Penghinaan UMNO-BN terhadap orang Melayu jauh lebih buruk – Ariff Sabri
Ahli Parlimen Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz berkata, penghinaan UMNO terhadap orang Melayu jauh lebih buruk berbanding video satira ‘One-derful Malaysia’ yang dihasilkan Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Teresa Kok Suh Sim.
Justeru, beliau mempertikaikan reaksi melampau sesetengah pihak, antaranya Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan yang membuat laporan polis dan mengecam Teresa serta menuduh video itu ‘boleh menggugat keharmonian rakyat’.
“Teresa mengemukakan video yang gambarkan rekod Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan BN dalam bentuk humor dan satira. Kenapa darah Pemuda UMNO nak menggelegak? Penderitaan Melayu akibat dasar UMNO dan BN tidak pula mahu memberontak.
“Rakyat lagi lama dihina dan diperbudakkan. Penoreh getah di kampung di Raub menderita untuk mendapat RM200 sebulan, bil elektrik kediaman rasmi Najib pula RM6,100 sehari dan air RM800 sehari. Mengapa tidak ada laporan polis ke atas pimpinan BN itu dibuat?” katanya.
Beliau merujuk jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim di Parlimen tahun lalu menyatakan jumlah bil elektrik Kompleks Seri Perdana pada 2012 adalah RM2,237,788.13, manakala air RM311,174.25.
Klip video sempena Sambutan Tahun Baru Cina itu mengandungi unsur kritikan secara satira terhadap beberapa isu seperti ekonomi, keselamatan, urus tadbir dan kehidupan pemimpin negara yang mewah.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam dilaporkan berkata, sejumlah 40 laporan polis dibuat ke atas Ahli Parlimen Seputeh itu dan siasatan akan dijalankan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Sehubungan itu, Mohd Ariff Sabri menyifatkan kandungan video klip itu hanya versi ‘lembut’ kepada kemarahan rakyat kepada UMNO dan BN.
“Beliau hasilkan video yang sudah dicuci. Jika kerajaan dengar apa rakyat Raub sebut pasal Najib dan isterinya, pasti mereka akan hantar askar dan polis menangkap rakyat di sana. Ada yang meng’haramjadah’kan dan mencarut kepada Najib,” katanya sinis.
Beliau juga mengecam kenyataan Pemuda UMNO Wilayah, yang memandang kritikan dan mesej video itu daripada sudut perkauman.
“Kenapa semua perlu daripada sudut perkauman? Orang Cina tak boleh kritik Najib dan kerajaan? Orang Melayu bagaimana, tak cukup Melayu (kalau kritik)?
“Saya Melayu dan akan terus kritik kepimpinan Najib. Saya tidak akan benarkan UMNO mendefinisikan keMelayuan saya,” katanya lagi. -Roketkini
Teresa Kok buat laporan polis, gesa UMNO hentikan serangan politik samseng
Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok Suh Sim hari ini membuat laporan di Balai Polis Tun HS Lee terhadap individu tidak bertanggungjawab termasuk pemimpin UMNO yang menyerang dan mengganggunya berhubung klip video Tahun Baru Cina ‘One-derful Malaysia’.
Katanya, laporan itu dibuat supaya serangan tidak berpatutan dengan memutar-belitkan klip video kononnya beliau anti-Melayu dan anti-Islam dihentikan segera.
“Saya menerima banyak panggilan telefon daripada individu tertentu yang tidak dikenali sejak 3 Februari lalu, mulai jam 11.44 malam.
“Bukan saja panggilan malah banyak teks pesanan dan whatsapps yang biadap dan mengancam keselamatan diterimanya, termasuk daripada bekas Ahli Parlimen Ketereh dan ADUN Kok Lanas, Datuk Mohd Alwi Che Ahmad.
“Sebagai warga Malaysia, saya mempunyai hak menghasilkan video satira politik selagi tidak melampau atau bertujuan buruk dan ia merupakan perkara biasa dalam masyarakat kita,” katanya dalam kenyataan, selepas membuat laporan polis.
Naib Pengerusi DAP Kebangsaan itu menegaskan, satira politik hanya satu daripada medium untuk menjangkau masyarakat bagi meluahkan perasaan rakyat.
Katanya lagi, Presiden Majlis Peguam dan pakar perundangan yang dirujuk juga menyatakan bahawa tidak ada langsung unsur menghasut atau fitnah dalam klip video itu.
Sehubungan itu, tindakan Utusan Malaysia, UMNO dan NGO Pro UMNO memutarbelit dan menuduh beliau menghina orang Melayu jelas tidak ada pucuk pangkal dan sengaja direka.
“Sekiranya anda semua meneliti satira itu, tidak ada sebarang mesej menghina atau berniat memperlekeh mana-mana kaum.
“Menteri UMNO termasuk Datuk Seri Shafie Afdal, Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Shabery Chik wajar menghentikan tuduhan terhadap saya. Tonton dulu klip video itu sekali lagi sebelum membuat tuduhan liar.
“Saya juga amat berharap rakyat tidak terperdaya dengan propaganda mainan UMNO dan Utusan ini,” tegasnya.
Turut hadir mengiringi Teresa ialah Ahli Parlimen DAP Serdang, Dr Ong Kian Ming
ULASAN GB
Hanya yang bermentaliti kangkung akan melihat video "One-derful Malaysia" itu dari sudut perkauman sedangkan lansung tiada isu perkauman di dalam video berkenaan.
Yang dikritik di dalam video berkenaan ialah Naji, Rosmah & kerajaan UMNO BN. Bukan mengkritik Melayu, hanya kerana kebetulan Najib, Rosmah serta UMNO itu berbangsa Melayu, maka pemimpin UMNO melihat video berkenaan "mengkritik Melayu".
Yang marah terhadap video itu pun bukan "semua pihak" seperti didakwa Ahmad Shabbery. Hanya orang UMNO, itupun yang mengampu dan membodek PM sepertinya.
Presiden Amerika sendiri dikritik rakyatnya saban hari. Takda pula orang negro Amerika berkata ia menggugat keharmonian rakyat dan tidak ada yang berkata bahawa ia adalah hasutan halus untuk membenci Negro Amerika!
Kalau nak diikutkan, filem "Tanda Putera" lebih sarat dengan mesej perkauman daripada On-derful Malaysia.
Pembelasahan UMNO terhadap video Teresa Kok itu menjelaskan wujudnya mentaliti kangkung oleh menteri-menteri kangkung untuk membodek PM yang masyhur dengan kangkungnya.
9 ulasan:
Dah kena sumpah mantan PM depa sendiri, Mahathir Kutty. Kata Kutty, pemimpin UMNO yang dok ada la ni semuanya BODOH BODOH belaka. Tak pernah mampu mentafsirkan suatu masalah atau peristiwa dengan tepat, apatah lagi cara penyelesaiannya. Yang paling pandai ialah mengelat dengan alasan yang bangang dan bingung.
Kasihan melihat MalaysiaKu ini. Dah sarat dengan "jokers" yang hanya pandai membuat fitnah, fitnah, fitnah. HARAMJADAH sungguh.
Aku setuju dengan MP Raub. Kalau Cina marah kat Najib, tidak membawa makna depa tu marah kat Melayu. Awat tafsiran Melayu sudah berubahkah? Tak kan hanya Melayu UMNO sahaja dikatakan Melayu. Itu yang kita katakan selalu, dahlah bodoh tapi berlagak pandai.
Dasar Menteri 3B........Bebal Bodoh Bahlul
Tambah satu lagi..... BANGANG
Betul kata Dato Ariff Sabri.
Nak tengok muka Melayu Bahalol , tengok aje muka muka Menteri dalam DUMNO BN.
Benggap sungguh akibat mentedarah harta rakyat siang malam.
Tahu tahu nak aniaya Rakyat saja... Bodoh sungguh yea.
ANAK SIAPA JADI KAYA RAYA SELEPAS MAHATHIR LAKSANA PPSMI DI SEKOLAH? SPRM MANA BERANI BERTINDAK?
masih tak jelas isu mercedes Mb Kedah pakai
Aku rasa malu jadi ahli umno. Umno yg aku sanjung sejak 43 tahun dulu (umurku kini 66 tahun) tak byk berubah. Tapi ianya rosak teruk oleh sikap & mentaliti pendokongnya yg buta siasah, kaki ampu, penyangak dan bodoh tak boleh diajar. Agrasif pada isu remeh temeh. Menteri pun bercakap mcm budak sekolah. Mahathir kata Melayu bodoh dan kotor sampai ke usus, tak ada satu bijik mata Malayu umno berani berkokok kerana hina Melayu. Melayu mudah lupa.... Melayu haprak dan mcm2 dikatanya. Apa kamu buat?
Orang melayu akan terus jadi bodoh selagi di perintah olih UMNO..... lama2 jadi malu pula di kategorikan sebagai org melayu.....mujur root aku jawa
Jawa pun melayu juga dari rumpun nusantara beb...kalu dari atas angin tu mungkin bukan grup melayu la kah...kah...kahhhhhhhhhhhhhhhhhh......ABU
Catat Ulasan