4 Nov 2013

[KEPUTUSAN RASMI - VIDEO] PAS Menang Majoriti 1084 Undi


PAS mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau apabila calonnya, Mohd Azam Abd Samat menang dengan majoriti 1,084 undi mengalahkan calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim pada Pilihan Raya Kecil (PRK), hari ini, lapor akhbar pro-UMNO, Berita Harian.



MSTAR melaporkan:

DUN Sungai Limau Kekal Milik PAS


YAN: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau kekal milik PAS apabila calonnya, Mohd Azam Abdul Samat diisytiharkan menang dengan majoriti 1,084 undi.

Kemenangan PAS itu sekaligus melenyapkan impian Barisan Nasional (BN) untuk merampas kerusi berkenaan menerusi calonnya, Dr Ahmad Sohaimi Lazim apabila memperoleh 10,985 undi.

Mohd Azam memperoleh 12,069 undi.

Keputusan itu diumumkan secara rasmi oleh Pengawai Pengurus Pilihan Raya DUN Sungai Limau, Abd Rashid Othman kira-kira pukul 8.50 malam Isnin.

Bagaimanapun menerusi pilihan raya kecil ini, Ahmad Sohaimi memberi tentangan hebat kepada PAS apabila beliau berjaya mengurangkan majoriti undi yang diperolehi PAS menerusi Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) Mei lalu.

Kejayaan Mohd Azam juga bermakna status quo DUN Kedah kekal dengan BN menguasai 21 daripada 36 kerusi.

Mohd Azam juga berjaya mengekalkan penguasaan selama lima penggal sejak Azizan menang kali pertama di kerusi itu pada 1995.

Kerusi DUN Sungai Limau yang terletak di bawah Parlimen Jerai diisytihar kosong susulan kematian Azizan yang juga bekas Menteri Besar Kedah, akibat komplikasi jantung serta jangkitan kencing manis pada 29 September lalu.

Azizan yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Kedah mengekalkan kerusi itu pada pilihan raya umum ke-13 Mei lepas dengan memperoleh 13,294 undi menewaskan sepupunya daripada BN, Mohd Fazillah Mohd Ali dengan majoriti 2,774 undi

Calon PAS, Mohd Azam Abdul Samat diumumkan mendapat 12,069 undi manakala calon Barisan Nasional (BN), Dr Ahmad Sohaimi Lazim dengan 10,985 undi.





9.00 pm Rasmi:

BN 10,985
PAS 12,069
Majoriti: 1,084

ULASAN GB

Dengan segala macam tekanan, dengan segala macam hamburan projek juta-juta, dengan segala macam provokasi dan penipuan, dengan segala macam longgokan fitnah.. PAS akhirnya menang juga sekalipun undi merosot.

Ini plihanraya kecil. Memang undi merosot kerana seluruh tumpuan kerajaan persekutuan ke Sungai Limau. Bak kata Zulkifli Sulong di TMI, "Barisan Nasional (BN) gagal merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau walaupun menggunakan segala jentera kerajaan negeri dan pusat, di samping wang dan tokoh-tokoh besarnya."

Yang penting, kita hendaklah yakin dan beriman kepada Allah swt. Dia yang memberi kekuasaan kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Jangan yakin dan beriman kepada SPR. Walaupun betapa banyak penipuan sekalipun diaturkan oleh mereka, jika kita yakin dan beriman kepada Allah swr, kita akan tetap MENANG juga. jadikan itu sebagai iktibar dan azimat untuk menghadapi pilihanraya-pilihanraya yang akan datang. Itu hukum kebenaran dan keadilan.

Tahniah Ustaz Azam,
Tahniah Mahfuz Omar & PAS Kedah,
Tahniah semua para petugas dari semua parti dalam Pakatan Rakyat,
Tahniah kepada semua yang berdoa.... agar PAS kekal di Sungai Limau...

Semuga roh Allahyarham Tan Sri Azizan tenang di sisiNya.... perjuangannya akan diteruskan oleh anak muda bernama YB Mohd Azam Abdul Samat.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah yg memberikan kemenangan kepada parti yg memperjuangkan Islam.

Semoga usaha kita dari jauh mahupun dekat yang menyumbangkan harta dan tenaga serta doa menjadi bukti kita dihadapan Allah kelak.

Istiqamah diharapkan kepada penyokong Islam dan teruskan usaha memperbaiki jati diri untuk PRU14 nanti.

Tanpa Nama berkata...

PM mesti gembira kerana Mukriz gagal meraih kemenengan. ini juga bermakna kagagalan untuk Mahadir

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah dengan kemenangan ini walaupun majoritinya merosot. Yang penting PAS perlu menang dunia dan akhirat. Kita tak nak menang didunia saja.

Kepada pengundi BN yang dapat untung sebab ada manusia bagi duit ( rasuah gua tolong lu, lu tolong gua), diaorang bagi ambik jer sebab korang mintak dalam keadaan semua barang naik harga hidup jadi sempit dan melarat. Spatutnya korang X PAS sebab tanpa PAS bertanding korang tak dapat habuan tu.

Kalau tak caya cuba nanti mana tau ada wakil rakyat BN mati, PAS siap2 declare tak masuk bertanding. Ada ker UMNO datang hulur duit kepada rakyat????. Mati hidup semula tak kan berlaku aci kerat kuku.

So...X calon pakai otak jangan pakai keoala lutut.



Tanpa Nama berkata...

Tahniah diucapkan.

Leasson here biarpun parti cap dacing beri berjuta - juta habuan tapi bagi umat islam mereka takkan terpedaya dengan habuan tersebut biarpun dengan berjuta - juta tan emas itupun kalau UMNO nak kasih.

Tapi malang bagi umat melayu, diaorang tetap akan terpedaya biarpun emas diaorang terima hanya sebesar zarah. Jadilah Umat Islam yang bijak bukan Umat Melayu yang bodoh.

I tak ada niat nak main isu perkauman. So lu fikirkanlah sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah. Bersyukur kepada Allah atas ketentuanNya. Sekalipun berdepan dengan pelbagai tipu daya manusia berhati busuk. Janji Allah tetap... Islam tetap dan pasti menang sampai akhir masa.

Andre Irwan berkata...

Kepada Anon Nov 5, 1:05 pm,
Kamu tak harus takut dalam memberikan pandangan. Tiada isu perkauman yang kamu mainkan. Aku memang setuju dengan apa yang kamu tulis.
Melayu dan Islam memang ada bezanya. Di Malaysia saja, depa ni (Melayu UMNO dan sedikit dalam PAS) yang masih keliru dengan tafsiran/taksirannya. Bukannya depa tak mengaji tapi suka menggunakan isu ini untuk memperbodohkan orang Melayu. Nak buat macam mana, ada juga Melayu yang terperangkap dan tertipu atas sentimen ini. Inshaallah suatu hari nanti, Allah swt akan buka mata hati depa tu.
Yang aku amat hairan dengan Mahathir Iskandar Kutty ni. Asyik-asyik menyalahkan Anwar Ibrahim. Bersyukur kepada UMNO???? Inikah ajaran "Islam" ala UMNO kot? Tak pernah aku dengar Anwar mengutuk Mahathir dalam ceramahnya selama ini, termasuklah pemimpin-pemimpin UMNO yang lain. Di sebelah UMNO munafikun ni, asyik menyerang peribadi Anwar dari luar sampai ke dalam seluar dalam sekali. Orang UMNO ni kalau kita lihat, mengagungkan Mahathir sampai lupa yang Mahathir nilah punca segala-galanya kemaksiatan berlaku. UMNO dah buta mata malahan hatinya sekali. Walaupun depa tahu Anwar tu BENAR, depa masih menggunakan perkataan TAPI. Akan kata depa seperti begini, "Anwar tu memang betul TAPI ...." Nak cari kesalahan Anwar juga. Depa ni bukan tahu nak membezakan kemungkaran mana yang lebih bahaya. Depa bukan tak tahu bahawa Mahathir telah mengaku semua kesalahannya secara tersirat. Dalam pengakuannya, Mahathir tetap menyelitkan nama-nama orang lain termasuklah yang dah meninggal dunia seperti Almarhum Tuanku Abdul Rahman. Inilah fiil Mahathir yang rasanya dirinya PERFECT dan "JESUS" bagi kaum Melayu UMNO. Tiada Mahathir, Tiadalah Melayu pada hari ini. Mungkin Melayu masih duduk atas pokok seperti TARZAN kot. Bodoh tak boleh diajar. Pandai tak boleh ditumpang.
Tahniah kepada PAS atas kejayaan. Hisablah diri atas kejayaan ini semoga Allah swt memberi kemenangan yang lebih besar nanti, inshaallah.

Tanpa Nama berkata...

Haaaa...MB Datuk Mukhriz dah bagi tau yang PAS menang sebab pengundi luar mengaji pondok dan didaftar sebagai pengundi.

Kalau camtu... mai kita tingkatkan bilangan pondok dan penghuni pondok di kawasan PAS ada potensi.

Jalan untuk menuju kejayaan dah mula terpampang.

Unknown berkata...

Syukur dan tahniah kpd semua pengundi dan penyokong.Allohu akbar.