29 Dis 2013

Rafizi: Polis Perlu Tangkap & Siasat Blogger UMNO Sebar Fitnah Ancaman Bom


AAncaman bom: PDRM perlu ambil tindakan

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat satu entri blog pro-Umno hari ini mendedahkan satu e-mel yang mengaitkan beliau dan seorang individu didakwa mendalangi komplot ancaman bom menjelang perhimpunan rakyat pada 31 Disember ini.

Beliau berkata, pihak polis wajar mengambil tindakan tegas terhadap blogger terbabit yang mereka-reka e-mel tersebut sambil menyifatkannya sebagai ‘fitnah luar biasa’ kerana ia membabitkan ancaman bom serta boleh menggugat ketenteraman awam.

“Ia lebih berbahaya apabila polis tidak mengambil tindakan terhadap fitnah-fitnah seperti ini yang boleh menghuru-harakan ketenteraman awam.


“Apabila ada fitnah yang menyalahgunakan internet sewenang-wenangnya seperti menakut-nakutkan rakyat dengan bom dan sebagainya, polis sepatutnya mengambil tindakan dan tangkap blogger-blogger Umno terbabit,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut pendedahan sebuah blog pro-Umno yang memuat naik “print screen” e-mel yang dikatakan menggunakan alamat akaun milik Rafizi dan rakannya yang dipintas blogger terbabit pada jam 3.03 pagi, hari ini berhubung rancangan mereka untuk memasang bahan letupan di lima lokasi berasing di ibu negara.

Kandungan e-mel tersebut memberi peringatan supaya peserta dan pimpinan pembangkang yang turun menyertai himpunan 31 Disember itu supaya mengelakkan daripada berada di lima lokasi berkenaan, antaranya persimpangan lampu isyarat berdekatan pusat membeli-belah Sogo, Puduraya, bulatan Kereta api Tanah Melayu (KTM)-berdekatan Masjid Negara, LRT Masjid Jamek dan komuter Bank Negara.

Selain itu, Rafizi juga menyifatkan pendedahan e-mel berniat jahat itu sebagai cubaan mengalihkan isu sebenar daripada bantahan orang ramai terhadap kenaikan barangan dan perkhidmatan secara serentak yang membebankan rakyat selepas Barisan Nasional memenangi PRU13 lalu.

“Ia hanya untuk mengalihkan perhatian daripada isu sebenar yang kita bangkitkan hari ini khususnya soal kenaikan harga barang.

“Jika ada sisatan polis, dakwaan itu mungkin boleh alihkan perhatian umum tindakan kerajaan yang mengumumkan beberapa kenaikan barang dan perkhidmatan yang membebankan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana,” dakwanya.

Ditanya sama ada beliau akan mengambil tindakan susulan, beliau berkata tiada keperluan untuk melaporkan kepada pihak polis kerana dakwanya secara terang-terangan blogger terbabit mengakui jika dakwaan itu palsu pun pihak berkuasa perlu melakukan siasatan. -SH


[Gempar] Rancangan Letupan Bom Di Himpunan Aman Rakyat 31 Dec, Didedahkan Oleh Bloggers UMNO !


Satu email di katakan telah bocor di mana isi kandungannya menceritakan bagaimana perancangan rapi pihak pembangkang pada malam himpunan gulingkan kerajaan nanti.

Kandungan email itu jelas sekali menunjukkan nama Abdul Rahim Ghouse dan Rafizi Ramli.Ia juga menunjukkan bagaimana perancangan mereka dengan beberapa siri letupan yang di pasang di beberapa tempat serta isyarat tertentu yang perlu di ketahui oleh puak-puak macai mereka.

Malah perancangan itu juga turut melibatkan cybertroopers mereka yang akan berada di "ground" bagi mendapatkan gambar serta rakaman video untuk di gunakan oleh pasukan satu lagi untuk tujuan sebaran.

Apa yang pasti ia menunjukkan perancangan untuk menimbulkan kekecohan malah turut menyatakan dengan jelas insiden itu akan di sasarkan kepada UMNO dan BN termasuklah menyalahkan SB.

Sama ada email ini benar atau tidak , MMI rasa pihak berkuasa perlu segera menjalankan siasatan.
- theunspinners



5 ulasan:

abuamir berkata...

Hanya mereka yg bodoh aje buat kerja macam ni. Macai umno memang bodoh ditambah pula dgn pegawai polXX yg bodoh maka kenyataan yg keluar pun bodoh-bodoh belaka.

Jangan sampai negara kita dianugerahkan negara paling bodoh dlm dunia sudahlah. Sebab mereka yg pandai2 dah ramai tinggalkan negara ini.

Mana ada perhimpunan nak gulingkan kerajaan tetapi bantah kerajaan bodoh yg disokong 47% org bodoh......umno.

Hidup kerajaan rakyat dari rakyat utk rakyat. Bukannya dari sibodoh umno utk pemimpin bodoh umno.

Abdul Rahman Zakaria berkata...

Bila aku baca paper semlm dlm hati terus berkata ... Kenapa la bodoh sgt pihak berkuasa ni .. Ini semua provokasi orang yang takut kehilangan kuasa ..

Awang Kecik berkata...

Belajar dari israel. Bapak segala setan.

Tanpa Nama berkata...

Kenapa depa ni bangag. Barua-barua UMNO ni kita nl protes harga barang dn lain lain TURUN depa dok halang. Pelaq depa ni memang syok dok bantu semua naik.

Tanpa Nama berkata...

Bodoh sangat diorang ni kalau nak berkomunikasi pakai e-mel dan nama sebenar.

Si tukang buat e-mel ni pun dengan jelas nak menunjukkan Rafizi dan Anwar terbabit dalam perancangan bom ni.

Kalau terjadi insiden pengeboman sekalipun, pastinya kerja2 orang suruhan kerajaan minoriti yg sangat takut kehilangan kuasa.

Dikhabarkan dari sumber dalaman, memang sedemikianlah yg sering terjadi dalam insiden-insiden sebelum ni...