10 Jan 2014

Macam-macam UMNO Ni... Hard Rock Cafe Versi Nasyid?


Tengku Adnan Akan Mati Kempunan Jika Hard Rock Tidak Dibuka Di Putrajaya

Selepas Presiden Perbadanan Putrajaya, Aseh Che Mat memohon maaf berhubung rancangan pembukaan pusat hiburan dan restoran Hard Rock Cafe di Putrajaya sehingga membangkitkan kemarahan ramai dan kemudian pengurusan Hard Rock pula mengumumkan tiada perancangan untuk membuka cawangan baru, semua pihak menyangka isu itu telah berakhir dan penduduk Putrajaya boleh meneruskan kehidupan malam mereka dengan aman dan tenteram.

Rupa-rupanya ia belum berakhir. Ini berikutan kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor yang menyatakan Hard Rock boleh membuka cawangannya di Putrajaya jika memenuhi syarat yang ditetapkan iaitu tidak menghidangkan arak serta sajian hiburan yang mengghairahkan.

Malah beliau yang juga Ahli Parlimen Putrajaya mencadangkan jika Hard Rock membuka cawangannya di Putrajaya, mereka boleh menyajikan hiburan dan persembahan nasyid bagi menggantikan muzik rock yang biasa dipersembahkan di mana-mana cawangannnya di seluruh dunia.

Dalam masa yang sama, Tengku Adnan juga menpertahankan Aseh Che Mat yang menurutnya berniat baik mahu menarik pelabur menanam modal di Putrajaya.

Apa yang tergambar daripada kenyataan Tengku Adnan ini ialah beliau nampaknya begitu teringin mahu melihat Hard Rock membuka cawangannya di Putrajaya sehingga sanggup mencadangkan sesuatu yang mustahil iaitu persembahan nasyid bagi menggantikan muzik rock tanpa batasan.

Di ketika Aseh turut menjelaskan tiada cadangan dan pengurusan Hard Rock pula menyatakan tiada perancangan ke arah itu, Tengku Adnan seperti membuka laluan semula mengenainya.

Cadangan persembahan nasyid bagi menggantikan muzik rock bukan saja ternampak lucu, tidak masuk akal dan menyerlahkan keghairahan tanpa sempadan Tengku Adnan terhadap Hard Rock, malah dalam masa yang sama menyingkap kewibawaan dan tahap pemikirannnya yang sebenar sebagai seorang pemimpin.

Dalam erti kata lain, bertambahlah seorang lagi "menteri cap ayam" dalam kabinet Najib sekarang ini.

Kalaulah benar mahu mengadakan persembahan nasyid, sebagai menteri dan Ahli Parlimen, beliau tidak perlu menunggu pembukaan Hard Rock untuk melakukannya. Soalnya sudah berapa banyak persembahan nasyid yang beliau telah anjurkan selama ini dan sudah adakah restoran atau tempat hiburan yang mengadakan persembahan nasyid di Putrajaya?

Janganlah cuba untuk menunjuk-nunjuk lagak Islamik dalam isu Hard Rock. Lagi pula tidak mungkin Hard Rock bersedia membuka cawangannya jika tanpa minuman keras, alunan muzik keras, tarian terkinja-kinja dan pergaulan bebas yang memang menjadi imejnya di seluruh dunia.

Hard Rock tanpa semua itu adalah umpama kedai mamak tanpa teh tarik dan kari atau restoran Arab tanpa hidangan nasi beriani dan shisa. Mustahil dan tidak masuk akal.

Jika benar Tengku Adnan begitu ingin melihat persembahan nasyid di Hard Rock untuk menunjukkan Islamiknya beliau sebagai pemipin, beliau sebenarnya boleh memulakan dengan memberi arahan mengenai perkara tersebut di premis Hard Rock sedia ada di KL atau di lain-lain pusat hiburan yang bersepah di Jalan P Ramlee dan Bukit Bintang.

Tidak pasti apakah yang begitu mengujakan mengenai Hard Rock ini di mata Tengku Adnan. Mungkinkah beliau merasakan kejayaan membuka cawangannya di Putrajaya merupakan pencapaian gemilangnya sebagai menteri dan Ahli Parlimen Putrajaya? Atau mungkinkan beliau merasakan dengan adanya Hard Rock akan menambahkan lagi tarikan Putrajaya di kalangan pelancong asing?

Bagaimanapun di mata rakyat, kenyataan Tengku Adnan itu lebih menggambakan keterujaan dan keghairahannya untuk terus membuka cawangan Hard Rock di Putrajaya dan seolah-olah akan mati kempunan atau mati dalam keadaan mata tak terpejam jika gagal berbuat demikian.

Di sisi lain pula, ia menggambarkan inilah level atau tahap kecedikan yang ada di kalangan menteri-menteri yang ada dalam kabinet Najib. Asal bercakap dan membuka mulut saja, akan terserlah kerendahan tahap pemikiran dan tiada wibawanya sebagai pemimpin (sebenarnya istilah yang tepat ialah bodoh, tapi tak sampai hati pulak).

Beliau kini menjadi bahan persendaan baru di kalangan rakyat, setelah beberapa menteri turut diperlakukan sedemikian dan dipertikaikan sebelum ini. -shahbudin.com


Syarat 'nasyid' sekadar mahu reda kemarahan rakyat


Mengenakan syarat dan garis panduan untuk membuka cawangan Hard Rock Cafe di Putrajaya membuktikan kerajaan Umno BN lebih mesra pelabur daripada kemaslahatan rakyat.

Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Mohd Noor Mohamad berkata, kerajaan Umno BN akan berusaha sedaya untuk memenuhi keperluan pelabur termasuklah membuka Hard Rock Cafe di Putrajaya walaupun rakyat membantah.

"Kita sedia maklum Umno BN memang suka berjanji itu ini, kalau sebelum ini minyak tidak dinaikkan malangnya sebaliknya berlaku.

"Syarat di keluarkan kepada Hard Rock Cafe sebagai meredakan kemarahan rakyat, bermakna memang kerajaan benar-benar mahukan cawangan cafe itu di Putrajaya," katanya ketika dihubungi.

Bagi PAS, katanya pembukaan kelab-kelab dan cafe eksklusif seperti Hard Rock Cafe bukan sahaja tidak boleh dibuka di Putrajaya bahkan ditempat-tempat lain kerana ia boleh mengundang masalah sosial kepada anak muda negara ini.

Beliau percaya syarat yang dikeluarkan itu supaya tidak ada penentangan terbuka oleh rakyat tetapi akhirnya ada usaha untuk membuka cawangan di pusat petadbiran kerajaan itu.

"Sebab itu kerana pentingkan dasar mesra pelabur kerajaan tidak fikir apa yang mudarat kepada rakyat. Mereka akan terus fikir bagaimana mahu mendapatkan dana daripada pelabur, seberapa boleh mereka akan penuhi keperluan pelabur," katanya.

Justeru, beliau mendesak agar rakyat terus membantah penubuhan cawangan Hard Rock Cafe yang akan mencemarkan pusat pentadbiran kerajaan.

Isu pembukaan cawangan Hard Rock Cafe di Putrajaya telah mendapat bantahan rakyat, namun bagi meredakan kemarahan itu hari ini Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberi kenyataan bahawa permohonan cafe terkemuka itu perlu memenuhi syarat yang ditetapkan termasuk tiada penjualan minuman keras dan menampilkan persembahan hiburan yang berlandaskan Islam.

Syarat itu bagi memastikan imej Putrajaya sebagai pusat pentadbiran negara yang mengamalkan sistem pentadbiran Islam terus dipelihara.

Tengku Adnan mengulas kemungkinan pengusaha Hard Rock Cafe membuka cawangan itu di sini berikutan perkongsian Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) Tan Sri Aseh Che Mat mengenai perjumpaan beliau dengan pelabur Hard Rock Cafe di negara ini, Tan Sri Syed Yusof Syed Nasir, dalam laman sosial Facebook.

Aseh bagaimanapun menjelaskan tiada permohonan rasmi dibuat mengenainya, malah Hard Rock International turut menafikan mahu membuka cawangannya di Putrajaya.
-HD


15 ulasan:

BaDiN berkata...

Jagan Subahah dgn agen2 & tokey2 arak,Pasal arak Membuat,Mengedar,Mengiklan,Menjual,Mengambil untung darinya,Menuang dan pelbagai lagi yg ada hubungan dgnnya ADALAH HARAM.Tapi MALANGnya ada raja melayu yg merasmikan tpt pengeluarannya.

Tanpa Nama berkata...

Peminat nasyid ke T.Adenan ni. Kalau dengar pun rasanya ia termuntah. Sebenarnya dia nak perli hangpa la tu. Awat sa kata islam nasyid. Nasyid tu islam. Hai. Banyak lagi benda tentang islam nak kena ulamak perjelaskan

Tanpa Nama berkata...

Mati muda kurang sikit dosa , masalahnya tak mati buat dosa bertimbun timbun itu yang susah kelak.

Waris berkata...

Di malaysia ni dari menteri sampai ke mufti... bangang2 belaka.

Macai toksah cerita lah... memang dah sedia bangang sejak dilahirkan

Tanpa Nama berkata...

Jangan tunduk pada. Syaitan yang bertopengkan manusia ini haram tetap haram. Jangan cuba perbodohkan rakyat kalau berani buat juga tunggulah nanti kedatangan mujahideen yang akan menghancurkan segaia bentuk Hiburan maksiat ini soal hukum jangan Cuba diputar belit inilah contoh pengkhianat Islam yang wajib diperhatikan tindak tanduknya mereka ini hidup mewah dan berpoya poya menjadi talibarut yahudi dan nasrani AWAS. Pada kaum muslimin Malaysia semua gagalkan rancangan jahat mereka

Amuraria berkata...

tengku celup ber'fart wa' daa ! lingkop nrgara kalu ada sepuluh mangkuk macm ni ,ABU!

Tanpa Nama berkata...

mula-mula dulu "Islamic bank"
ramai yang dah terpedaya dengan helah Islamic bank.
Terkini "Islamic hard rock cafe"

Unknown berkata...

dalam kepala orang umno dari macai hingga ke menterinya .... menipu, merompak, lucah/porno, judi dan arak .....!!!!!!!!!!! bukti...??? siape setpol najib sekarang ini...? penyedap oooooooooooooo......!!!

Tanpa Nama berkata...

Ingat Muka je napak bangang..kepalaotak hati perut ikut bangang habis
Itu lah kalu dah termasuk dlm tong taik umno , mufti .jakim.jais habis pakat jadi gila babi...jamil khir jangan cakaplah.tengok muka dia senyum pun kelat.Tadak manis sikit abuk.nak wat guana bukan stakat terjun dlm tong taok umno. Mentakdarah sapa kpd ulat taik umno sbb tu tgok kpd air muka puak dia tu keruh pekat belaka.

Tanpa Nama berkata...

Menu hard rock cafe versi menteri wilayah cap ayam. Tomyam ...air ketum atau cpt ..cendol pulut tapai.

Tanpa Nama berkata...

Kebelakangan kita lihat ramai menteri mengeluarkan statement tahap longkang, ramai yang merasakan saranan dan cadangan mereka sangat2 lah menjijikkan. beginilah Jika Allah menghendaki hamba nya yang menang dalam pilihanraya yang tidak adil menyerlahkan tahap pemikiran mereka, Rakyat dapat menilai keintelektualan mereka. yang penting bagi mereka wang sahaja, dan di sebalik ingin menarik pelancong tembolok mesti di penuhi dahulu, tidak islamik langsung. cukup lah bermenterikan mereka2 yang begitu.

Sunduvan berkata...

hahaha kan dah jadi cap ayam...

Tanpa Nama berkata...

Inilah lawak paling hebat di awal tahun 2014. Mr. Tengku Adnan u ni buat kerjakah atau buat latihan utk join maharajalawak thn 2014?

Hard rock cafe (hrc) will not bawa perhatian kpd pelancong tapi bawa penyakit kpd pelancong juga beb selain dari local people. Plus,kalau i pelancong takkan i nak pergi hrc sedang tempat asal i ada beb. Lagi nak suruh diaorg buat nasyid. Are your kidding me?

Mr, tengku adnan sekarang kuda di putrajaya dah nak mengamuk dah ni beb. You nak test macam mana rasa tendengan kuda yg mengamuk sempena tahun kuda ini? Silap hari lu tak dpt bangun beb utk selama - lamanya dan jadi penghuni tetap penjara kajang kerana dosa lu kpd rakyat m'sia.

Tanpa Nama berkata...

Nasyid dihardrock cafe? Leaps tu dangdut berpurdah? Lepas tu kelab malam alunkan ayat quran jangan perlecehkan kami wahai badut sarkas tunggangan kafir

Tanpa Nama berkata...

Tu lah Islam hari ni. Mcmmana nak pimpin Islam. Budak kecil pun x blh pimpim.