31 Dis 2013

[KERJA GILA & MENGHINA] Suruh Rakyat Berjimat, DBKL Peruntuk RM15 Juta Sambut 2014


RM15 juta DBKL sambut 2014, gila dan menghina - Wardina

KUALA LUMPUR: “Ini gila dan menghina. Saban tahun ia acara lagha yg langsung tiada faedah kepada rakyat. Kecuali jika sibuk benar mahu mempertahankan alasan pelancongan,” tulis selebriti Wardina Safiyyah menerusi facebook.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang memperuntukkan RM15 juta untuk sambutan tahun baru 2014.

Wardina menambah: “Ini gila dan menghina, di saat rakyat disuruh berjimat cermat, hidup dengan berkat dan halal, positif dengan segala kenaikan, 15 juta dihabiskan untuk detik 2014”.

Berikut ialah komen beliau.

Entahlah saya bersependapat dengan rakan saya...hati ni tak boleh terima 15 juta "dibazir" begitu saja Ye lah 'Celebrate'lah... suka hati lah..di saat rakyat tenat.. tenat dari banyak segi..fizikal, kewangan, spiritual, moral... in my opinion we shouldn't be "celebrating" ... (you don't have to agree)

A future full of struggles and uncertainty for me.. Happy new Year 2014...

Dari FSS: "15 JUTA diperuntukkan oleh DBKL untuk perayaan tahun baru!

Ini gila dan menghina. Saban tahun ia acara lagha yg langsung tiada faedah kepada rakyat. Kecuali jika sibuk benar mahu mempertahankan alasan pelancongan.

Ini gila dan menghina, di saat rakyat disuruh berjimat cermat, hidup dengan berkat dan halal, positif dengan segala kenaikan, 15 juta dihabiskan untuk detik 2014.

Gila dan menghina! Di saat program menangani gejala sosial langsung tiada bajet!"



Khawatirkan Tindakan Maksiat, Ulama Aceh Haramkan Perayaan Tahun Baru


Banda Aceh - Majlis Permusyawaratan Ulama (MPU) Banda Aceh mengeluarkan fatwa haram merayakan tahun baru masehi bagi umat Muslim. Fatwa itu dikeluarkan untuk mengantisipasi terjadinya hal-hal yang menjurus kepada maksiat.

Ketua MPU Banda Aceh, Abdul Karim Syeikh, mengatakan, perayaan tahun baru merupakan bagian dari ritual dalam agama lain. Perayaan itu lahir dari ritual Romawi Kuno.

"Kami berkesimpulan bahwa hukum merayakan tahun baru bagi umat Muslim haram hukumnya," kata Abdul Karim, Jumat (27/12/2013).

Untuk itu, MPU Banda Aceh meminta kepada Pemerintah Kota Banda Aceh untuk tidak mengeluarkan izin keramaian saat perayaan tahun baru. MPU juga telah meminta seluruh elemen masyarakat untuk tidak merayakan tahun baru.

"Kita sudah surat Muspika plus untuk tidak merayakan tahun baru dan tanggapan mereka semua cukup baik," jelas Abdul Karim.

Selain itu, MPU juga meminta seluruh hotel maupun tempat penginapan di Aceh untuk tidak mengadakan acara pesta dan perayaan dalam bentuk apapun untuk menyambut tahun baru Masehi. Sementara untuk warga non-Muslim diminta untuk menghargai Aceh yang menerapkan syariat Islam sehingga tidak merayakan tahun baru.

"Kami meminta seluruh elemen masyarakat untuk mencegah kemaksiatan yang terjadi di Aceh," ungkap Abdul Karim.
- detik.com


8 ulasan:

Amuraria berkata...

bila spesis belaan 'nfc' berkuasa ! ABU !

Tanpa Nama berkata...

RM15 juta itu adalah perbelanjaan selama 1 tahun (2014)

Tanpa Nama berkata...

Membazir tu saudara setan, madet kata omnuuuu ni setan dikenali. Molek le tu..

ryhan berkata...

Tiada lagi aktiviti yang lebih berfaedah daripada perayaan sambutan tahun baru ke?



Peluang untuk dikongsi bersama..try click http://bit.ly/19ZB7dY

Tanpa Nama berkata...

Sedih kerana masih banyak kaum majority nak juga sokong BARANG NAIK. Dah 56 tahun masih Tak nak ubah? Jangan salahkan orang lain, jangan tanya apa lagi orang lain mahu. Cermin diri sendiri....

Tanpa Nama berkata...

perbelanjaaan berhemah tu.....

Tanpa Nama berkata...

Dato Bandar DBKL tu kaki ampu tak layak jadi Dato Bandar.Nak naikkan cukai pintu nak bebankan wargakota tapi boleh bazirkan RM 15 juta buat sambutan tahun baru.Dato Bandar dengan Mentri WP, Tengku Adnan sama aje - Pembazir wang rakyat.Wakil-wakil rakyat dari Pakatan Rakyat, majoriti diWP elok desak adakan pilihanraya untuk lantik Dato Bandar Kuala Lumpur dan juga ahli majlis bandaraya.

Tanpa Nama berkata...

SAYA BEGITU SEDIH KERANA DATOK BANDAR DAH LUPA SEJARAH HIDUPNYA SEMASA KECIL DI KAMPONG DULU.JANGAN LUPA JASA BAPAK KITA MENCARI WANG PERSEKOLAHAN.JANGAN LUPA RUMAH KECIL TEMPAT KITA BERMALAM SEMASA STUDY BERAMAI-RAMAI DULU.JANGAN LUPA BASIKAL BURUK YANG DIKAYUH MEREDAH SAWAH DAN KEBUN GETAH. JANGAN LUPA SEMASA DI UM PERNAH DATOK TAK MAKAN NASI SEMINGGU. AAHH ADA APA PADA KENANGAN LALU DATOK.... TERUSKAN TINDAS MARHEN DIBUMI ALLAH INI.TERUSKAN MEMBAZIR AMALAM SYAITAN. LUPAKAN KOPIAH PUTEH DAN SERBAN KETIKA KE MASJID DIKAMPONG BM.LUPAKANLAH DATOK SUSAH PAYAH KITA BERSAMA DULU