16 Dis 2013

Jangan Biarkan UMNO Jajah Pemikiran Orang Melayu

Penghambaan Minda Melayu

Saya cuba terangkan dalam bahasa yang mudah supaya orang Melayu faham. Dalam negara kita ada 18 juta orang Melayu. Kita ada 3 juta ahli UMNO. Ertinya dari setiap 6 orang Melayu, terdapat 1 dari nya ahli UMNO. Siapa yang lebih ramai?

Jadi kenapa kita biarkan UMNO membuli kita? Kenapa biarkan UMNO menghamba-abdikan pemikiran orang Melayu?

Boleh kah kita yang begini ramai ditenggelamkan oleh bangsa lain? Ertinya isu pokok orang Melayu bukanlah isiu hak dan kepentingan orang Melayu dirampas oleh bangsa lain. Ambil contoh DAP. Tunjukkan contoh DAP menolak raja2 Melayu yang kedudukan nya termetra dalam Perlembagaan Malaysia. Iaitu kedudukan raja2 Melayu dilindung oleh undang2 dan ramai nya orang Melayu yang setia kepada konsep Raja Melayu.

Saya kata setia pada konsep- sebab tidak dapat dinafikan bahawa ada orang Melayu yang membenci Raja Melayu. Ini fakta dalam sejarah pun. Ada Raja yang di tombak dan ada raja yang diperangi. Biasalah lah itu. Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah.

Kita tidak boleh memaksa kesetiaan fisikal. Tapi saya rasa rata2 nya orang Melayu setia kepada konsep raja Melayu berpelembagaan. Raja2 Melayu pun kenalah faham konsep ini. Mana dia punah-sihat dan punai-sihat Tuanku2?

Ada atau tidak DAP rampas hak orang Melayu? Kalau ada sudah lama orang Melayu mengamuk. Sudah lama pemimpin DAP kena lokap.

Atau untuk lebih umum, ada orang Cina merampas hak Melayu kecuali perampasan itu mendapat komplot dari orang Melayu sendiri? Di Negeri Sembilan orang cina ambil alih ribuan ekar reseb Melayu itu adakah mereka lakukan sendirian? Kecuali rampasan tersebut disekongkoli oleh pemimpin Melayu sendiri. Boleh kah orang Cina beli tanah di Johor bharu dengan harga berbilion Ringit kalau tidak disetujui oleh bangsa Melayu sendiri?


Jadi janganlah UMNO mengada ngada mahu bercakap mengenai bangsa Melayu.

Sebab itu kita menyampah dan meluat dengar ucapan demi ucapan semasa Perhimpunan Agong UMNO yang mengambarkan bangsa Melayu diancam oleh bangsa lain. Apa jenis pemimpin negara yang kita ada? Cakap2 perpecahan dan perkelahian seperti ini mesti dibenteras dan diberhentikan. Sebab itu saya tetap berpendirian, sementara PM Najib seorang yang baik secara peribadi dan halus budiperkerti nya, dari segi kepimpinan dia a big zero. Kamu sula saya, saya tetap berfikiran begini. He is a weak leader. If Najib can become PM, anyone can.

Najib tidak ada lansung kepimpinan moral untuk memimpin negara bangsa Malaysia. Nak bercakap siapa Melayu lebih saya pun boleh. Nenek moyang saya bertombak berlembing mempertahankan bumi Melayu dan Raja nya dari dijajah oleh penjajah. Nenek moyang orang lain bergundek dalam istana. Maka kalau mahu cakap siapa Melayu lebih, bila2 masa pun boleh.

Sebagai MP Melayu dalam DAP saya tidak pernah pun berundur dari bercakap mengenai kepentingan bangsa Melayu dalam konteks negara Malaysia. Kita benci segala bentuk dominasi bangsa. Kita semua berkehendakkan sebuah kerajaan yang dibangunkan atas perintah ikut undang2 bukan negara yang diperintah mengikut citarasa kelompok dan gerombolan.

Isu orang Melayu bukanlah bahawa orang Melayu terancam. Atau diserang. Atau bangsa Melayu itu diancam oleh agama kristian.

Berapa ramai penganut agama kristian? Rapuh sangat kah aqidah orang Melayu sehingga orang kristian yang sejemput itu dapat menguasai minda orang Melayu.

Lihatlah struktur masyarakat melayu. Ketua kampong nya semua Melayu. Setiap kampong ada masjid dan surau. Tok imamnya Melayu. Penghulu nya Melayu. Pegawai daerah nya Melayu. Pengarah jabatan semua Melayu. Setiausaha kerajaan negeri yang bergelar semua nya Melayu. MB nya Melayu. Raja2 nya Melayu. Ketua polis daerah nya Melayu. Senaraikan sahaja kepimpinan- semua nya Melayu. Bagaimana masyarakat Melayu terancam?

Ancaman terbesar kepada orang Melayu ialah penghambaan minda orang Melayu. Minda orang Melayu jadi begini disebabkan mereka mewarisi beberapa tabiat perangai dan kebiasaan yang lemah dan rendah yang telah jadi lazim pada zaman nenek moyang dahulu kala itu, beratus ratus tahun lama nya mereka telah di perabdikan dan kena picit dan perah dan ramas di tangan pemetintah2 yang pada zaman dahulu itu-iaitu pemerintah2 daripada bangsa mereka sendiri.

Bukan saya yang kata. Ianya disebut oleh orang Melayu yang lebih tajam pemikiran nya yang tidak tercapai oleh saya iaitu pendita Zaaba dalam tahun 1927.

Yang jadi bahaya ialah penghambaan minda orang Melayu daripada tangan pemerintah bangsa sendiri. Pemerintah kita ialah UMNO. UMNO yang menjahanamkan bangsa Melayu.

Isiu besar orang Melayu bukanlah ancaman dari bangsa lain atau agama lain. Ancaman datang dari kesembingan dan kebodohan pemimpin Melayu kita.


Sejak saya kecil, saya tidak pernah pun orang tua kita, tok nenek kita menyebut menganai shiah dan sunni. Kita hanya menumpu perhatian kepada membetul dan mengukuhkan aqidah kita. Setahu saya, selagi orang itu mengucap 2 kalimah syahadah, dia tetap Islam dan yang menghukumkan dia ialah Allah. Maka hari ini , hairanlah kita perkara ini mahu dijadikan masaalah besar.

Alangkah bodohnya bangsa Melayu jika menerima tuduhan bahawa Mat Sabu itu syiah semata mata dia mengkagumi pemerintahan Iran dan Ayaotllah Khomeini.

Yang membenci Khomeini ialah bangsa Amerika dan Eropah yang benci terhadap apa2 yang berbaur Islam. Adakah Zahid Hamidi antek dan ejen Amerika dan kuasa barat yang sentiasa mencari jalan memecahbelahkan orang Islam? Kita cabar Ustaz Zahid mengeluarkan fatwa bahawa Mat Sabu itu kafir.

Bodohlah kita bansga Melayu kalau membenarkan pemikiran kita di-zulnordinkan. Apa jadi budak ini? Ancaman dari Melayu liberal dan tsunami kristian? Melayu liberal ini lahir dari mana? Mereka tidak ada emak dan bapa?


Sejak bila kita mahu berbunuhan sesama Melayu. Melayu liberal ini bagaimana rupa bentuk nya. adakah Melyau liberal ini Melayu yang meluat tengok gelagat sesetangah Raja2 Melayu. Berjuta orang Melayu mempuntai perasaan benci dan marah paa raja2 Melayu dalam hati mereka. Jadi kita belah dada mereka dan lihat ada perasaan anti raja Melayu dalam badan mereka?

Adakah Melayu liberal itu Melayu yang menentang dominasi Melayu UMNO? Berjuta orang melayu enggan menerima UMNO sebagai satu2 nya jurucakap dan penterjemah kepentingan bangsa Melayu.

Kalau orang Melayu tolak UMNO mereka akan hanya hilang sumber penghambaan minda mereka. -sakmongkol

Betul ke Umno penyelamat manusia dunia dan akhirat? - Aspan Alias


Isu Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) dan Syiah yang dihebohkan sekarang ini tidak ada kena-mengena dengan akidah atau perjuangan Islam. Itu hanya permainan politik pimpinan Umno yang kini semakin terhakis daripada pandangan rakyat. Pemimpin yang mengeluarkan isu Syiah sejak perhimpunan agung yang lalu sehingga sekarang ini tidak pun mengamalkan cara dan kehendak Ahli Sunnah Wal Jamaah itu.

Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam Umno itu telah dan masih melanggar pantang larang sebagai ASWJ itu. Ketandusan idea politik mereka menyebabkan ada pihak yang mahu di kalangan kita orang Islam ini bergaduh, kerana sejak beberapa ketika dahulu Umno itu ‘survive’ di atas perpecahan orang Melayu yang rata-rata beragama Islam itu.

Malahan Umno yang didaftarkan pada Februari 1988 dahulu diasaskan oleh perpecahan orang Melayu khususnya ahli Umno. Umno tidak mungkin ‘survive’ dalam situasi tenang dan aman, kerana jika keadaan politik itu aman, maka Umno takut rakyat memberikan fokus untuk menilai prestasi mereka terhadap rakyat.

Umno sentiasa merasakan mereka sedang berjalan dalam keadaan gelap gelita dan sunyi dan terpaksa membuat bising dengan menyanyi atau membakar mercun untuk memecah kesunyian yang amat mereka takuti. Semasa kampung saya belum mendapat kemudahan eletrik, keadaan pada malam hari amat gelap.

Sesiapa yang berjalan di dalam gelap itu merasakan di depan dan belakang mereka ada hantu atau harimau dan berbagai-bagai lagi yang mereka takuti. Selalu saya mendengar di jalan-jalan kecil yang sunyi dan gelap gelita itu anak-anak muda menyanyi dengan sekuat hati bagi memecahkan kesunyian dan menghilangkan sedikit rasa takut dan gementar itu.

Bermacam-macam lagi saya dengar. Ada yang menyanyikan lagu P Ramlee, malah ada juga menyanyikan lagu Mat Sentul. Ada yang membakar mercun dan berbagai-bagai cara untuk menghilangkan rasa takut itu sementara sampai ke rumah atau tempat lain.Pendeknya mereka akan berbuat bising untuk menghilangkan rasa takut itu.

Tetapi sekarang keadaan itu tidak berlaku lagi kerana elektrik sudah sampai di setiap rumah dan di jalan raya pula sudah ada lampu yang dipasang oleh Lembaga Letrik Negara atau sekarang ini TNB. Anak-anak muda sekarang tidak tahu kerana mereka tidak mengalami keadaan itu. Lahir mereka ke dunia ini sudah ada lampu eletrik dan air. ‘Air dalam bosi, potik ditopi di tongah menyalo’.

Tetapi masih ada lagi manusia yang masih mempunyai rasa takut dan tidak meyakinkan itu, tetapi bukan dirasai oleh orang kampung saya. Perasaan itu masih ada di dalam jiwa pemimpin Umno dan ramai ahli-ahlinya. Perasaan takut seolah-olah ada hantu di depan dan di belakang dan dalam kesunyian mereka itu membuatkan mereka mencari apa sahaja jalan untuk memecah kesunyian untuk menghilangkan rasa takut dan gementar itu.

Mereka sekarang tidak menyanyikan lagi lagu P Ramlee atau Mat Sentul, mereka menyanyikan lagu ala rap yang bertajuk Syiah dan Sunni. Mereka mahu menghilangkan rasa takut mereka dengan berbuat bising. Selalunya orang yang penakut ini akan bercakap besar dan garang seperti yang kita dengar di kalangan mereka yang entah macam mana duduk di atas dan memimpin kita itu. Pemimpin seperti ini terpaksa melakukan banyak perkara pelik bagi menutup kelemahan mereka yang mudah dilihat oleh orang ramai.

Kenapa Umno memilih untuk menjadikan isu agama sebagai cara mendinding diri mereka daripada kejatuhan itu diketahui ramai? Umno tahu cabaran kepadanya ialah PAS. Parti Islam itu merupakan parti yang digeruni oleh Umno walaupun dalam ucapan pemimpin mereka, mereka cuba untuk melindungi rasa takut mereka dengan kata-kata ego dan pengecut mereka. Mereka tidak berani untuk menunjukkan jiwa besar dengan mengakui kelemahan mereka.

Umno sarat dengan pemimpin palsu yang hanya menunjuk-nunjuk kehebatan mereka sedangkan rakyat semakin hari semakin memahami hakikat ini. Mereka menunjuk-nunjukkan kekayaan mereka yang rakyat tahu adalah hasil manipulasi wang rakyat juga dalam sistem pentadbiran yang begitu sarat dengan rasuah dan salah guna kuasa itu.

Bagi saya, isu Syiah dan Sunni ini elok kita abaikan sahaja kerana ia diperbesarkan oleh mereka yang mengaku Ahli Sunnah tetapi segala larangan ahli Sunnah itu dilakukan secara terbuka. Bagi mereka, Umno sahaja yang dibenarkan melanggar segala kehendak agama itu.

Umno seolah-olah maksum dan tidak ada siapa yang mesti meragui mereka. Merekalah pejuang bangsa, merekalah pejuang pembangunan negara dan yang lebih dahsyat lagi merekalah pejuang dan pelindung agama kita.

Mereka lebih hebat daripada aulia dan anbia yang ditugaskan menjaga dunia dan alam ini selepas kewafatan Nabi Muhammad lebih seribu tahun dahulu.

Bagi mereka Umno adalah segala-galanya. Tidak makbul doa seseorang itu dan tidak sampai hajat sesiapa pun tanpa dikehendaki oleh Umno. Umno sahaja yang menentukan nasib semua orang dunia dan akhirat.

Saya baru sahaja tahu yang dunia dan alam ini diwariskan kepada Umno untuk menjaganya. Kalau tidak ada Najib, Muhyiddin dan Zahid serta Tengku Adnan Mansor, tentu kacau-bilau dunia ini.

Kalau boleh, masukkan Anwar Ibrahim sekali sebaris dengan mereka, mungkin pasti kita semua selamat di dunia dan akhirat. Mati kita mungkin mati dalam iman, bak kata P Ramlee dalam filem Ali Baba Bujang Lapuk. Di akhir kalam nak mati pun kita akan bangun seketika, dan senyum.

Mengikut jalan cerita dalam filem itu mereka yang sudah merompak pun mati mereka dalam iman. Itulah cerita yang dilakonkan kembali oleh pemimpin-pemimpin Umno sekarang ini. Selamat menonton!
– aspanaliasnet


6 ulasan:

Melayu Jati berkata...

Satu penulisan yang bagus, jelas dan praktikal.
Adakah Melayu akan sedar? Tongkat bila dah guna lama ... perasaan yang menakutkan bila tongkat itu nak dibuang. Khuatir bila tongkat itu patah dan dibuang, tongkat Cina/Siam/India/Syiah, ... akan masuk kacau dan ganti. Tongkat Bangla/Indon masuk ... tak pa.
Me..layu dalam UMNO tidak akan membiarkan Me..layu luar dari UMNO ganggu gugat sebab KPN/Jeneral semuanya Me..layu UMNO. Tambah-tambah lagi KSU Negara, lagi nampak Me..layunya - Melayu sealiran dengan Che Det.
Biar pi la Labu. Yang nak susah depa tu, Me..layu. Awat bangsa lain akan susahkah kalau Me..layu susah? Bila berdepan dengan rakyat marhaen, suruh boikot barangan buatan bukan Me..layu tapi yang dok atas tu, bekerjasama dengan bukan Me..layu memperhabiskan harta negara sehingga Tanah Rezab Melayu pun tergadai. Depa jual kat bukan Me..layu, lepas tu tuduh bukan Me..layu rampas hak Me..layu. Yang bodoh ialah Me..layu di bawah tu.
Bila Melayu nak sedar, Luncai? Labu dah nak jatuh ke dalam sungai ... biarkan janji Me..layu memerintah. Buruk pun tak pa, janji Me..layu terutama Me//layu dari UMNO. Tahniah kepada bangsaku, Me..layu yang cerdik.

Tanpa Nama berkata...

Masalah yg melayu hadapi kini adalah kebodohan pemimpin melayu terdahulu. Oleh kerana parti umno adalah parti bangsa melayu mengapa India kahwin melayu,banggali kahwin melayu,mamak kahwin melayu dan cina kahwin melayu secara autonya,nama bangsa mereka mereka dilenyapkan.maka jadilah mereka2 ini melayu India,melayu banggali,melayu mamak Dan melayu cina. Maka dimanakan melayu yg sebenarnya melayu. Kesimpulanya umno bukanlah parti melayu ,sama aje dengan parti2 yg lain. Fikir fikiran layh.

Tanpa Nama berkata...

tak payah nak becakap Ahli Sunnah lah selagi dudok dalam Omnu.

Orang Ahli Sunnah menjunjung tinggi firman Allah dan rela berkorban mempertahankan dan bejuang untuk meninggikan perentah Allah

Kat alam Melayu siapa yang menjunjung tinggi kalam Lord Reid sehingga mana mana undang undang yang tak secocok dengan kalam Lord Reid diketepikan.

Selagi batu penunggol ini tidak diperbetol selagi itulah bangsa Melayu terjajah. Kita tak perlu mengangkat senjata bermandi darah, cuma perbetolkan sedikit ayat dalam kalam Lord Reid itu, InsyaAllah boleh hidup aman damai selamat dunia akerat. InsyaAllah

Tanpa Nama berkata...

UMNO berjaya memperbodohkan Melayu sebab sistem dan infrastruktur penerangan Pakatan Rakyat tidak berkesan dan menyeluruh.Kelantan yg sudah hampir 5 penggal memerintah masih senang diserang UMNO. Selangor dan Pulau Pinang berharap hanya kpd sebuah akhbar yg sebarannya tidak menyeluruh.UMNO menggunakan pelbagai approach memperbodohkan Melayu hingga keperingkat JKKK.Dalam perang "memenangi minda" ini Pakatan Rakyat hanya berjaya dibandar-bandar besar tapi tidak dapat menebusi kampong dan gugusan Felda.Pakatan Rakyat tidak serious dlm hal ini menyebabkan infrastruktur lemah dan yg mengendalikanya kurang terlatih.Dlm keadaan inilah UMNO tetap berkuku dlm masyarakat Melayu kerana saingan lemah.

Tanpa Nama berkata...

Orang lain sudah pakai I5 dan I7 (kita tak pakai I5 dan I7 tapi guna processor ciptaan Allah S.W.T. iaitu otak) tapi bangsa melayu masih guna intel pentium 4 yang dah lambat gila lepas itu kena 1001 macam virus lagi sebab antivirus sudah out of date.

Dude upgrade sikit processor lu tu. Kalau tidak selama - lamanya lu all tinggal berbumbungkan tempurung kelapa sedangkan yang lain sudah beratapkan langit (guna atap transparent)

Tanpa Nama berkata...

Dalam aktiviti "menyebarkan maklumat" UMNO lebih berjaya sehingga "yg tipu" pun boleh diterima masyarakat Melayu.Lebih 55 tahun cengkaman UMNO kpd orang Melayu dikampong dan Felda belum dapat dipecahkan oleh Pakatan Rakyat.UMNO sudah begitu "mahir" dan sistematik memperbodohkan orang Melayu.Pakatan Rakyat wajar mencari jalan memecahkan monopoli ini.