29 Dis 2013

[DASYAT] Emel Ancaman Bom: Rafizi Pula Yang Disiasat, Bukan Blogger UMNO!


Rafizi beri keterangan hari ini, persoal kewajaran tindakan polis

Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat PKR Rafizi Ramli hari ini mempersoalkan kewajaran tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memanggil beliau untuk disoal siasat berhubung satu emel mendakwa usaha membuat letupan di beberapa kawasan semasa sambutan tahun baru yang dimulakan oleh blog Umno.

Beliau menyifatkan permintaan untuk beliau datang ke balai polis adalah sesuatu yang tidak masuk akal memandangkan ia hanyalah tuduhan tanpa sebarang bukti.

"Saya begitu terkejut dipanggil untuk memberi keterangan berhubung isu ini kerana bagi saya ia satu tuduhan yang dibuat secara main-main oleh pihak blogger.

"Bagaimanapun, polis seperti tidak tahu membezakan tuduhan khabar angin dengan percaya saya mempunyai kebolehan untuk menanam bom,"
katanya kepada media di hadapan Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Rafizi yang ditemani dua peguamnya, N Surendran dan Latheefa Koya hadir di balai polis Dang Wangi kira-kira jam 11.35 pagi.

Menurut N. Surendran, beliau percaya tindakan polis yang memanggil anak guamnya Rafizi adalah sebagai satu cara usaha untuk mengaburi orang ramai terhadap perhimpunan Gerakan Turunkan Kos Sara Hidup (Turun) yang akan diadakan pada malam tahun baru.

Sementara itu, seawal jam 10 pagi, menyaksikan kehadiran kira 30 orang Pemuda dan Puteri Umno Wilayah yang datang membuat laporan membantah perhimpunan Turun.

Sebelum ini Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Hadi Ho berkata emel yang diterima mengenai ancaman bom itu didakwa dihantar oleh bekas Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Dr Rahim Ghouse.

Kenyataan polis bagaimanapun tidak menyebut samaada pasukan itu juga telah mengenal pasti pihak yang mula-mula menyebarkan emel tersebut. –TMI


Rafizi: Siasat penulis blog isu emel 'letupan'


Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli berkata beliau terkejut dipanggil memberi keterangan berhubung sebaran emel yang mendakwa akan berlaku kejadian letupan semasa perhimpunan pada malam 31 Disember.

Beliau berkata Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sepatutnya menyiasat penulis blog dan juga akhbar yang didakwanya menyebarkan emel khabar angin tersebut.

"Hal ini bukan saja drama yang teruk, tapi mewujudkan satu duluan yang teruk.

"Adakah selepas ini jika ada orang dapat emel mengenai cerita (Datin Seri) Rosmah (Mansor), PDRM akan panggil beliau (Rosmah)?

MP Pandan itu juga berkata beliau tidak tahu menahu mengenai sebarang usaha berhubung apa-apa letupan pada malam 31 Disember.

"Satu-satunya bom yang saya tahu ialah kuih bom," kata MP muda itu secara berseloroh.

Rafizi tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada jam 11:30 pagi tadi diiringi peguamnya N. Surendran dan Pengerusi Biro Guaman PKR, Latheefa Koya.

Beliau kini sedang memberi keterangan setelah dipanggil untuk siasatan hari ini.

Sementara itu Surendran berkata PDRM patut menarik balik anggapan buruk terhadap Rafizi kerana ia hanya tohmahan semata.

"Saya beri amaran jika mereka (PDRM) tidak minta maaf atas tuduhan ini, kita akan saman di mahkamah," kata beliau.
- mk



Ancaman bom: Rafizi dipanggil beri keterangan


KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli hari ini dipanggil ke Ibu Pejabat Daerah Polis Dang Wangi bagi memberikan keterangan berhubung dakwaan emel mengaitkan beliau dengan ancaman bom pada 31 Disember ini.

Beliau yang diiringi peguamnya, N.Surendran dan Latheefa Loya kelihatan memasuki pekarangan balai polis tersebut kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

Rafizi yang ditemui sebelum diambil keterangan mengulangi pendiriannya bahawa emel tersebu sengaja direka dan mendakwa ia didalangi oleh blogger pro-Umno.

"Saya agak terkejut apabila polis agak berminat menyiasat khabar angin yang disebarkan dalam media dan blogger pro-Umno yang mengancam ketenteraman awam dengan mendakwa bom ditanam di beberapa kawasan umum.

"Saya kecewa dengan sikap 'double standard' yang diamalkan polis kerana tidak menahan blogger terbabit atau memanggil media pro-Umno memberikan keterangan seperti yang dikenakan kepada saya," katanya di pekarangan IPD Dang Wangi, di sini, hari ini.

Semalam, Pengarah Strategi PKR itu menggesa pihak polis menyiasat satu entri blog pro-Umno yang mendedahkan satu e-mel yang mengaitkan beliau dan rakan karibnya didakwa mendalangi komplot ancaman bom menjelang perhimpunan rakyat pada 31 Disember ini.

Rafizi menyifatkannya sebagai ‘fitnah luar biasa’ kerana ia membabitkan ancaman bom serta boleh menggugat ketenteraman awam.

Sementara itu, Surendran yang menemani anak guamnya mendakwa penyebaran fitnah luar biasa itu dilakukan bertujuan untuk menghalang orang ramai daripada berhimpun di Dataran Merdeka bagi membantah kenaikan harga pada hujung bulan ini.

Sehubungan itu beliau memberi amaran kepada pihak polis supaya tidak mencampuri dan menafikan hak rakyat daripada menyertai himpunan aman tersebut.

"Apa jua perhimpunan aman adalah dibenarkan dalam Perlembagaan negara, jika polis cuba menghalangnya, tindakan itu tidak sah," katanya.

Beliau juga menyifatkan tuduhan ke atas anak guamnya itu sebagai 'mengarut' dan Surendran memberi amaran jika blogger terbabit tidak menarik semula dakwaan tersebut, pihaknya akan mengambil tindakan mahkamah kerana tuduhan memfitnah.

"Jumpa kami di mahkamah jika ketua polis negara dan timbalannya tidak menarik balik dakwaan tersebut,"
katanya lagi.
- SH





Laporan sebelum ini
klik untuk baca

4 ulasan:

Amuraria berkata...

hanya di malaysia ABU !

Amuraria berkata...

jangan biarkan pemfitnah & pengampu kaki seleweng perlembukan pasukan keselamatan ! ABU !

Tanpa Nama berkata...

POLIS pun jadi lembu kerana BN dan UMNO sinonim dg LEMBU. Rakyat yang pro dengan TURUN tidak berfikiran Llembu dan jadi lembu.

Tanpa Nama berkata...

Macam mana rakyat nak hormat dan percaya pada polis? Yg lain bersalah yg lain pulak disoal.