Perdana Menteri Turki mengecam keras campurtangan tentera di Mesir yang menggulingkan Presiden dari kelompok Islamis Mohamed Mursi dan menganggapnya sebagai musuh demokrasi, dan mengecam Barat kerana tidak menyebut penggulingan itu sebagai kudeta.
Merujuk pada sejarah kudeta negaranya, Recep Tayyip Erdogan memperingatkan bahawa tindakan tentera semacam itu membawa akibat yang berat.
"Kudeta itu jahat. Kudeta mengorbankan rakyat, masa depan, dan demokrasi. Saya ingin ini diungkapkan oleh semua orang dengan keberanian. Saya terkejut dengan sikap Barat. Parlimen Eropah mengabaikan nilai-nilainya sendiri dengan tidak menyebut campurtangan tentera di Mesir sebagai kudeta. Ini adalah ujian ketulusan dan Barat telah gagal,” ujarnya.
Baik pemerintahan Kesatuan Eropah di Brussels dan Washington sejauh ini menahan diri dan tidak menyebut penggulingan Mursi sebagai kudeta.
Tapi sekutu-sekutu wilayah penting Ankara tampaknya juga mengambil pendekatan yang hati-hati. Arab Saudi dan Qatar mengucapkan selamat kepada Presiden Mesir sementara yang baru diangkat Adly Mansour.
Para pengamat menyatakan ada implikasi diplomatik yang signifikan bagi Turki dengan tergulingnya Presiden Mesir. Menurut kolumnis diplomatik Kadri Gursel dari harian Turki Milliyet, Erdogan melihat akar Islamis Mursi yang kuat sebagai pelaburan yang baik secara politik, memberi kedua negara pengaruh diplomatik yang lebih luas di seluruh kawasan.
"Tergulingnya Mursi akan memberi impak psikologis yang berat pada pemerintah Turki. Apa yang disebut kebijaksanaan besar dalam membangunkan order wilayah baru dengan rejim-rejim Islam pasca pergolakan Arab, terutama Mesir, Tunisia, Libya, dan dalam hal ini masa depan Syria, juga dilihat sebagai faktor penentu. Jadi order baru regional, kecuali pelaku asing di kawasan, semua ini, sudah hilang,” ujarnya.
Rencana Perdana Menteri Erdogan melakukan perjalanan kontroversial ke Jalur Gaza yang dikuasai Islamis juga mungkin terancam. Kunjungan ini telah berulang kali tertunda kerana kekhawatiran Washington, Tel Aviv dan Palestin.
Gursel mengatakan dengan tersingkirnya Presiden Mursi sama saja menghancurkan harapan bagi kunjungan Erdogan ke Gaza. "Erdogan tidak akan pergi ke Gaza dalam jangka waktu yang tidak terbatas. Karena dengan keadaan ini ia tidak boleh pergi ke Gaza melalui Gerbang Rafa. Tidak akan ada sambutan baginya di Mesir. Dia tidak dapat pergi ke Mesir yang dikuasai tentera. Itu mustahil,” ujarnya.
Kenyataan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdoğan:
Jumaat | 05 Julai 2013 | 05.51 petang
1- Turki mempunyai pengalaman berharga dalam menjalankan sistem demokrasi yang berjaya dan perlu dikaji oleh seluruh rakyat dan negara di sekelilingnya bagi mengambil manfaat daripada apa yang telah berlaku kepada mereka sebelum ini.
2- Rampasan kuasa telah berlaku lebih awal di Turki kurang lebih 10 tahun yang lalu.
3- Orang-orang yang bersama dalam rampasan kuasa di Turki, mereka akan dinilai oleh Allah sekiranya perkara ini berlanjutan sehinggalah ke akhir hayat mereka.
4- Sehingga kini, negara-negara Barat tidak berkompromi dengan rampasan kuasa yang berlaku di Mesir.
5- Negara – Negara Barat tidak menunjukkan sebarang pendirian mereka terhadap apa yang berlaku di Mesir. Ini menunjukkan mereka mempunyai niat yang tidak baik terhadap Mesir.
6- Peti undi merupakan satu jaminan untuk menjadi penilaian kepada kegagalan pemerintah.
7- Golongan yang mengambil sikap berkecuali mengenai rampasan kuasa oleh pihak tentera turut bertanggungjawab atas penggulingan tersebut.
8. Kami di Turki bergantung kepada prinsip yang asal walaupun rampasan kuasa ini berlaku ke atas pembangkang , kami juga membangkang terhadap rampasan kuasa ini.
9. Penggulingan dan pengabaian terhadap suara majoriti menzahirkan kegagalan demokrasi.
10. Kesatuan Eropah tidak mengatakan apa yang berlaku di mesir ketika ini merupakan satu rampasan kuasa oleh pasukan tentera, ia seolah-olah melenyapkan dasar demokrasi yang digunakan.
11. Senjata dan media massa tidak berpihak kepada demokrasi.
12. Dunia tidak menyokong Mesir sedikitpun, dan tidak berpihak kepada Mesir kecuali negara Turki, Qatar tetapi bagi negara Greece tidak bersama Mesir. ini membuktikan bahawa berlakunya pertembungan perlembagaan.
13. Individu yang kalah dalam pilihanraya mempunyai pandangan yang tersendiri dalam ucapannya, pandangan majoriti, untuk meningkatkan prestasi diri dan memperbetulkan kesalahannya. Adapun rampasan kuasa oleh tentera adalah bertentangan sama sekali.
14. Mereka yang tewas dalam pilihanraya Turki yang lalu meminta bantuan tentera untuk menjatuhkan pemerintahan. -PMRAM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan