2 Dis 2013

BN Menang, Tarif Elektrik Pun Naik 15%


Tarif elektrik di Semenanjung Malaysia naik sebanyak 15 peratus atau 4.99sen setiap kilowatt, menjadikan harga baru untuk sekilowatt 38.53sen.

Harga sebelum ini 33.54 sen sekilowatt.

Di Sabah dan Labuan pula, kadar baru naik sebanyak 5sen.

Sebelum ini, Tenaga Nasional Bhd meminta dagangan sekuritinya di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd digantung mulai 2.30 petang hingga 5 petang hari ini.

Penggantungan dua jam setengah itu ialah sementara menunggu pengumuman utama syarikat tersebut hari ini, kata gergasi utiliti itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, lapor Bernama. -mk

LAPORAN SEBELUM INI


Menteri: Peningkatan tarif elektrik munasabah


KUALA LUMPUR - Malaysia mungkin menaikkan tarif bekalan elektrik antara enam dan tujuh sen bagi satu kilowatt tahun depan, kata Menteri Tenaga. Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili.

Bagaimanapun, Ongkili berkata kerajaan akan memastikan kenaikan tarif tidak menjejaskan kumpulan berpendapatan rendah.

"Kerajaan masih mengkaji kadarnya. Ia mungkin antara 10 peratus dan 20 peratus," katanya dan menambah angka di bawah 20 peratus adalah munasabah.

"Kadarnya adalah munasabah. Ia merupakan semakan minimum bagi Tenaga Nasional Bhd yang memastikan ia mencerminkan kos modal, pengurusan dan gaji," katanya kepada pemberita, semalam.

Ongkili membayangkan kerajaan akan mengekalkan struktur semasa dengan pengguna yang menggunakan 300 kWh sebulan atau kurang, tidak dikenakan tarif baharu itu.

Oleh itu, tiada kenaikan tarif dijangkakan untuk 75 peratus pengguna isi rumah (4.4 juta pengguna), pengguna 'lifeline' (3.3 juta pengguna) dan pengguna 201-300 kWh (1.1 juta pengguna).

Ongkili menambah, kadar itu juga bergantung kepada sejauh mana kerajaan mahu mengurangkan subsidi dan menyalurkannya kepada pembangunan sosioekonomi.

Beliau berkata, kerajaan sentiasa memberi isyarat bahawa subsidi akan dikurangkan dan ia akan dilakukan secara berperingkat-peringkat.

Tambahnya lagi, kerajaan membelanjakan kira-kira RM130 juta untuk subsidi setiap tahun untuk tarif manakala selebihnya ditanggung oleh Petronas kira-kira RM8 bilion hingga RM10 bilion setahun untuk sektor tenaga.

Berbanding tarif semasa negara anggota Asean, Ongkili berkata Malaysia lebih rendah berbanding Thailand dan Filipina, namun tinggi berbanding Indonesia memandangkan republik itu merupakan negara yang paling banyak memberi subsidi kepada sektor tenaga.

"Kami (menteri kabinet) akan bermesyuarat minggu ini. Kami akan mengkajinya," katanya.

Kali terakhir tarif elektrik dinafikan pada Jun 2011 apabila harga gas subsidi dinaikkan kepada RM13.70 (mmbtu) daripada RM10.70 mmbtu sebelumnya. - Bernama


7 ulasan:

Ameen berkata...

Semakan semula tarif ini adalah dikaitkan dengan kenaikan kos input iaitu kos bahan api:
−Peningkatan gas paip daripada RM13.70/mmBTU kepada RM15.20mmBTU (1000 mmscfd)
−LNG pada harga pasaran RM41.68/mmBTU
−Arang batu pada USD87.50/tan (CIF@CV 5500 kcal/kg)

Kenaikan perlu untuk memenuhi pelaburan dalam infrastruktur bekalan elektrik bagi memastikan bekalan elektrik yang berdaya harap dan berterusan kepada pelanggan. Ia Juga bagi menampung perubahan kos operasi pada masa akan datang.

Sebenarnya 78.60% daripada kenaikan tarif adalah disebabkan oleh kenaikan harga gas daripada RM13.70/mmbtu kepada RM15.20/mmbtu dan harga LNG sebanyak RM41.68/mmbtu. Manakala 3.4% kenaikan harga arang batu iaitu sebanyak USD 87.50/MT.

Cuma 18%(atau 0.9 sen/kWj sahaja baki yang tinggal bagi menampung peningkatan kos operasi serta pelaburan yang diperlukan dalam infrastruktur industri bekalan elektrik agar bekalan tenaga elektrik yang mampan dan berdaya harap dapat dikekalkan.

TNB melabur kira-kira RM3.5 bilion sehingga RM4.0 bilion setiap tahun untuk bekalan dan sistem peningkatan baru pada rangkaian pengedarannya. Selain itu, TNB juga melabur di antara RM2 bilion kepada RM2.5 bilion setiap tahun untuk peningkatan rangkaian penghantaran dan pembangunan.

Tanpa Nama berkata...

Bagi mengurangkan kadar kemalangan akibat renjatan elektrik.

BaDiN berkata...

Kerajaan sudah buntu utk menyara dirinya sendiri di mana mahu cari wang untuk mentadbir negara ,pada rakyatlah mahu dicekiknya.Malangnya masih ada yg masih beri sokongan kpd Parti Haram Jadah ini.Kos sarahidup semakin bertambah dalam keadaan poket rakyat semakin longgar dan hampir kosong setiap waktu.Sekarang ini perbelanjaan rakyat sama banyak dgn pendapatan hinggakan ada yg melepasinya.Pekak Badak,Buta Mata,Buta Hati adalah sifat perwatakan yg sdh sebati dgn Umno/Bn serta kpd penyokong2nya.PRU 14 adalah noktah bagi Umno/BN.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah TNB kerana permintaan anda yang begitu lama kini telah diluluskan. Kalau tidak kerana "kenaikan yang tidak membebankan" ini, sudah tentu pendapat tinggi anda akan tergugat.

Tidak mengapa, pengguna akan hanya pandai menerima apa jua pelan yang dirancang dan tiada apa yang pengguna mampu buat. Jika pengguna merasakan yang TNB tidak adil, maka pengguna boleh berhenti menggunakan bekalan elektrik.

HAHAHAHA...biar padan muka dengan pengguna semua. Janji pemimpin masih lagi mampu untuk terus hidup mewah dengan bil elektrik bernilai jutaan ringgit dan tanpa apa2 tindakan yang boleh dikenakan.

Tanpa Nama berkata...

TKasih sajelah kpd kjaan yg nk mensejahterakan rakyat...aku pyokong bn ttp gumbira walau apapun nk dinaikkan...

Tanpa Nama berkata...

Tak suka, pakailah lilin, pakai pelita -;)....ni naik harga sebab nak mantain 3 bulan bonus staf TNB ni...untuk 4.62 billion tak cukup lagi

Tanpa Nama berkata...

Dah tahu kalah di PRU 13 tapi tipu bermacam macam cara untuk menang. Ini lah akibatnya.Duit dah tak banyak, la ni nak pau rakyat, lagi terok dari gangster peras ugut.Lebih baik surrender lah umno, kau rasuah dan tipu rakyat mana nak berkat.Hutang berbillion billion, rasuah pun berbillion billion riggit duit segunung pun habis, yang kaya pemimpin ,lepas itu semua naik.Lantik kaki bodek teraju institusi kewangan mana boleh kerja ni macam,nanti senang lah mereka pau duit. Itu lah mentality puak penipu, perasuah dan penfitnah.