31 Dis 2013

[VIDEO] PDRM Perlu Ikut Contoh Polis Thailand Sertai Demontrasi Rakyat


500 pegawai polis sertai tunjuk perasaan

BANGKOK: Protes anti-kerajaan di Bangkok terus diadakan namun kali ini ia turut disertai sekitar 500 anggota polis Thailand.

Anggota polis berkenaan menyertai tunjuk perasaan itu bagi menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap prosedur kerajaan menangani protes rakyat.

Kumpulan berkenaan turut memakai ikat kepala berwarna hitam sebagai penghormatan kepada anggota polis yang terbunuh dalam insiden keganasan terbaru di negara gajah putih itu.

Kolonel Niwat Puenguthaisri yang mengetuai perhimpunan berkenaan berkata, anggota polis yang ditugas menyuraikan protes rakyat tidak diberi kelengkapan sepatutnya.

Selain itu, prosedur yang digunapakai oleh polis, didakwa tidak sesuai bagi menghadapi protes yang sedang berlaku.

Jelas beliau, ini adalah pertama kali di dalam sejarah Thailand, polis turut menyertai bantahan terhadap kerajaan.

Peserta perhimpunan turut bertafakur bagi mendoakan rakan pasukan mereka yang terbunuh ketika bertugas.

Pegawai polis tersebut terbunuh Khamis lalu apabila penunjuk perasaan bertempur dengan pihak berkuasa.

Dalam satu lagi perkembangan, penunjuk perasaan anti-kerajaan membersihkan tapak perkhemahan mereka di Bangkok sebagai persiapan menyambut ketibaan tahun baru.

Kerja pembersihan itu turut disertai ketua penunjuk perasaan,Suthep Thaugsuban. Kawasan sekitar tugu peringatan demokrasi di Bangkok telah menjadi tapak perkhemahan peserta protes sejak November lalu.

Walaupun, penunjuk perasaan sedia memberi laluan kepada acara sambutan tahun baru, Suthep berikrar meneruskan bantahan besar-besaran selepas sambutan berkenaan.

Protes itu dirancang bagi meningkatkan tekanan kepada kerajaan Thailand supaya mempercepatkan proses transformasi politik.

Tindakan mereka mengganggu proses penamaan calon bagi pilihan raya umum Thailand setakat ini membuahkan hasil.

Pendaftaran bagi pilihan raya 2 Februari tahun depan itu telah ditangguh di empat wilayah. =astroawani


3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

DiThailand ketua-ketua polisnya tak macam diMalaysia yg berharap dapat gelaran Tan Seti dan Dato kerana diThailand sistem feudal ini anat minima.DiMalaysia ketua-ketua polisnya dari OCPD hingga keperingkat Ketua Polis Negara amat perlukan dan berharap kepada gelaran-gelaran disebut diatas untuk naik pangkat dan untuk dapatkan gelaran-gelaran tu wajar wala, patuh dan ikut arahah UMNO.Tak munkin polis Malaysia setaraf dengan mana-mana polis didunia ini.

Tanpa Nama berkata...

Wahai Polis polis Malaysia.korang semua ada keluargakan.nak beli barang keperluan kena bayar dengan duitkan.kalau harga barang barang 1Malaysia semua naik aku pasti korang Pak Polisi pun tentu terasa bahan KENAIKAN HARGA BARANG KAN.jadi untuk kali ini Kami dan juga kamu Pak Polis sebagai RAKYAT MALAYSIA SEPATUTNYE MENYOKONG USAHA KAMI UNTUK MEMBERITAHU pada KERA-jaan Umngok jangan sewenangnye MENAIKAN HARGA BARANG SESUKA HATI.Fikirkanlah wahai Pak Polisi semua.Korang sekeluarga pun terlibat sama.jangan nak menyokong MENKHINZIR BUTA.ketua2 kau tu semua dah KENYANG.FIKIR2KAN LAH

Tanpa Nama berkata...

Anon 5.55pm,
Angota PDRM tak kisah tentang kenaikan harga barang keperluan, tambang, tol dan tarif letrik sebab depa ada cara tersendiri untuk menampong gaji mereka.Boleh pau penjaja, pau PATI, buat mahkamah tepi jalan dan yg terbaharu (ikut laporan akhbar) ada wang pelacuran.Kes polis jadi penyamun dan perompak'
dah banyak diketahui.Inilah sebabnya polis tak ambil pot walau pun harga gula meningkat RM10 sekilo.