menbentuk laman Facebook yang dipanggil "Kami mahu PBS dimansuhkan" pada Oktober tahun lalu.
-TMI


21 ulasan:

Anti Fitnah berkata...

PBS boleh dimansuhkan dengan menurunkan KERAjaan BN. Kalau tidak, ibarat anjing menyalak bukit sahaja. Ikut peribahasa cina, "menyanyi berdepan dengan lembu". Kau pasti lembu tu dengar atau tidak?
Islam dah berpesan dah. Setiap bidang kerja mesti dirujuk kepada yang ahlinya. Ini tidak, yang lembu pun boleh buat keputusan dalam dasar. Lihat saja pegawai tinggi di atas, kebanyakan naik atas dasar lembu. Jahanamlah negara kita kalau tidak menghalau lembu keluar daripada dewan agar depa boleh diletak balik ke dalam kandang depa tu.
Kepada cikgu Mohd Nor Izzat, bersabarlah sebab kawan aku yang juga seorang guru, ditukar beberapa kali atas dasar dia penyokong PAS. Dia mohon pencen pada usia 55 tahun.

zena arab berkata...

Walaupun cikgu Mohd Nor Izzat bukan tentera tapi keberanian mu tetap menjadi contoh kpd yg lain. Tunggulah berita gembira kpd yg bersabar.

Tanpa Nama berkata...

inilah contoh golongan yang tak boleh terima teguran dan kritikan.. merasakan keputusan tu sentiasa betul dan tak boleh dipertikaikan...
kalau tegur, kena amek tindakan..
Apa pon tak boleh.

Tanpa Nama berkata...

Jangan rasa hampa, cikgu. Saya mengalami nasib yang sama seperti cikgu dan ditukar ke sebuah sekolah yang jauhnya 101 km dari rumah saya. Saya terpaksa berulang-alik sejauh 202 km setiap hari dan ini belum lagi mengambil kira tol yang perlu saya bayar.

Anggapkan ini sebagai satu dugaan dan mungkin ini petua dari Tuhan untuk kita memikirkan hala tuju kita di masa depan.

Saya letak jawatan pada tahun 2000 dan kini gaji saya 4 kali ganda berbanding gaji sebelum ini.

Kerana pengetua, PPD dan pengarah pendidikan negeri yang zalim, kini saya lebih bahagia dan selesa dengan status kewangan saya.

Tanpa Nama berkata...

Sudah lama dan ramai cikgu yg ditukar kerana mengkritik kerajaan...kerajaan kita hari mungkin bertaraf dunia dan terlalu perfect tiada langsung kesalahan...mungkin langsung tidak dijilat api neraka dan boleh masuk syurga tanpa hisab...mereka semua menghampiri kejadian malaikat langsung tiada dosa...buat cikgu berhentilah melawan melawan...ada baiknya cikgu jaga kesihatan diri,anak dan family yg akan menjaga diri cikgu bila susah dan tua nanti...ikhlaskan diri cikgu mago Allah menukarkan kedurjanaan yg berlaku dgn sesuatu yg lebih baik utk generasi M'sia yg akan datang...InsyaAllah...

Tanpa Nama berkata...

Perlu diketahui bahawa Kementerian Pendidikan adalah saudara kembar UMNO/BN. Contohnya kalau guru nak minta tukar ia akan ditanya nombor ahli UMNO, jika tidak aktif politik. Manakala guru yang jadi ahli dan aktif UMNO mudah sangat naik pangkat dan mengejar "depan rumah". Cepat pula jadi guru besar, pengetua atau jadi pegawai di Pejabat Pendidikan Daerah walaupun semua orang tahu dia ada rekod ponteng, tidak berdisiplin dan tiada sumbangan istimewa kepada pelajar dan sekolah.

Tanpa Nama berkata...

Menteri & Timb. Menteri bagi setiap Kementerian adalah jawatan politik yg datang dan pergi. Mereka adalah pembuat dasar. Manakala KSU dan Ketua Pengarah adalah penjawat awam yg mengetuai kementerian & jabatan sebagai PELAKSANA DASAR terletak dlm komponen Eksekutif.
Apa yg sering menjadi masalah,ketua2 penjawat awam terlalu takut utk membantah arahan politik walau pun mereka tahu dan faham ada sesetengah arahan politik terang2an bercanggah dgn dasar. Mereka inilah punca yg menyebabkan orang politik naik tocang. Mereka sepatutnya melindungi penjawat awam sebagai pelaksana dasar tanpa mempedulikan cubaan mengganggu oleh tangan2 ghaib,selagi ianya tidak bercanggah dgn sistem pentdbiran negara. Sudah berapa lama dan sudah berapa ramai penjawat awam teranlaya gejala kezaliman politik.

Tanpa Nama berkata...

kedangkalan pemerintah dalam bertindak.pertukaran itu satu hukuman dan kepuasan dari pemerintah.tapi hikmah pada yg dizalimi.contoh....banyak cikgu yg ditukar ker hulu banat berjaya melebarkan pengaruh PAS keserata tempat.kebodohan pemerintah adalah rahmat pada kita.

kaki tampar lembu berkata...

ini semua agenda pemimpin2 LEMBU KANGKONG BERHATI BABI....jika guru
cuti tanpa rekod hadir perhimpunan
lembu umno,sekolah mrsm,u,jadi tempat mesyuarat dn pemilihan lembu umno kpm,jpn,ppd jadi LEMBU cium NAJIS B angkai N egara tiada
apa2 tindakan....tp jika adun pembangkang baru jenguk depan sekolah JAGA DN PENTADBIR JADI GILA takut sekolah masjid dipolitikkan..BOOOOOOOOO

Tanpa Nama berkata...

Syabas kita add ramai pejuang2 yg berani Itu lah pejuang2 yg bertakwa Dan mendapat rahmat Allah

azmiemn83 berkata...

Berdoalah...dan ingatlah...doa org2 teraniaya tidak berhijab!!!

Tanpa Nama berkata...

100% benar...

Tanpa Nama berkata...

Kalau tak zalim Dan kejam bukan UMNO BN, semoga Allah hancurkan mereka

Tanpa Nama berkata...

PBS adalah sistem paling bangang yg pernah d hasilkan. Tak malu ke? Dengan prasarana sekolah mcm negara mundur, dengan perkhidmatan internet macam s**L pastu sistem mcm b**i pastu ada hati nak tiru sistem pendidikan negara maju? Satu kelas dgn kadar nisbah 1:35 pastu nak suruh cikgu wat keje mcm hamba abdi semata mata nak ikut telunjuk golongan bangsawan dan konon bijak pandai yg tak dpt terima bahawa anak anak diaorg bodoh. Duit byk hantar anak anak ko orang luar negara. Rakyat marhaen nak kan satu sistem pendidikan yang brmutu dan sistematik. Bukan sistem PBS yang mcm lahanat!
Bersuara sikit d katanya derhaka. Kamu yg di atas derhaka sebab menyalah gunakan kuasa. Hidup mcm tak mati gayanya.

Tanpa Nama berkata...

PBS ADALAH RANCANGAN TERDESAK BN, TANPA PERANCANGAN TELITI SETELAH PPSMI DIHAPUSKAN, ANAK BANGSA JADI MANGSA, MAK BAPAK KAKI YES MEN BN

Tanpa Nama berkata...

Making ramai Melayu berani tentang BN, TAHNIAH

Tanpa Nama berkata...

Ramai ibu bapa Melayu, APA UMNO BUAT SEMUA BETUL, walaupun mereka tak setuju

Tanpa Nama berkata...

Kalau puji PBS, bukan naik pangkat, hanya jadi tukang bodek punggung BN

Tanpa Nama berkata...

PBS dijalankan di sekolah konon nak tingkat mutu pendidikan........ biar guru letih dan lembek..
Tapi mengapa ramai pemimpin menghantar anak ke sekolah swasta atau luar negara...... mengapa tak dihantar ke sekolah kerajaan..

Tanpa Nama berkata...


Inilah perangai Kerajaan yang cukup aku tak berkenan.
Aku dulu pernah jadu guru 16 tahun yang lalu. Masa tu pun dah banyak benda yang membebankan guru. Sekarang ni mesti la lagi teruk.
Tak sampai dua tahun, aku berhenti dan masuk sektor swasta. bukan saja kerja lebih mudah, malah gaji pun lebih banyak dan keselesaan lebih terjamin.
Syabas cikgu izzat, saya menyokong perjuanganmu.

Tanpa Nama berkata...

PBS bertujuan melahirkan Melayu bodoh menjadi pengikut setia UMNO, kalau cerdik jadi penentang UMNO