2 Feb 2014

Kecoh Saja Lebih, Penakut Rupanya Noh Omar Ni...

Noh Omar tidak sertai Forum RTM1 tindakan penakut

SHAH ALAM 1 FEB: Tindakan Ketua Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar tidak menyertai forum bersama Pemuda PAS di RTM1 malam kelmarin menerima kecaman pelbagai pihak yang menganggapnya tindakan penakut.

Forum anjuran RTM itu yang dijadualkan disertai oleh Noh itu hanya disertai bekas Ketua Wira Perkasa merangkap Exco Pemuda Umno, Armand Azha.

Hasilnya dalam forum malam kelmarin, Suhaizan Kaiat terpaksa berdepan dengan tiga yang lain iaitu moderator dan dua lagi penal termasuk Armand.

“Maka sah dan terbuktilah Noh Omar memang takut nak berdebat macam Umno Sabak Bernam bersama pemudanya sekali. Cakap saja lebih buatnya tidak pernah.

“Jika dengan Suhaizan Kayat yang ‘cool’ pun anda tidak berani, bagaimana pula anda nak berdepan ‘gedebe’ Khalid Samad?,” tulis Facebook Dewan Pemuda PAS Sabak Bernam.

Semasa Sinar Harian membatalkan debat beliau dengan Ahli Parlimen Shah Alam, Noh Omar telah datang ke pejabat Sinar Harian dengan marah-marah kerana kononnya beliau sudah bersedia dengan debat itu.

Sementara itu menurut blog,omakkau.blogspot.com, menyatakan sepatutnya masa inilah peluang terbaik Noh untuk mematahkan hujah Ketua Pemuda PAS Pusat itu.

“Cakap kat luar bukan main samseng gedebe berdegar-degar macam nak terbalik dunia ajak Khalid Samad berdebat dalam isu Kalimah Allah.

“Bila Sinar Harian batalkan mengamuk sakan konon dia sudah bersedia. Yang mudah untuk dipulas pun dia (Noh) lari mencicit sampai tidak cukup tanah,” katanya. -selangorku


Noh Omar tidak sertai forum bersama Pemuda PAS di RTM1


Setelah marah-marah kerana debat beliau dengan Khalid Samad dibatalkan oleh Sinar Harian, Datuk Sri Noh Omar tidak menyertai forum dengan Ketua Pemuda PAS malam tadi.

Forum anjuran RTM yang dijadualkan disertai oleh beliau itu hanya disertai bekas Ketua Wira Perkasa merangkap Exco Pemuda Umno, Armand Azha.

Hasilnya dalam forum malam kelmarin, Suhaizan Kaiat terpaksa berdepan dengan tiga yang lain iaitu moderator dan dua lagi penal termasuk Armand.

Semasa Sinar Harian membatalkan debat beliau dengan ahli parlimen Shah Alam, Noh Omar telah datang ke pejabat Sinar Harian dengan marah-marah kerana kononnya beliau sudah bersedia dengan debat itu.

Dalam forum malam kelmarin, Suhaizan membuat penegasan untuk memberikan sokongan penuh kepada calon PKR di Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau mengaku, Pemuda PAS memberikan kenyataan agak keras kerana keliru dengan perletakan jawatan Adun Kajang.

Namun selepas mendapat penjelasan, mereka mengambil keputusan untuk menyokong penuh pencalonan Anwar di situ.

Katanya, semua pihak perlu ingat PAS adalah sebuah parti yang terbuka kepada pandangan dan teguran daripada ahli-ahlinya tetapi akan patuh dan wala' selepas keputusan diambil oleh pucuk pimpinan parti.
- TMI


6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kokok berdegar degar ekor bergelumang najis, kata kata perumpaan orang tua tua sangat relevan dengan yang kuat berkokok tapi tak bertelor.

XUMNO berkata...

Sebuah dunia tahu mangkuk pengecut ni. Cakap aje berdegar2, Pooorraaah.

Amuraria berkata...

ini bukan dah ayam kokok taik di bontot tapi anjing bodo nak tunjuk jaguh salak bukit tak pasal pasal tapi bukit tak runtuh runtuh kah kah kah! ABU !

Tanpa Nama berkata...

Noh ini jangan di cerita lagi lah sebab tiada nilai tambahan ke akal umat manusia sejagat.

Bazir masa saja layan si Bacul Otak Udang.

Tanpa Nama berkata...

Kecut telur pula si Noh Udang beb? Apa mahu takut. Berani kerana benar takut kerana salah. Lu takut makna lu salahlah beb.

Selagi lu takut selagi itulah lu salah dulu kini dan selamanya.

Tanpa Nama berkata...

apa yg beraninya...mulut pon dah mcm itik..